Saturday, September 08, 2007

Usah Terlalu Gilakan Seseorang

Sesetengah orang memang begitu sifatnya. Amat mementingkan diri sendiri tanpa mahu mengerti suasana yang sedang kita lalui. Mungkin kita sedang sibuk, mesyuarat, memandu, tidur, atau sekadar mahukan kerehatan. Menjadikan kita lemas dan terasa bodoh sekali. Setelah anda mendapat gambaran bahawa anda tidak diperlukan, maka pergilah dari situ. Cubalah tuah anda dengan orang lain pula. Usah terus diburu orang yang jelas telah mengatakan secara terang atau simbolik yang ‘Saya tidak perlukan awak dalam hidup saya’.

Usah kecewa sangat dengan hal semacam itu. Tidak semua yang kita sangka baik untuk kita, sebenar-benarnya baik untuk kita. Banyak juga yang buruk tetapi rupa-rupanya ia amat baik bagi kita. Anda tidak mendapat dia hari ini, anda sangka itu amat buruk. Tidak ! Jangan silap, mungkin itu amat baik untuk anda kerana ia membuka peluang bagi anda mendapat yang lebih baik.

Andainya anda telah terhenti di situ, peluang untuk anda mendapat yang lebih baik telah tertutup. Tidakkah itu sesuatu yang amat merugikan? Kita selalu ‘memaksa’ TUHAN memperkenankan semua yang kita hajatkan. Hingga kalau tidak dapat kita akan marah, merajuk dan menyalah-nyalahkan takdir. Apakah anda tahu apa yang akan terjadi pada hari muka? Apakah anda tahu dia yang anda buru sebegini dahsyat pasti memberikan kebahagiaan pada anda?

Tiada siapa mengetahuinya. Malah mungkin orang yang anda amat dambakan itu rupa-rupanya memberikan anda banyak masalah. Tidak sedikit orang yang berjuang bermatian-matian untuk mendapatkan seseorang, kemudian setelah mendapatnya terpaksa bermatian-matian pula hidup dengan seribu satu keburukan-keburukannya. Bukan semua yang kita mahu sesuai dengan kita. Impian kita besar, untuk memiliki rumah besar dan kereta besar, tetapi kalau badan kecil serta pendapatan tak seberapa kereta besar serta rumah besar akan memberi masalah. Orang berbadan kecil memandu kereta besar, silap-silap disangka pemandu, orang bergaji kecil tinggal di rumah besar, disangka rumah pusaka, main ekor atau rasuah. Orang buruk berkahwin dengan orang cantik, silap-silap disangka guna-guna. Orang miskin berkawan dengan orang kaya, mungkin kaki bodek dan gila harta.

Maka itu, jika anda sudah tidak diperlukan oleh seseorang, bawalah diri. Pergilah dari situ dan binalah hidup baru. Jelas, dia bukan terbaik untuk anda. Orang yang sedia melukakan hati anda tak mungkin dia akan tergila-gilakan anda. Jika anda berjaya pun memerangkap dia, tidak mungkin dia akan turut ‘gila’ sebagaimana anda.

Apa jua di sekeliling kita tidak menjanjikan kebahagiaan buat kita. Yang kita sangka membahagiakan itu juga datang bersama masalah. Kereta baru itu nikmat tapi kita juga dibebani masalah hutang yang banyak. Mengahwini orang kaya itu membahagiakan, tapi juga diburu takut miskin. Dapat berkawan dengan orang handsome atau cantik itu membanggakan, tapi kita juga dibebani cemburu. Pendek kata kesemua yang berada disekeliling kita bukanlah teras untuk berasa bahagia tetapi ketahuilah yang dikatakan bahagia itu berada dalam diri anda sendiri.

Selamat berasa bahagia untuk membina emosi cemerlang.

***Entri salin tampal ini untuk dia, seorang sahabat yang kecewa kerana cintanya ditolak oleh jejaka pujaannya. Sahabat, ku tahu kau amat menderita menjalani ujian ini. Tetapi bersabarlah. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jangan diikutkan rasa hati kerana itu akan memudahkan syaitan menguasai diri. Mencintai tidak bererti memiliki. Lepaskan lah ia dari kotak memori. Jika ia benar-benar tercipta untuk kamu, insyaAllah suatu hari nanti ia akan datang sendiri kepada kamu. Jika sebaliknya, jangan bersedih, sesungguhnya rahmat Allah sentiasa bersamamu. Tersenyumlah wahai sahabat, sekurang-kurangnya ia masih sudi berkawan denganmu walaupun hatimu parah akibat tusukan "mata kail"nya. Peringatan untuk diriku jua.

Tuhan cinta Agung.

9 comments:

akirasuri said...

Allah tahu yang terbaek untuk kita..
kan :)

Butaseni@Wan Raja said...

setiap orang sudah diberikan pasangan hidupnya.yang paling serasi,cuma masa yang menentukan.kepada kawanmu,teruskan hidup seperti biasa.saat itu akan tiba jua.

ps;kalu kita cari memang susah nak jumpa,teruskan aktiviti harian macam biasa,sedar-sedar dia tiba hehehehe cheewwaaaaaaaah mcm pandai je aku.

blackpurple @ jowopinter said...

Berjiwa dan bermotivasi. Pengharapan.

Memanglah. Cinta pada manusia itu bukan segala-galanya di dalam hidup. Cinta kepada Yang Esa itu ya...

Ku Keng said...

Dengan ucapan Ramadhan Karim. Semoga Ramadhan tahun ini terbaik dari yang terdahulu, bagi kita semua.

Bunga Rampai said...

Salam Iman,

Terima kasih entri ini. Memberi harapan kepada jiwa yang lemah.

Iman Mawaddah said...

Akirasuri,
Ya benar cik akira..ibarat cik akira dengan pa'chik la hehe

Buta Seni,
Macam ada pengalaman je? Jika saya kenalkan sahabat saya dengan buta seni mau? Tapi malangnya dia bukan wanita angin :D

BP,
Tapi malangnya manusia lebih kecewa kerana cinta kepada manusia. Berbanding cinta kepada yang Maha Esa.

Bro Ku Keng,
Salam ramadhan untuk bro juga. Semoga kita semua peroleh barakah daripadanya.

Bunga Rampai,
Salam cik rampai. Manusia sering di"usik" jiwanya. Itu sebab kena saling ingat mengingati supaya tidak terkeluar dari landasan yang sebenar :)

BaYu SenJa said...

kasih itu mahal.. maka jika dia jual mahal, beli lah dengan mahal. jika dia tak nak jual. cari lah penjual yang lain :)
.....
L : ingat bunga sekuntum ka?!!
P : kumbang pun bukan seekor je tau :)

lalala

faridmw said...

salam..

selamat menyambut bulan ramadhan... moga kita dapat mengisinya dgn sebaik mungkin...

Iman Mawaddah said...

Bayu Senja,
Itu dia.. kata-kata yang sungguh bermakna dari orang yang berpengalaman hikhikhik

Faridmw,
Salam ramadhan untuk Farid juga. Mudah-mudahan..amin.