Thursday, December 28, 2006

Bayangan Masyhar

Hari ini selepas waktu asar di Mekah iaitu lewat 5 jam dari waktu Malaysia, seluruh jemaah haji akan berangkat ke Arafah untuk bermalam satu hari di sana. Bertuahnya jemaah haji tahun ini kerana hari wukuf jatuh pada hari Jumaat. Fikiran saya lansung teringat kepada mama dan baba Bayu Senja dan juga ibunda Kak RM. Pahala mengerjakan 1 kali haji ketika hari wukuf di Arafah jatuh pada hari Jumaat, Insyallah akan digandakan kepada 70. Itu sebab ia dinamakan Haji Akhbar. Mudah2an ibu bapa Bayu Senja dan Kak RM mendapat haji yang mabrur.

Saya masih ingat lagi dulu ketika berpeluang mengerjakan haji bersama mak dan abah, wukuf dan melontar di tiga jumrah merupakan saat yang paling mencabar keimanan setiap jemaah haji. Petang sebelum berangkat ke Arafah, semua jemaah berihram dan bermaaf2an di antara satu sama lain. Suasana petang itu sangat sibuk. Jalan raya penuh sesak dengan bas2 yang membawa jemaah2 haji dari seluruh pelusuk dunia. Tidak cukup dengan itu, kenderaan2 awam penduduk tempatan turut menuju ke arah yang sama. Bagi musafir yang tegar mereka memilih untuk berjalan kaki ke Arafah. Sepanjang perjalanan, laungan talbiah tidak putus2 dilaungkan..

Labbaika Allaahumma labbaik,
labbaika laa syariika laka labbaik,
innal hamda wan-ni'mata laka wal-mulka, laa syariikalak.

(Saya penuhi panggilan-Mu, ya Allah saya penuhi,
saya penuhi panggilan-Mu, tidak sekutu bagi-Mu,
saya datang memenuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji,
nikmat, dan kekuasaan milik-Mu, tidak sekutu bagi-Mu).


Bermacam2 perasaan yang bermain di jiwa. Sayu, hiba dan pilu bercampur aduk. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa yang singkat terpaksa dilalui dalam satu tempoh masa yang agak lama lantaran jutaan umat manusia berhimpun di tempat dan waktu yang sama. Setibanya kami di padang Arafah, waktu sudah hampir menjelang maghrib. Rezeki kami baik kerana kami antara kumpulan jemaah yang sampai awal di khemah jemaah haji Malaysia.Malam itu kami lalui dalam keadaan dingin yang kering. Tekak sudah terasa perit. Selepas Isyak saya hanya tidur keletihan. Sesekali saya terjaga apabila terdengar suara mak mengaji. Malam itu saya lalui dengan tabah. Tiba pula siangnya. Ya Allah kuatnya cabaran. Panasnya Allah sahaja yang mengetahui.Tekak makin terasa perit, bibir sudah merekah kekeringan dan kulit muka seakan2 bersisik. Kami tidak boleh memakai pelembab kerana dikhuatiri melanggar pantang larang ihram iaitu memakai bahan yang berbau wangi. Namun begitu, walaupun cuaca yang dilalui sangat panas tetapi Maha suci Allah tidak ada sedikit pun bau peluh yang melekit. Kami dinasihatkan minum air yang banyak. Ketika itu umur saya baru 11 tahun 10 bulan. Sebagai kanak2 sudah pasti wujud sedikit kerimasan di tengah2 ujian di bumi Arafah. Mak banyak memainkan peranan mendidik kesabaran saya. Di suatu sudut yang lain pula, kelihatan beberapa orang doktor, pegawai kesihatan dan petugas Tabung Haji sibuk bergerak dari suatu khemah ke khemah yang lain mengagih2kan air garam kepada jemaah haji. Ketika ini jugaklah pelbagai ragam manusia yang kita akan lihat. Saya tidak mahu bercerita lanjut berkenaan ragam manusia ini, kerana Insyallah setiap daripada kita akan merasai pengalaman di bumi Arafah. Maka lihatlah dan rasailah sendiri bayangan masyhar di Arafah.

Semalaman di bumi Arafah, tibalah masa bertolak ke Mina melalui Muzdhalifah. Kami bertolak selepas waktu maghrib. Jemaah haji masih dalam keadaan berihram. Sebaik sampai di Mina, semua jemaah haji Malaysia dinasihatkan tidak terus melakukan ibadah melontar. Kami akan dibawa melontar ketiga2 jumrah pada malam berikutnya. Tujuannya bagi keadaan tenang dan tidak berebut2 dengan jemaah haji dari negara lain. Tetapi entah mengapa setelah solat subuh pada pagi sesudah sampai di Mina, abah mengajak mak dan saya melontar di ketiga2 jumrah. Alasannya boleh buka ihram cepat dan malam nanti boleh terus rehat sahaja. Maka pergilah kami tiga beranak berjalan kaki melalui 2 buah terowong. Salah satu terowongnya adalah terowong Muassem, terowong yang pernah mencatat tragedi sedih apabila beribu2 jemaah meninggal dunia akibat berasak2an di dalam terowong tersebut.

Sampai di kawasan Jumrah, mentari pagi baru menyinari bumi Mina. Kami meneruskan ibadah melontar di kedua2 jumrah yang terawal iaitu Jumratul Ula dan Jumrahtul Wusta dalam keadaan yang tenang. Manakala di jumrah terakhir iaitu Jumratul Aqabah keadaan agak sesak. Pada masa dulu, Jumratul Aqabah ada satu bahagian sahaja (separuh bulatan). Jadi jemaah terpaksa berhimpit di satu bahagian. Macam jumrah2 yang lain jemaah boleh melontar di sekeliling jumrah tersebut sebab jumrah2 lain berbentuk bulatan penuh. Keadaan sesak di Jumrahtul Aqabah menyebabkan kami terpaksa berpecah. Entah macam mana mak dapat memboloskan diri ke hadapan akibat tolakan orang. Saya dan abah pulak tertolak ke arah yang lain. Ketika hendak keluar dari kawasan Jumrahtul Aqabah setelah selesai melontar, tiba2 saya dan abah diasak oleh jemaah haji yang berkulit hitam. Kami cuba keluar dari sudut yang lain.. sekali lagi kami diasak oleh sekumpulan jemaah haji dari negara lain pula. Keadaan menjadi sangat kelam kabut. Genggaman tangan kami terlepas. Abah tertolak ke belakang. Dan saya berada seorang diri di tengah2 kelompok jemaah haji yang mengasak. Asakan yang kuat menjadikan saya terapung2 tidak menjejak tanah. Nafas sudah tersekat2 menjerit nama abah. Hanya bayangan kematian yang terlintas di fikiran. Sayup2 kedengaran suara abah menjerit, "Subhanallah..binti"..berulang2 kali. Pandangan saya semakin kelam. Akhirnya saya terdengar seorang jemaah dari Iran (kalau tidak silap saya)..menjerit sekuat2 hatinya.."Subhanallah hajjah saqhir" sambil mendepangkan tangannya menghalang asakan jemaah2 lain. Kuasa Allah, jemaah lain bagai terpukau dengan jeritan jemaah Iran tersebut, lalu berhenti mengasak seketika. Saya terjelepuk..mujur abah sempat menyambut saya dari terus rebah.Abah membawa saya keluar. Mak yang sudah menunggu di satu sudut sedang menangis terkejut melihat keadaan saya ketika diasak tadi. Alhamdulillah, semuanya selamat. Jika tidak mungkin saya sudah bersemadi di Ma'ala bersama2 isteri Rasulullah, Siti Khadijah. Abah betul2 kesal kerana tidak mendengar nasihat Tabung Haji. Tetapi bagi saya pula, saya percaya,tragedi itu ada hikmahnya kerana saya yakin Allah berkuasa jika Dia berkehendakkan sesuatu untuk menguji hambanya.

Panjang pula celoteh saya kali ni. Sekadar berkongsi sedikit pengalaman berkenaan bayangan Masyhar ketika di Arafah, Muzdhalifah dan Mina. Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Samada baik ataupun sebaliknya kita kenalah lalui dengan penuh sabar dan keimanan yang tinggi. Mulut kena berhati2 dalam mengeluarkan kata. Sebab semuanya "akan dibayar secara cash in total tanpa ansuran bulanan" :)

Ok, cukuplah sampai di sini. Kalau hendak diikutkan kisahnya memang banyak yang hendak diceritakan. Tapi saya perlu menjaga hati insan2 tertentu. Lagipun saya tidak pandai mengolah lebih panjang. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga kita beroleh rahmat hasil daripada pengorbanan yang dilakukan..wassalam. Jumpa lagi di tahun hadapan..Insyallah

Sunday, December 24, 2006

Jeritan Anak Palestin



Sekiranya peperangan berlaku di negara kita..mampukah anak-anak kita berbicara begini. Subhanallah kagum dengan jati diri anak-anak Palestin.

...Termenung seketika memberi laluan pada air mata yang menitis tanpa dipinta..Allahuakhbar

Sesiapa yang tidak dapat menonton sajak anak palestin tersebut dari blog ini boleh klik disini Jeritan Anak Palestin

Friday, December 22, 2006

Sehingga hari ini...

Salam teman,
Sehingga hari ini, dia masih belum sedar. Masih bernyawa tapi terbujur kaku di ICU. Dunia perubatan moden masih binggung mencari sebab musabab kejadian. Sedih dan pilu menyelebungi hati kami sebagai rakan sekerja. Apatah lagi hati suami, anak2 dan keluarga yang merasai kehilangan senyum tawanya. Di pagi Jumaat yang mulia, kami menadah tangan beramai2 memohon doa kepada Allah yang Maha Esa agar selamatkan dia..lepaskan dia dari belenggu perkara2 yang tidak diingini.

Teman,
Sebagai peringatan buat kalian dan diri saya sendiri, berhati2lah semasa menjamu selera di gerai2 makanan dan restoran2. Terutamanya yang berhampiran dengan laut di kala waktu senja dan waktu malam. Ketahuilah teman bahawasanya malam itu gelap dan sunyi. Di dalamnya mengandungi pelbagai rahsia yang tidak terlihat oleh mata kasar. Dan sesungguhnya manusia itu lemah. Di dalam diri manusia terdapat pelbagai ruang halus untuk dicerobohi oleh tetamu2 yang tidak diundang. Tetamu yang sentiasa memegang janji keramat untuk memperdayakan keturunan adam. Banyakkan berdoa wahai teman. Semoga dengan adanya doa kita terpelihara dari gangguan penceroboh2 halus yang tidak diingini...wallahualam.

