اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm, lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard, wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem
"Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him Nor Sleep. His are all things In the heavens and on earth. Who is there can intercede In His presence except As he permitteth? He knoweth What (appeareth to His creatures As) Before or After or Behind them. Nor shall they compass Aught of his knowledge Except as He willeth. His throne doth extend Over the heavens And on earth, and He feeleth No fatigue in guarding And preserving them, For He is the Most High. The Supreme (in glory)."[Surah al-Baqarah 2: 255]
Aku masih ingat lagi sewaktu berumur 9 tahun, aku disuruh hafal ayat kursi. Tension betul rasanya bila ustazah yang mengajar tidak membenarkan kami pulang selagi kami tidak menghafal ayat2 tersebut. Pada mulanya aku buat tidak endah sahaja. Orang lain sibuk menghafal. Aku dan sepupu hafal lebih kurang sahaja, selebihnya main yang banyak. Ustazah nampak perangai kami berdua. Ustazah bagi amaran kedua. Kelam kabut la kami dua orang menghafal dengan bersungguh2. Selepas berjaya menghafal di depan ustazah, ustazah ingatkan kami bahawa ayat Kursi ini penting dijadikan amalan sebagai pendinding apabila usia kami dewasa kelak.
Rasa tidak puas hati di sekolah berbekam sehingga ke rumah. Pada mak aku mengadu. Mak hanya tersenyum membiarkan aku membebel seorang diri. Bila keadaan tenang, malam harinya mak menasihati aku dan bercerita tentang fadhilat ayat Kursi. Kata mak ayat Kursi memang berguna sebagai pendinding. Arwah atuk ada ajar, kalau hendak buat pendinding atau rasa sesuatu mistik yang berlaku amalkan baris terakhir dalam ayat tersebut sebanyak 10 kali. Insyallah "benda" itu akan terbakar dan kita tidak akan diganggu perkara2 pelik. Aku terdiam tanda akur.
Apabila usia menginjak awal remaja, aku terpaksa menjalani kehidupan di asrama. Masa ini barulah aku amalkan betul2 ayat ni. Sebabnya asrama yang aku huni itu banyak sangat kisah2 mistik. Almaklumlah asrama tempatnya jarang sekali terletak di kawasan orang ramai. Pernah terjadi, seorang kawan baik aku diserang histeria. Ketika itu, perasaan kasih terhadap seorang kawan dan perasaan takut berkecamuk dalam diri. Masih segar dalam ingatan aku semasa dia sedang menjadi "sesuatu" yang lain..hampir sepuluh orang pelajar puteri (panggilan untuk pelajar perempuan) dan 2 orang ustaz memegangnya. Punyalah kuat kuasa dia sehinggakan kami yang ramai ini terpaksa berkerja keras memegangnya dari terus meronta.
Sedang seorang ustaz bersoal jawab dengannya...aku usap perlahan tangan kanannya sambil mengamalkan ayat Kursi seperti yang diajar mak. Sebaik sahaja aku habis mengulangi ayat yang terakhir sebanyak sepuluh kali, aku hembuskan pada "dia".Serta merta, "dia" menarik kuat tangan kanannya dan mata merenung tajam ke arah aku sambil berkata "Panaslah bodoh." Aku terkejut tapi masih boleh mengawal perasaan. Aku sedar pandangan mata"nya" itu tidak boleh terus ditatap dan dilawan kelak panahannya terkena pada aku. Atas arahan ustaz aku mengundur ke belakang dan aku tidak sesekali melawan pandangannya. Menurut kawan aku yang lain, mata "dia" tidak habis2 menatap dan menyoroti setiap langkahku. Dalam hati berdegup kencang tapi aku lawan dengan membaca ayat Kursi sebanyak mungkin agar hati aku tidak dikuasai. Dia akhirnya tertidur setelah diberi minum oleh ustaz yang mengubatnya. Pesan ustaz, jangan biarkan dia tidur seorang diri. Rapatkan katil dan dia harus diapit. Ustaz juga berpesan agar kami me"magar" dorm dan katil kami. Sekali lagi antara kami saling menunding jari mencari siapa yang patut mengapitnya. Akhirnya demi sahabat, aku dan seorang lagi sahabat baik kami menyerah diri. Dalam hati Allah sahaja yang Maha mengetahui. Macam-macam bayangan timbul. Takut "dia" terjaga dan mencekik kami lah. Takut "dia" menendang kami lah ...dan paling ditakuti jika kami dikuasai oleh"dia". Aku tidak habis-habis membaca ayat Kursi dan 4 Qul memohon pada Allah yang Maha Esa agar menyelamatkan kami. Ada juga kawan2 yang sama dorm menampal ayat2 kursi di "locker" dan sudut2 tertentu sebagai pendinding. Dan ada juga adik2 form 1 yang ketakutan tidur dalam keadaan mendangkap Al-Quran dan meletakkan ayat Kursi dibawah bantal. Alhamdulillah, berkat kekuasaan Allah, bacaan ayat Kursi dan doa semua, sahabatku yang dikuasai "dia" tadi tidak buat hal pada malam itu. Itulah secebis kisah aku berkaitan dengan fadhilat ayat Kursi.
