Friday, January 23, 2009
Diari buat Abah IV
Sejak abah dipindahkan ke hospital kerajaan, menjadi rutin saya dan mak setiap hari melawat abah pada waktu melawat di sebelah petang. Abang mengambil syif tengah hari. Tengah hari itu, lebih kurang pukul 1.00 makcik menelefon mak. Dia menyampaikan berita daripada abang sepupu yang melawat abah. Abah dah buka mata! Saluran pernafasan yang bersambung di mulut telah dibuka. Abang sepupu saya tidak dapat menahan mengalirkan air mata melihat abah.
Tidak lama kemudian abang telefon. Suaranya sebak bercampur gembira. "Abah dah buka mata mak. Syukur alhamdulillah. Dia masih lemah tetapi semuanya terkawal. Saluran pernafasan di mulut dan saluran makanan di hidung telah dibuka." Menangis mak kesayuan mendengar suara abang.
Di hati kami tidak sabar-sabar menanti waktu melawat petang.
Petang ini, kami datang awal. Sebaik sahaja diizinkan melawat, langkah kami laju menuju ke ICU. Semasa kami sampai, abah sedang tidur. Dia hanya pakai alat biasa bantuan oksigen. Di sebelah abah, doktor pakar bius sibuk mengisi data-data abah di komputer. Mak datang perlahan rapat ke sebelah kiri abah. Melihatkan abah sedang tidur, kami tidak berani menganggu. Doktor yang baru perasan kehadiran kami, memberikan salam dan bertanya dengan emak. Sebaik sahaja tahu emak adalah isteri abah, doktor segera mengejutkan abah. "Pakcik..pakcik..bangun. Tengok siapa datang", doktor menepuk-nepuk lengan abah. Perlahan-lahan abah membuka matanya.
"Assalamualaikum..." lembut suara emak memberi salam pada abah. Sejurus selepas mendengar suara dan melihat wajah emak, abah sebak. Dia menangis hingga nafasnya tersekat-sekat. Denyutan jantungnya naik mendadak. Kami juga tidak dapat menahan air mata. Emak dan saya terdiam. "Cakap makcik, bagi motivasi. Dia kenal makcik tu, cuma dia mamai sikit. Maklumlah dah lama tidur. Kita yang tidur sekejap pun kadang-kadang mamai. Inikan pula dah 8 hari dia tidur," kata doktor kepada emak.
"Abah, syukur alhamdulillah abah dah sedar. Kami semua rindu abah. Abah ingat kami tak? Abah mesti kuat. Abah mesti azam untuk bangun dan sihat semula. Kami semua rindukan abah. Ujian Allah ini kita tempuh sama-sama. Semua orang doakan abah. Semua orang sayang abah." Suasana di wad ICU hening seketika. Tanpa saya sedar, di belakang saya ada 2 orang doktor pakar dan beberapa orang jururawat yang asyik mendengar emak berbicara. Abah masih lagi sebak. Dia menoleh ke arah saya. Tiada kata yang mampu saya ucap. Hanya kucupan di dahi abah saya hadiahkan sebagai tanda kesyukuran.
Melihat keadaan abah yang semakin susah hendak bernafas, kami mengambil keputusan meninggalkan dia seketika untuk bagi dia tenang. Adik sepupu saya menyusul melawat kemudiannya. Dia sudah dapat mengenali adik sepupu saya. Keadaannya juga sudah tenang kembali.
Kami masuk semula ke ICU sebelum kami pulang. Abah sudah semakin tenang. "Abah, minta maaf banyak-banyak ya, kami balik dulu. Esok kami datang lagi," ucap emak sambil mencium tangan dan dahi abah. Abah hanya mengelip-gelipkan mata tanda mengangguk.
Jumaat 24 Oktober 2008
Tengah hari abang telefon. Hospital telefon katanya. Berderau darah saya mendengar. "Kenapa?" tanya saya. "Abah hendak cermin mata," kata abang. Lahai kecut perut saya mulanya kembali normal. Syukur alhamdulillah abah dah boleh bercakap.
Petang itu kami datang melawat. Abah dah boleh bercakap tapi perlahan-lahan. Nada suaranya masih kurang jelas. Along dan keluarga turut ada petang itu.
Alhamdulillah, syukur atas rahmat dan kasihMu ya Allah.
Sabtu 25 Oktober 2008
Tengah hari abah dibenarkan keluar ke wad biasa. Syukur alhamdulillah. Suaranya pun sudah mulai jelas.
Dengan keluarga dan kawan-kawan yang menziarahi, abah sibuk bercerita yang dia seolah-olah duduk dalam kotak bercahaya. Ada tiga hospital yang dia pindah. Hospital Kampung Gajah, Hospital Ipoh dan Hospital Penang. Dia datang hospital naik basikal. Tanpa syak apa-apa kami hanya ketawa sahaja mendengar celoteh abah.
Ahad 26 Oktober 2008
Hari ini, saudara mara dan rakan-rakan abah yang sudah mendapat berita abah keluar ke wad biasa datang melawat. Abah masih lagi bercerita tentang khayalannya selama 8 hari ditidurkan. Kami yang menziarahi abah masih tidak syak apa-apa. Hanya geli hati bila mendengar celoteh abah. Habis waktu melawat kami pulang ke rumah masing-masing.
Malam dalam pukul 11 lebih, abang menelefon. Along yang menjawab panggilan tersebut. Hospital telefon, minta tolong tengokkan abah. Pesan Abang pada Along. Berderau darah saya mendengarnya. Abang tidak dapat pergi sebab dia di pejabat menyelesaikan kertas kerja yang perlu diselesaikan segera.Emak sudah masuk tidur. Kami sengaja rahsiakan. Along segera keluar ke hospital. Saya temankan mak dan anak-anak buah di rumah. Air zam-zam saya bekalkan untuk Abah.
Isnin 27 Oktober 2008
Abah meracau! Puas jururawat dan pak guard memujuk. Dia katakan jururawat itu semuanya penjahat. Abah menjerit-jerit memanggil polis. Suaranya kuat. Sebaik sahaja Along sampai dalam pukul 12 malam, dia panggil Along polis. Dia minta Along selamatkan dia. Along juga gagal memujuk. Saluran air di tangannya, dicabutnya sendiri. Jururawat terpaksa mengikat tangan abah di palang tepi katil. Ubat tidur yang dicucukkan dua kali ke badannya juga gagal berfungsi.
Saya telefon Along. Along bingung. Saya telefon Pak Andak untuk minta bantuan. Pak Andak sampai dan solat hajat di hospital. Sepanjang malam Abah meracau. Dia sibuk minta Along lepaskan ikat tangannya sebab dia hendak pergi ke bilik air, hendak mandi dan solat. "Kamu berdosa sebab tak izinkan abah solat". Kemudian dia berceloteh bab agama. Along dan Pak Andak hanya diam. Mereka hanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk bagi Abah tenang.
