Friday, October 13, 2006

Nasihat orang lama

Suatu pagi bulan Ramadhan...
Berdiskusi aku dengan 2 "orang lama"

Uncle M: Uncle nak tanya u satu soalan.Nak tengok cara u fikir..
Aku: Ok, apa dia uncle. (dalam hati apa la pulak yang dia nak tanya ni..ingat ni court ke)

Uncle M: Ada satu keluarga Melayu dan satu keluarga Cina. Depa datang ke KL bawa anak isteri. Gaji mereka sebulan RM 1000.

Uncle M terdiam kemudian menyambung ...

Uncle M: Kamu! sebagai orang Melayu..cerita pada uncle macam mana orang Melayu manage duit seribu tu untuk hidup di KL?
Aku: Ermm apa ekk..Diam seketika (Gurlp..apa nak cakap ni..kene bijak cerita ni silap hari bulan kene diri sendiri).

Uncle M tunggu jawapan aku..Aku tengok muka abah..(Jerit si hati kecil..abah tolong laa..cover line laa..adoilaa..)..Abah aku tenang je menanti jawapan aku.

Uncle M : Apa dia? Cerita la mek.

Aku: Orang Melayu spend untuk keperluan keluarga dan kalau ada balance dia simpan.
(Aku jeling abah..abah hanya senyum memerhati je..hai abah tak kesian ke anak abah kena soal siasat dengan uncle lawyer ni)

Uncle M: Orang Cina lak macam mana?
Aku: (Dalam hati orang Cina la pulak) ..ermm Orang Cina dia invest duit tu la kot. They make profit habis2an sebab dunia adalah syurga dia.

Uncle M diam seketika.

Uncle M: Kamu dengar sini..uncle nak bagi tahu. Orang Melayu akan belanja duit dia untuk anak isteri dia. Belanja bukan sekadar keperluan tapi dah melebihi kemampuan. Beli tv, beli hi fi..beli sofa mahal-mahal..TAPI semuanya hutang. Orang Melayu berani berhutang. Hanya segelintir yang beringat.. depa akan menyimpan.

Aku tersengeh..Abah tenang.

Uncle M: Kalau orang Cina pula..daripada duit seribu tu..dia nekad simpan duit dia. Katakanlah RM 400 setiap bulan. Selebihnya dia belanja untuk keperluan keluarga. Kamu nampak tak perbezaannya? Betul tak haji? (tanya Uncle M pada abah ku)

Aku dok tersengeh lagi.Abah hanya sekadar mengangguk2 kecil.

Uncle M: Kamu fikir-fikir kan la..kamu masih muda..masih jauh perjalanan. Biar orang tengok kamu tiada harta..biar bersederhana. Jangan pakai segak..branded..tapi duit dalam simpanan habuk pun tiada. Kalau boleh cuba jangan berhutang kecuali keadaan betul2 terdesak macam nak sambung belajaq ka..kamu paham tu?

Lagi2 tersengeh aku ni..sambil mengangguk..Uncle M sambung lagi

Uncle M : Lagi satu uncle nak ingatkan jangan sesekali kamu bagi kawan kamu pinjam duit. Baik macam mana pun seseorang kawan jangan beri. Andai dia betul-betul terdesak kamu beri la duit sebagai saguhati bukan sebagai hutang. Sebab apa..uncle tak percaya dia boleh bayar balik hutang dia pada kamu. Dia akan lupakan kamu bile dia dah dapat duit kamu (ermm betul gak banyak terjadi dah kisah macam ni)

Uncle M : Kamu paham cakap uncle ni?

Aku senyum dan mengangguk perlahan (Macam aku ini pesalah dia la pulak..tahu la lawyer..adeh)

Abah yang diam sejak tadi..akhirnya bersuara

Abah : Dalam hidup manusia ini..Allah akan beri kesenangan kepada kita sekali, kemudian terpulang la pada kita untuk menguruskannya. Andai kita mengurus dengan baik..maka makin senang la hidup kita..jika tidak..kacau bilau la hidup kita. Hidup tak selamanya berada di atas..sebab tu kita kene beringat.

Giliran Uncle M mengangguk setuju. Aku senyum lagi...

Terima kasih Uncle M..terima kasih abah...nasihat orang lama akan ku jadikan azimat untuk meneruskan kehidupan di dunia sementara ini.

Fikir2kan la

2 comments:

Iman Mawaddah said...

Ya betul..setuju dgn perantau..manage duit mmg byk cabangnya.Tp as a muslim kene lah make sure guna cabang management yg halal.Sumber duit yang kita dapat hasil penat lelah kita kerja pun penting juga.Jangan kerana dapat gaji tinggi bulan2 kita main tutup sebelah mata.Halal or haram kita buat dek je.Kena fikir saluran duit yang halal penting sbb jadi darah daging. Nak2 bg yang dah berkeluarga..bg isteri/suami, anak2 makan dgn sumber duit tu..Bab ni yang banyak kita failed...terperangkap dgn situasi, budaya hidup,desakan ekonomi dsb..hehe panjang benor la bebel ni..but its true..tu yg saya selalu dok fikir2kn..anyway..thanks perantau sbb sudi singgah ke iman mawaddah

Iman Mawaddah said...

BTW..sape perantau ni ya? singgah ke blog perantau..tgk mcm tgh renovate "rumah".. tak de "orang" dok lagi..hehe