Di kesempatan ini, ku nyatakan beberapa hikmah ayat Kursi mengikut hadis2 sebagai panduan pembaca Iman Mawaddah
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah
disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Thursday, November 16, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
27 comments:
2-3 hari nih, aku tido asyik mimpi benda pelik2..semlm pun mimpi benda yg sama...berkomunikasi dlm mimpi...aku tanya 'dia', pasai apa mai sini...'dia' cakap, dulu ini umah 'dia'....nak balik melawat...peh! betul2 macam real...terkejut dari tido berpeluh2...bangun baca Al-fatihah, ayat kursi 7 kali, baca 4 Qul..pastu sambung tido sampai subuh...
Salam 13 May,
"Benda" ni memang sering cuba ber"kawan" dengan kita.Cuba amalkan tidur dalam keadaan berwudhu.Jika "benda" ini masih menganggu lena kita, baca ayat Kursi sambil meludah 1 kali ke bahagian kiri. Ini ada dinyatakan dalam hadith Rasulullah tapi saya tidak ingat perawinya. Cubalah mudah2an berjaya.
p/s: Otherwise,just think positive..may b "dia" kejut untuk solat tahajjud kot :)
semlm 2 kali 'dia' datang jenguk...first time kul 2 lebih camtu...masa tu aku terkejut sebab rasa 'dia' dok tidoq sebelah aku...aku bangun dan ludah belah kiri, tapi tak baca apa2 pun...2nd time lebih kurang kul 3 lebih, yg mcm aku cerita kat atas tuh...minggu lepas dia mai jenguk sekali....benda yg sama....memang seram....aku plak tinggai umah sorang2...misteri & mistik betoi!
2-3 hari ni...(aku pun)
asyik tido awai...asyik teringat benda yang pelik...semlm pun mimpi yang sama...berkomunikasi dlm mimpi awak syg sy x? dier kata sabola baru kenai mana bleh syg lagi. step by stepla ngehehheheh!
bgn tido smbhyg hajat... minta dier cepat syg. ngehehhe
P/s: kan iman kan... iman x mimpi sama mcm sy ka? ngehhehehee!
hi ngehehehheh! wah dah upet x inform org pun sedih sgt tahu ngehehehhehe!
huhuhuhuhu.....
Iman...nak halau ulat daun, baca ayat hapa hah???
ngeh ngeh ngeh...
org mimpi dia pun nak mimpi sama:P
13 May,
Maaf bertanya..lengkap ke amalan solat 5 waktu?
Rasa2nya yang berkomunikasi dan menganggu tidur awak tu, Sunan kot.Sebab sama je timing korang bermimpi.Bagus la korang sahabat sejati saling sayang menyayangi wpun bergaduh di alam maya hehehe.
Sunan,
Tu la jangan kuat sgt gaduh dengan 13 May..kan dah terbawa2 ke mimpi.13 May ni mesti cun orgnya kalau tak masakan Sunan pun boleh termimpi2 kan dia.
Iman,
Alhamdulillah...so far okey lagi. Tapi umah tu, ada peristiwa ngeri sikit, bukan sikit...tapi peristiwa dasat...baru ajer dok umah tu, dekat setahun...sebelum ni member duduk, pastu dia pindah sebab yg sama gak, tak tahan gangguan....pastu aku masuk, awal2 dulu tadak hal...cuma kebelakangi saja..rajin diziarahi oleh 'benda' tu...
13May cun orang nya?
wah,pertama kali kudengar..
13may, umah tu kira leh wat lokasi seekers la kan?
Iman, experience budak kene histeria tu,lebih kurang sama je dgn masa akak kat asrama dulu..biasa la,sekolah agama,lagi byk 'benda' nak kacau..nak uji ketahanan mental..nak2 time exam..
13 May, kalau mcm tu mmg rumah itu ada "penghuni" la. Kalau boleh baca surah Al-Baqarah dari mula sampai habis untuk mengarahkan "dia" cari tempat lain.Macam family saya kalau kali pertama masuk rumah baru, memang baca surah al-Baqarah supaya "benda" tu gentar.
