Saturday, December 02, 2006

Si kecil bereben merah

"Akak, tumpang lalu akak," kata si kecil yang keletah sambil membawa tray makanan.
"Opss, sorry dik," sambut saya sambil memberi laluan kepadanya.
"Lahai awak ke. Nak ke mana tu?" sambut mak di sebelah saya.
"Nak makan, Ain lapar belum makan lagi ni," jawap si kecil sambil tersenyum menyerlahkan lesung pipitnya.

Berkerut dahi saya memandang mak. Mak seolah2 faham tentang persoalan yang bermain di fikiran saya. "Rumahnya di sini," jawab mak. Saya berfikir lagi sambil meminta kepastian "Rumahnya di sini?"..mak mengangguk2 perlahan. Mata saya terus tertumpu kepada si kecil tadi yang ramah menegur nurse2 yang lalu lalang. Gelak tawa manjanya memecah keheningan wad. Tanpa saya sedari, saya pun turut menumpang ketawa melihat keletahnya dari jauh. Hilang tumpuan saya ketika melawat adik sepupu saya di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur.

Pulang dari melawat adik sepupu, saya terus bertanya kepada mak perihal Ain. Mak memberitahu Ain sedang membilang hari. Dia penghidap HIV positif yang diterima dari ibunya. Ayah dan ibunya telah meninggal dunia akibat HIV. Termenung saya. Kesian Ain...baru dalam sekitar umur 6 tahun sudah menerima padah angkara perbuatan silam ibu bapanya.


Peristiwa itu sudah lebih 10 tahun berlalu. Entah mengapa kenangan itu hadir dalam ruang ingatan saya tatkala melihat lambang reben merah sempena hari AIDS sedunia di Google. Sayu mengenangkan wajah yang tidak berdosa itu.

Barangkali jiwa yang tadinya
dicengkam rasa takut akan ancaman
kini beroleh jalan keluar
bagaikan lepas dari tali yang mengikatnya

"Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak diberi tangguh" (Ad-Dukhan:29)

Sesungguhnya jaminan syurga menanti buat anak yang tidak berdosa itu.

17 comments:

Fadh Rahman said...

kasihan melihat si kecil yang tak berdosa menerima musibah angkara kelalaian...kecuaian...dan sikap endah tak endah...!

RaFFLeSiA MeRaH said...

aku setuju ngan kata2 akumasihdisini...apepun dah takdir tuhan nasib si kecil sebegitu ruper, takder sape pun yg boleh lari dari takdir tuhan...apepun ku doakan setiap kesilapan manusia diiringi dengan rasa kekesalan dan keinsafan, bertaubatlah segera wahai manusia...muhasabah kan diri kita selalu....

13may said...

alahai....kesiannya:(

Anonymous said...

wargh............ sudh updet200x!

zwitterion said...

tak tau nak cakap apa..apapun tidak boleh menyalahkan takdir..semoga si kecil itu terus tabah

INDERA KENCANA said...

Sedihnya baca kisah ini...

Iman Mawaddah said...

Cikgu dan Kak Raff,
Di dunia dia sengsara angkara kesilapan orang tuanya..tp di akhirat dia bahagia. Sedangkan kita sendiri belum tentu lagi tempat kita di sana nanti.Betul kata kak Raff..muhasabah diri kita selalu.

13 May,
Berat mata memandang berat bahu memikul.

Sunan,
Ye la dah updet..

Zwit,
Dia telah pergi mengadap Allah. Ini kisah lebih 10 tahun yang lalu.

Indera,
Itulah, masing terbayang keletah manjanya walaupun kisah ini dah lama berlalu.

Sunan_Jati said...

wargh sudah updet...,'
erm.. aik.. sy belum komen lagi.. cik iman sudah bls komen.. ini sudah hebat...

AKMA said...

tika sorang..melihat si kecil reben merah...terasa suka...suka abang kepada adik.

tika berdua...melihat si kecil bereben merah...terasa suka...bagusnya kalau ada anak begitu...

tika bertiga...melihat si kecil bereben merah...terasa sayu dan sebak...hanya ayah dan ibu yang memahami perasaan itu.

khairyn said...

salam perkenalan.

menumpang lalu.

lebih 10 tahun dulu juga saya berkenalan dengan seorang kanak2 kecil yang mengidap HIV positif di hospital Kuala Lumpur. Ayahnya seorang penagih dadah tegar, ibunya pula gelandangan, berpelesaran saban malam.

