Suasana masih lagi sunyi sepi. Hanya sesekali kedengaran bunyi unggas memecah keheningan. Bayu dinihari mengulit lena insan yang sedang diulit mimpi. Tetapi dia..dia sudah terjaga dari lenanya. Perlahan2 berjalan dalam kegelapan pagi yang muda lalu memetik suis menerangkan sebahagian ruang rumah. Dalam keadaan sejuk yang mencengkam dia membersihkan diri, berwudhu dan bersiap sedia mengadap Kekasihnya. Itu lah rutin hariannya. Tidak pernah jemu mengadap Kekasihnya di sebuah bilik kecil yang agak terpencil di sudut rumah. Dalam sinar cahaya yang suram dia mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Jarang sekali ia lupa akan tanggungjawabnya. Abah....kuat sekali azammu. Mengadap Tuhanmu setiap pagi mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga. Tetapi, anakmu ini..sering kali alpa.. walaupun sering terjaga tatkala dikau sedang bersiap sedia mengadap Tuhanmu. Hati ini masih membatu. Alahai..kuat sungguh syaitan yang membisik ke diri ini supaya meneruskan mimpi indah yang terputus.
Saya masih ingat suatu ketika dahulu semasa usia sedang meningkat remaja, Abah selalu berpesan, rajin2lah bangun malam memohon kesejahteraan hidup dunia dan akhirat daripada Allah. Jika kita ada masalah sentiasalah mengadu padaNya. Hanya Allah yang memahami. Jangan dekat2 hendak periksa baru sibuk2 hendak meminta. Tetapi mesti ingat jangan persoalkan akan lambat atau cepat pemberian yang diberi. Saya hanya mengangguk tanda setuju tetapi pada hakikatnya bak kata abah saya hanya bangun apabila saya betul2 dalam keadaan yang memerlukan pertolongan dan petunjukNya. Kini, semakin lama saya tinggalkan dunia pelajar semakin jarang saya ber‘dating’ denganNya di waktu dinihari…Allahuakhbar…apa hendak jadi saya ini.
"Orang yang berakal akan memberikan masa kepada 4 perkara. Salah satu daripadanya ialah bermunajat kepada Allah dengan merintih, berbisik dan mengadu hal di kala orang lain sedang nyenyak tidur"..(Ustaz Ismail Kamus)
"Bangun malam dan bersolat adalah satu cara pembersihan hati. Dan di waktu sebelum subuh ini jugalah antara waktu yang mustajab doanya" (Ustaz Shahril Long)
Pagi tadi, pertama kalinya sejak Ramadhan yang lalu, aku kembali mengadapNya di waktu dinihari...menagih sutera kasihNya untuk mendamaikan hati yang resah. Ya Allah terasa kuat rahmatMu mengalir halus di setiap hembusan nafasku. Berikanlah daku kekuatan dan keazaman untuk bangun dan bertemu denganMu lagi sementara jasad dan nyawaku masih bersatu.
Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta
Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi
Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan
Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya
Friday, December 08, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
wargh.. sutera kasih.... hahahahah...
bestnyer... ooo... sutera kasih pun ader... hhahahahah!
alhamdulillah...harap2 iman akan dpt sutera kasih yg diidamkan tu....
Sutera kasih yang menirai kekasih hati di sebalik hijab. Walaupun dihijab, setiap perkara berada di pandangan dengan jelas...
bagus utk dijadikan pedoman dan panduan...!
salam,
abahmu, seperti abah saya juga. Hampir setiap malam bermunajat, setiap subuh menghafaz bait-bait indah kalam Allah dengan taranum yang mendayu-dayu. Selalu saya terfikir, bagaimana dua manusia yang tinggi akhlak dan teguh iman boleh mendapat anak seperti saya? Yang sering alpa.
Kadang-kadang saya merajuk tapi Dia tidak jemu-jemu memujuk. Selangkah kita rapat denganNya, sepuluh langkah Dia menghampiri.
wallahuaklam.
maka makin kerdil terasa diri ini...
salam ukht,
baru berpeluang menziarahi site saudari..semoga makin tegar menulis..:)
sungguh..
'berkhalwat' (istilah sufi) pada pagi sebelum subuh ialah rutin para solihin.
Jom sama2 kita cuba jadikan rutin harian kita..:)
Salam Taaruf
Sunan dan Kak Raff,
Sutera kasih itu lagu nasyid.Kasih insan dengan Penciptanya.Semoga kita semua beroleh sutera kasih-Nya.
Bro Indera,
Allah yang sentiasa kasih pada kita. Tapi dapat ke kita membalas kasih-Nya?
Cikgu,
Mudah2an..Insyallah
Kak Khairyn,
Bersyukurlah kita dikurniakan Allah ibu bapa yang mencintai agama.Mungkin Allah sudah tahu yang kita ni sering alpa. Itu sebab Allah kurniakan dua insan istimewa ini dalam hidup kita untuk membimbing kita.Hebatkan kasih sayangNya.
Bro AKMA,
Turut termenung...muhasabah diri saya sendiri.
Nailofar,
Salam ukhuwah, selamat bertamu ke iman mawaddah.Melompat dari blog mana ya? Terima kasih atas kata2 semangat. Saya menulis bukan kerana nama :) Lagipun saya tidak pandai menulis sehebat bloggers lain. Hanya berkata2 mengikut acuan citarasa sendiri.
Bayu senja,
Bayu ni kawan Hakim Dirani ya? Terkejut juga saya mula2 nampak istilah sufi tu..hehe.Tapi bila baca keseluruhannya baru saya faham.Abah saya belum capai tahap solihin lagi. Dia masih mencari dan banyak lagi perlu diperbaiki.Insyallah kita cuba ya..Salam ukhuwah, terima kasih kerana mengunjungi iman mawaddah.
nice entry....membuat saya terdiam sejenak memikirkan sesuatu....
updet 200x! updet 200x! jajahahaa
]hahahaha hapdet...
hahahaha hapdet.. 200x!
Alhamdulillah. sudah ada sedikit ruang bernafas untuk ke mari. Membaca entry ini buat kesekian kalinya, melontar AKMA jauh ke satu lembah sunyi. Mencari sutera kasih...
ermm..
terdiam seketika membaca kisah ni..
demi mencari sutera kasih..
selamanya..
Salam ukht, ana kenalan AlBazrah, satu pengajian dgn beliau,dalam dan luar kampus. Sama-sama inshAllah kita menjadi mereka yang dicintai dan menyintai Allah.
nailofar
Post a Comment