Tuesday, December 19, 2006

Suka dan Duka Bersatu dalam Satu Wajah

Suka
Baru sebentar tadi, mak menelefon saya menerusi hp. Selalunya mak jarang telefon saya waktu pejabat kecuali ada sesuatu hal yang penting. Mak membawakan khabar gembira, Along, satu2nya kakak saya di naikkan pangkat DG44 efektif 1 Januari 2005. Syukur alhamdulillah, akhirnya Along dapat apa yang selayaknya dia dapat. Suara mak sayu dalam kegembiraan turut menyentuh hati saya. Mak menyuruh saya menelefon Along tanda sokongan. Belum sempat saya menekan button untuk bertelefon, sms Along telah masuk dulu menjengah inbox hp saya. Kuatnya kuasa yang Maha Esa, bagai mengetahui isi hati masing2. Tanpa membuang masa saya menelefonnya. Jelas sekali kegembiraannya. Alhamdulillah tidak putus2 keluar dari bicara kami berdua.

Kenangan lalu…
Along ibarat permata dalam keluarga saya. Dia berjaya mengangkat martabat abah dan mak dan membuat ‘mulut’ orang2 kampung ‘terlopong’ . Memulakan persekolahan darjah 1 pada usia 6 tahun. Seterusnya menjejak kaki ke negara Uncle Sam ketika usia yang masih mentah -16 tahun. Pada waktu itu jumlah remaja perempuan yang dihantar ke luar negeri sangat kecil bilangannya. Dia melakar sejarahnya sendiri di saat2 abah dan mak bertatih membina kehidupan di Kuala Lumpur. Dia pembuka jalan kepada kehidupan yang lebih baik. Sesungguhnya saya bertuah punyai seorang kakak sepertinya..seorang kakak yang pendiam tetapi agak agresif dalam membakar semangat juang adik2nya menongkah arus kehidupan.

Duka
Tidak lama selepas menelefon Along, saya menerima satu email menyatakan seorang rakan yang bekerja di dalam organisasi yang sama dengan saya sedang koma di ICU sejak hari Khamis yang lalu. Semua orang terkejut bagaikan tidak percaya. Saya kenal kakak tersebut kerana dia salah seorang team members ketika saya conduct satu project melibatkan department beliau. Seorang staf yang aktif, ceria dan agak terkenal di organisasi kami. Kesian dia.. penyakit beliau masih belum dapat dikenal pasti lagi. Awalnya doktor suspect infection di paru2nya. Tetapi akhirnya doktor sendiri pun keliru dan masih terus menyelidik dan menkaji. Khabarnya dia sekarang bergantung dengan bantuan oksigen untuk bernafas. Sedih sekali saya mendengar beritanya. Sebagai insan yang mengenalinya saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuknya..semoga ketabahan menjadi miliknya.. kelu.

Hati terdetik..
Allah berhak memberi nikmat dan menariknya kembali apabila Dia merasakan perlu. Kita sebagai manusia pernahkah kita bersyukur dengan nikmat yang diberi? Sejauh manakah persediaan kita andainya nikmat-Nya dicabut secara tiba2. Saya? muhasabah diri sendiri…kelam memikir andai ia terjadi ke atas diri saya sendiri.

Saturday, December 16, 2006

Terima Kasih Teman

Alhamdulillah saya telah sembuh dari penyakit yang membelenggu diri dan berpeluang untuk kembali ber'bicara' di iman mawaddah. Keadaan cuaca, jangkitan rakan sekerja dan bebanan tugas hanya la sebab musabab ilmu kedoktoran. Tapi sebagai seorang Islam saya pasrah ini adalah ketentuanNya. Lagipun saya sudah lama saya tidak sakit begini. Apa lah sangat jika dibandingkan dengan ujian yang Allah turunkan kepada Nabi Allah Ayub.

Terima kasih buat semua teman yang mendoakan kesihatan saya. Sungguh saya terharu dengan kata2 nasihat dan semangat anda semua. Terasa agungnya kuasa Allah yang Maha Esa di atas ukhuwah yang terjalin hanya di dunia maya.

Maafkan saya teman kerana agak terlewat menyatakan perkembangan kesihatan saya. Sekembalinya dari cuti sakit minggu lepas, masa saya agak sibuk dengan amanah di pejabat. Secara tidak lansung iman mawaddah terpaksa saya abaikan buat sementara waktu. Sebagai tanda terima kasih atas persahabatan maya kita terimalah lirik lagu Radja di bawah khas untuk anda semua. Lagu ini antara lagu yang saya minati dan saya hayati bait kata2nya ke arah cinta yang lebih bersifat universal seperti cinta kepada Allah yang Maha Esa, Rasul, ibu bapa, keluarga dan sahabat.

AKU ADA KERANA KAU PUN ADA

Cinta adalah anugerah yg Kuasa
Yang bila terasa betapa indahnya
Sungguh lemah diriku
Tak berarti hidupku
Bila tak ada dirimu

Andai ku bisa akan ku balas
Semua yg pernah engkau berikan
Terima kasih dariku atas ketulusanmu
Menyayangi diriku

Aku ada karena kau pun ada
Dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
Aku ada karena kau pun ada
Dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya

Andai ku bisa akan ku balas
Semua yg pernah engkau berikan
Terima kasih dariku atas ketulusanmu
Menyayangi diriku
Hendak dengar lagunya klik sini Audio Clip

Tuesday, December 12, 2006

Duhai "iman"..bersabarlah

Kekuatan untuk bangun menunaikan amanah harian sedikit terganggu hari ini. Tetapi terpaksa digagahi jua walaupun gagal menguasai diri sepenuhnya..dan akhirnya klinik menjadi arah destinasi tujuan. Sekeping surat diterima sebagai tinta rasmi doktor buat majikan.Ya Allah, saya redha andai ini sebagai kafarah terhadap dosa2 saya. Tidak terdaya untuk mengolah lanjut..hidung berair, kepala berat, suhu meningkat ..jawabnya hanya ZZzzzZZz

Friday, December 08, 2006

Sutera Kasih

Suasana masih lagi sunyi sepi. Hanya sesekali kedengaran bunyi unggas memecah keheningan. Bayu dinihari mengulit lena insan yang sedang diulit mimpi. Tetapi dia..dia sudah terjaga dari lenanya. Perlahan2 berjalan dalam kegelapan pagi yang muda lalu memetik suis menerangkan sebahagian ruang rumah. Dalam keadaan sejuk yang mencengkam dia membersihkan diri, berwudhu dan bersiap sedia mengadap Kekasihnya. Itu lah rutin hariannya. Tidak pernah jemu mengadap Kekasihnya di sebuah bilik kecil yang agak terpencil di sudut rumah. Dalam sinar cahaya yang suram dia mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Jarang sekali ia lupa akan tanggungjawabnya. Abah....kuat sekali azammu. Mengadap Tuhanmu setiap pagi mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga. Tetapi, anakmu ini..sering kali alpa.. walaupun sering terjaga tatkala dikau sedang bersiap sedia mengadap Tuhanmu. Hati ini masih membatu. Alahai..kuat sungguh syaitan yang membisik ke diri ini supaya meneruskan mimpi indah yang terputus.

Saya masih ingat suatu ketika dahulu semasa usia sedang meningkat remaja, Abah selalu berpesan, rajin2lah bangun malam memohon kesejahteraan hidup dunia dan akhirat daripada Allah. Jika kita ada masalah sentiasalah mengadu padaNya. Hanya Allah yang memahami. Jangan dekat2 hendak periksa baru sibuk2 hendak meminta. Tetapi mesti ingat jangan persoalkan akan lambat atau cepat pemberian yang diberi. Saya hanya mengangguk tanda setuju tetapi pada hakikatnya bak kata abah saya hanya bangun apabila saya betul2 dalam keadaan yang memerlukan pertolongan dan petunjukNya. Kini, semakin lama saya tinggalkan dunia pelajar semakin jarang saya ber‘dating’ denganNya di waktu dinihari…Allahuakhbar…apa hendak jadi saya ini.

"Orang yang berakal akan memberikan masa kepada 4 perkara. Salah satu daripadanya ialah bermunajat kepada Allah dengan merintih, berbisik dan mengadu hal di kala orang lain sedang nyenyak tidur"..(Ustaz Ismail Kamus)

"Bangun malam dan bersolat adalah satu cara pembersihan hati. Dan di waktu sebelum subuh ini jugalah antara waktu yang mustajab doanya" (Ustaz Shahril Long)


Pagi tadi, pertama kalinya sejak Ramadhan yang lalu, aku kembali mengadapNya di waktu dinihari...menagih sutera kasihNya untuk mendamaikan hati yang resah. Ya Allah terasa kuat rahmatMu mengalir halus di setiap hembusan nafasku. Berikanlah daku kekuatan dan keazaman untuk bangun dan bertemu denganMu lagi sementara jasad dan nyawaku masih bersatu.

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan

Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Saturday, December 02, 2006

Si kecil bereben merah

"Akak, tumpang lalu akak," kata si kecil yang keletah sambil membawa tray makanan.
"Opss, sorry dik," sambut saya sambil memberi laluan kepadanya.
"Lahai awak ke. Nak ke mana tu?" sambut mak di sebelah saya.
"Nak makan, Ain lapar belum makan lagi ni," jawap si kecil sambil tersenyum menyerlahkan lesung pipitnya.

Berkerut dahi saya memandang mak. Mak seolah2 faham tentang persoalan yang bermain di fikiran saya. "Rumahnya di sini," jawab mak. Saya berfikir lagi sambil meminta kepastian "Rumahnya di sini?"..mak mengangguk2 perlahan. Mata saya terus tertumpu kepada si kecil tadi yang ramah menegur nurse2 yang lalu lalang. Gelak tawa manjanya memecah keheningan wad. Tanpa saya sedari, saya pun turut menumpang ketawa melihat keletahnya dari jauh. Hilang tumpuan saya ketika melawat adik sepupu saya di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur.

Pulang dari melawat adik sepupu, saya terus bertanya kepada mak perihal Ain. Mak memberitahu Ain sedang membilang hari. Dia penghidap HIV positif yang diterima dari ibunya. Ayah dan ibunya telah meninggal dunia akibat HIV. Termenung saya. Kesian Ain...baru dalam sekitar umur 6 tahun sudah menerima padah angkara perbuatan silam ibu bapanya.


Peristiwa itu sudah lebih 10 tahun berlalu. Entah mengapa kenangan itu hadir dalam ruang ingatan saya tatkala melihat lambang reben merah sempena hari AIDS sedunia di Google. Sayu mengenangkan wajah yang tidak berdosa itu.

Barangkali jiwa yang tadinya
dicengkam rasa takut akan ancaman
kini beroleh jalan keluar
bagaikan lepas dari tali yang mengikatnya

"Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak diberi tangguh" (Ad-Dukhan:29)

Sesungguhnya jaminan syurga menanti buat anak yang tidak berdosa itu.