Siangnya, saya minta air penawar daripada seorang kawan abah yang alim. Dalam pukul 10 pagi saya datang ke hospital dan bagi abah minum. Tangannya sudah dilepaskan. Abah nampak keletihan angkara semalaman tidak tidur. Dia tidak lagi meracau macam malam tadi. Emak turut ada bersama saya. "Abah, kenapa ni," tanya emak memujuk."Tak de apa lah, " ujar abah sambil menepuk-nepuk pipi emak. Emak ajar abah doa Nabi Nuh. Abah ikut baca dengan senyumannya yang pelik. Tengah hari Abang pula datang memujuk. Abah ketawa-ketawa pelik. Sibuk lagi bercerita perihal dia tukar-tukar hospital. Jenuh kami memujuk abah supaya tidur. Dia masih tidak mahu tidur.
Pada saudara mara dan kawan-kawan abah yang datang menziarahi, kami ingatkan supaya layan je cakap abah. Fikirannya agak bercelaru. Geli hati pun ada sedih pun ada tengok abah macam tu.
Jururawat pesan supaya kami menunggu abah malam ini. Hari sudah beransur senja. Waktu ini saya dan Along menjaga abah sementara menunggu Abang dan Pak Andak datang pada malam harinya. Usai semua orang balik, Abah mula menunjukkan tanda-tanda racau. Dia menyosong ke sudut kiri katil hendak turun katil. Saya tanya dia hendak ke mana. Dia kata hendak beli mee goreng. "Aik bukan ke baru makan," tanya saya selamba. "Mana ada makan," sergah abah. "Kita kan hendak beli mee. Pakcik..oo pakcik, minta mee goreng," jerit abah. Dalam diam saya bacakan ayat-ayat Kursi dengan 10 kali ulangan pada ayat yang terakhir dan hembuskan ke ubun-ubunnya. Abah jengil mata tengok saya. "Apasal kamu baca dekat sini," sambil menunjuk ke arah mukanya. "Kamu patut baca ke arah sana," sambil menunjuk ke arah atas sudut belah kiri. "Yelah..yelah," saya lawan jengil mata abah.
Saya kelip mata pada Along. Along faham. Along pun sama turut lawan. Along paksa abah baca doa Nabi Nuh dan ayat Kursi. Dia tak berapa mau nak ikut. Kami paksa gak suruh ikut. Abah sibuk hendak beli mee lagi. "Kamu nak makan pasir ke? Abah dah order mee tadi" Abah dah mula berkasar. Along pegang tangan kanan abah dan saya di tangan kiri. Abah jerit-jerit panggil pakcik jual mee. Yang saya geram ada seorang laki yang dalam lingkungan umur 40an menjawab panggilan abah. Dia duduk sama bilik dengan abah. "Mee dah habis pakcik. Kesian pakcik ni," sambil gelak-gelakkan abah. Lelaki itu ingat abah nyanyuk. Membara betul rasa hati ini.
"Tengok mee dah habis. Apa nak makan? Kamu la ni, tak bagi abah turun beli tadi". Abah dok bercakap-cakap pasal mee lagi. Dia injut-injutkan katil tu nak bagi turun. Ada masa dia berhenti bercakap, kami bagi minum air penawar. Diam dia kejap. Tangan kami, sebelah tangan abah dan sebelah lagi pegang buku kecil yang ada surah-surah untuk diamalkan. Bacaan Al-Mulk, Ar-Rahman, Al-Kahfi kami alunkan. Tiada daya kami lagi ya Allah. Abah sudah mula meracau perlahan. Lelaki di sebelah sudah mula diam.
"Abah, sabarlah. Hidup ini penuh ujian. Allah menguji abah, menguji kita semua untuk tengok kita beriman kepadaNya ataupun tidak. Hari ini hari kita untuk diuji. Semua orang tidak terlepas dari ujian. Tenanglah abah. Abah ahli masjid, tidak pernah tinggal solatkan. Allah sayang abah. Maka Allah uji untuk tengok keimanan abah. Selama ini kita sudah diuji hebat. Kita boleh hadapinya bersama-sama. " Sengaja saya kuatkan suara saya supaya jelas kedengaran oleh lelaki yang ada dalam bilik itu.
Abah mulai tenang sedikit. Dia tenung wajah saya di kiri dan Along di kanan. Along sudah mula mengeluarkan air mata. Sepupu saya sms minta baca surah al-Jin. Kelam kabut saya ke surau cari Al-Quran dan baca. Along baca ayat-ayat ringkas sambil tangannya mengusap-usap kepala abah dan mencium dahi abah. Abah senyum pada Along, kemudian menoleh dan senyum ke arah saya. Begitulah keadaannya dalam beberapa minit. Bacaan surah Jin sengaja saya kuatkan sebagai pendinding. Azan Isyak dari masjid berdekatan kedengaran jelas di tepi tingkap. Abah senyum sambil bergilir-gilir memandang kami lagi. Akhirnya dia tertidur kepenatan. Kami juga kepenatan angkara "berlawan".
...cerita lagi nanti..maaf sudah mengantuk...
Saturday, January 17, 2009
Diari buat Abah III
Pagi ini, saya bawa kereta abah ke stesen minyak. Saya jumpa pakcik J, kawan abah. Terharu saya apabila pakcik J bagi tahu, kawan-kawan surau abah sudah 2 malam buat solat hajat untuk kesejahteraan abah. Allahuakhbar, tidak terucap rasa kesyukuran. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian.
Seperti hari-hari sebelum ini, seawal pagi kami sudah berkampung di hospital. Keadaan abah masih tidak berubah. Pakar bius memberitahu paru-paru belah kanan nampak macam ada jangkitan. Mukanya kelihatan gusar sekali. Kadar asid dalam badan masih belum berkurangan.
Lebih kurang pukul 12 tengah hari, dia panggil ahli keluarga untuk berbincang. Jantung saya berdegup kencang. Selalunya bila doktor panggil berbincang pasti ada sesuatu yang perlu diberitahu kepada ahli keluarga. Abang dan along segera bangun. Mak termanggu di sofa. Along memanggil saya masuk sekali. Entah kenapa kaki saya terasa berat untuk melangkah. Saya hanya menggeleng dengan alasan saya temankan emak.
Setengah jam kemudian, along keluar memanggil saya, emak dan kakak ipar. Jantung saya semakin pantas berdegup. Langkah yang di atur ke bilik perbincangan terasa begitu longlai. Usai sampai di bilik tersebut, doktor sudah tiada. Tinggal kami anak beranak. Wajah abang saya pandang dengan penuh tanda tanya. Dengan tenang abang memberitahu, abah kritikal. Tahap creatinine dalam buah pinggang hari ini meningkat sehingga ke 600. Manusia normal hanya dalam lingkungan 200 sahaja. Disebabkan faktor usia, buah pinggang abah gagal untuk bertahan lama. Dia perlukan bantuan minor dialysis. Persetujuan keluarga diperlukan.
