Sebuah rumah di sebuah kampung di Hulu Langat kelihatan berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Tingkap dan pintu terbuka persis meraikan kedatangan tetamu yang datang bertandang sempena aidilfitri. Selalunya rumah yang didiami seorang nenek tua dan seorang anak tiri yang terencat akal ini kelihatan suram seolah2 tidak berpenghuni. Lalu hati berkata "Nenek ada tetamu agaknya"....
Semasa kaki melangkah ke laman rumah..taman mini nenek yang cantik dengan pelbagai spesis tumbuhan dan sedap mata memandang.. kali ini kelihatan semak.Pokok2 bunga layu menuntut air penyegar dahaga. Si hati kecil terdetik lagi "Mengapa taman mini nenek semak semacam je ni"..Lalu muncul seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai anak saudara nenek. Salam perkenalan dari mak, abah, pak cik, mak cik dan aku sebagai permulaan bicara. Tanpa membiarkan persoalan tergantung tanpa jawapan ..
Wanita tersebut lansung berkata"Mak long tak de"
Mak bertanya "Mak cik pergi mana?"
Sambung wanita itu lagi "Mak long baru je meninggal malam hari raya baru ni"
Terkaku kami berlima mendengarnya..mak lansung terduduk di kaki tangga rumah. Ada linangan air mengalir perlahan di kelopak matanya. Abah tertunduk diam..ku amat pasti ia sedang menahan air mata lakinya dari jatuh berguguran. Aku termenung..dalam hati mengharap semua ini hanya lakonan..aku yakin nenek akan keluar menjenguk menyambut kehadiran kami seperti biasa tiap2 tahun. Namun semua itu hanya tinggal harapan.
Setiap kali selepas meraikan aidilfitri di kampung, rumah nenek ini akan menjadi kunjungan mak dan abah. Sebab nenek termasuk dalam senarai zakat abah. Dan aku sekiranya waktu mengizinkan aku akan turut serta dalam agenda tahunan ini. Nenek tidak mempunyai pertalian saudara dengan kami..cumanya arwah suami nenek adalah bekas majikan abah. Ukhuwah yang terjalin sejak zaman bujang abah sehinggalah kini. Arwah suami nenek yang semasa kecil ku panggil "atuk tak de kaki" (sebab diabetes) merupakan antara orang yang banyak membantu abah dan membentuk peribadi abah. "Atuk tiada kaki" telah meninggal dunia di tanah suci..meninggalkan nenek dengan anak atuk yang terencat akal iaitu Mak Cik Atam.
Kini semuanya tinggal kenangan..Nenek Shimah pergi mengadap Illahi semasa umat Islam sedang bersiap2 meraikan lebaran..meninggalkan Mak Cik Atam..Ku renung wajah Mak Cik Atam yang sekejap tersenyum tertawa sendirian..dan sekejap berlinangan air mata..sempat lagi dia bermain cak2 dari sebalik pintu dgn aku sambil mengucapkan selamat hari raya..aku hanya tersenyum sambil membalas ucapannya. Dalam hati terdetik..kesian Mak Cik Atam..semoga Allah kurniakan seribu ketabahan padanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Nenek Shimah dan memberkati segala kasih sayang yang dicurahkan pada Mak Cik Atam...Al-Fatihah
Sunday, October 29, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Alhamdulillah. Teruskanlah kasih sesama manusia ajaran ayah ini. Moga ianya bakal menjadi air penawar di alam perantara nanti.
Terkesima. subhanallah.
AKMA
Insyallah..mudah2an.Walaupun rasa sebak dan tidak percaya masih menyelubungi jiwa..namun hakikat sebuah kehidupan perlu diterima dengan penuh ketabahan. Ukhuwah itu indah jika manusia kembali kepada fitrahnya tanpa membezakan keturunan,darjat mahupun harta.
Salam Iman Mawaddah,
Balas kunjungan di Bulan Syawal.
Mudah-mudahan rohnya sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang soleh.
Sesungguhnya di sebalik keriangan itu, sering sahaja ada palitan duka. Semua itu ujian dari Allah untuk menguatkan rohani kita, Insya-Allah.
Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yg diingini; wanita2, anak2, harta kekayaan dr jenis emas, perak, kuda pilihan (kenderaan), binatang ternak dan ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan disisi Allah adalah tempat kembali yg baik (syurga?).
Indera Kencana,
Terima Kasih datang "beraya" ke iman mawaddah. Maaflah tiada kuih raya. Tapi kalau teringin nak bagi duit raya amat dialu2kan hehe..gurau penawar duka.
Apa2 pun terima kasih atas nasihat. Mudah2an kita semua dianugerahkan kekuatan rohani yang jitu sebelum pulang mengadapNya.
Al-Fakir,
Tak dinafikan sungguh indah cinta anugerah Allah dalam diri manusia.Semuanya datang dari hati yang kadang2 manusia sendiri tak fahami.Namun begitu harus diingat jangan biarkan nafsu dan akal menguasai cinta dunia sehingga lupa pada cinta yang Khalid.Mudah2an kita dapat bertemu dengan cinta abadi kita, Allah yang Maha Esa sekembalinya kita kepadaNya nanti.Insyallah
masa yang telah ditetapkan,tiada terlebih atau terkurang pun..
zwitterion..tu pasal la kene ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
Post a Comment