Tuesday, November 28, 2006

Amplang

Sepanjang hari ini masa di pejabat seakan2 terlampau terhad untuk saya. Belum cukup dengan urusan sendiri. Saya ditimpa dengan urusan yang bukannya termasuk dalam tugasan saya. Rimas juga dibuatnya. Tetapi atas rasa tanggungjawab dan belas ikhsan saya terpaksa membantu untuk kebaikan bersama. Sampai tiada kesempatan untuk menjengah dari blog ke blog seperti biasa yang saya lakukan setiap kali waktu rehat tengah hari.

Salah satu urusan tersebut melibatkan cawangan di Sabah. Menjelang lewat petang baru lah urusan tersebut selesai. Ucapan terima kasih tidak terhingga saya terima dari rakan setugas di Sabah. Dapat saya bayangkan betapa leganya hati dia setelah urusan yang merunsingkan itu dapat di selesaikan hanya dengan perbincangan secara online. Begitu hebatnya teknologi melampaui sempadan.

Sebagai tanda terima kasih, dia berjanji untuk belanja saya Amplang. Pening juga kepala saya memikirkan. .apa benda lah Amplang ni. Sempat saya bergurau yang dia hendak rasuah saya. Katanya dia ikhlas nak belanja walaupun saya beria2 untuk membayarnya. Menurutnya lagi, amplang adalah sejenis keropok yang diperbuat daripada ikan tenggiri..dia samakan amplang dengan keropok lekor di Kelantan. Saya terfikir, kalau keropok lekor tahan ke pos dari Sabah ke Semenanjung. Tapi dia bagi jaminan yang keropok tu tahan dan selamat sampai ke tangan saya. Ntahlah macam mana rupa dan rasa amplang tu..tak terbayang oleh saya..kita tunggu dan lihat sahaja.

Sedang dia gembira..hati mengeluh perlahan..tugasku masih terhutang hari ni. Rasa hendak lari dari kenyataan tapi hendak ke mana..tiada arah tujuan..teringat pesan mak..buat baik ..Insyallah akan dibalas baik. Dalam diam saya bersyukur..sekurang2nya ukhuwah terjalin dalam saat saya sendiri kerunsingan..dan amplang menjadi penghubung sebuah kisah persahabatan tanpa batasan.

Saturday, November 25, 2006

Di Sebalik tabir Iman Mawaddah

Saya telah di tag oleh dua orang antara beberapa orang yang saya respect dalam dunia blog. Mulanya saya malas hendak ambil pusing. Rasanya macam back to school la pula..ibarat mengisi biodata dalam buku autograph kawan2 di zaman sekolah rendah dan menengah dahulu. Tapi bila difikir2kan, apa salahnya sekadar suka2 menceriakan ukhuwah. Untuk sahabat bernama Indera dan AKMA, ini adalah pengakuan ikhlas saya sebagai penghargaan terhadap persahabatan maya kita.

5 Benda atau Perkara yang saya lakukan jika saya seorang jutawan

  1. Bayar semua hutang piutang dan zakat
  2. Beli tanah dan bina kawasan itu macam Ar-Raudhah dalam filem Syukur 21. Semua ahli keluarga duduk bersama di kawasan tersebut.
  3. Buat R&D tentang produk2 Islam (tangible & intangible) dan pasarkan di dalam dan luar negara.
  4. Bina yayasan Mawaddah untuk membantu mereka yang memerlukan.
  5. Bina sebuah Maahad untuk melahirkan ilmuwan Islam dan generasi celik agama.

5 Tabiat buruk

  1. Suka menyakat anak2 buah.
  2. Mudah terlupa kalau banyak sangat arahan dalam satu masa.
  3. Otak jadi blur bila terlampau banyak memikir. Orang buat lawak pun saya buat dek je..hehe
  4. Automatik sakit perut bila terima berita kecemasan seperti kematian dan kemalangan.
  5. Suka membaca majalah atau buku sambil baring.

5 Perkara yang saya benci melakukannya
  1. Kerja lebih masa samada lepas waktu pejabat ataupun di hujung minggu. (Alhamdulillah buat masa ini tidak lagi.. sejak tukar department).
  2. Terpaksa ambil alih tugas orang lain yang ditinggalkan tidak sempurna.
  3. Panjat bukit dan gunung.
  4. Menunggu orang yang tidak menepati janji.
  5. Menghadiri meeting yang tidak capai matlamat dan lari dari matlamat asal.

5 Perkara yang tidak akan saya lakukan

  1. Menyekutukan Allah-mudah2an Allah tidak palingkan hati saya ke arah lain.
  2. Melakukan dosa2 besar-membunuh, merompak dan yang sewaktu dengannya.
  3. Hisap rokok
  4. Masuk disco
  5. Menukar jantina (hentam je la..dah tak idea sebenarnya ni hehe)

5 Perkara yang saya menyesal lakukan

  1. Menyakiti hati mak, abah dan orang yang mengenali saya.
  2. Tengok wayang tak ingat dunia akibat tension belajar dan pengaruh kawan semasa dalam pengajian.
  3. Memakai "bandana" (sapu tangan kecil ikat kepala) gara2 membuat persembahan di kolej kediaman. Itu majlis tertutup untuk siswi tapi entah macam mana ada sebilangan kecil jantina lain yang join sama.
  4. Tidak pulang dari asrama selepas mak meminta saya balik untuk jenguk opah yang sakit dan demam tidak baik2. Saya tidak mahu balik sebab sehari sahaja dan Isninnya saya ada periksa. Esoknya saya menerima berita kematian opah. Ketika itu saya berada dalam tingkatan 5.
  5. Lari bila takut tengok atuk mengigil2 hendak mengusap rambut dan bergurau dengan saya. Arwah atuk parkinson akibat kemalangan sebenarnya. Dan saya ketika itu hanya kanak2 kecil berumur 4 tahun. Kalau la saya berfikiran dewasa ketika itu..pasti saya dapat rasakan kasih sayang atuk kan..

5 Permata Hati Saya

  1. Mak
  2. Abah
  3. Adik beradik2
  4. Anak2 buah
  5. Semua yang mengenali saya in person samada di dunia realiti ataupun dunia maya.

5 Tempat yang saya sukai

  1. Masjidil Haram terutamanya di depan Multazam
  2. Masjidil Nabawi
  3. Rumah saya
  4. Bilik saya
  5. Suasana damai kampung kelahiran mak dan abah

5 Saat yang penuh bermakna

  1. Saat kelahiran saya ke dunia, dikurniakan mak dan abah yang cukup kental dan tabah dalam membentuk peribadi saya dan adik beradik dengan penuh kasih sayang.
  2. Mengerjakan haji bersama mak dan abah ketika berumur 12 tahun.
  3. 2 tahun kemudian, mengerjakan umrah bersama keluarga tercinta dan arwah opah.
  4. Hari konvokesyen
  5. Bercuti dan menghabiskan masa terluang bersama keluarga.

5 Benda/Perkara yang saya sukai

  1. Mawaddah dalam keluarga saya
  2. Masakan mak
  3. Seni sulaman
  4. Kanak2 comel yang keletah
  5. Kasut/Sandals Scholl, Clarks dan Hush Puppies.

5 Perkara tentang diri saya (sesi masuk lif rosak..tekan2 button lif tidak mau naik juga)

  1. Nampak pendiam dan serius jika tidak kenal. Tapi sebaliknya tidak begitu.
  2. Prihatin dan suka menegur untuk kebaikan bersama.
  3. Sensitif bertempat.
  4. Penyayang.
  5. Kelakar bertempat.

5 Orang yang paling saya sukai di dalam Blog

Saya tidak pandai memilih dan meletakkan rating untuk seni karya dalam dunia blog. Kerana saya membaca blog ikut mood saya ketika saya membaca. Kalau mood dan otak perlukan muhasabah diri, saya cari blog yang mempunyai info tentang Islam, puisi Islam..jika perlukan bacaan yang lebih ringan dan santai saya cari dan baca blog yang karyanya lebih ringan..jika perlukan bacaan tentang pengalaman hidup saya cari blog yang menceritakan pahit getir seseorang bertarung dalam kehidupan..macam tu lah seterusnya. Pendek katanya..saya suka dan enjoy baca semua blog.

5 orang yang saya pilih untuk menyambung tag ini

  1. Sunan Jati yang pernah mengebom saya akibat teguran saya
  2. 13 May- musuh @ sahabat baik Sunan Jati
  3. Kak rafflesia merah-seorang kakak yang sedang meniti kebahagian di alam pertunangan
  4. Kak Luna yang suka berinai
  5. Achik yang tidak habis2 beraya dari blog ke blog sampai terlupa nak update blog sendiri.

AKMA,

Untuk pengetahuan AKMA, saya telah "mengenali" AKMA hampir setahun lamanya..tapi sekarang baru meninggalkan jejak di AKMA. Perkenalan bermula dari Bluehikari dan Tipah vogue.

Indera,

Terima kasih, blog Indera banyak memberi ruang kepada saya mengetahui suasana tempat kelahiran datuk saya. Sebenarnya kampung saya di seberang kampung Indera sebab arwah atuk berkahwin dengan opah dan berpindah ke seberang Sungai Perak.


Thursday, November 23, 2006

Dekatnya Tamar Dengan Kita

Tamar menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis Julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah S.W.T. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan Februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.

Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada. "Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia.

Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." jelas Pak Long. Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s." "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya.

Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Petikan artikel dari Majalah Anis keluaran Oktober 2005.


Kisah mengenai buah tamar ini saya terima daripada seorang kawan lama melalui email. Informasi yang sangat menarik yang saya sendiri baru mengetahui mengenainya. Lansung saya bercadang untuk berkongsi info ini di sini pada bulan puasa yang lepas. Tetapi kerana dek kesibukan kerja yang menuntut saya mengejar waktu yang sangat singkat ketika bulan puasa..saya terlupa akan email ini. Baru sekarang saya terjumpa. Selamat membaca..semoga beroleh manfaat daripadanya.

"Musim haji telah pun tiba..selamat mengerjakan ibadah haji buat muslimin dan muslimat yang terpilih menjadi tetamu Allah pada kali ini. Semoga mendapat haji yang mabrur..."

Monday, November 20, 2006

Ada Apa Pada Nama?

Hari Jumaat yang lepas, semasa dalam perjalanan ke kedai buku saya terperangkap dalam sekumpulan remaja. Saya percaya kumpulan remaja terbabit adalah pelajar IPTS yang berdekatan. Tiga orang daripada mereka menghalang laluan saya dengan jalan ala Mak Limah lenggangnya. Dua orang lagi adalah remaja lelaki berjalan di belakang saya. Bersuara seorang remaja lelaki yang berada di belakang saya "Rab..Rab..ishh tak dengar pula dia ni". Saya dapat mengagak dia memanggil salah seorang remaja perempuan yang menghalang laluan saya. "Rabiatul Adawiyah!", jerit remaja lelaki itu dengan sekuat hatinya. Sehingga saya yang berada di depannya pun agak terkejut dengan jeritannya. Maka menolehlah si gadis manis berambut perang, bersubang di hidung, berbaju pendek dan berjeans ketat itu.
"Apa? " soalnya kepada remaja lelaki yang memanggilnya.
"Kau halang jalan akak ni la," sambung remaja lelaki itu.
Gadis itu tersenyum lantas memberi laluan kepada saya. Saya membalas senyumannya dan menoleh senyum ke remaja lelaki itu sebagai tanda terima kasih.

