Thursday, October 19, 2006

Kisah semalam

Semalam aku ambil cuti khas atas permintaan mak untuk tolong jaga 4 orang "askar" kesayangan saudara kandungku. Mak kurang sihat sikit. Sebenarnya sejak bekerja di tempat kerja sekarang ni, aku dah lama tak buat tugas2 khas ni.Waduh..mencabar kesabaran betul..macam2 ilmu dorang buat..sampai aku rasa aku ni seperti 'superwoman' hehe.. apa saje yang dipinta aku cuba usahakan..ikut rasa hati muda macam malas nak layan je dorang ni tapi bila tengok wajah2 comel dengan macam2 keletah ..ditambah pula ciuman ikhlas dari sorang demi sorang membuatkan perasaan letihku berubah menjadi sayang. Kadang2 sampai aku sendiri tergelak sama.Tu la dunia kanak2 yang senantiasa happy. Asyik melayan kerenah dorang sampai berbuka pun aku tak amik port sangat semalam..dan hari ni..nah hasilnya..tahap keupayaan aku lemah akibat dari ledakan lahar cecair putih dari perutku yang naik ke atas kerongkong lansung keluar dari mulut ku yang berpuasa..kata mak tu gastrik namanya. Aduh..terasa diri macam berada di atas kapal yang dilambung ombak lautan biru..rasa macam nak amik cuti je..tapi kerana amanah kerja di pejabat aku gagahkan juga. Lagipun aku tak mahu tugasku tertangguh sehingga selepas cuti raya.

Lalu hati terdetik..baru je sekejap aku dipinjamkan untuk merasai nikmat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu..aku sudah lemah begini. Bagaimana dengan mak ya? Yang telah melahirkan aku dan membesarkan aku selama 20 tahun lebih ini..dalam diam aku insaf ..kebetulan hari ni adalah 26 Ramadhan iaitu tarikh aku dilahirkan ke dunia, tarikh mak bertarung nyawa demi aku ..mampukah aku membalas jasanya?..Moga2 aku mampu membalasnya...

2 comments:

AKMA said...

Salam Aidilfitri juga buat iman mawaddah. Terima kasih bertandang ke AKMA. Gaya bahasa itu bukan bahasa AKMA...AKMA cumamedium penyampai...bahasa itu dari DIA. Teruslah berjuang di medan blog...hanya itu yang termampu kita usahakan.

AKMA

Iman Mawaddah said...

Salam Aidilfitri..ermm kecik2 dah pandai merokok ek hehe.Ermm memang benar bahasa itu daripadaNya..tp tak semua orang bertuah untuk dipilih menjadi medium penyampai bahasaNya. Bersyukurlah dengan kurniaanNya ke atas AKMA..moga digunakan ke arah jalan yang benar dan yang diredhaiNya.