Sunday, September 23, 2007

Terapi minda di Bulan Mulia

Petang tadi sempat menyibukkan diri sebentar ke Jusco. Mencari sandal baru menggantikan yang lama. Hajat di hati hendak beli satu tapi terbeli dua. Satu boleh di pakai ke majlis rasmi satu lagi boleh di pakai pelasah. Tidak mengapalah bukan selalu beli pun.

Abah yang teruja melihat sales sibuk mengajak cari T-Shirt berkolar untuk dia. Sejak saya kenalkan jenama siput asli masa sales untuk JCard member yang lepas, dia dah terbekenan dengan jenama tersebut. Abah ini citarasa warnanya lebih kepada merah. Asal tengok T-shirt je pasti matanya tertumpu kepada merah. Alasannya biar kelihatan muda. Tukang larang terhebatnya, sayalah. Alasan saya mudah..bahaya!. Dia hanya ketawa.

Abah walaupun sudah agak berusia tapi bergaya tetap tidak mahu kalah. Jenuh juga hendak penuhi citarasa dia. Dalam sibuk memilih T-shirt, mak datang merapat dan menunjukkan kemeja tangan panjang nusantara. "Wahh..nampak muda la abah kalau pakai macam ni" "Ishh..tak mo la abah." "Cantik bah", mak memujuk. "Betul abah tak nak?" soal saya. "Tak mo", jawab abah tegas. "Walaupun orang belanja, tak nak juga?" soal saya. "Kalau orang belanja hendaklah," jawab dia sambil terkeheh-keheh ketawa menutup mulutnya. Mak dengan selamba sempat menghempuk lembut lehernya dan berkata "Dah lama buat kerja?". Berderai ketawa tiga beranak dekat situ.

"Tapi kalau hendak baju ni kene try dulu. Pi fitting room tu," arah saya. "Tak mo la abah, agak-agak je la," jawab dia selamba. "Ishh tak boleh agak-agak, kena try gak." Sambil acuh tak acuh dia pun pergi ke fitting room. Dari jauh saya tengok dia cuba nak masukkan baju tersebut dari luar. Dalam hati saya, ngelat sungguh abah ni. Tengah dia terkial-kial hendak memakai baju tersebut, saya menyergahnya. Terkejut dia. "Ishh kamu ni buat terkejut je. Baju ni ketat la. Tak mo lah abah," dia merungut. "Mana tak ketat. Orang suruh try kat dalam. Baju yang pakai sekarang ni kena buka. Baru la puas hati hendak tengok ok ke tak." Dia menjuihkan bibirnya. Saya ketawa lagi. "Macam budak-budak kena kawal," ngomel saya. Dia sengeh. Setelah puas dia mencuba akhirnya dia puas hati, dua helai baju menjadi milik dia. Makin berseri lagi wajahnya melihat saya yang membayar.

***************************************************
Kadang-kadang kita terlalu memikir masalah kita tanpa mengambil kira hati insan-insan di sekeliling kita. Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan kerjaya kita tanpa kita fikir ada hati yang perlukan perhatian kita. Semasa kecil mereka sudah jenuh berkorban untuk anak-anak. Kini tiba masanya untuk anak membalas pengorbanan mereka. Melihat wajah riang abah, tiba-tiba hati saya menjadi sayu. Terkenang pada perjalanan hidupnya. Syukur kerana masih ada ruang untuk saya berbakti kepadanya sementara roh dan jasadnya masih bersatu.

26 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

wah,dah jadi fashion consultant ye hehehe

Zetty said...

sementara nyawa masih di kandung badan ini, berusahalah utk menggembirakan ibu bapa .. tiada yg mereka pinta selain drpd melihat keikhlasan hati si anak mengisi hari2 tua mereka ..

HEMY said...

mmg sronok, sjuk ati, terharu, sedey..campur2 bila dpt nmpk parents senyum gembira bila kita bagi something or wat smoething utk dia kan...

Unknown said...

Hehehe! Ayah nak nampak muda ek? hehe!

Pa'chik said...

waa.. abah kamu.. kuul!!

achik said...

seronok kan bila mereka gembira dgn pemberian kita.. ;)

RaFFLeSiA MeRaH said...

mudah-mudahan kita dpt gembirakan mereka sampai akhir hayat mereka dan sampai akhir hayat kita...insyallah...

Sang Perba said...

budi dan jasa mereka tak terbalas...

Anonymous said...

abah kak iman comellah.. *sedang membayangkan*
he he he..

faridmw said...

salam..
selamat berpuasa...
semoga kak iman menjadi seorang anak yang solehah...