Sambil meneruskan langkah, tergiang2 di fikiran saya korus nasyid nyanyian kumpulan In-team..

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar


Masyallah sedapnya namamu dik. Tapi sayang nama yang indah tidak seiring dengan perwatakan yang dibawa.
Kenangan lalu mengimbau ingatan saya ketika berada di Tingkatan 2. Waktu itu saya pernah bercita2 menukar nama pemberian abah. Sebabnya saya merasakan nama saya tidak membawa apa2 maksud. Berbanding adik beradik saya yang lain semuanya mempunyai nama yang sedap dan mempunyai maksud. Ketika itu saya amat yakin nama yang baik akan mengundang kepada pebawakan diri yang baik. Semangat untuk menukar nama semakin berkobar2 apabila melihat kawan baik saya dan adiknya menukar nama mereka. Saya utarakan niat saya pada abah dan mak. Abah memang nampak terkejut kerana dalam umur awal remaja saya sudah berani menuntut hak ke atas diri saya. Permintaan saya dibiarkan berlalu walaupun saya sering kali mendesak.

Akhirnya mak mencadangkan supaya nama saya sekarang ditambah Fatimah di belakangnya. Saya tidak berapa setuju dengan cadangan tersebut. Saya lebih gemar nama cadangan mak ketika saya dilahirkan iaitu nama panggilan saya sekarang kemudian diikuti dengan nama salah seorang ibu susuan Nabi Muhammad. Mak hanya diam dan saya masih dengan kemaruk saya untuk menukar nama.

Keadaan hanya menjadi reda apabila saya melihat betapa susahnya kawan saya hendak menukar nama. Pelbagai prosedur yang dia dan adiknya kena ikuti. Lansung saya membatalkan niat saya. Kepada mak dan abah saya pohon maaf. Saya redha nama pemberian abah. Kerana saya percaya pada Qada' dan Qadar' yang semuanya telah tertulis untuk saya. Tersenyum abah mendengar maaf saya dan dengan lembut dia menerangkan kenapa saya menjadi pemilik "nama" tersebut. Aku tersenyum mendengar penjelasan abah. Mak sempat menitipkan nasihat bahawasanya, memberi nama anak yang baik2 sememangnya menjadi kewajipan kedua ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak inginkan yang terbaik untuk anak2nya. Tetapi mendidik dan membentuk anak acuan agama adalah tanggungjawab yang lebih utama. Tiada guna mempunyai nama yang baik2 seandainya perwatakan tidak semulia nama yang dijunjung.Semuanya itu bergantung pada iman kita.

Sejauh mana kebenarannya...cermin diri dan nilai dengan akal fikiran yang waras..wallahualam

Thursday, November 16, 2006

Sinar Cahaya Ayat Kursi

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm, lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard, wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem

"Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him Nor Sleep. His are all things In the heavens and on earth. Who is there can intercede In His presence except As he permitteth? He knoweth What (appeareth to His creatures As) Before or After or Behind them. Nor shall they compass Aught of his knowledge Except as He willeth. His throne doth extend Over the heavens And on earth, and He feeleth No fatigue in guarding And preserving them, For He is the Most High. The Supreme (in glory)."[Surah al-Baqarah 2: 255]

Aku masih ingat lagi sewaktu berumur 9 tahun, aku disuruh hafal ayat kursi. Tension betul rasanya bila ustazah yang mengajar tidak membenarkan kami pulang selagi kami tidak menghafal ayat2 tersebut. Pada mulanya aku buat tidak endah sahaja. Orang lain sibuk menghafal. Aku dan sepupu hafal lebih kurang sahaja, selebihnya main yang banyak. Ustazah nampak perangai kami berdua. Ustazah bagi amaran kedua. Kelam kabut la kami dua orang menghafal dengan bersungguh2. Selepas berjaya menghafal di depan ustazah, ustazah ingatkan kami bahawa ayat Kursi ini penting dijadikan amalan sebagai pendinding apabila usia kami dewasa kelak.

Rasa tidak puas hati di sekolah berbekam sehingga ke rumah. Pada mak aku mengadu. Mak hanya tersenyum membiarkan aku membebel seorang diri. Bila keadaan tenang, malam harinya mak menasihati aku dan bercerita tentang fadhilat ayat Kursi. Kata mak ayat Kursi memang berguna sebagai pendinding. Arwah atuk ada ajar, kalau hendak buat pendinding atau rasa sesuatu mistik yang berlaku amalkan baris terakhir dalam ayat tersebut sebanyak 10 kali. Insyallah "benda" itu akan terbakar dan kita tidak akan diganggu perkara2 pelik. Aku terdiam tanda akur.

Apabila usia menginjak awal remaja, aku terpaksa menjalani kehidupan di asrama. Masa ini barulah aku amalkan betul2 ayat ni. Sebabnya asrama yang aku huni itu banyak sangat kisah2 mistik. Almaklumlah asrama tempatnya jarang sekali terletak di kawasan orang ramai. Pernah terjadi, seorang kawan baik aku diserang histeria. Ketika itu, perasaan kasih terhadap seorang kawan dan perasaan takut berkecamuk dalam diri. Masih segar dalam ingatan aku semasa dia sedang menjadi "sesuatu" yang lain..hampir sepuluh orang pelajar puteri (panggilan untuk pelajar perempuan) dan 2 orang ustaz memegangnya. Punyalah kuat kuasa dia sehinggakan kami yang ramai ini terpaksa berkerja keras memegangnya dari terus meronta.

Sedang seorang ustaz bersoal jawab dengannya...aku usap perlahan tangan kanannya sambil mengamalkan ayat Kursi seperti yang diajar mak. Sebaik sahaja aku habis mengulangi ayat yang terakhir sebanyak sepuluh kali, aku hembuskan pada "dia".Serta merta, "dia" menarik kuat tangan kanannya dan mata merenung tajam ke arah aku sambil berkata "Panaslah bodoh." Aku terkejut tapi masih boleh mengawal perasaan. Aku sedar pandangan mata"nya" itu tidak boleh terus ditatap dan dilawan kelak panahannya terkena pada aku. Atas arahan ustaz aku mengundur ke belakang dan aku tidak sesekali melawan pandangannya. Menurut kawan aku yang lain, mata "dia" tidak habis2 menatap dan menyoroti setiap langkahku. Dalam hati berdegup kencang tapi aku lawan dengan membaca ayat Kursi sebanyak mungkin agar hati aku tidak dikuasai. Dia akhirnya tertidur setelah diberi minum oleh ustaz yang mengubatnya. Pesan ustaz, jangan biarkan dia tidur seorang diri. Rapatkan katil dan dia harus diapit. Ustaz juga berpesan agar kami me"magar" dorm dan katil kami. Sekali lagi antara kami saling menunding jari mencari siapa yang patut mengapitnya. Akhirnya demi sahabat, aku dan seorang lagi sahabat baik kami menyerah diri. Dalam hati Allah sahaja yang Maha mengetahui. Macam-macam bayangan timbul. Takut "dia" terjaga dan mencekik kami lah. Takut "dia" menendang kami lah ...dan paling ditakuti jika kami dikuasai oleh"dia". Aku tidak habis-habis membaca ayat Kursi dan 4 Qul memohon pada Allah yang Maha Esa agar menyelamatkan kami. Ada juga kawan2 yang sama dorm menampal ayat2 kursi di "locker" dan sudut2 tertentu sebagai pendinding. Dan ada juga adik2 form 1 yang ketakutan tidur dalam keadaan mendangkap Al-Quran dan meletakkan ayat Kursi dibawah bantal. Alhamdulillah, berkat kekuasaan Allah, bacaan ayat Kursi dan doa semua, sahabatku yang dikuasai "dia" tadi tidak buat hal pada malam itu. Itulah secebis kisah aku berkaitan dengan fadhilat ayat Kursi.

Di kesempatan ini, ku nyatakan beberapa hikmah ayat Kursi mengikut hadis2 sebagai panduan pembaca Iman Mawaddah

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah
disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Saturday, November 11, 2006

Jika Aku Jatuh Cinta

Jika aku jatuh cinta...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.


Semasa aku menulis entri ini, sambil mengamati bait2 puisi di atas, hati masih lagi berbekam rasa terkilan. Fikiran menerawang jauh pada seseorang yang ku kenal hampir 3 tahun yang lalu. Kasih yang bersemi hanya dalam dunia maya. Sebutir permata yang lahir di tengah2 kelompok adam. Kehadiran yang dinanti penyeri ayah bonda. Manis sekali gadis bernama A itu. Dia telah mengangkat martabat aku sebagai seorang kakak di alam maya lantaran keserasian yang wujud antara kami. Walaupun tidak pernah bersua muka, hanya bertemankan suara dan gambar kaku, antara kami bagai tiada rahsia.Walau sesibuk mana pun ku cuba luangkan sedikit waktu untuknya. Begitu juga dengan dia.

Awal tahun 2006..aku dikhabarkan berita gembira. Dia telah temui penawar lara hatinya. Seorang jejaka dari tanah kelahiran Dato' Bahaman, dikatakan seorang yang bertanggungjawab, menjadi tunggak keluarga setelah kematian ayahanda tercinta. TETAPI ada sedikit kegusaran dihati A. Dikhabarkan kepadaku bahawa si jejaka pilihan hati ini seorang yang "kurang menyembah" (dalam istilah melayu, dalam erti kata lain tidak menunaikan solat). Dia memohon pertolonganku. Aku terdiam seketika. Lama dia menanti jawapan aku. Akhirnya aku bertanya
"A sayangkan dia?".
"Sayang kak, dia baik. A beruntung dapat dia".
Aku diam lagi. Macam2 persoalan berlegar dalam kepala ketika itu.
"Kalau A sayangkan dia, didiklah dia, bimbinglah dia mengerjakan solat".
"Tapi kak, A dah cuba, dia degil. Macam2 alasan dia bagi".
Dalam hatiku, hendak saja aku suruh dia tinggalkan lelaki itu. Tapi aku tak sanggup mencalari hatinya.
"A cuba la lagi, Insyallah pintu hatinya terbuka. Kalau dia sayang A, dia mesti ikut cakap A", jawabku. A hanya diam. Selepas detik itu lama aku tidak ketemu A di alam maya.