Kak Luna,
13 May cun di mata Sunan heheh..
Itulah asam garam kehidupan asrama. Rasanya bukan budak sekolah agama je kene. Asal nama je duduk asrama pasti akan melalui pengalaman yang hampir serupa.
oit ingat aku gay ka? geram nyer ish sabo kalu x benda tu akcau aku plak ngehheheheh...
erm tumpang tanya benda apa nie... ngehehheh... ultamen taro ka ngehehheh!
cian kat iman abg ngeheheh.. xper nanti ader aper2x pggl jer abg k! abg jampi iman ngan benda tuh skali ngehehhehe.... (gurau sj_)
aku pun besa duk asrama jer.. mmg pengalaman ngerila... bukan apa... aku tido ish segan nk ahabq .. letih sgt.. yerla kena baut mcm 2x! kan motivasi kononnyer pehtu kena dera masuk hutan kuar hutan.,.. hunt game la aperla ceh! ngehehehhe pehtu aperla algi her kat DOm aku tido macam org matila.. (pasal tido nie mati kecik) ngehehhehe
Dulu masa mula2 masuk umah tu, dah buat tahlil serta kenduri semua. Siap 'pagar' lagi...so far tadak masalah...until then...sejak minggu lepas 'dia' datang main2....tapi pengalaman semlm agak ngeri sikit...serammmmmm...
Banyakkan membaca Al-fatihah, Al-Ikhlas, Al-Alaq, An-Nas, 5 ayat awal surah Al-Baqarah dan ayat terakhir surah yang sama. Baca Ayatul-kursi beserta Bismillah 21 kali. Insya-Allah tiada gangguan.
Ingat tu 13May dengan Sunan?? Jangan asyik bertekak je.. Hehehe.. (saja provoke)
huargh.... meremang dbulu roma nie naper yer????? ngehehhe.. hi indera kayangan ngeehehehhehe!ops silap indera kenchana.. erm maksud kenchana aper eik...??? hi iman darling ngehehehhe!
sunanjati:
kecoh kecoh kecoh!!!!
Indera,
Terima kasih atas nasihat. 13 May boleh la praktikkan tips yang Indera bagi. Mudah2an berjaya. Insyallah saya pun hendak praktikkan..untuk elakkan gangguan dari manusia aka buaya bernama Sunan Jati :)
Saya syukur kerana mak saya asyik "memaksa" saya menghafal ketika saya masih kecil. Mudah-mudahan ayat kursi menjadi amalan saya setiap hari.
OO kata sy manusia akai buaya.. ngeheheh marah ker iman eik.. gurau jer... peng peng...200x!
jadiklah buaya yg berilmu serta hensem:D
Hakim..alhamdulillah..tp kdg2 sedih juga bile segelintir sahabat2 saya semasa pengajian dulu ada yang tidak kenal huruf Al-Quran. Ustaz sampai adakan kelas khas untuk mengenal huruf Al-Quran.
Sunan
Bukan manusia akai buaya..maksud saya manusia a.k.a buaya (manusia merangkap "buaya") hehe..bergurau boleh ada tp had nya. Ada kawan2 dunia realiti yang membaca blog saya. Jangan disebabkan tinta gurauan boleh menimbulkan syak dan merosakkan ukhuwah kita ok. Anyway saya dah baca entri bertajuk Sunan kecoh opss Sunan?? yang ditaip semalam. Cerita tu pernah saya baca b4 ni.Cuma nama yang digunakan bukan iman rasanya.So,I presume ..i see.. i hear nothing. Kalau dilayan makin menjadi..baik buat dek je.
13 May,
Jgn jadi buaya sebab buaya tidak akan mungkin berilmu kerana ia tidak mempunyai akal dan plg penting buaya tidak akan hensem seumur hidup :) Jd lah manusia yang reti menggunakan ilmu dan akal untuk menarik manusia lain ke jalan yang benar. Mudah2an ilmu bermanfaat dan berpanjangan boleh menolong kita di akhirat kelak..tak gitu Sunan?
hehehehe....
saya setuju ngan Iman...blog Iman ni memang byk manfaat...
apa yg Iman tulis, saya amik serius dan saya hayati...
Keep the good work!
13may diganggu?..sabar2.sama2 la kita tingkatkan amalan.
13 May..saya hanya cuba menjalankan amanah terhadap agama saya dan memperbaiki kelemahan diri saya.
Sunan..
Saya minta maaf andai terkasar bahasa yang menyakiti hati saudara.Saya fikir hendak bergurau.Tapi saya silap.Sebaik2 kalam adalah dr Allah S.W.T. Sesungguhnya saya amat hargai ukhuwah yang terjalin antara kita. Terima kasih atas nasihat/teguran di blog awak.
Zwit..insyallah mudah2an..amin
Iman Mawaddah di tag di AKMA. AKMA menunggu entry. :)
Alamak..tag indera belum pun berusia seminggu..saya sudah di tag lagi oleh AKMA.Tak aci la mcm ni..mentang2lah AKMA & Indera duduk satu taman perumahan :)
Iman mawaaddah..
Saya minta maaf andai terkasar bahasa yang menyakiti hati saudara.Saya fikir hendak bergurau.Tapi saya silap.Sebaik2 kalam adalah dr Allah S.W.T. Sesungguhnya saya amat hargai ukhuwah yang terjalin antara kita. Terima kasih atas nasihat/teguran di blog awak.
P/S: ngehehehhehe copy dan paste lagi.... yeay!
Post a Comment