Terpempan saya mendengar tutur abang. Emak menangis. Mukanya merah menahan sedu. Dia keluar sekejap ingin ke bilik air. Alasannya dia ingin buang air kecil. Tapi di hati kami, kami tahu dia ingin menangis sepuas hati, tanpa dilihat oleh anak-anaknya. Saya mengiringi mak dan menunggu mak di luar bilik air. Detik hati saya, kesian emak. Kalau abah tiada, mesti mak rasa kekosongan. Ya Allah ya Tuhanku jangan kau ambil nyawa abah. Aku rela pertaruhkan nyawa ku, sebagai ganti. Aku tidak rela melihat emak bersedih. Aku sanggup mendermakan buah pinggangku, kerana aku tahu, aku sahaja satu-satunya anak yang mempunyai gred darah yang sama dengan abah. Doa dihati terhenti tatkala melihat emak keluar dari bilik air. Matanya bengkak. Saya tidak tahan melihat dia. Air mata saya jatuh juga akhirnya.
Makcik dan pakcik adik emak dipanggil untuk bincang bersama. Abang menerangkan buah pinggang abah tidak rosak. Cuma dia tidak berapa aktif untuk proses sendiri dan dia perlukan bantuan. Untuk seketika lega hati saya mendengar. Persetujuan keluarga dicapai, lantaran kos dialysis yang tinggi, abah akan kami tukarkan ke hospital kerajaan. Tetapi masalahnya jika ditukarkan ke hospital kerajaan, abah perlu ditempatkan ke ICU. Tukaran hanya boleh dibuat jika ada kekosongan ICU dan mendapat persetujuan Anestesis hospital kerajaan. Abang dan kakak ipar sibuk menghubungi rakan-rakan doktor mereka. Saudara mara pun ramai yang menolong. Bermulalah pencarian kekosongan ICU di hospital kerajaan.
Petang itu, kami menerima ziarah daripada kawan-kawan surau abah. Terharu saya mendengar kata-kata emak semasa melayan tetamu-tetamu yang melawat abah. Kata emak "Ini ujian untuk anak-anak dia. Saya dan suami sering tekankan soal kejujuran, keikhlasan dan tanggungjawab dalam kehidupan. Jujur dan ikhlas daripada mereka, kami dah dapat. Kali ini Allah hendak uji tanggungjawab mereka pula. Sejauh mana mereka bertanggungjawab pada ayah mereka yang sedang sakit." Allahuakhbar, air mata saya menitis lagi.
Petang ini, tahap creatinine abah masih lagi tinggi. Kami masih lagi kelam kabut mencari kekosongan di hospital kerajaan.
Isnin 20 Oktober 2008
Seawal pukul 4 pagi saya sudah bangun. Saya lihat bilik emak sudah terang. Saya intai dan lihat emak sedang sujud. Saya kejut along untuk solat hajat. Awal pagi itu, terasa hening sekali. "Ya Allah ya Tuhanku, hanya engkau yang Maha mengetahui kegusaran hati kami. Ku mohon rahmat dan kasihMu ya Allah. Pulangkan abah ke pangkuan kami. Kami belum sedia kehilangannya ya Allah. Kami merinduinya ya Allah."
Usai solat Subuh, saya dan Along bergegas ke hospital. Kami perlu tukar shift dengan pak andak yang tidur di hospital. Sebaik sampai di hospital, kami belum dapat kebenaran untuk menjenguk abah sebab nurse sedang sibuk dengan proses pertukaran tukar shift malam ke siang . Sambil menunggu, mak berpesan suruh mengaji. Alunan yassin, al-kahfi, al-mulk, al-waqi'ah, al-rahman, al-dukhan sering berganti. Terasa tenang pagi ini.
Sambil membaca, ada seorang isteri datang menunggu sama. Suaminya tidak bangun-bangun, disyaki kerana masalah jantung. Along sempat berbual-bual dengan dia. Perut saya berkeroncong lapar. Saya turun membeli barang makanan. Teringat pesan mak, kalau ada orang menunggu sama, sedekahlah. Dalam hati niatlah supaya abah cepat sembuh. Mudah-mudahan dengan keikhlasan bersedekah, abah segera sembuh. Saya belikan kakak yang menunggu suaminya itu dengan segelas air teh tarik.
Dalam lebih kurang pukul 9.00 pagi kami dibenarkan masuk tengok abah. Tangan kanannya bergerak. Matanya sedikit terbuka. Along menjerit perlahan tengok perubahan abah. "Dia sedar ke doktor?" tanya Along kepada doktor. Dia mamai sikit. Tapi dia tahu ada orang tengok dia. Gembiranya hati tengok perubahan abah. Tahap creatinine abah pula sudah turun daripada 600 ke 500 lebih. Subhanallah, Maha suci Allah terhadap hamba yang taat kepadaNya. Doktor kata abah kuat. Belum dibuat dialysis sudah turun. Sebelum ini tahap creatinine nya semakin naik dari hari pertama dia dimasukkan ke hospital. Saya kucup dahi abah. Saya bisikkan kepadanya "Abah mesti kuat, kami rindu abah". Emak datang dalam pukul 9.30 pagi.
Berita gembira ini kami kongsi dengan ahli keluarga lain. Terkejut mendengar khabar, surau tempat kami tinggal dan surau tempat pak andak, turut mengadakan solah hajat berjemaah malam tadi. Subhanallah..tidak terucap rasa syukur pada Allah yang Maha Esa.
Pagi ini, kami masih menerima kunjungan sahabat-sahabat abah dan jiran-jiran. Makcik E yang rapat dengan emak tidak tahan menangis tengok keadaan abah. Dia peluk saya sambil menangis. "Kau mesti tabah ya dik. Allah bersama orang-orang yang sabar" "InsyaAllah makcik, Allah ada bersama kami." jawab saya tenang.
Usaha mencari kekosongan di hospital kerajaan masih lagi diteruskan.
Selasa 21 Oktober 2008
Aktiviti kami di awal pagi masih lagi berjalan seperti semalam. Usai solat hajat, saya terdengar suara sedu Along merintih dalam sujud pada Allah. Buat pertama kalinya saya tengok Along menangis terisak-isak. Selama hari ini, di antara kami, dia seorang yang cukup tabah. Air matanya tidak dipertontonkan kepada orang lain.
Kami pergi ke hospital seawal pagi. Tahap creatinine abah sudah turun kepada 400 lebih. Doktor sendiri tidak menyangka. Lebih kurang pukul 9.00 pagi, emak menelefon kami, kawan surau abah minta abang hubungi anak dia. Selagi lagi keajaiban Allah kami rasa. Anak kawan surau abah merupakan Anestesis di salah sebuah hospital kerajaan. Pagi tu, terdapat satu kekosongan di ICU. Urusan perpindahan abah, kami adik beradik uruskan. Emak, kami nasihatkan tinggal di rumah supaya dia dapat rehat sementara menunggu urusan perpindahan selesai.
