Wednesday, October 24, 2007

Antara Iman dan Nafsu

Antara Iman dan Nafsu
Antara Puasa Sunat dan Rumah Terbuka Hari Raya
Antara hubungan manusia dengan Allah yang Esa
Dan hubungan manusia sesama manusia
Ku tak tahu..tak tahu yang mana satu

Kata hati "Kan bagus kalau start puasa minggu lepas, masa KL masih lagi di "serang todak". Tak lah susah hendak buat pilihan"

Monday, October 22, 2007

Kuala Lumpur dan Raya

Selasa, 16 Oktober 2007
Aman dan damai sungguh rasanya hidup di Kuala Lumpur. Perjalanan ke pejabat hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Tak perlu tergesa-gesa. Tak ada bingitan bunyi hon. Di lobi bangunan pejabat, tekan butang lif, dua tiga lif terbuka dengan sendirinya. Tidak perlu berebut-rebut mengejar lif. Tenang sahaja.

Tetapi yang boringnya hanya ada tiga umat manusia yang terpaksa jaga kedai. Banyak kerja tidak boleh jalan sebab ramai yang masih bercuti. Akhirnya, buat-buat sibuk walhal main game, keluar makan walhal merayau-rayau lebih dari 1 jam. Ada beberapa kawan yang sms, layan dengan penuh komitmen. Paling haru, boleh pula tertidur barang seminit dua. Cukup masa balik. Bahagianya hidup.


Isnin, 22 Oktober 2007
Hujan lebat di pagi hari. Seiring lebatnya dengan kereta yang berpusu-pusu ke pejabat. Belum pun masuk bandar, sudah berderet-deret. Dari 15 minit jadi 45 minit. Itupun terpaksa ikut short cut.

Di lobi bangunan, satu lif terbuka, ramai yang berkejar-kejaran berusaha menyelinapkan diri. Di pejabat, keadaan sudah seperti sedia kala. Hanya ada beberapa tempat sahaja yang masih kosong. Kerja yang tertunggak terpaksa dilunaskan. Aduh, pening..pening. Cukup masa rehat. Keluar berjalan-jalan di tengah hari niat mencari ketenangan, tetapi di sana sini penuh umat manusia. Rimasnya. Cukup masa balik, aduh sesak lagi. Habis sudah ketenangan yang dilalui selama empat hari.

Thursday, October 11, 2007

Yang Datang dan Yang Telah Pergi


Ramadhan telah tiba ke penghujungnya. Syawal bakal melabuhkan tabir. Sayu dan pilu rasa dihati. Andai ini Ramadhan saya yang terakhir, sedikit sangat masa untuk Dia yang Maha Esa. Jujurnya saya rindu diri saya di Ramadhan yang terdahulu. Walau apapun yang pergi tetap akan jua pergi. Tiada guna untuk ditangisi mahupun dikesali. Yang tinggal hanya azam dan usaha untuk memperbaiki diri. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua yang membaca.