WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20 Mei), Virgo (24 Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).
*Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius (23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri. "
***Wanita-wanita sekalian anda tergolong dalam unsur yang mana? Buat lelaki, kenali wanita di sekeliling anda. Tidak semuanya tepat. Tetapi, sahaja suka-suka sebab sudah lama tidak buat sesi salin dan tampal :D
17 comments:
oh ku wanita air yang cengeng kakakaka
sy wanita angin..:)
saya wanita api.. hehe ;)
iman kategori mana?
hmmm...mcm penah jumpa semua wanita camni...
hahha...
salam Iman ;)
heheh info yang bagus.
saya nak cari wanita angin lah.hihi
Khairyn,
Cenggeng2 pun sedang berkembang maju hehehe
Zwit,
Psstt Zwit, Buta Seni tengah cari wanita angin tu :D
Achik,
Ermm seorang yang artistik..sesuai..sesuai :D
Saya seorang yang bijak dan pintar dalam tenang..ngeh...ngeh (konon2nya lah)
13 May,
May dan wanita memang tak dapat dipisahkan.Tahu sangat. Maklumlah "mat bunga" haha.
Muka hang dah tak boleh cover lagi dah. Lindosh paparazzi yang berjaya :D
Buta Seni,
Tak perlu cari jauh2. Tu cik zwit tu ada hehehe
aku airrr, aku airrr, hohohoh...jgn sampai kembung lak nanti.....
iman wanita tanah kan?? ;D
artistik??? tang mana yg artistik tuh.. hehe.. ;p
WANITA TANAH!
Bab x menunjukkan sifat penyayang tu mcm terkena lah pulak. Tapi bab kebijaksanaan n kepintaran tersembunyi tu... is it?
Whatever pun, ada jugaklah yg terkena, tersipi-sipi kena n tak kena langsung kot....
Itu wanita. Lelaki? :)
saya menepati lebih 60% sifat wanita api...
RM,
Air selalunya berpewatakan lembut hehe betul ke?
Achik,
Ermm..ntah..tak tau..tak tau hehe
Achik kan pandai melukis. Tak artistik ke tu? :D
Fahidayati,
Mungkinkah kita sherasi bersama?
BP,
Lelaki? tak sempat nak cari la. Tapi takfsiran sikap individu mengikut tarikh lahir dari persepktif masyarakat Jawa saya ada. Mau ka? hehe
Ismisuzu,
Pasti anda mempunyai kekuatan diri yang luar biasa. Tak gitu? :D
salam ziarah blog...
bestnya pilihan...
tp yang paling penting wanta itu mesti lah beriman.... wanita jenis itu ketogori mna?
buat per???
hapdet...pls!!!
Faridmw,
Baik lelaki mahupun wanita, yang penting adalah iman. Hanya Allah sahaja yang boleh mengklasifikasikannya.
Sunan,
Aikk..salam mana? :P
Yang pasti setiap manusia mempunyai kesemua unsur yang disebutkan.
Abang long,
Bukankah itu semuanya bahan asas untuk Allah menciptakan kita :)
Post a Comment