Doktor mengingatkan kami tentang risiko perpindahan ke atas abah. Dalam hati kami penuh dengan doa agar semuanya berjalan lancar. Abah kelihatan comel berselimut di bawa ke dalam ambulance. Hujan tengah hari itu, mengiringi pemergian abah ke hospital kerajaan yang berhampiran. Abah diiringi seorang jururawat dan seorang doktor. Abang turut sama mengiringi abah. Saya dan along selesaikan urusan pembayaran. Kami balik ambil emak dan anak-anak buah dan terus ke hospital kerajaan.
Abah selamat dipindahkan ke hospital kerajaan. Peralatannya lebih canggih, almaklumlah baru sahaja 2 tahun usia hospital ini. Maka ianya tergolong dalam hospital kerajaan yang berwajah baru. Petang Uncle M, rakan joging abah datang bersama isterinya.
Saya dan abang diserang dengan Uncle M. Dia gaduh yang dia call handphone abah. Tetapi tidak seorang daripada kami menjawab. Sepupu saya yang ada bersama ketika itu terkejut melihat sergahan Uncle M. Saya diam sebab saya dah kenal perangai Uncle M. Seorang yang agak tegas bila berbicara tapi hatinya cukup baik. Abang yang pada mulanya agak bengang tapi berupaya jawab dengan tenang. "Sebenarnya Uncle, kami pun tidak tahu di mana abah letak handphone dia. Dia tak letak dekat tempat biasa. Banyak perkara pelik yang dia buat sebelum dia pengsan." Uncle M kata kami tidak percaya hospital kerajaan, tu sebab hantar hospital swasta. Mak menyampuk "Bukan kami tidak percaya, tapi keadaan mendesak. Dia perlukan rawatan segera. Hospital swasta yang dekat, maka kami hantar ke hospital tu". Uncle M terdiam. Keadaan kembali tenang. Isterinya mengalirkan air mata memeluk emak dan saya.
Rabu 22 Oktober 2008
Abah masih lagi tidak sedar. Tetapi tahap creatinine sudah kembali normal, denyutan jantung, darah tinggi dan kadar gula juga sudah beransur normal. Doktor sudah melakukan dialysis ke atas buah pinggang abah malam tadi.
Hati kami masih lagi menanti. Menanti dengan penuh kerinduan. Mengharap pada sebuah pertemuan.
...bersambung
Sunday, January 04, 2009
Diari buat Abah II
...sambungan
Tepat jam 7.30 pagi, kami tiba di hospital. Abah diberikan segala bentuk bantuan. Rekod kesihatan abah diambil. Apa yang mengejutkan, bacaan gula abah terlalu tinggi sehingga tidak dapat dibaca. Kami di arah ke kaunter pendaftaran sementara doktor melakukan pemeriksaan. Mak, Mak Andak dan Pak Andak menyusul di bahagian pendaftaran. Abah akan dimasukkan ke wad biasa.
Pukul 8.00 pagi, kami dibenarkan melihat abah. Kadar gula sudah boleh dibaca. Tapi masih tinggi iaitu 22.7. Saya genggam tangan kiri abah, abang di tangan kanan. Mak bisik ke telinga abah menyatakan abah selamat di hospital. Abah merayu hendak balik. Jemu katanya. Mungkin tidak biasa dengan keadaan wayar yang bersambungan di badannya. Saya kucup kepala abah, saya belai dengan penuh kasih sayang. Saya titipkan ayat sabar dan selawat syifa di telinganya. Saya nyatakan kepadanya supaya banyak bersabar, ingat Allah. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar. Abah mengangguk lemah. Dia tenang kembali. Mulutnya kumat kamit menyebut La illahaillAllah. Tidak berapa kuat tapi cukup jelas di telinga kami yang mendengar. Melihat dia tenang, kami keluar jalan kaki ke kedai mamak berhampiran untuk bersarapan. Hanya Pak Andak yang tidak pergi sebab dia puasa hari itu.
Dalam perjalanan balik, Pak Andak telefon Mak Andak. Abah pengsan lagi! Kritikal! Lemah kaki mak berjalan. Abang berkejaran ke bilik kecemasan. Malangnya doktor tak bagi masuk. Tiga orang doktor sedang berusaha. Pak Andak cakap abah terpaksa masuk ICU. Dari jauh kami lihat doktor dan jururawat kelam kabut keluar masuk tempat rawatan abah. Saat yang betul-betul mendebarkan. Bagaikan melihat sebuah drama di alam realiti. Air mata kami bercucuran lagi. Pukul 10.00 pagi abah di hantar ke ICU di tingkat 2. Kami iring abah dan "berkampung" di ruang menunggu. Pukul 10.30 pagi, Along sampai, dia terus masuk ke ICU. Tika itu abah masih lagi boleh bercakap perlahan. Sempat memanggil nama Along perlahan-lahan. Tidak lama selepas itu abah di"tidur"kan.
Abah mengalami kekeringan. Tangan kiri, tangan kanan dan leher terpaksa dicucuk untuk di masukkan air. Mulutnya diberi bantuan pernafasan. Tidak cukup dengan itu, hidungnya di sumbatkan wayar untuk menyedup darah yang ada dalam perutnya. Allahuakhbar!! Tuhan sahaja yang tahu keadaan hati ini tatkala melihat keadaan abah.
Waktu tengah hari, saudara mara terdekat sudah berkumpul. Bergilir-gilir masuk melihat abah. Semuanya bagai tidak percaya. Air mata mengalir melihat keadaan abah. Kami harus sabar menunggu. Malam itu buat pertama kalinya saya dan along tidur di hospital.
Jumaat 17 Oktober 2008
Yong cucu sulung abah, di bawa pulang dari asrama tanpa diberitahu cerita sebenar. Pucat mukanya tatkala melihat abah yang dipenuhi wayar.
Pak da, satu-satunya adik yang rapat dengan abah sampai dari Ipoh hari ini. Menggeletar dia tengok abah. Dikucupnya dahi abah, diciumnya pipi kanan dan kiri. Air mata abah mengalir. Denyutan nadi abah meningkat laju. Sayu melihat Pak Da. Saya pegang bahu Pak da, saya tarik tangannya, "Sudahlah Pak Da. Abah hendak rehat. Esok kita tengok dia lagi ya" Pak Da mengangguk perlahan. Saat memegang tangan Pak Da, terasa saya memegang abah. Ya Allah, saya rindu pada abah. Jangan Kau tarik dia dari kami ya Allah. Kami masih memerlukan dia. Rintih hati kecil saya.
Malam itu, pakar bius sibuk mencari Abang. Kebetulan Abang masa tu menghantar anak-anaknya makan. Saya masuk dengan mak. Abah cirit lagi, kata doktor. Doktor jangkakan abah terkena kuman taun. Dia tak berani bagi harapan.