Beberapa bulan selepas itu, kami "bertemu" lagi.
"Kak, A dah bertunang".
"Alhamdulillah, dengan yang hari tu ke?"
"A'a kak, dengan dia la".
"Dia dah ok?", soal aku merujuk kepada ibadah solatnya.
"Alhamdulillah kak, dia dah ok".
"Alhamdulillah, tahniah A. Akak doakan kebahagian A".
Aku tumpang gembira. Aku yakin bahagia menjadi miliknya setelah dia diuji Allah dengan cinta pertamanya dulu.

Kesibukan tugas antara aku dan dia membataskan pergaulan kami. Sekali sekala bertemu di alam maya dan bergayut di telefon tapi tidak berkesempatan berbual lama seperti dahulu. Sehinggalah beberapa bulan sebelum Ramadhan menyampaikan salam pertemuan, A menunjukkan gambar dia dan tunangnya kepadaku.
"A ke tu?"
"A,a A dengan tunang la kak."
"Bukan A pakai tudung ke? "
Dia tergelak..Aku celaru...
"Gambar tu masa konvo tunang A kak. Dia minta permission A dan family untuk membenarkan A tidak pakai tudung masa pi tengok konvo dia".
Astaghfirullahal'azim kata hatiku.
"Untuk apa dia suruh A buka tudung?"
"Ntah la kak, may be hendak tunjukkan A pada ex-gf dia kot"
Terkedu aku jadinya. Benarlah kata orang, akal perempuan senipis rambutnya. Jika tidak dibimbing dengan betul, rosaklah dia. Memang tidak dinafikan A dikurniakan Allah rupa paras yang cantik. Tapi sayang kerana cinta dia sanggup mengetepikan pegangannya selama ini.

"A ikut je la ya? Mak ayah tak membantah?" tanyaku lagi.
"Dia pandai ambil hati mak ayah. Tu yang dorang pun setuju."
Seriau darahku membacanya. Mana hilangnya gadis sopan pantai timur yang akak kenal dulu dik. Lelaki yang baik tidak akan minta sedemikian rupa.
"Tapikan akak tengok macam rupa nenek tua je", kataku sinis.
Dia hanya tergelak besar. Entah paham entahkan tidak dengan kenyataanku itu. Ataupun buat-buat tidak faham.

Semenjak dari itu, dia tidak lagi kutemui di alam maya. Cuma kiriman sms selepas umat Islam menyambut aidilfitri yang ku terima darinya. Aku tahu dia telah selamat diijabkabulkan kerana dia membahasakan dirinya sebagai "kami" bukan lagi "A" seperti selalu yang dia ucapkan. Tahniah dik. Akak doakan Allah beri petunjuk pada adik berdua.

Aku sedia maklum jodoh pertemuan di tangan Allah. Salah satu perjanjian antara roh dengan Pencipta sebelum roh ditiupkan ke jasad. Sehebat mana pun tentangan jika Allah dah tentukan, kita tidak mungkin dapat mengelak yang dia tercipta untuk kita dan dia tercipta untuk kita. Cumanya aku berharap ..jika aku jatuh cinta, aku tidak "tergelincir" seperti adikku, A. Ku akui godaan syaitan sememangnya kuat. Sedangkan nabi Allah, Adam dan isterinya Hawa pun boleh tersilap langkah, inikan pula kita manusia biasa. Seandainya aku tergelincir juga dari landasan suci, aku bermohon kepada Allah supaya segera sedarkan aku.

Tuesday, November 07, 2006

Ujian Dahsyat Terhadap Iman

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di sebelah petang ia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata dunia" H.R Muslim

Begitulah dahsyat dan hebatnya ujian terhadap seseorang muslim di akhir zaman. Siapa boleh menjangka seseorang yang beriman di waktu pagi boleh menjadi kafir di waktu petangnya. Dan seseorang yang beriman pada waktu petang tetiba menjadi kafir pada keesokkan paginya. Begitu pantas masa berlalu memberi perubahan pada iman seseorang. Iman yang mahal harganya boleh berubah sekelip mata hanya kerana godaan dunia dalam masa satu hari. Dunia lebih dicintai dan disanjung tinggi daripada iman yang diasuh sejak azali.

Kerana pertolongan seorang kristian semasa terlibat dalam kemalangan, Azlina Joy memohon untuk digugurkan agama yang dipegangnya selama ini. Kerana panahan cinta sang arjuna kristian, Siti Aishah meninggalkan agama yang membentuk peribadinya selama ini..dan kerana secucuk sate yang ketika itu mungkin berharga 20 sen secucuk, Hartina Kamaruddin jatuh cinta pada pemuda hindu sehingga sanggup menentang bapanya yang beragama Islam. Murahnya harga iman dek kerana cinta dunia. Betapa hebatnya serangan akidah di akhir zaman ini.

Jika di negara2 Asia Barat mereka diserang hebat dalam peperangan..tidakkah kita sedar di negara ini kita sedang diserang dengan akidah. Ramai yang mencintai hiburan dari ceramah agama..ramai yang yang menggilai artis daripada ulama dan ustaz yang berilmu..ramai yang menjadi hamba duit daripada ilmu yang berfaedah dan ramai yang cintakan pangkat untuk disanjung tanpa memikirkan betapa beratnya amanah yang dipikul angkara pangkat yang disandang.

Riwayat Ibnu Majah menambah.."kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah S.W.T dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah menjadikan kita tergolong di dalam golongan yang berilmu dan beramal dengan ilmuNya. Hanya ini yang akan menyelamatkan kita dari ujian yang dahsyat ini. Dan jangan sesekali kita menyatakan diri kita ini belum tentu Islamnya...sebaliknya banyakkan berdoa agar Allah memelihara iman kita.

Sunday, November 05, 2006

Sindrom Raya

Sepanjang minggu selepas raya merupakan minggu yang sangat2 sibuk bagiku. Kebetulan pula hujung bulan, sememangnya tanggungjawab aku bertambah bila setiap hujung bulan tiba. Tidak cukup dengan itu, PC di pejabat pun turut buat hal akibat tuannya cuti raya seminggu. Agaknya "dia" kempunan lemang kot. Tunggu doktor dia datang merawat, doktornya pun cuti jugak.. ermm nampak gayanya terpaksa ku teruskan kerja secara manual. Barulah sedar diri, selama ini bergantung sangat pada keupayaan teknologi. Sekarang nah..rasakan ambil..Allah bagi "cash". Mujur lah setakat dua hari je..kalau tidak, mau pening aku dibuatnya.

Hari Sabtu pula, mak menjemput adik beradik dua2 belah pihak datang. Jadinya rumah aku ibarat rumah terbuka tapi terhad kepada VVIP sahaja. Seawal 6.30 pagi tanggungjawab merendang mak dah serahkan pada aku. Tapi nama je aku ni masak rendang walhal mak dah sediakan semua bahan2nya. Selain merendang pelbagai lagi aksi kung fu, karate, silat jenis kuali dan periuk yang mak dan aku adik beradik sediakan. Sehingga akhirnya, aku dan kakak menyambut tetamu yang pertama datang dengan pakaian ala bibik. Mujur lah deme datang berperingkat2 jadinya sempatlah kami bergilir2 bersiap memperkemaskan diri. Penat memang penat tapi cukup puas hati. Alhamdulillah..ternyata hubungan yang erat antara kami mewujudkan mawaddah dalam diri masing2.

Ahad pula, giliran abang buat open house..kebanyakkannya muka2 yang sama datang ke rumah semalam berjumpa lagi hari ni. Bergelak tawa bermesra lagi macam la bertahun tak jumpa. Riuh rendah dibuatnya. Pulang sahaja dari rumah abang, aku selesai tunaikan tanggungjawab seorang muslim..lansung tertidur kepenatan. Dan bila aku tersedar, aku singgah untuk meninggalkan jejak di laman iman mawaddah.

Episod kepenatan aku tak berakhir di sini kerana esok...aku kena mengadap kerja2 aku yang tertangguh angkara PC ku yang mabuk lemang. Sebenarnya otak masih beku untuk update blog..tapi ku cuba juga sedaya mungkin sebab seorang sahabat komplen tiada cerita baru dalam iman mawaddah. Dan seorang yang lain boleh tanya aku hidup lagi ke tidak..hehe..alhamdulillah hidup lagi cuma terkena sindrom raya saja.

Thursday, November 02, 2006

Gempar

Gempar...Sana sini orang mengata
Kamu..engkau..dia dan mereka sama sahaja
Menuding jari telunjuk ke arah pesalah
Tanpa sedar 3 jari yang lain menunding ke arah diri sendiri
Hanya pandai berkata..tanpa menyokong
Tak cukup di warung kopi..bawa ke parlimen

Kawan..jangan kau tunduk dengan orang yang berkata kosong
Kita kene tabah bersatu menghadapinya
Semangat jentayu untuk terus berjuang
Demi agama..demi bangsa

Di paruhmu kemilauan sinar
Menyepuhi sejuta rasa
Kemulian di hatimu
Bening budi terdampar di jagat raya
Di sayap taufan kau jelajahi
Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman ketidakadilan
Jentayu patah sayap bertongkat paruh
Jentayu patah paruh bertongkat siku
Jentayu patah siku bertongkat dagu
Jentayu patah dagu bertongkat kuku
Pinjamkanlah hatimu untuk semua

..aku merepek ada makna..bg mereka yang memahaminya.

Sunday, October 29, 2006

Pergi Tak Kembali

Sebuah rumah di sebuah kampung di Hulu Langat kelihatan berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Tingkap dan pintu terbuka persis meraikan kedatangan tetamu yang datang bertandang sempena aidilfitri. Selalunya rumah yang didiami seorang nenek tua dan seorang anak tiri yang terencat akal ini kelihatan suram seolah2 tidak berpenghuni. Lalu hati berkata "Nenek ada tetamu agaknya"....

Semasa kaki melangkah ke laman rumah..taman mini nenek yang cantik dengan pelbagai spesis tumbuhan dan sedap mata memandang.. kali ini kelihatan semak.Pokok2 bunga layu menuntut air penyegar dahaga. Si hati kecil terdetik lagi "Mengapa taman mini nenek semak semacam je ni"..Lalu muncul seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai anak saudara nenek. Salam perkenalan dari mak, abah, pak cik, mak cik dan aku sebagai permulaan bicara. Tanpa membiarkan persoalan tergantung tanpa jawapan ..
Wanita tersebut lansung berkata"Mak long tak de"
Mak bertanya "Mak cik pergi mana?"
Sambung wanita itu lagi "Mak long baru je meninggal malam hari raya baru ni"

Terkaku kami berlima mendengarnya..mak lansung terduduk di kaki tangga rumah. Ada linangan air mengalir perlahan di kelopak matanya. Abah tertunduk diam..ku amat pasti ia sedang menahan air mata lakinya dari jatuh berguguran. Aku termenung..dalam hati mengharap semua ini hanya lakonan..aku yakin nenek akan keluar menjenguk menyambut kehadiran kami seperti biasa tiap2 tahun. Namun semua itu hanya tinggal harapan.

