Salam teman,
Sehingga hari ini, dia masih belum sedar. Masih bernyawa tapi terbujur kaku di ICU. Dunia perubatan moden masih binggung mencari sebab musabab kejadian. Sedih dan pilu menyelebungi hati kami sebagai rakan sekerja. Apatah lagi hati suami, anak2 dan keluarga yang merasai kehilangan senyum tawanya. Di pagi Jumaat yang mulia, kami menadah tangan beramai2 memohon doa kepada Allah yang Maha Esa agar selamatkan dia..lepaskan dia dari belenggu perkara2 yang tidak diingini.
Teman,
Sebagai peringatan buat kalian dan diri saya sendiri, berhati2lah semasa menjamu selera di gerai2 makanan dan restoran2. Terutamanya yang berhampiran dengan laut di kala waktu senja dan waktu malam. Ketahuilah teman bahawasanya malam itu gelap dan sunyi. Di dalamnya mengandungi pelbagai rahsia yang tidak terlihat oleh mata kasar. Dan sesungguhnya manusia itu lemah. Di dalam diri manusia terdapat pelbagai ruang halus untuk dicerobohi oleh tetamu2 yang tidak diundang. Tetamu yang sentiasa memegang janji keramat untuk memperdayakan keturunan adam. Banyakkan berdoa wahai teman. Semoga dengan adanya doa kita terpelihara dari gangguan penceroboh2 halus yang tidak diingini...wallahualam.
Friday, December 22, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Katakan kepada ahli keluarganya...doa yang paling 'dekat' ialah doa mereka. Al-fatihah dari hati yang paling 'dalam'. Rasakan getarannya...dan pohon kepada yang Maha Penyayang agar hantarkan getaran itu. Bagi mengusir 'getaran' yang lagi satu. Insya-Allah...
seseungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang kita tak ketahui...!
Bro akma,
Insyallah akan disampaikan. Sekarang ini pun pelbagai ikhtiar perubatan Islam sedang dijalankan.
Cikgu,
Ya betul, semuanya ini ujian yang kita tidak ketahui hikmah di sebaliknya.
betul tu kata mawaddah.. bukankah makhluk allah yang satu tu dah berjanji akan menyesatkan cucu-cucu adam sehingga ke akhirat? Memang dia musuh utama..
Post a Comment