...sambung lagi nanti.
Wednesday, November 12, 2008
Diari buat Abah
Hari ini Mak Andak buat jamuan Aidilfitri. Mak dan Abah dah pergi lebih awal dengan budak-budak. Saya dan kakak menyusur setengah jam kemudian. Masa nak masuk rumah Mak Andak, abah tergesa-gesa keluar. Tanpa pesan dia memandu seorang diri. Tak dapat dikenal pasti arah tujuan.
Orang dah mula ramai memenuhi rumah Mak Andak. Pak Andak berharap sangat abah dapat kepalai majlis doa selamat. Jenuh call abah, tidak dapat-dapat. Sms bertalu-talu. Akhirnya dapat juga, katanya dia solat zuhur dekat masjid di kawasan itu. Pelik tak pernah abah buat perangai begini.
Usai doa selamat, mulalah acara makan-makan. Abah hilang lagi. Cari punya cari, rupanya dia tidur dalam kereta. Tengah hari tu dia tidak makan. Perut tak selesa alasannya.
Pulang ke rumah, dia makan makanan yang Mak Andak bekalkan. Dia makan sekadar mengisi perut. Belum pun lama makanan bertamu di perut, dia muntah-muntah. Cirit-birit silih berganti. Abah jadi lembik.
Isnin 13 Oktober 2008
Tengah hari semasa di pejabat, mak telefon. Abah masih lemah, tak lalu nak bangun. Saya nekad minta keluar awal.
Maghrib itu, dalam keadaan hujan lebat, saya nekad bawa abah ke klinik. Doktor bagi ubat cirit-birit dan tahan muntah.
Selasa 14 Oktober 2008
Alhamdulillah muntah abah dah tiada. Hanya tinggal cirit birit. Tapi abah masih tiada selera makan. Dia minta dibelikan 100 plus supaya dia ada tenaga.
Malam hari, Mak Andak dan keluarga datang ziarah. Mereka terkejut tengok abah kurus sangat.
Rabu 15 Oktober 2008
Awal pagi abah dah bangun. Wajahnya ceria. Gaya jalannya pun sudah semakin pulih. Abah dah rasa sihat hari ini. Lega rasa hati tengok abah.
Tengah hari mak telefon. Abah tidak sihat lagi. Lansung tidak makan. Terbaring lemah je, kata mak. Malam harinya, Pak Andak datang bawa ke klinik lain. Abah makan ubat klinik tanpa menjamah sebarang makanan malam itu.
Khamis 16 Oktober 2008
Awal pagi ini abah asyik berulang ke tandas. Cirit biritnya makin menjadi. Pukul 4.30 pagi, abah minta milo o dan sekeping roti. Dia makan tapi tak lama lepas tu cirit lagi. Badannya terlalu lemah. Berjalan pun melayang-layang. Saya nekad ambil Emergency Leave hendak bawa abah ke hospital.
Pukul 6 pagi, abah minta kawalkan dia. Dia hendak ambil wudhu untuk solat subuh. Pintu bilik air saya renggangkan sedikit untuk mudah saya lihat dia. Abah letih. Dia duduk di lantai bilik air. Sempat mandi dan berwudhu. Dia cuba paut kolah di bilik air untuk dia bangun, tapi akhirnya dia terbaring lemah. Mujur tidak kena kepala. Saya panggil mak untuk betulkan kain abah.
Kemudian saya angkat abah dari belakang bawa ke ruang keluarga. Dia sangat-sangat lemah. Macam kekejangan. Matanya tengok ke atas. Abah pengsan! Allahuakhbar..Allah je tahu hati kami. Mak lafazkan La 'illahailallah di telinga kanan. Saya bergegas ambil air zamzam untuk sedarkan abah. Selawat syifa saya baca sambil tangan meratakan air zam zam ke badan abah. Kemudian kelam kabut telefon Mak Andak, Pak Andak dan abang. 30 minit kemudian abah sedar. Tapi dia masih lemah. Mulutnya kumat kamit menyebut Allah.
Pukul 6.40 pagi, Mak Andak dan Pak Andak sampai. Pak Andak tolong abah tukar baju. Saya dan mak bersiap untuk ke hospital. Tak lama lepas itu, abang sampai. Dia dan pak andak cuba angkat abah. Tapi tak terdaya. Abah lemah semula. Badannya lembik di muka pintu. Mukanya mula kejang. Matanya tengok ke atas semula. Dia pengsan lagi. Berhamburan air mata kami. Mak Andak dan Pak Andak bergegas ambil surah yassin dan baca tepi abah. Abang lafazkan kalimah La 'illahailallah. Mak nekad, andai abah terseksa begini, mak redha abah "pergi". Saya sibuk menelefon ambulance. Along kebetulan telefon abang. Abang on speaker bagi peluang Along cakap. "Abah ini Along. Abah mesti tabah dan kuat semangat. Kami sayang abah. Ingat Allah." Sayu suara Along melafazkan.
...bersambung
Sunday, July 06, 2008
Cahaya di Hujung Nyawa
Akur roh meninggalkan jasad
Menghitung hari saat berpisah
Tinggal semua yang ada di dunia
Sedih pilu sang pencinta
Akhirat tempat perjanjian setia
Doa taubat wasiah amanah
Pelindung kekalutan di padang masyhar
Kuasa Illahi mengatasi segala
Berkat pada hamba yang setia
Tiada jemu sujud menyerah
Terasa indah kasih yang Esa
Roh dan nyawa akhirnya kembali bersatu
Syukur masih ada peluang kedua
Saturday, January 12, 2008
Hanya sampai di sini
Ingat akan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara yang lain
Kaya sebelum Miskin
Muda sebelum Tua
Lapang sebelum Sempit
Sihat sebelum Sakit
Hidup sebelum Mati...
Jaga diri, jangan mudah terleka dengan ragam dunia. Jaga hubungan kita dengan Allah kerana Dialah yang menguasai segalanya. Jaga hubungan kita sesama manusia agar tidak menyakiti antara satu sama lain. Semoga kita semua berjaya berhijrah menjadi insan yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah S.W.T.
Jadilah..
Yang tebal itu iman,
Yang nipis itu lidah,
Yang tajam itu akal,
Yang lembut itu hati,
Yang ringan itu solat,
Yang halus itu suara,
Yang luas itu ilmu dan
Yang manis itu kenangan...
Dunia hanya persinggahan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Salam mawaddah.
Friday, November 23, 2007
Suratan atau Kebetulan
"Mungkin juga aku lalai dalam perjalanan mengingatiMu. Mungkin juga ini cara Kamu untuk memanggil aku pulang. Ku mohon petunjukMu, Tuhan. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untukku. Aku pasrah dan redha atas segala ketentuanMu."
