Dari pandangan mata saya,
Dia seorang yang ringan tulang
Dia suka menolong orang
Dia rajin sembahyang
Dia seorang yang pendiam
Tapi dia kaya budi bahasa
Dia tinggal di sebuah kampung yang damai
Dia punyai seorang isteri yang manis wajahnya
Isterinya orang kampung saya
Namun dia belum dikurniakan anak
Hari Sabtu kelmarin,
Dia sakit tenat
Rupa-rupanya selama ini dia asyik keluar masuk hospital
Khabarnya dia sakit kanser usus
Semalam,
Khabar dari kampung diterima
Dia telah pergi
Meninggalkan dunia di penghujung syaaban
Hari ini,
Khabar itu sampai jua ke pengetahuan
Pengurusan jenazah dilakukan di hospital
Bagai menyimpan sebuah kisah
Hingga akhirnya sijil kematiannya tercatat rahsia
Dia...HIV positif!
Terkejut saya mendengar khabar
Semua orang tidak mengetahuinya
Hinggalah ke akhir pengurusan jenazahnya
Sungguh tidak disangka
Dia berpenyakit paling bahaya
Kasihan isteri dia
Desis hati kecil saya
Umum tidak mengetahui sejarah hidupnya
Tapi semua orang tidak menafikan
Dia seorang pemuda yang baik
Mungkin dia telah tahu saat pemergiannya
Sebab itu dia mahu orang mengenang
Kebaikkannya dari kisah silamnya
Andai dia telah bertaubat
Mudah-mudahan Allah menerima segala taubatnya
Mudah-mudahan isterinya tabah menghadapi ujian Allah
Al-Fatihah
******************************************************************
Garapan kisah benar ini bukan puisi ataupun sajak. Hanya sekadar garapan ringkas.
Tuesday, September 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
salam,
selamat berpuasa...semoga c hat slalu...
Salam Iman,
Al-Fatihah.
Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa :)
p/s entri seperti entri saya yang terkini - tentang pemergian seorang insan - cuma berlainan latar.
hmmm....
Al-Fatihah.
Selamat berpuasa Iman...
bila kita nak berbuka sesama ni ???
;)
Semoga rohnya dirahmati Allah.
Selamat menjalani ibadah puasa Iman. Semoga puasa kita tahun ini lebih diberkati Allah lagi.
Al-fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..
selamat berpuasa Iman.. :)
Al Fatihah utk insan2 yg telah pergi .. semoga segala ibadah yg dilakukan diterima oleh Yang Maha Esa ..
apa2 pun saya nak ucapkan salam ramadhan .. selamat berpuasa dan semoga dpt menambahkan ibadah di bulan mulia ini .. and yg paling penting, saya ingin minta maaf jika ada kesalahan or kesilapan yg dilakukan sepanjang perkenalan kita di alam maya ini . amin:)
satu lg citer sedey..takutnya kalau ajal menjemput pergi di kala ni
Achik,
Selamat berpuasa untuk achik juga. Pasti teringat masak tempoyak kan..kan :)
Bunga Rampai,
Salam ramadhan untuk Rampai juga.
Kebetulan la pula ya :)
13 May,
Selamat berpuasa May. Err berbuka puasa bersama. Tak boleh..nanti Lindosh jeles hehehe.
BP,
Mudah2an begitulah hendaknya.
InsyaAllah, semoga kita semua dapat kumpul 'saham' akhirat di bulan penuh barakah ini.
Achik,
Selamat berpuasa untuk achik juga :)
Yatie,
Saya juga ingin memohon maaf andai ada tersalah kata, terguris rasa.
Anul,
Ajal dan maut tidak siapa yang tahu. Itu sebab kena sentiasa beringat.
salam iman
mohon Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Allah terima taubatnya. Semoga isterinya pula tabah menghadapi masyarakat.
salam ramadhan...
alfatihah..
selamat berpuasa.
mudah-mudahan arwah dicucuri rahmat dan diampunkan dosa-dosa terdahulu..
amin..
Selamat berpuasa buat kak iman :)
moga kita mendapat hidayahNya..
amin..
salam ramadhan...
hari ini kita berjaya melepasi bulan ini, tapi samada kita dapat menghabisinya atau tidak... semua itu urusan Yg Maha Kuasa...
senyum selalu!
Salam Ramadhan.
Al-Fatihah.
:)
selamat berpuasa!
AL-FATIHAH untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Itulah dinamakan TAKDIR. Bak kata Imam Ali - "beramallah kamu didunia, untuk kamu mendapat balasan ditempat kamu tidak dapat lagi beramal".
Khairyn,
Ya mudah-mudahan isterinya tabah. Ujian yang teramat hebat untuknya.
Farid,
Salam ramadhan untuk encik senyum :)
Akira,
Amin ya rabbala'lamin. Selamat berpuasa untuk adik akira juga :D
Ismisuzu,
Mudah2an kita tidak membiarkan bulan ini berlalu kosong tanpa pengisian dari kita.
Ah Kim,
Salam ramadhan untuk uncle juga :D
Tegezoot,
Bz sangat tu..sampai hanya mampu tersenyum sahaja :)
Abang Long,
Terima kasih atas peringatan imam Ali tersebut. Sungguh telus bagi orang yang berfikir.
Salam Ramadhan penuh kedamaian,
Ajal itu suatu ketetapan, bila tiba saatnya tidak tercepat atau terlambat walau sesaatpun. Tapi benarlah .. biar kita dikenang kerana kebaikan, bukan kerana kejahatan. Wallahua'lam
Kak Iza,
Moga2 atas kenangan kebaikkan kita itu nanti, bakal mengundang ihsan yang masih hidup untuk mendoakan kesejahteraan kita di sana nanti..InsyaAllah.
Post a Comment