Setiap kali selepas meraikan aidilfitri di kampung, rumah nenek ini akan menjadi kunjungan mak dan abah. Sebab nenek termasuk dalam senarai zakat abah. Dan aku sekiranya waktu mengizinkan aku akan turut serta dalam agenda tahunan ini. Nenek tidak mempunyai pertalian saudara dengan kami..cumanya arwah suami nenek adalah bekas majikan abah. Ukhuwah yang terjalin sejak zaman bujang abah sehinggalah kini. Arwah suami nenek yang semasa kecil ku panggil "atuk tak de kaki" (sebab diabetes) merupakan antara orang yang banyak membantu abah dan membentuk peribadi abah. "Atuk tiada kaki" telah meninggal dunia di tanah suci..meninggalkan nenek dengan anak atuk yang terencat akal iaitu Mak Cik Atam.

Kini semuanya tinggal kenangan..Nenek Shimah pergi mengadap Illahi semasa umat Islam sedang bersiap2 meraikan lebaran..meninggalkan Mak Cik Atam..Ku renung wajah Mak Cik Atam yang sekejap tersenyum tertawa sendirian..dan sekejap berlinangan air mata..sempat lagi dia bermain cak2 dari sebalik pintu dgn aku sambil mengucapkan selamat hari raya..aku hanya tersenyum sambil membalas ucapannya. Dalam hati terdetik..kesian Mak Cik Atam..semoga Allah kurniakan seribu ketabahan padanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Nenek Shimah dan memberkati segala kasih sayang yang dicurahkan pada Mak Cik Atam...Al-Fatihah

Friday, October 27, 2006

Suatu hari di hari raya

Aidilfitri kali ni ku sambut dengan penuh sederhana di kampung halaman abah dan mak. Mujur la deme satu negeri dan daerah tapi berlainan kampung..jadi tiadalah masalah giliran untuk berhari raya. Sememangnya tiap kali aidilfitri kami akan pulang ke kampung..setahu dan seingat aku hanya 2 kali sahaja kami menyambutnya di Kuala Lumpur iaitu semasa aku dilahirkan dan semasa arwah ibu saudara ku meninggal dunia ketika usiaku belasan tahun. Mungkin kerana suasana di kampung yang lebih damai dan tenang ataupun mungkin bosan dengan suasana "hutan batu" di Kuala Lumpur membuatkan kami lebih rasa selesa menyambut lebaran di tanah kelahiran abah mak. Lagipun abah dan mak memang mahu kami mengenali asal usul keluarga dan melihat sendiri cara orang kampung mengemudi hidup. Dalam erti kata lain..sebagai pengajaran pada kami adik beradik supaya jangan menyombong dan sentiasa menghormati insan lain. Dan yang paling utama..pulangnya anak rantau ke desa mengeratkan lagi siraturrahim hubungan persaudaraan yang telah lama terjalin. Walaupun kadang2 diri terasa bosan menunggu abah dan mak membuka cerita2 lama tatkala bertemu sanak saudara...sedangkan aku asyik tersengeh2..angguk2..geleng2...faham ke tak faham ke belakang cerita, janji air muka kene ceria. Dalam hati setahun sekali biarlah..andai aku di tempat mereka, aku pun akan melakukan perkara yang sama.

Tapi bagi diriku hari raya kali ini amat bererti..pertamanya sepanjang Ramadhan yang lalu aku temui ketenangan pada jiwa yang kacau.. Syukur alhamdulillah ku panjatkan pada Allah yang Maha Esa.Keduanya..banyak kiriman sms aidilfitri yang ku terima dari orang yang tak ku sangka2..sahabat2 lama yang telah terputus hubungan..hadir dgn sms masing2...terasa indahnya ukhuwah yang terjalin. Sape sangka ya..ku andaikan tahun ni aku kehilangan sms yang sering ku terima menjelang aidilfitri dari arwah2 kawanku..tetapi Allah gerakkan hati sahabat2ku yang lain untuk datang bertamu di telefon bimbitku.Dan yang ketiganya .....mungkin "kenangan terindah" aidilfitriku pada kali ini..di mana aku telah terlanggar penanda jalan semasa memandu pulang dari kampung. Macam mana la mata ni boleh tak nampak.Yang paling tragis..kereta yang ku pandu adalah kereta ayahku..abis tercalar di pintu sebelah kiri dan sedikit lesung pipit pemanis calaran..aduhh...kereta pun nak duit raya jugak ya? Apa2 hal pun aku bersyukur..tidak ada apa2 berlaku pada mak yang duduk di sebelahku. Itulah secebis kisah aidilfitriku tahun ini..suka dan duka bertemu dalam satu wajah, yang aku percaya dan yakin pasti ada rahmatNya yang tersembunyi.

Saturday, October 21, 2006

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua
Semoga lebaran kali ini beroleh keberkatan
Maaf Zahir dan Batin

Friday, October 20, 2006

Peringatan menjelang Aidilfitri

Hari ni hari ke 27 umat Islam berpuasa.Office sudah mula lenggang..Jalan dari ruang udara pejabat ku sudah semakin jammed..semuanya gara2 nak sambut raya. Teringat pesanan ustaz pagi tadi..Hari Raya merupakan hari beribadah tanda kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa. Aidilfitri ibarat penentu samada kita telah berubah akibat daripada penyucian jiwa sepanjang Ramadhan ataupun kita kembali kepada perangai asal kita. Berbahagia la bagi orang yang telah berjaya berubah meningkatkan iman dalam diri dan bagi orang yang tidak berubah..yang dapat hanyalah rasa lapar dan dahaga. Apabila hadirnya Syawal, orang beriman akan merasa sedih..Apakah berkemungkinan untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang..mereka akan cuba menggunakan beberapa hari yang tinggal ini untuk terus beribadat kepada Allah. Dan sebaliknya bagi orang yang tidak berubah..mereka akan rasa tidak sabar2 untuk berhari raya..dan urusan mereka di akhir2 Ramadhan adalah lebih tertumpu kepada urusan persiapan menyambut hari raya.

Menurut ustaz lagi antara cara2 menyambut Hari Raya mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah:-
1) Melakukan mandi sunat Aidilfitri di awal pagi.
2) Memakan sebelum berhimpun di masjid untuk solat sunat aidilfitri
3) Pergi berhimpun di masjid untuk tujuan takbir, solat sunat aidilfitri dan mendengar khutbah. Tuntutan untuk berhimpun di masjid adalah untuk semua umat Muslim termasuk wanita yang sedang dalam haid. Walaupun mereka ini tidak boleh solat tetapi mereka dikehendaki mendengar khutbah. Ini sebagai lambang penyatuan ummah..di hari kebesaran untuk diraikan beramai2. Dan bagi mereka yang boleh bersembahyang..apabila sampai ke masjid hendaklah terus duduk dan bertakbir. Jangan melakukan solat sunat selain daripada solat sunat Aidilfitri.
4) Bersalam2an memohon kemaafan..TAPI harus dijaga jangan sesekali bersalam dengan yang bukan mahram.


Hadirnya 1 Syawal
Umat Islam menyambutnya dengan penuh kesyukuran
Syaitan yang diikat sebulan kini bebas meneruskan misi kehancuran
Saat satu pihak menyambut kemenangan dan satu pihak lain meraikan pembebasan
Ada pihak yang bersedih kerana tiba la masanya saat perpisahan
Meninggalkan keluarga dan kenalan yang masih hidup serta jasad di kuburan
Kembali ke Luh Mahfuz dengan bekalan.. itupun sekiranya ada ihsan dari yang masih hidup

Thursday, October 19, 2006

Kisah semalam

Semalam aku ambil cuti khas atas permintaan mak untuk tolong jaga 4 orang "askar" kesayangan saudara kandungku. Mak kurang sihat sikit. Sebenarnya sejak bekerja di tempat kerja sekarang ni, aku dah lama tak buat tugas2 khas ni.Waduh..mencabar kesabaran betul..macam2 ilmu dorang buat..sampai aku rasa aku ni seperti 'superwoman' hehe.. apa saje yang dipinta aku cuba usahakan..ikut rasa hati muda macam malas nak layan je dorang ni tapi bila tengok wajah2 comel dengan macam2 keletah ..ditambah pula ciuman ikhlas dari sorang demi sorang membuatkan perasaan letihku berubah menjadi sayang. Kadang2 sampai aku sendiri tergelak sama.Tu la dunia kanak2 yang senantiasa happy. Asyik melayan kerenah dorang sampai berbuka pun aku tak amik port sangat semalam..dan hari ni..nah hasilnya..tahap keupayaan aku lemah akibat dari ledakan lahar cecair putih dari perutku yang naik ke atas kerongkong lansung keluar dari mulut ku yang berpuasa..kata mak tu gastrik namanya. Aduh..terasa diri macam berada di atas kapal yang dilambung ombak lautan biru..rasa macam nak amik cuti je..tapi kerana amanah kerja di pejabat aku gagahkan juga. Lagipun aku tak mahu tugasku tertangguh sehingga selepas cuti raya.

Lalu hati terdetik..baru je sekejap aku dipinjamkan untuk merasai nikmat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu..aku sudah lemah begini. Bagaimana dengan mak ya? Yang telah melahirkan aku dan membesarkan aku selama 20 tahun lebih ini..dalam diam aku insaf ..kebetulan hari ni adalah 26 Ramadhan iaitu tarikh aku dilahirkan ke dunia, tarikh mak bertarung nyawa demi aku ..mampukah aku membalas jasanya?..Moga2 aku mampu membalasnya...