...Berehat
Tuesday, November 20, 2007
Interesting Conversation
Professor: You are a Muslim, aren't you, son?
Student : Yes, sir.
Prof: So you believe in God?
Student : Absolutely, sir.
Prof: Is God good?
Student : Sure.
Prof: Is God all-powerful?
Student : Yes.
Prof: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? Hmm?
(Student is silent.)
Prof: You can't answer, can you? Let's start again, young fella. Is God good?
Student :Yes.
Prof: Is Satan good?
Student : No.
Prof: Where does Satan come from?
Student : From...God...
Prof: That's right. Tell me son, is there evil in this world?
Student : Yes.
Prof: Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything. Correct?
Student : Yes.
Prof: So who created evil?
(Student does not answer.)
Prof: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they?
Student :Yes, sir.
Prof: So, who created them?
(Student has no answer.)
Prof: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son...Have you ever seen God?
Student: No, sir.
Prof: Tell us if you have ever heard your God?
Student : No , sir.
Prof: Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?
Student : No, sir. I'm afraid I haven't.
Prof: Yet you still believe in Him?
Student : Yes.
Prof: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?
Student : Nothing. I only have my faith.
Prof: Yes. Faith. And that is the problem science has.
Student : Professor, is there such a thing as heat?
Prof: Yes.
Student : And is there such a thing as cold?
Prof: Yes.
Student : No sir. There isn't. (The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)
Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don't have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.
(There is pin-drop silence in the lecture theatre.)
Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?
Prof: Yes. What is night if there isn't darkness?
Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light....But if you have no light constantly, you have nothing and it's called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it were you would be able to make darkness darker, wouldn't you?
Prof: So what is the point you are making, young man?
Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.
Prof: Flawed? Can you explain how?
Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?
Prof: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.
Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where theargument is going.)
Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?
(The class is in uproar.)
Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain? (The class breaks out into laughter.)
Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it?....No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?(The room is silent. The professor stares at the student, his face unfathomable.)
Prof: I guess you'll have to take them on faith, son.
Student : That is it sir.. The link between man & god is FAITH. That is all that keeps things moving & alive.
NB:I believe you have enjoyed the conversation...and if so...you'll probably want your friends/colleagues to enjoy the same...won't you?...forward them to increase their knowledge...
... copy paste from forwarded email.
Friday, November 09, 2007
Sebuah coretan kehidupan
Bergetar tangannya menyalami abah, memeluk dan mencium abah. Tangan emak turut diciumnya. Suasana sayu dan hening seketika. Ada air jernih yang mengalir perlahan dari kelopak matanya. Begitu juga dengan abah, mak dan adik beradik Abang D.
Abang D sebaya dengan abang kedua saya. Dia berkahwin pada usia awal 20an dengan seorang mualaf, Kak E. Orangnya rajin dan jujur. Semua pakcik dan makcik saya mengenalinya. Kami mengenalinya sejak saya berada di sekolah rendah lagi. Pendek kata, dia salah seorang saksi yang melihat saya membesar dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa kini.
Tetapi kesian dia, atas kejujuran dia, ada insan lain yang mengambil kesempatan. Perkahwinan pada usia muda dilanda badai apabila ada orang ketiga yang mengetuk pintu hatinya. Isterinya diceraikan. Dia berkahwin dengan J yang sebelum itu isteri orang dan juga bekas pekerja abah. Adik beradiknya puas menghalang, abah juga turut terkilan kerana J sangat terkenal dengan perangai peliknya. Ketika itu Abang D terlibat dengan satu perniagaan makanan. Perniagaannya sangat maju. J, sanggup tinggalkan suaminya untuk bersama-sama dengan Abang D. Tidak tahan menanggung malu, mereka berpindah ke sebuah negeri yang jauh dari kelompok orang-orang yang mengenali mereka.
Tahun 2006, kami mendengar khabar tentang penceraian Abang D. J difahamkan telah kembali ke pangkuan bekas suaminya yang masih setia menantinya. Tinggallah Abang D keseorangan. "Saya silap, masa itu saya terlalu ikut perasaan", begitulah keluhannya. "Sudah lah D, yang sudah itu sudahlah. Fikirkan tentang masa depan kamu dan anak-anak. Kerja baik-baik, solat jangan tinggal, insyaAllah Allah akan tolong kita," pujuk abah. Abang D mengangguk perlahan.
***************************************************************
Teringat kata-kata Safura dalam drama Jelatang yang lebih kurang begini bunyinya :-
"Takdir dan ujian hidup manusia tidak sama. Ujian Allah datang mengikut kemampuan manusia. Allah pilih kamu untuk ujian yang besar kerana Allah tahu kamu seorang yang kuat. Kamu sepatutnya bersyukur kerana kamu insan yang terpilih."
Wednesday, October 24, 2007
Antara Iman dan Nafsu
Kata hati "Kan bagus kalau start puasa minggu lepas, masa KL masih lagi di "serang todak". Tak lah susah hendak buat pilihan"
Monday, October 22, 2007
Kuala Lumpur dan Raya
Aman dan damai sungguh rasanya hidup di Kuala Lumpur. Perjalanan ke pejabat hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Tak perlu tergesa-gesa. Tak ada bingitan bunyi hon. Di lobi bangunan pejabat, tekan butang lif, dua tiga lif terbuka dengan sendirinya. Tidak perlu berebut-rebut mengejar lif. Tenang sahaja.
Tetapi yang boringnya hanya ada tiga umat manusia yang terpaksa jaga kedai. Banyak kerja tidak boleh jalan sebab ramai yang masih bercuti. Akhirnya, buat-buat sibuk walhal main game, keluar makan walhal merayau-rayau lebih dari 1 jam. Ada beberapa kawan yang sms, layan dengan penuh komitmen. Paling haru, boleh pula tertidur barang seminit dua. Cukup masa balik. Bahagianya hidup.
Isnin, 22 Oktober 2007
Hujan lebat di pagi hari. Seiring lebatnya dengan kereta yang berpusu-pusu ke pejabat. Belum pun masuk bandar, sudah berderet-deret. Dari 15 minit jadi 45 minit. Itupun terpaksa ikut short cut.
Di lobi bangunan, satu lif terbuka, ramai yang berkejar-kejaran berusaha menyelinapkan diri. Di pejabat, keadaan sudah seperti sedia kala. Hanya ada beberapa tempat sahaja yang masih kosong. Kerja yang tertunggak terpaksa dilunaskan. Aduh, pening..pening. Cukup masa rehat. Keluar berjalan-jalan di tengah hari niat mencari ketenangan, tetapi di sana sini penuh umat manusia. Rimasnya. Cukup masa balik, aduh sesak lagi. Habis sudah ketenangan yang dilalui selama empat hari.
