Sunday, September 16, 2007

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan 1428H sudah tiga hari bermula. Hadirnya 1 Ramadhan bermakna genaplah setahun usia iman mawaddah saya ini. Terlalu pantas masa berlalu. Syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan kali ini. Syukur jua kerana atas rahmat-Nya juga, ada kekuatan untuk menghidupkan penulisan di laman yang tidak seberapa ini.

Iman mawaddah lambang satu tranformasi. Penghijrahan diri seorang insan yang mengembara mencari sinar Illahi. Sengaja saya memilih bulan Ramadhan untuk memulakan penulisan blog kerana saya berharap untuk mendapat keberkatanNya. Kebetulan pula, Ramadhan tahun lalu dan tahun ini jatuh pada bulan September, bulan kelahiran saya. Kenapa saya memilih iman mawaddah? Simboliknya iman lambang cinta seorang hamba pada Penciptanya. Satu proses muhasabah diri dan matlamat yang ingin dituju sehingga hembusan nafas yang terakhir. Iman juga tanda kenangan pada yang telah pergi. Mawaddah pula kasih sayang, kasih sayang seorang insan untuk saudara seagamanya. Saling ingat mengingati demi agama yang tercinta. Demi Allah, semua ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi untuk memperbaiki diri sendiri sambil mengajak yang lain menuju ke arah yang sama.

Kadang-kadang saya masih tidak percaya yang iman mawaddah mampu bertahan sehingga setahun lamanya. Dulu hampir saja saya menutupnya. Bukan apa, kadang-kadang beku juga otak untuk menyiapkan entri. Tetapi bila ada rakan-rakan yang menanya tentang entri terbaru, lansung bersemangat semula untuk menulis. Beberapa minggu sudah, abang saya sibuk menunjukkan blog isterinya yang baru ada beberapa entri. Siap suruh saya diam-diam komen lagi di blog isterinya...hehe. Hai abang, kalaulah abang tahu adik abang ini dah setahun terlibat dengan dunia blog ini, pasti abang gelakkan saya :D

Selamat Hari Lahir iman mawaddah..semoga perjalanan itu tidak terhenti di sini.




25 comments:

zwitterion said...

tahniah..dah setahun ye..Moga lebih diberkatiNya.

Mardihah said...

salam...

tahniah dan semoga ramadhan memberikan sinar kekuatan kembali kepada tuan rumah ...selamat menulis dan semoga ukhwah kita terus terjalin....ameen

salam perpaduan

Ms Wind said...

aaaaa... kawaii desu ne, that little girl. iman masa kecik ke?

HEMY said...

Ooo...setahun dah ek..tahniah...semoga trus berkarya di sini utk kebaikn sume

achik said...

selamat ulangtahun yg pertama.. :)

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah. Selamat ulangtahun pertama Iman Mawaddah. Teruskan berdakwah melalui tulisan...

Pa'chik said...

salam ramadhan.. dan tahniah iman..

Iman Mawaddah said...

Zwit,
Terima kasih :)

Qudwah,
Ameen ya rabbala'lamin. Kekuatan itu telah lama kembali :D

Ismisuzu,
Saya dah agak ..anda tahu berbahasa jepun kan..kan. Si kecil tu salah seorang askar saya. Zaman saya kecil2 dulu mana nak bergambar pakai tudung macam tu :)

Anul,
InsyaAllah selagi termampu.

Achik,
Terima kasih :)

BP,
Terima kasih. Mudah2an ada kekuatan untuk meneruskan.

Pa'chik,
Salam ramadhan pa'chik. Terima kasih.

faridmw said...

salam ramadhan...

moga terus berjaya berjaya dgn cemerlang.. teruskan karya iman yang penuh manfaat ini..

Anonymous said...

Salam.

Comel ho?

akirasuri said...

Salam Ramadhan..

dah setahun ek..
mudah-mudahan terus bertahan lagi :)
taip terus, terus taip :)

Purpleheart said...