Mereka menghilangkan diri dan meninggalkan bayi mereka di hospital. Kakitangan hospital tidak sampai hati hendak menyerahkan anak kecil itu kepada kebajikan masyarakat langsung menjadi statistik bayi yang dijangkiti HIV positif. Jururawat secara bergilir menjaga bayi dan membawanya pulang ke rumah saban minggu. Saya tidak ingat siapa namanya.

Saya dijemput untuk menulis rencana tentang dia ketika dia menyambut hari jadi yang ke 5 tak silap saya - sebagai pengisian Hari Aids Sedunia. Rupanya bukan dia seorang saja yang menjadi penghuni tetap wad peadiatric di HKL tapi ada beberapa kanak-kanak senasib dirinya di situ.

Apa yang membuatkan saya sebak adalah, mereka ini sangat ceria. Redha dengan nasib yang tersurat.

hakim dirani said...

Saya sangat sedih apabila mendengar ceritacerita sebegini. saya kalau pergi hospital tengok orang sakit pun naik gerun tambah la kalau dengar kena HIV pula.

Mohd Daharudin Haji Daud said...

sedih cerita ni..
anak yang tak bersalah menjadi mangsa kejahilan ibu dan ayahnya..

lebih menyedihkan..
insan yang kecil masih suci dan bersih ini baru untuk mengenal dunia..
sudah terlibat dengan penyakit seperti ni hasil daripada perbuatan ibu dan ayahnya..

sememangnya ada hikmah disebalik kejadian ini berlaku..
mungkin Allah nak menjauhkan dirinya daripada melihat dunia yang kini penuh dengan bermacam-macam bentuk maksiatnya..

moga Allah menempatkan si kecil ini di tempat yang sebaik-baiknya dalam syurga-Nya..

betul kata akak..
jaminan syurga sedang menantinya..
sedangkan kita sendiri belum tentu lagi tempat kita di sana nanti.

apa yang perlu sekarang..
sama-samalah jaga iman dan taqwa..
muhasabah dan banyakkan bertaubat..

Berdo’alah sebagaimana do'a Baginda S.A.W :

“Ya Allah! Jadikan hayatku ini sebagai nikmat yang mampu digunakan untuk menambah segala amal kebajikan dan kematianku sebagai cara untukku berehat dari segala kejahatan.”
[ hadis riwayat Muslim ]

Iman Mawaddah said...

Bro AKMA,
Sungguh dalam telus pengertian puisi itu.Terima kasih.

Sis Khairyn,
Selamat bertamu ke laman iman mawaddah.Berkemungkinan juga kanak2 yang akak tulis tentangnya dulu adalah kanak2 yang sama dengan yang saya jumpa.Benar kata akak mereka ini sangat ceria.Mungkin ada hikmah yang Allah tunjukkan disebalik keceriannya kanak2 HIV positif ini.

Hakim,
Betul tu. Jaga diri dan keluarga agar tidak terjebak dengan genjala2 negatif.

Anjang,
Semua yang terjadi ada hikmahNya yang tersembunyi. Kita sebagai hamba kenalah check n balance diri kita agar tidak tergelincir dari landasan suci.Terima kasih atas titipan doa. Semoga diberkati Allah.

Anonymous said...

salam,your story very good,actually, i can't control my eyes to........basically, when u know more to ALLAH, the more u will love to HIM..

Iman Mawaddah said...

Najmuddin,
Welcome to "iman mawaddah".A blog to educate/remind me and friends to get closer with the Almighty. Thanks for your advice. Hopefully all of us will be back to Allah with iman and taqwa..Insyallah.

Salam ukhuwah

Anonymous said...

Antara panduan atau tips muhasabah diri yang saya dapat dari siri2 tazkirah yang saya ikuti dan sedang cuba praktikkan..
melawat hospital selalu..sekurang2kurangnya 1bulan sekali. walaupun tiada kenalan di sana, sudah memadai kita melihat keperitan yang orang lain tanggung untuk kita mensyukuri nikmat yang Allah beri kpd kita

Iman Mawaddah said...

Bayu,

Terima kasih atas titipan ilmu tersebut.Semoga kita beroleh manfaat daripadanya.