Tuesday, October 17, 2006

Rintihan si hati kecil


Malam ini sukar sekali untuk melelapkan mata
Gelisah hati yang tidak ketentuan
Runsing sekali memikirkan
Jawapan yang tiada kesudahan

Bangunlah wahai jiwa insan yang lemah
Mengadulah pada Tuhanmu yang Maha Esa
Di situ ada jawapan pada segala kegusaran
Lambang kasih sayang yang berpanjangan

Munajatku dalam syahdu
Merindui makfirahMu
KeagunganMu arah tujuanku
Hanya Engkau Tuhan yang satu

Tenanglah wahai hati dan jiwa yang resah
Yakinlah pada tali cinta nan satu
Jangan sesekali engkau tergelincir rebah
Dalam menguasai cinta pada Dzat yang memilikimu

Saturday, October 14, 2006

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

Macam-macam reaksi aku terima daripada kawan2 aku bile aku start introduce blog ni kat dorang minggu lepas. Ada yang macam tak caya, ada yang ucap tahniah, ada yang menolong bagi idea2 menarik, ada yang tak tahu nak kata apa hehe...dan respon yang paling kelakar sekali aku terima ada hamba Allah sorang ni kata aku ni ustazah..(haha..gelak besar aku dibuatnya)...Aku bukan la seorang ustazah.Kalau cita2 nak jadi ustazah tu adalah. Tapi tu semua kenangan terindah zaman isi ruangan cita2 dalam kad peribadi sekolah rendah dulu2 kala.Aku hanya manusia biasa yang baru berjinak2 dengan dunia blog. Sebenarnya idea untuk buat blog ni datang dari arwah kawan aku yang juga seorang blogger. Masa tu pintu hati nak buat blog sendiri tertutup..sebabnya aku tak nampak kebaikan menulis blog ni. Lagipun aku bukannya rajin menulis..seingat2 aku, tulisan seumpama ini kali terakhir ku tulis adalah zaman sekolah menengah dulu. Tapi memang tak dinafikan sejak arwah tunjukkan blog dia pada aku..aku mula singgah membaca dari satu blog ke satu blog yang lain. Banyak aku jumpe idea2 yang menarik.Namun untuk menulis sendiri jangan harap la walaupun keinginan tu ada. Hinggalah Ramadhan tahun ini melabuhkan tabirnya dan mengerakkan hati aku untuk menulis. Bukan untuk menunjuk apatah lagi untuk mencipta nama. Tapi aku menulis sebagai peringatan bagi diri sendiri yang sering alpa dan aku cuba kongsikan bersama sahabat2 aku dan sesiapa jua yang singgah di kawasan rehat dan baca aku ni sebagai manfaat bersama.Lagipun aku terfikir andai aku pencen tak bergaji dari dunia cyber ini..ada la juga kenangan istimewa ku hadiahkan buat teman2 yang mengunjungi. Dan sekiranya maut hadir menjemput ku, ku harap apa yang ku tulis di sini boleh menjadi saksi yang menolongku di kemudian hari.

Friday, October 13, 2006

Lailatul-Qadr

Lailatul-Qadr satu lagi anugerah istimewa di bulan Ramadhan...suatu malam yang hanya 1 daripada seribu atau sejuta malam yang lain.

Lailatul-Qadr bermaksud 'malam penentuan' atau 'malam pembahagian' kerana jumhur ulama mengatakan bahawa malam ini adalah malam di mana Allah mentakdirkan segala urusan manusia-rezeki, jodoh, ajal dan sebagainya untuk tempoh setahun akan datang. Kemudian 'ketentuan' itu diserahkan kepada para malaikat mengikut bidang tugas masing-masing.

Antara sebab-sebabnya berlaku Lailatul Qadar
Rasulullah pernah memikirkan akan umur umatnya yang pendek berbanding ummat terdahulu. Lalu Baginda memikir bagaimana umat Baginda dapat menandingi umat terdahulu dalam beribadat, kesolehan dan ketaqwaan. Maka dengan rahmat Allah dikurniakanlah malam yang penuh keberkatan kepada umat Nabi Muhammad iaitu Lailtul-Qadr.

Bila berlakunya
Sabda Rasulullah SAW "Carilah lailatul-qadr pada malam2 yang ganjil pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan" (Riwayat Bukhari& Muslim)

Apa yang perlu dilakukan
Lakukan apa jua jenis ibadat seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan seumpamanya. Memohon keampunan dan bertaubat dari segala dosa. Serta mohon kurniaan syurga dan perlindungan daripada azab neraka.

Malam ini adalah malam ke 21 Ramadhan..sudah termasuk antara malam2 ganjil 10 hari terakhir Ramadhan..jadi, apa yang ditunggu lagi..Moga rahmat Allah bersama kita..amin

Nasihat orang lama

Suatu pagi bulan Ramadhan...
Berdiskusi aku dengan 2 "orang lama"

Uncle M: Uncle nak tanya u satu soalan.Nak tengok cara u fikir..
Aku: Ok, apa dia uncle. (dalam hati apa la pulak yang dia nak tanya ni..ingat ni court ke)

Uncle M: Ada satu keluarga Melayu dan satu keluarga Cina. Depa datang ke KL bawa anak isteri. Gaji mereka sebulan RM 1000.

Uncle M terdiam kemudian menyambung ...

Uncle M: Kamu! sebagai orang Melayu..cerita pada uncle macam mana orang Melayu manage duit seribu tu untuk hidup di KL?
Aku: Ermm apa ekk..Diam seketika (Gurlp..apa nak cakap ni..kene bijak cerita ni silap hari bulan kene diri sendiri).

Uncle M tunggu jawapan aku..Aku tengok muka abah..(Jerit si hati kecil..abah tolong laa..cover line laa..adoilaa..)..Abah aku tenang je menanti jawapan aku.

Uncle M : Apa dia? Cerita la mek.

Aku: Orang Melayu spend untuk keperluan keluarga dan kalau ada balance dia simpan.
(Aku jeling abah..abah hanya senyum memerhati je..hai abah tak kesian ke anak abah kena soal siasat dengan uncle lawyer ni)

Uncle M: Orang Cina lak macam mana?
Aku: (Dalam hati orang Cina la pulak) ..ermm Orang Cina dia invest duit tu la kot. They make profit habis2an sebab dunia adalah syurga dia.

Uncle M diam seketika.

Uncle M: Kamu dengar sini..uncle nak bagi tahu. Orang Melayu akan belanja duit dia untuk anak isteri dia. Belanja bukan sekadar keperluan tapi dah melebihi kemampuan. Beli tv, beli hi fi..beli sofa mahal-mahal..TAPI semuanya hutang. Orang Melayu berani berhutang. Hanya segelintir yang beringat.. depa akan menyimpan.

Aku tersengeh..Abah tenang.

Uncle M: Kalau orang Cina pula..daripada duit seribu tu..dia nekad simpan duit dia. Katakanlah RM 400 setiap bulan. Selebihnya dia belanja untuk keperluan keluarga. Kamu nampak tak perbezaannya? Betul tak haji? (tanya Uncle M pada abah ku)

Aku dok tersengeh lagi.Abah hanya sekadar mengangguk2 kecil.

Uncle M: Kamu fikir-fikir kan la..kamu masih muda..masih jauh perjalanan. Biar orang tengok kamu tiada harta..biar bersederhana. Jangan pakai segak..branded..tapi duit dalam simpanan habuk pun tiada. Kalau boleh cuba jangan berhutang kecuali keadaan betul2 terdesak macam nak sambung belajaq ka..kamu paham tu?

Lagi2 tersengeh aku ni..sambil mengangguk..Uncle M sambung lagi

Uncle M : Lagi satu uncle nak ingatkan jangan sesekali kamu bagi kawan kamu pinjam duit. Baik macam mana pun seseorang kawan jangan beri. Andai dia betul-betul terdesak kamu beri la duit sebagai saguhati bukan sebagai hutang. Sebab apa..uncle tak percaya dia boleh bayar balik hutang dia pada kamu. Dia akan lupakan kamu bile dia dah dapat duit kamu (ermm betul gak banyak terjadi dah kisah macam ni)

Uncle M : Kamu paham cakap uncle ni?

Aku senyum dan mengangguk perlahan (Macam aku ini pesalah dia la pulak..tahu la lawyer..adeh)

Abah yang diam sejak tadi..akhirnya bersuara

Abah : Dalam hidup manusia ini..Allah akan beri kesenangan kepada kita sekali, kemudian terpulang la pada kita untuk menguruskannya. Andai kita mengurus dengan baik..maka makin senang la hidup kita..jika tidak..kacau bilau la hidup kita. Hidup tak selamanya berada di atas..sebab tu kita kene beringat.

Giliran Uncle M mengangguk setuju. Aku senyum lagi...

Terima kasih Uncle M..terima kasih abah...nasihat orang lama akan ku jadikan azimat untuk meneruskan kehidupan di dunia sementara ini.

Fikir2kan la

Tuesday, October 10, 2006

Nuzul Al-Quran

17 Ramadhan menjelma kembali,
Nuzul Al-Quran membawa seribu pengertian,
Mukjizat terbesar anugerah istimewa Illahi,
Peristiwa bersejarah setelah 41 tahun Nabi diputerakan.

Bermula dengan Iqra' (Bacalah), Jibrail datang menemui Nabi,
Lengkapkan la sudah 22 tahun 2 bulan 22 hari penurunan kitab suci,
13 tahun di Mekah, 10 tahun di Madinah menjadi saksi,
Antara rukun iman yang wajib dipercayai,
Penuh rahmat dan hikmah yang tersembunyi.

Ramadhan sudah separuh menginjak pergi,
Tanya la iman tanya la hati,
Pernahkah dibaca kitab suci,
Di sepanjang bulan yg penuh keberkatan ini..
-Iman Mawaddah

"Kita mengakui Islam, Kita akui bertuhankan Allah. Tapi mengapa kita mengabaikan kalam-Nya terbiar sepi di atas almari atau sekadar menjadi hiasan dinding penyeri rumah..dalam diam ku amati gambar pintu gerbang Al-Quran untuk masuk ke tanah suci Mekah di atas dengan pelbagai persoalan dihati...."

Ermm menjadi juga nukilan rasa "instant" ciptaanku...cetusan idea hasil dari rasa syukur melihat bumi Allah yang dilimpahi hujan tengah hari ini..

Monday, October 09, 2006

Mana dia?

Mana dia KLCC?
Mana dia KL Tower?

Semuanya hilang. Kabur sama sekali dek jerebu menyelubungi.Terasa macam duduk dalam flight yang terbang di awan pula. Tak nampak apa hanya asap... Ke mata aku yang sakit? atau otakku yang kelabu asap?

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi S.A.W sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Bilakah akan terjadi hari qiamat?" Maka Nabi S.A.W pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, "Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliautidak mendengar pertanyaan itu," Sehingga apabila Nabi S.A.W selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari Qiamat tadi?". Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah". Maka Nabi S.A.W bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari kiamat". Arab Badwi itu bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?". Nabi S.A.W menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari Qiamat".

Saturday, October 07, 2006

Sayu Wajah Keibuan

Scene I
Lokasi : Di tengah2 ibukota di dalam bulan Ramadhan
Hari pertama
2 orang wanita sedang berjalan lalu terserempak dengan seorang wanita lain yang ditahan oleh seorang warga tua. Lalu hati terdetik apakah yang dipinta oleh warga tua wanita tersebut.
Hari Kedua
2 orang wanita keluar berjalan lagi, lalu berselisih dengan seorang warga tua wanita (orang yang sama dengan semalam). Maka mata bertemu mata, senyuman ikhlas berbalas senyuman. Lalu berkata la wanita tua itu "Nak, minta mak cik RM 3 nak. Mak cik nak balik rumah, tiada duit." Maka terkejut la salah seorang wanita tersebut. Hati berdetik lagi...ini mak cik semalam, macam mana dia boleh tiada duit sedangkan dia boleh datang tiap hari di sini. Pakaiannya kemas, sepasang baju kurung tiada sikit menampakkan riak wajah orang dalam kesusahan. Syak timbul di hati ..lantas, 2 orang wanita tersebut berlalu pergi.

