"Apa? " soalnya kepada remaja lelaki yang memanggilnya.
"Kau halang jalan akak ni la," sambung remaja lelaki itu.
Gadis itu tersenyum lantas memberi laluan kepada saya. Saya membalas senyumannya dan menoleh senyum ke remaja lelaki itu sebagai tanda terima kasih.
Sambil meneruskan langkah, tergiang2 di fikiran saya korus nasyid nyanyian kumpulan In-team..
Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar
Masyallah sedapnya namamu dik. Tapi sayang nama yang indah tidak seiring dengan perwatakan yang dibawa.
Akhirnya mak mencadangkan supaya nama saya sekarang ditambah Fatimah di belakangnya. Saya tidak berapa setuju dengan cadangan tersebut. Saya lebih gemar nama cadangan mak ketika saya dilahirkan iaitu nama panggilan saya sekarang kemudian diikuti dengan nama salah seorang ibu susuan Nabi Muhammad. Mak hanya diam dan saya masih dengan kemaruk saya untuk menukar nama.
Keadaan hanya menjadi reda apabila saya melihat betapa susahnya kawan saya hendak menukar nama. Pelbagai prosedur yang dia dan adiknya kena ikuti. Lansung saya membatalkan niat saya. Kepada mak dan abah saya pohon maaf. Saya redha nama pemberian abah. Kerana saya percaya pada Qada' dan Qadar' yang semuanya telah tertulis untuk saya. Tersenyum abah mendengar maaf saya dan dengan lembut dia menerangkan kenapa saya menjadi pemilik "nama" tersebut. Aku tersenyum mendengar penjelasan abah. Mak sempat menitipkan nasihat bahawasanya, memberi nama anak yang baik2 sememangnya menjadi kewajipan kedua ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak inginkan yang terbaik untuk anak2nya. Tetapi mendidik dan membentuk anak acuan agama adalah tanggungjawab yang lebih utama. Tiada guna mempunyai nama yang baik2 seandainya perwatakan tidak semulia nama yang dijunjung.Semuanya itu bergantung pada iman kita.
Sejauh mana kebenarannya...cermin diri dan nilai dengan akal fikiran yang waras..wallahualam
25 comments:
Nama yang baik itu sepatutnya menggambarkan peribadi yang menarik. Jika yang berlaku sebaliknya tentulah amat menyedihkan sekali.
Yang lebih teruk lagi jika nama di'westernized'kan.
salam tuan rumah
tu la kdg2 nama punya la hebat maksudnya tapi sayang kalau jauh beza dgn diri...
ps: selalu tumpang baca hari ni tumpang komen :)
AKu nk bubuh nama aku- nama baik. blhtak.. nanti org pggl kat aku nama baik amacam..
Indera,
Ya betul. Pelik kan sesetgh org lebih megah bila dipanggil dgn nama western.
Achik,
O iye ke..tak pe jgn segan2 nak mengomen.Rasanya tidak terlewat utk ucapkan selamat bertamu di laman iman mawaddah.
Anonymous @ Sunan,
Tak pe boleh aje..mudah2an semua kelihatan baik.
sekarang nama mcm ikut peredaran zaman...semakin moden, semakin western nama itu...
ps: dulu saya ada sorang kawan...tak lah rapat sgt...nama dia Saad. Dia penah datang mengadu bahawa nama dia sering dipersendakan....org selalu ejek, nama dia nama org tua2..zaman perang jepun dulu...saya cuma tersenyum...benda camni pun boleh jadik bahan ejekan...apa dah jadi ngan dunia nih....bagi saya apahal la org nak ngejek dia..okey apa nama tu...tadak yg pelik pun...hmmm....
aik baru barujer nak komen.. sapa plak sunan tuh silap orgla...
kalau dah nama kita tak de makna, nk bt mcm mana.x kan nak salahkan mak ayah. esok2 utk anak2 letak yg baik2, pastikan didik anak yg sebetulnya..
13 May,
Tu lah sebahagian warna warni kehidupan. Bahan yang kecil dan tiada kepentingan dijadikan bahan ejekan.
Sunan,
Oo ok
Zwit,
Pada waktu itu saya tidak menyalahkan mak abah saya. Saya kununnya hendak tunjuk pandai.Membetulkan apa yang tidak betul.Biasalah jiwa dunia peralihan dr kanak2 ke alam dewasa mmg suka memberontak.
ooo... betuka.? kuatnyer memberontak.. la duk berontak lagika? erm... bila nk memberontak jg lupa ajak Yo...!