Thursday, October 11, 2007
Yang Datang dan Yang Telah Pergi
Sunday, September 23, 2007
Terapi minda di Bulan Mulia
Abah yang teruja melihat sales sibuk mengajak cari T-Shirt berkolar untuk dia. Sejak saya kenalkan jenama siput asli masa sales untuk JCard member yang lepas, dia dah terbekenan dengan jenama tersebut. Abah ini citarasa warnanya lebih kepada merah. Asal tengok T-shirt je pasti matanya tertumpu kepada merah. Alasannya biar kelihatan muda. Tukang larang terhebatnya, sayalah. Alasan saya mudah..bahaya!. Dia hanya ketawa.
Abah walaupun sudah agak berusia tapi bergaya tetap tidak mahu kalah. Jenuh juga hendak penuhi citarasa dia. Dalam sibuk memilih T-shirt, mak datang merapat dan menunjukkan kemeja tangan panjang nusantara. "Wahh..nampak muda la abah kalau pakai macam ni" "Ishh..tak mo la abah." "Cantik bah", mak memujuk. "Betul abah tak nak?" soal saya. "Tak mo", jawab abah tegas. "Walaupun orang belanja, tak nak juga?" soal saya. "Kalau orang belanja hendaklah," jawab dia sambil terkeheh-keheh ketawa menutup mulutnya. Mak dengan selamba sempat menghempuk lembut lehernya dan berkata "Dah lama buat kerja?". Berderai ketawa tiga beranak dekat situ.
"Tapi kalau hendak baju ni kene try dulu. Pi fitting room tu," arah saya. "Tak mo la abah, agak-agak je la," jawab dia selamba. "Ishh tak boleh agak-agak, kena try gak." Sambil acuh tak acuh dia pun pergi ke fitting room. Dari jauh saya tengok dia cuba nak masukkan baju tersebut dari luar. Dalam hati saya, ngelat sungguh abah ni. Tengah dia terkial-kial hendak memakai baju tersebut, saya menyergahnya. Terkejut dia. "Ishh kamu ni buat terkejut je. Baju ni ketat la. Tak mo lah abah," dia merungut. "Mana tak ketat. Orang suruh try kat dalam. Baju yang pakai sekarang ni kena buka. Baru la puas hati hendak tengok ok ke tak." Dia menjuihkan bibirnya. Saya ketawa lagi. "Macam budak-budak kena kawal," ngomel saya. Dia sengeh. Setelah puas dia mencuba akhirnya dia puas hati, dua helai baju menjadi milik dia. Makin berseri lagi wajahnya melihat saya yang membayar.
***************************************************
Kadang-kadang kita terlalu memikir masalah kita tanpa mengambil kira hati insan-insan di sekeliling kita. Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan kerjaya kita tanpa kita fikir ada hati yang perlukan perhatian kita. Semasa kecil mereka sudah jenuh berkorban untuk anak-anak. Kini tiba masanya untuk anak membalas pengorbanan mereka. Melihat wajah riang abah, tiba-tiba hati saya menjadi sayu. Terkenang pada perjalanan hidupnya. Syukur kerana masih ada ruang untuk saya berbakti kepadanya sementara roh dan jasadnya masih bersatu.
Friday, September 21, 2007
Kisah Nabi Allah Ibrahim dan Menantunya
Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim : Di mana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah.
Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)
"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
***Sekadar salin dan tampal
Sunday, September 16, 2007
Ramadhan Datang Lagi
Iman mawaddah lambang satu tranformasi. Penghijrahan diri seorang insan yang mengembara mencari sinar Illahi. Sengaja saya memilih bulan Ramadhan untuk memulakan penulisan blog kerana saya berharap untuk mendapat keberkatanNya. Kebetulan pula, Ramadhan tahun lalu dan tahun ini jatuh pada bulan September, bulan kelahiran saya. Kenapa saya memilih iman mawaddah? Simboliknya iman lambang cinta seorang hamba pada Penciptanya. Satu proses muhasabah diri dan matlamat yang ingin dituju sehingga hembusan nafas yang terakhir. Iman juga tanda kenangan pada yang telah pergi. Mawaddah pula kasih sayang, kasih sayang seorang insan untuk saudara seagamanya. Saling ingat mengingati demi agama yang tercinta. Demi Allah, semua ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi untuk memperbaiki diri sendiri sambil mengajak yang lain menuju ke arah yang sama.
Kadang-kadang saya masih tidak percaya yang iman mawaddah mampu bertahan sehingga setahun lamanya. Dulu hampir saja saya menutupnya. Bukan apa, kadang-kadang beku juga otak untuk menyiapkan entri. Tetapi bila ada rakan-rakan yang menanya tentang entri terbaru, lansung bersemangat semula untuk menulis. Beberapa minggu sudah, abang saya sibuk menunjukkan blog isterinya yang baru ada beberapa entri. Siap suruh saya diam-diam komen lagi di blog isterinya...hehe. Hai abang, kalaulah abang tahu adik abang ini dah setahun terlibat dengan dunia blog ini, pasti abang gelakkan saya :D
Selamat Hari Lahir iman mawaddah..semoga perjalanan itu tidak terhenti di sini.
Tuesday, September 11, 2007
Dia Dari Pandangan Mata Saya
Dia seorang yang ringan tulang
Dia suka menolong orang
Dia rajin sembahyang
Dia seorang yang pendiam
Tapi dia kaya budi bahasa
Dia tinggal di sebuah kampung yang damai
Dia punyai seorang isteri yang manis wajahnya
Isterinya orang kampung saya
Namun dia belum dikurniakan anak
Hari Sabtu kelmarin,
Dia sakit tenat
Rupa-rupanya selama ini dia asyik keluar masuk hospital
Khabarnya dia sakit kanser usus
Semalam,
Khabar dari kampung diterima
Dia telah pergi
Meninggalkan dunia di penghujung syaaban
Hari ini,
Khabar itu sampai jua ke pengetahuan
Pengurusan jenazah dilakukan di hospital
Bagai menyimpan sebuah kisah
Hingga akhirnya sijil kematiannya tercatat rahsia
Dia...HIV positif!
Terkejut saya mendengar khabar
Semua orang tidak mengetahuinya
Hinggalah ke akhir pengurusan jenazahnya
Sungguh tidak disangka
Dia berpenyakit paling bahaya
Kasihan isteri dia
Desis hati kecil saya
Umum tidak mengetahui sejarah hidupnya
Tapi semua orang tidak menafikan
Dia seorang pemuda yang baik
Mungkin dia telah tahu saat pemergiannya
Sebab itu dia mahu orang mengenang
Kebaikkannya dari kisah silamnya
Andai dia telah bertaubat
Mudah-mudahan Allah menerima segala taubatnya
Mudah-mudahan isterinya tabah menghadapi ujian Allah
Al-Fatihah
******************************************************************
Garapan kisah benar ini bukan puisi ataupun sajak. Hanya sekadar garapan ringkas.
Monday, September 10, 2007
Suatu Ketika Dahulu
Lelaki Cina: Kakak, ini siapa? Anak kakak?
