Tuesday, November 07, 2006

Ujian Dahsyat Terhadap Iman

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di sebelah petang ia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata dunia" H.R Muslim

Begitulah dahsyat dan hebatnya ujian terhadap seseorang muslim di akhir zaman. Siapa boleh menjangka seseorang yang beriman di waktu pagi boleh menjadi kafir di waktu petangnya. Dan seseorang yang beriman pada waktu petang tetiba menjadi kafir pada keesokkan paginya. Begitu pantas masa berlalu memberi perubahan pada iman seseorang. Iman yang mahal harganya boleh berubah sekelip mata hanya kerana godaan dunia dalam masa satu hari. Dunia lebih dicintai dan disanjung tinggi daripada iman yang diasuh sejak azali.

Kerana pertolongan seorang kristian semasa terlibat dalam kemalangan, Azlina Joy memohon untuk digugurkan agama yang dipegangnya selama ini. Kerana panahan cinta sang arjuna kristian, Siti Aishah meninggalkan agama yang membentuk peribadinya selama ini..dan kerana secucuk sate yang ketika itu mungkin berharga 20 sen secucuk, Hartina Kamaruddin jatuh cinta pada pemuda hindu sehingga sanggup menentang bapanya yang beragama Islam. Murahnya harga iman dek kerana cinta dunia. Betapa hebatnya serangan akidah di akhir zaman ini.

Jika di negara2 Asia Barat mereka diserang hebat dalam peperangan..tidakkah kita sedar di negara ini kita sedang diserang dengan akidah. Ramai yang mencintai hiburan dari ceramah agama..ramai yang yang menggilai artis daripada ulama dan ustaz yang berilmu..ramai yang menjadi hamba duit daripada ilmu yang berfaedah dan ramai yang cintakan pangkat untuk disanjung tanpa memikirkan betapa beratnya amanah yang dipikul angkara pangkat yang disandang.

Riwayat Ibnu Majah menambah.."kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah S.W.T dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah menjadikan kita tergolong di dalam golongan yang berilmu dan beramal dengan ilmuNya. Hanya ini yang akan menyelamatkan kita dari ujian yang dahsyat ini. Dan jangan sesekali kita menyatakan diri kita ini belum tentu Islamnya...sebaliknya banyakkan berdoa agar Allah memelihara iman kita.

10 comments:

Anonymous said...

peliknya kehidupan dunia!!?? disaat kerajaan melaungkan solgan Islam Hadhari, makin ramai yang terang-terangan mengaku murtad.

Iman Mawaddah said...

al-fakir
Islam Hadhari atau Islam Hindari?
silap faham tu agaknya ...nauzubillah

INDERA KENCANA said...

Saya selalu berdoa, jika saya dijemput Allah, biarlah saya mati di dalam iman.

Tidak perlu kekayaan pun. Tidak ingin kepada pangkat kemewahan. Mungkin yang saya inginkan doa dari anak-anak saya.

Semoga kita dimatikan di dalam keimanan kepada Allah S.W.T. Amin.

Iman Mawaddah said...

Indera,

Insyallah..mudah2an kita hidup dan mati dalam keadaan beriman. Beruntunglah bagi mereka yang mempunyai anak2 yang soleh..yang boleh direct terus 'payment' pahala doanya pada kita di alam barzakh kelak.Tapi saya..belum ada anak..andai maut menjemput sebelum waktunya hanya ilmu dan amalan2 baik yang saya harapkan penyambung pahala di akhirat kelak

Anonymous said...

bukan hindari
cuma....
ada had dan ada hari

hakim dirani said...

Masya-Allah, memang betul cakap saudari, kelmarin Dato Mufti Perak datang Syria, dia cerita masalah akidah di Malaysia yang amat meruncing. hampir nak menangis saya. macam tak percaya sampai begitu.

Bunga Rampai said...

Salam,
Salam kenal salam ukhuwah, membalas kunjung dan terima kasih bertandang ke teratak saya :)

Ya, dari mata turun ke hati, lihat dan nilai dengan mata hati :)

Iman Mawaddah said...

Al-fakir,
Ntahlah...dari mana datangnya pencetus idea "hadhari" ni. Boleh pula membezakan Islam dahulu dan Islam sekarang. Walhal Islam tetap satu tiada berubahnya dahulu mahupun sekarang.

Hakim Dirani,
Itu baru mendengar..belum lagi melihat. Petanda akhir zaman, orang mengaku Islam tapi hakikatnya menentang Islam habis2an.So far, memang Dato' Mufti Perak yang berani mengetengahkan persoalan ini. Maklumlah orang Perak..tak begitu..Indera? hehe sorry selingan iklan kenegerian la pula.

Bunga rampai,
Salam ukhuwah si empunya bunga rampai...penyeri hantaran perkahwinan, penyegar kuburan sepi..aroma wangian asli ciptaan Allah tiada tandingan..Walau di ancam haruman potpurri dan aura seri..si bunga rampai tetap punyai identiti tersendiri. Terima kasih kerna meninggalkan haruman di laman iman mawaddah. Semoga ukhuwah bersemi sesegar haruman bunga rampai.. penuh mawaddah di hati empunya diri.

Anonymous said...

dari satu sudut, pembaharuan tak salah dalam Islam, asalkan ada peningkatan..
hari ini lebih baik dr semalam..

Cuma terkilan juga rasanya bila kejadian murtad ni berlaku ramai yg masih tidak peka sebaliknya menjadi pekak.. yg peka pula melompat ditempat yg salah.. paling hebat pun hanya lantang di mimbar2 jumaat, kuliah2 maghrib atau forum2.. tindakan susulan tiada..

Iman Mawaddah said...

Al fakir,
Betul pembaharuan tidak salah dalam Islam, asal ada peningkatan dalam mendekatkan diri kepada Allah.Tapi apa yang saya maksudkan dengan berubah dalam komen saya terdahulu "Walhal Islam tetap satu tiada berubahnya dahulu mahupun sekarang"..adalah pegangan tauhid individu dalam menjunjung kalimah syahadah di dalam hati, melakukannya dengan perbuatan dan mengimarahkannya sesama Muslim. Tapi dalam Islam Hadhari, banyak perubahan dilakukan untuk memudahkan urusan seharian...menghalalkan apa yang diharamkan dalam hukum fiqh.

Murtad..selagi yang pekak menguasai yang peka selagi itu la yang peka berada dalam golongan OKU...renung, tenung, fikir2kan.