Mcm kenal je anonymous ni. Sekarang dah baik la..tu kisah lama zaman hingusan dulu hehe
kunjungan balas...hehehehe, thanks jenjalan kat blog kita, x sempat lagi nak baca entry ni, satgi kalau free kita dtg balik yerk...
nak baca, tapi x sempat gak...okla kita print jer entry ni, balik umah leh baca, sok pagi la kita bagi komen, boleh gitu??
hehe sibuk kalah menteri tu..x payah susah payah print laa kak membazirkan kertas je.
Saya Ada kenalan bernama Rabiatul Adawiyyah, alhamdulillah penampilannya baik seperti namanya.
Mudahan dia (raiatul adawiyah yang anda ceritakan) akan kembali ke jalan yang di redai.
betul tu akak iman..
anjang setuju dengan pandangan akak dalam cerita ni..
sungguh menarik dan boleh dijadikan iktibar kepada semua pembaca..
biarlah kelakuan itu sebagai pantulan pada nama yang diberi..
mencerminkan peribadi seorang muslim..
kerana nama itu adalah panggilan..
dan panggilan itu adalah doa..
jadi jika nama panggilannya itu baik..
maka serta-mertalah ianya mendoakan tuannya..
sebab itu dianjurkan memilih nama2 yang baik..
berbeza pula dengan situasi anak2 muda sekarang....
melihatkan nama saja yang baik..
tapi perangainya..
na'uzubillah min zalik..
terlalu jauh daripada adap sopan agama Islam..
itu bukan salah siapa2 tapi salah empunya diri..
tak pandai menilai nama yang diberi..
walaupun kita tahu..
perkara hidayah itu semuanya ketentuan dan kehendak Allah..
namun sebagai seorang daie'..
perlulah melihat perkara sebegini bukannya sesuatu perkara yang remeh dan diambil mudah..
Hakim,
Alhamdulillah, beruntungnya empunya diri mempunyai peribadi semulia namanya.
Anjang,
Lama tidak mendengar berita. Sibuk dengan study mungkin? Terima kasih atas komen yang akak anggap sebagai tazkirah buat tetamu iman mawaddah.
kertas byk kat opis ni, no hal lerrr...tu lerr, kita jgn nilai seseorg pada name, pada paras rupa...kekdg yg bertudung litup tu pun perangai kalah org yg x bertudung, ye tak...hehehehe...
Ooo ni la orgnya yang dok perabis kertas kat opis ni hehehe.Yang tu satu hal lg kak..nanti kalau ada kesempatan saya cerita tentang ni pula.
akak dulu pun tak suka nama akak sampai nak suh ayah tukarkan..sbb baik kawan2, malahan cikgu,suka sgt main2kan nama akak..tu yg akak bengang..
tapi bila dh besar, rasa unik pulak sbb jarang ada org nama cam ni...yg bestnya masa pertama kali suami (masa tu bf) sebut dan tulis nama akak memang tepat..tu antara sebab akak jd suka kat dia..hehe
kata fadzilah kamsah...nama memainkan peranan yang penting sbb dia boleh mempengaruhi peribadi...
Al-hamdulillah, nama yang telah diberi oleh parents akak sangat sesuai dengan diri akak...
Maksud nama akak penuh akak-"yang hampir".
Jadinya ,akaklah yang kena menentukan nak hampir dengan apa...samada dengan Allah, agama dan sbgnya. Nampaknya kena cari pelengkap untuk nama akak ni..;-)
Apa-apa pun akak suka guna nama singkatan akak "iffah"-cukup dengan apa yang ada / hati-hati dalam segala perkara...
Maaf, panjang plak bercerita dengan iman...
Iman, kalau tak keberatan, akak nak tau d.o.b iman...Tq, wish untuk akak....
Iman, one more thing...akak nak link with blog iman...boleh ke....
Luna,
Ada apa pd nama ye tak?
Kak Iffah,
Alhamdulillah..mudah2an tidak tersilap langkah dalam menentukan mana yang hampir. Tak pe nak bercerita..komen akak saya amat hargai. Saya lahir 10 September..dah lepas kalau nak wish pun :)
p/S: nak link blog? y not? amatlah dialu2kan..ukhuwah itukan indah walau hanya di alam maya
betul...nama yang elok mengambarkan keperibadian seseorang...itu pun kalau betul didikan dan asuhan mak bapak...klau namanya "Muhammad" yang bermaksud "yang terpuji"...tapi didikan dan asuhan mak bapak tak sempurna dan tak ikut ajaran Islam...maka anak itu akan jadi tercela...walau pun maksud namanya "yang terpuji"...apa ada dengan nama jika salah asuhan dan didikan...aku ader adik angkat namanya Nurul Arinab...kena ejek ngan kengkawan...dipanggil dan digelar arnab...renungkan bersama...!
nama~ langsung tidak menggambarkan perwatakan~
didikan~ tu yang penting~ dan kesedaran orang tu sendiri~
Post a Comment