Kakak tersenyum dan mengangguk.
Lelaki Cina: Betul ke? (memandang kepada sepupu kakak tersebut untuk dapatkan kepastian)
Sepupu kakak: Betullah.
Lelaki Cina: Bila kakak dapat anak?
Kakak: Minggu lepas.
Lelaki Cina: Anak lelaki ke perempuan?
Kakak: Perempuan
Lelaki Cina: Kakak, tunggu sikijap haa. Saya keluar sikijap. Jangan kunci ini gate.
Tidak lama kemudian, lelaki Cina itu kembali sambil membawa enam hamper set barangan bayi jenama baby Johnson.
Kakak: Apa ni Ko Hey. Buat susah-susah aje.
Lelaki Cina: Ini hadiah untuk baby kakak. Saya sangat suka kakak dan abang dapat anak lagi.
Kakak: Terima kasih Ko Hey.
***************************************************
"Orang tua-tua kampung kata, masa kamu lahir, tapak kaki kamu berisi penuh, bermakna rezeki kamu murah. Mak tidak percaya pada telekkan orang tetapi mak anggap apa yang dikatakan itu adalah doa orang untuk kamu." -bonda
p/s: Achik, rasanya sudah terjawab kot, saya wanita unsur apa :D
Saturday, September 08, 2007
Usah Terlalu Gilakan Seseorang
Usah kecewa sangat dengan hal semacam itu. Tidak semua yang kita sangka baik untuk kita, sebenar-benarnya baik untuk kita. Banyak juga yang buruk tetapi rupa-rupanya ia amat baik bagi kita. Anda tidak mendapat dia hari ini, anda sangka itu amat buruk. Tidak ! Jangan silap, mungkin itu amat baik untuk anda kerana ia membuka peluang bagi anda mendapat yang lebih baik.
Andainya anda telah terhenti di situ, peluang untuk anda mendapat yang lebih baik telah tertutup. Tidakkah itu sesuatu yang amat merugikan? Kita selalu ‘memaksa’ TUHAN memperkenankan semua yang kita hajatkan. Hingga kalau tidak dapat kita akan marah, merajuk dan menyalah-nyalahkan takdir. Apakah anda tahu apa yang akan terjadi pada hari muka? Apakah anda tahu dia yang anda buru sebegini dahsyat pasti memberikan kebahagiaan pada anda?
Tiada siapa mengetahuinya. Malah mungkin orang yang anda amat dambakan itu rupa-rupanya memberikan anda banyak masalah. Tidak sedikit orang yang berjuang bermatian-matian untuk mendapatkan seseorang, kemudian setelah mendapatnya terpaksa bermatian-matian pula hidup dengan seribu satu keburukan-keburukannya. Bukan semua yang kita mahu sesuai dengan kita. Impian kita besar, untuk memiliki rumah besar dan kereta besar, tetapi kalau badan kecil serta pendapatan tak seberapa kereta besar serta rumah besar akan memberi masalah. Orang berbadan kecil memandu kereta besar, silap-silap disangka pemandu, orang bergaji kecil tinggal di rumah besar, disangka rumah pusaka, main ekor atau rasuah. Orang buruk berkahwin dengan orang cantik, silap-silap disangka guna-guna. Orang miskin berkawan dengan orang kaya, mungkin kaki bodek dan gila harta.
Maka itu, jika anda sudah tidak diperlukan oleh seseorang, bawalah diri. Pergilah dari situ dan binalah hidup baru. Jelas, dia bukan terbaik untuk anda. Orang yang sedia melukakan hati anda tak mungkin dia akan tergila-gilakan anda. Jika anda berjaya pun memerangkap dia, tidak mungkin dia akan turut ‘gila’ sebagaimana anda.
Apa jua di sekeliling kita tidak menjanjikan kebahagiaan buat kita. Yang kita sangka membahagiakan itu juga datang bersama masalah. Kereta baru itu nikmat tapi kita juga dibebani masalah hutang yang banyak. Mengahwini orang kaya itu membahagiakan, tapi juga diburu takut miskin. Dapat berkawan dengan orang handsome atau cantik itu membanggakan, tapi kita juga dibebani cemburu. Pendek kata kesemua yang berada disekeliling kita bukanlah teras untuk berasa bahagia tetapi ketahuilah yang dikatakan bahagia itu berada dalam diri anda sendiri.
Selamat berasa bahagia untuk membina emosi cemerlang.
***Entri salin tampal ini untuk dia, seorang sahabat yang kecewa kerana cintanya ditolak oleh jejaka pujaannya. Sahabat, ku tahu kau amat menderita menjalani ujian ini. Tetapi bersabarlah. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jangan diikutkan rasa hati kerana itu akan memudahkan syaitan menguasai diri. Mencintai tidak bererti memiliki. Lepaskan lah ia dari kotak memori. Jika ia benar-benar tercipta untuk kamu, insyaAllah suatu hari nanti ia akan datang sendiri kepada kamu. Jika sebaliknya, jangan bersedih, sesungguhnya rahmat Allah sentiasa bersamamu. Tersenyumlah wahai sahabat, sekurang-kurangnya ia masih sudi berkawan denganmu walaupun hatimu parah akibat tusukan "mata kail"nya. Peringatan untuk diriku jua.
Tuhan cinta Agung.
Tuesday, September 04, 2007
Personaliti Wanita
WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20 Mei), Virgo (24 Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).
*Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius (23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri. "
***Wanita-wanita sekalian anda tergolong dalam unsur yang mana? Buat lelaki, kenali wanita di sekeliling anda. Tidak semuanya tepat. Tetapi, sahaja suka-suka sebab sudah lama tidak buat sesi salin dan tampal :D
Saturday, September 01, 2007
Layannnnnn
5 benda dalam handbag saya
1) dompet
2) alatan ringkas menceriakan wajah
3) tisu
4) thumb drive
5) kad akses kerja
5 benda dalam dompet@beg duit saya..
1) Duit
2) IC
3) Lesen memandu
4) Segala jenis kad untuk kemudahan kewangan
5) Sim kad no telefon lama
5 benda favorite dalam bilik saya
1) Tilam kekabu
2) Bantal kekabu
3) Buku resipi peribadi
4) Orkid hadiah dari kakak
5) Koleksi barang-barang sulaman Beijing
5 perkara yang nak saya lakukan..(ermmm banyak)
1) Jadi insan yang baik dunia dan akhirat
2) Jumpa Hadi, Aliyya, nenek dan keluarga di sana.
3) Pergi haji
4) Melancong merata dunia.
5) Bercuti ke negeri, tempat menuntut ilmu dulu
5 perkara yang sedang dilakukan..
1) taip entri ini
2) tunggu air masak kat atas dapur tu haa
3) balas offline message Aliyya
4) tunggu mesin basuh habis jalankan tugasnya
5) bersiap sedia hendak pergi pasar tani