Salama ulangtahun pertama iman mawaddah.. saya lupa nak raikan hati ungu saya, pun dah setahun rupanya..

khairyn said...

salam iman

selamat ulang tahun pertama.

oooh sikecil bermata bundar. Comel sungguh. Kiss kiss her for me!

Salam Ramadhan!

Bunga Rampai said...

Salam Iman,

Tahniah! Selamat ulang tahun pertama. Teruskan Iman Mawaddah. Semoga diberkati dan dirahmatiNya.

Iman Mawaddah said...

Farid,
Salam ramadhan...terima kasih encik senyum.

Ah Kim,
Saya memang comel..ekekeke

Akira,
InsyaAllah jika keadaan mengizinkan.

Purple Heart,
Masa begitu pantas berlalu tanpa kita sedar :)

Khairyn,
Hehe dia memang comel. Ditambah pula dengan mulut yang pot pet..memang syok melayannya.

BR,
Terima kasih. InsyaAllah,selagi hayat di kandung badan, selagi jasad bersatu dengan roh :D..boleh caya ke ni ? hehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

slmt berpuasa jugak....bulatnyer mata budak tu...comel jer pakai tudung....

13may said...

selamat ulang tahun.....

terpegun ngan renungan mata :D

azeel said...

tahniah semperna ulangtahun pertama "wadah seorang insan"
dan salam perkenalan juga....

azeel said...

dan pasti, insan yang memberi ilham di sebalik kewujudan blog ini berbangga dengan pencapaian kamu...

al fatihah ...

Iman Mawaddah said...

RM,
Tengah mood baik tu mahulah dia bergaya pakai tudung :)

13 May,
Budak kecik lagi tu May..jangan dikacau :)

Azeel,
Terima kasih. Salam perkenalan untuk azeel juga.

p/s: seram la pula tengok gambar tu :D

mf said...

DISKUSI Ke 2
MUSIC FORUM.

TAJUK : CELESTIAL vs KETUHANAN – suatu perbandingan konsep Timur dan Barat.

PRESENTER : Ust. Hakim Al Haqqiy ( Komposer ).

TARIKH : 22 Nov. 2007 Sabtu malam.

MASA : 10 mlm atau lepas sunat Tarawikh.

TEMPAT : Tandjung Studio, Puchong Utama.

BAHAN : Artis – Akil Hayy, Hijjaz, Yusuf Islam, R.Kelly dan Sami Yusuf.

JEMPUT HADIR.

Anonymous said...

Salam.

Kalu ala masa aa kasi hapdet la ho! Telima kasih.

Izariza said...

Salam penuh harmoni Iman,

Ramadhan lalu bertaut kembali bila tibanya Ramadhan kali ini. Justeru cepat benar masa itu berputar. Atau adakah kerana kita terlalu lalai dengan urusan dunia sehingga tiada tersedar sudah lengkap pusingan bulan sehingga bertemu lagi dengan bulan mulia ..

Semoga segala niat baik dirahmati dan diberkati, InsyaALlah.

p/s: cantiknya mata si kecil itu .. Alieya anakanda saya pula matanya sedikit sepet hehe

Butaseni@Wan Raja said...

salam,
bagi saya bukan setakat bulan puasa saja.akan tiba saatnya kita akan mengembara sendiri mencari sinar ilahi.

Iman Mawaddah said...

MF,
Menarik..macam tau2 je saya peminat Akhil Hayy :D . Apa2 pun terima kasih atas undangan.

Ah Kim,
Kasi pinjam masa lu..buleh?

Kak Iza,
InsyaAllah, sama-sama kita cari peluang agar Ramadhan kali ini lebih memberi makna pada kehidupan mendatang.

Buta Seni,
Salam..benar tu. Tetapi saya pilih bulan ramadhan mungkin sebab syaitan kena ikat kot hehe