13may said...

raya kat mana tahun nih???

salam:)

Unknown said...

Salam Eidul Fitri. Maaf Zahir Batin.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

memang bestlah bila digunakan perkataan terbeli dua. adake seorang wanita yang bila membeli-belah, dia terbeli barang?....

soalan kena jawab.

khairyn said...

ish ish ish.. entri ni mengingatkan abah sendiri pulak.

Berkenan ke tak berkenan belakang kira, yang penting orang belanja. Tapi bila dah belanja, sayang pula nak pakai. Laaaa...

Kasut jenama HP beli 3 tahun lepas masih elok dan cantik dlm tempat simpan kasut. Sayang nak pakai. Alahai.

AKMA said...

Salam Iman,

Menyapa setelah terlalu lama menyepi.

Ya benar...bahagiakan mereka..sementara masih ada waktu.

AKMA bakal menyudahkan tanggungjawab di Kota Lumpur. Jika semuanya berjalan lancar, AKMA akan tinggalkan kota ini...untuk menyambut salam bumi Penyu. Dan musafir AKMA akan berterusan...

~inilah saya~ said...

Selamat Berpuasa...

:-)

pB said...

Salam ....

biasalah orang tua, bila kita anaknya menghadiahkan sesuatu, hati mereka mersti berbunga dengan kegembiraan, walaupun barang yang anak itu hadiahkan tidak seberapa nilainya.

Yang penting , ingatan ....

13may said...

selamat hari raya :)

banggugar said...

salam iman,

smga sgala kerja buat kita dibulan ini makin mendekatkan kita kepda yang khalik..

salam ramadhan
(",)

zlaa said...

Salam ziarah. Entri ini buat akak teringat ibubapa di kampung. tahun ni tak dapatlah membeli baju raya buat mereka.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

salam aidilfitri buat anda dari cermin yang diperantauan. salam ampun juga maaf atas ketaksiran yang ditonjolkan diri.

Unknown said...

ye betul tu.. tahun neh sy kurang pk kan diri sendiri seperti tahun yg dulu.. tahun neh lebihkan pada yg penting.. speseli utk mak

13may said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin!

Ucapan:
Kalau ada sumur kat ladang
Boleh la pi mandi
Kalau ada kuih dlm balang
Jgn malu malu pos mai sini

:)

~inilah saya~ said...

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Anonymous said...

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir Batin

Iman Mawaddah said...

Buta Seni,
Boleh la sikit2 he he he

Yatie,
Ya benar..yang penting keikhlasan kita :)

Anul,
Benar, sukar hendak dibayangkan dengan kata2

Ah Kim,
Bahaya! hehe..awal kamu cuti raya yer.

Pa'chik,
Tengok angin monsun jugak..time hot dia hot :D

Achik,
Seronok bangat.

RM,
InsyaAllah..amin

Jerangkung,
Tanpa mereka siapalah kita.

Akira,
Dia memang comel hehe

Farid,
Terima kasih doakan saya.

May,
Raya di Perak :D

Ah Kim lagi,
Selamat Hari Raya. Jangan main mercun nanti jari putus :P

Cermin,
Betul la 'ter'beli..tak tipu punya hehe

Khairyn,
Hehe berbeza dengan ayahanda saya..pantang dapat yang baru terus nak pakai.

Bro AKMA,
Salam bro. Lama tidak mendengar berita. Semoga sentiasa sihat di bawah rahmatNya.

Selamat bermusafir kembali bro. Sekurang-kurang cabaran musafir kali ini tidaklah cabaran sehebat musafir yang terdahulu. Masih lagi boleh bertemu dengan yang tersayang dan anak-anak :) Sampaikan salam saya buat Kak Linda.

Inilah saya,
InsyaAllah selamat :D

Kak PB,
Betul..yang penting ingatan dan ketulusan hati.

May,
Selamat Raya May.

Bang Gugar,
Mudahan begitulah hendaknya.

Kak Zlaa,
Tidak mengapa, sebagai anak kita masih lagi boleh mendoakan kesejahteraan mereka :D

Terima kasih datang ziarah.

Cermin,
Sesama kita bermaafan. Semoga aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran.

Lindosh,
Bagusnya kalau ada anak macam lin hehe

May,
Boleh aje kalau nak pos. Dengan syarat kos nya hang tanggung :D

Inilah saya,
Sesama la kita.

Al-fakir,
Selamat raya.