Scene II
Lokasi: Di sebuah kampung yang indah permai di sebuah negeri di pantai barat. Sebulan sebelum Ramadhan menjengah

Dalam satu majlis perkahwinan, di ruang tamu rumah pengantin.. duduk seorang warga tua wanita di atas kerusi. Lalu 3 orang wanita dewasa masuk ke dalam rumah tersebut dan duduk di atas permaidani. Salah seorang wanita tersebut duduk berhampiran warga tua tadi. Lalu berkata si warga tua yang duduk di atas kerusi tadi "Maafkan mak cik ye nak, mak cik duduk atas pulak." (dalam loghat perak yang bisa difahami wanita yang duduk di atas permaidani tersebut. Wanita tersebut membalas "Tak pe mak cik, duduk la atas, senang nak bangun." (dalam loghat kolumpo yang mungkin difahami mak cik tersebut). Warga tua itu lansung duduk di bawah bersama wanita muda tadi. Maka terjalin satu perbualan. Ringkasnya berkenaan warga tua itu tersebut, ia duduk seorang diri, kematian suami dan tiada anak. Wajah keibuan penuh ketenangan membuatkan hati wanita muda tersebut sayu lalu sedikit saguhati dihulur ke tangan wanita tua tersebut. "Mak cik, ini ikhlas dari saya." Jawab si warga tua "Alhamdulillah, moga anak bahagia dunia akhirat, dimurahkan rezeki." "Syukur alhamdulillah mak cik, terima kasih doakan saya, mak cik jaga diri baik2 ya" sambut wanita muda tersebut. Maka salam bertaut kasih, ukhuwah yang cukup indah terjalin dalam masa yang begitu singkat berlalu.

Dua situasi berbeza yang ku alami dalam masa lebih kurang sebulan. 2 wajah sayu keibuan buat aku terfikir...
Scene I menggunakan wajahnya untuk menagih simpati
Scene II wajah sayu yang cukup tenang yang tidak mengharapkan simpati orang yang memandang

"Bagaimana pulak aku nanti ya..andai tua menjelang tiba?...."

Perang Badar


Satu peristiwa bersejarah telah berlaku di bulan Ramadhan iaitu Perang Badar. Perang yang diperintahkan oleh Allah terhadap Rasul-Nya yang mengandungi impak yang sangat besar kepada kejayaan agama Islam. Ia melambangkan betapa teguhnya iman Rasulullah dan para sahabat dalam memuliakan Islam. Allah memerintahkan peperangan ini dibuat dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh hikmah. Rasulullah menerimanya dengan hati yang terbuka. Baginda tidak jemu2 memohon pertolongan dari Allah agar diberikan kekuatan iman kaum tentera baginda dalam berjuang menentang tentara kaum musyrikin yang jauh lebih ramai dari tentara Rasulullah dan jauh lebih hebat dari segi kelengkapan alatan perang. Bayangkan tentera Rasulullah hanya seramai 313 orang sedangkan tentara kaum musyrikin adalah seramai 1000 seorang. Namun Allah tidak menipu dan membiarkan hamba-Nya. Pertolongan dari Allah datang mencurah-curah dan akhirnya kaum musyrikin pun tertewas. Antara hikmah daripada peristiwa ini :-
1-Islam mula berkembang dan bertapak teguh di bumi Madinah. Setiap tawanan perang
diberi layanan istimewa membuatkan ramai yang mempercayai Nabi Muhammad dan agama
yang dibawa oleh baginda.
2-Ikut la seperti apa yang diperintahkan Allah. Yakinlah kepada janji Allah.
3-Golongan yang Allah makbulkan doanya adalah
a) Doa pemimpin yang adil.
b) Doa orang-orang yang berpuasa.
c) Doa orang-orang yang teraniaya.

"Kini Rasulullah telah pergi meninggalkan kita,
Namun wasiat Baginda agar berpegang pada Al-Quran dan Al-Hadith
Jangan sesekali kita persiakan. "

"Madinah al-Munawwarah penuh ketenangan,
Hijrahnya Rasulullah mengandungi hikmah,
Islam berkembang daripada kegelapan,
Lambang keindahan agama Allah"


Keterangan gamba:- Di bawah kubah hijau itulah bersemadinya Kekasih Allah, Rasulullah S.A.W.
(Saat menziarahimu ya Rasulullah, hati merasa sayu..perasaan sukar diungkap dengan kata2, hanya mampu dizahirkan dengan linangan air mata keinsafan..adakah aku berpeluang bertemu dengan mu di SANA?)

Thursday, October 05, 2006

Jerebu di bulan Ramadhan

Sepanjang minggu ini, jerebu memenuhi ruang udara Kuala Lumpur. Kali pertama sepanjang hidupku dan mungkin juga kali pertama untuk orang lain, jerebu hadir memeriahkan bulan Ramadhan. Hari ini, dari ruang pejabatku jelas kelihatan tahap kepekatan jerebu lebih kuat berbanding hari-hari sebelum ini.Sebentar tadi, sambil berjalan2 diluar jelas sekali tahap penglihatan ku terbatas disertai dengan bau jerebu yang amat merimaskan.Lalu hati berbicara..

"Ya Allah, apakah petanda yang Kau tunjukkan ini.
Ampunkan la dosa2ku, ibu bapaku, keluargaku
dan saudara2 seIslamku.."

Tuesday, October 03, 2006

Sleep Paralysis

Seorang teman lama menghantar email ini kepada ku....dari mana dia dapat email add aku ni, aku pun tak tahu. Email add office lak tu. Aku paparkan di sini sebagai info kepada tetamu iman mawaddah.

"Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran..Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......betulker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) .....kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...ader la dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb tak leh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer

...tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... barula aku tau kebenaran dia....ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medicalnyer 'sleep paralysis. 'Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary(sementara). ...temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogicparalysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kitergerak2) stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kiter kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch offRAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jeryang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate...so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar....tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan,terasa mender sentuh/hempap dll..)

sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer,tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contohaku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

Thanks Y for the info. Harap2 anda semua boleh paham dengan bahasa dia yang agak merapu tapi bernas.. hehe. Sorry bro...walaupun rupemu masih kelam2 dalam RAM aku (maklumla bukan sama course), email ni cukup baik untuk info aku dan kawan2...thanks again.

"As we go on, we remember,
All the times we had together,
And as our life change,
Come whatever,
We'll still be friends forever.."

Friday, September 29, 2006

Roh di bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah..(maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

" Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai la engkau disana di bawah rahmat
dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi"

Wednesday, September 27, 2006

Ramadhan Bulan Mulia

Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dalam Islam. Bulan yang penuh hikmah yang menguji kekuatan iman setiap manusia terhadap Allah yang Maha Esa. Sebagai seorang Islam, kedatangan bulan Ramadhan seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan keazaman untuk tingkatkan tahap keimanan dan kecintaan kita kepada agama. Di bulan yang mulia dan penuh barakah ini juga manusia dibebaskan dari gangguan dan godaan syaitan. Iman dan nafsu bertarung dalam satu nyawa dan jasad. Siapakah pemenangnya..iman ataupun nafsu? tak perlu undian sms mahupun komen juri professional, juga tiada tangisan terkeluar pertarungan akibat kekurangan undian. Pemenangnya hanya Allah yang menilai keikhlasan hamba-Nya dalam menunaikan suruhan-Nya.

Saat berjalan ke luar rumah menunaikan amanah kerja...Aku terfikir... masih ada lagi manusia yang aku yakin sekali seorang Islam, menunaikan ibadah puasa tetapi ibadah lain dipinggirkan. Seolah-olah bulan Ramadhan hanya sebagai bulan untuk berpuasa dan tiada halangan untuk berpakaian tidak menutup aurat dan berpegang tangan sesama bukan mahram. Air dengan minyak tak bercampur beb..dan matlamat bisa menghalalkan cara..Subhanallah... Wahai saudara seagamaku..Rebutlah peluang yang datang. Janganlah dicemari kemuliaan Ramadhan. Jangan tunggu sehingga detik nafas yang terakhir..ermm peringatan buat diriku dan saudara-saudara seagamaku yang mudah lupa. Moga Allah menerima ibadah kita di bulan yang penuh barakah ini.

Harapan Ramadhan(Man Bai & Raihan)
Ku mengharap Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah Nya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu
membelenggu diri tiada henti-henti

Tak ingin kubiarkan Ramadhan
berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi
segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan
diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
dengan Rahmat Mu ohTuhanku..ku tempuh jua

Lagu : Man Bai/Farihin
Lirik : Man Bai/Farihin
Album : Maafkan - Raihan 1999

Tuesday, September 26, 2006

Iman

Iman...Apakah yang dimaksudkan dengan iman..

Iman bahasa Arab (الإيمان) secara etimologis berarti 'percaya'. Perkataan iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يؤمن) yang berarti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan iman yang berarti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam surah al-Taubah ayat 62 yang bermaksud: "Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."
Para
sahabat dan ulama telah mendefinisikan istilah iman ini, antara lain, seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. : "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota." Aisyah r.a. berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota." Imam al-Ghazali menguraikan makna iman: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."
Kesimpulannya, bahwa iman itu keyakinan yang dibenarkan oleh hati, diikrarkan dengan lisan dan dibuktikan dengan perbuatan.
Diperoleh dari "
http://id.wikipedia.org/wiki/Iman"

Setiap orang mempunyai tahap iman yang berbeza dan sukar untuk dinilai. Tiada seorang pun yang dapat menilai iman seseorang melainkan Allah yang Maha Esa. Bak kata Raihan dalam baik lirik nasyidnya..."Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa, ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai"... Padaku iman adalah satu bentuk keyakinan dan pengabdian diri seseorang Muslim itu terhadap Penciptanya. Sesuatu yang amat subjektif, tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi dapat dirasai bagi mereka-mereka yang menyakini akan Dzat-Nya. Setiap inci perbuatan kita di dunia ini dinilai melalui iman kita..persoalannya sejauh mana seseorang manusia itu memperoleh kekuatan iman untuk melawan godaan syaitan..

"Ya Allah...kuatkan lah iman kami untukMu ya Allah,
pelihara lah iman kami, jauhkan lah perkara-perkara
yang boleh merosakkan iman kami,
biarlah hidup dan mati kami di dalam keadaan beriman"..amin

Sunday, September 24, 2006

Salam Ramadhan

1 Ramadhan hadir jua...membuka sejarah baru bagi pengembaraan seorang insan dalam mencari nur iman. Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti...semoga pengembaraan ku tidak terhenti disini..dan seandainya ia terhenti ku pohon keberkatan Illahi agar diterima amalanku terhadap agama yang ku cintai.