Saya dan bonda sedang sibuk menawar harga untuk baju askar-askar puteri saya dengan seorang penjual wanita. Tiba-tiba rakan si penjual wanita itu menegur, "Do you like silk scarf?" sambil memegang kain tudung yang saya pakai. Saya memandang ke arahnya sambil mencari-cari bayang scarf sutera yang dimaksudkan. Dalam hati terdetik kedai ini jual baju kanak-kanak, tiada pun jual tudung. Kenapa lah minah ini menyibuk. Saya menjawab acuh tak acuh "No,thanks" dan teruskan aktiviti tawar menawar saya dengan rakannya.
"Hallo miss..do you like silk scarf?" penjual wanita itu bertanya soalan yang sama sambil menunjuk ke arah rambutnya. Saya hanya mampu menggeleng, dalam hati dok mengomel tidak faham bahasa ke dia ni. Matanya bulat melihat gelengan saya. Dia berkata sesuatu dalam bahasa Mandarin. Saya tidak faham. Rakannya bertanya "How long?" sambil mengusap rambutnya. Otak saya yang sememangnya tengah blur dengan gangguan tersebut lansung menggeleng. Mata kedua-duanya bulat. Saya masih selamba.
Gelagat kami rupa-rupanya diperhatikan oleh kekanda saya. "Perasan tak yang dia orang tu ingat awak tu botak," kata kekanda saya. "Huh..iye ke. Manalah orang faham ayam dan itik bercakap. Dia tanya soalan lain tapi dia maksudkan lain. Otak pula tengah mikir nak turunkan harga." "Tu la pasal, along dok perhati juga apa yang sebenarnya dia nak tahu." "He..he..he dorang ingat botak la ya, sebab tu kena pakai tudung," balas saya. Geledakan tawa kami bersatu. Mereka berpandangan kebingungan.
Bila saya tengok gambar si botak itu, saya teringat kisah ini. Siapa sangka dalam saya dok tergelakkan wanita Beijing itu, ada juga perempuan Melayu dan Islam yang tergamak membotakkan kepalanya sendiri.
Sunday, June 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
betul ke ko tak botak? hehe...
garang iman ni ek? ekekkeke
manusia kadang sanggup melakukan perkara yang mengaibkan hanya semata-mata untuk glamer dan menaikkan nama.
botak utk filem.. baru la 'setaraf' ngan hollywood..
giler ah!!!
lupa nak puji.. cantik la template baru.. jelessssssss ;p
Pa'chik,
Err..err..botak sebenarnya. Tapi jangan bagi tahu orang. Nanti i glamer u, kalah minah tu nanti haha.
Izinni,
Baru tau eh? hehe..sesekali tunjuk skill ngeh..ngeh..
Indah Sakura,
Tu la pasal biar maruah tergadai asalkan glamer.
Achik,
Kalau ikut hollywood baru lah ada "class" ya.
Template baru ni..template salin tampal je. Cuma kosmetik dia je lain sket dari yang asal. Saje cuba-cuba tukar halwa mata :)
hahak
cantik dinding umah na! :D
hu hu hu.
saya pun kalau ada kat situasi tu tak paham apa yang dia cakap. ha ha ha.
salam,
tambah lagi dia berasa bodo kalau bercakap dengan bahasa melayu..
alahai..
mana akai dia letak?..
Akira,
Ala, cat murah je. Boleh lah dari badak baik kuda. Dari tak de baik ada haha.
Tu la..dia nak berbual mesra tapi dia tak reti cakap. Banyak lagi aksi dia tapi malas nak cerita panjang-panjang hehe.
Bang Gugar,
Ooo duduk di perantauan mungkin Bang Gugar tak tau kot. Dia ni dah terhantuk kepalanya masa dia nak cium perfume Mawi. Pasal tu la dia pening hehe.
macam-macam..
profesionalism.............katanya.
pakailah rambut pelesu...hikhikhik...
nak crita susah tak crita pun susah....
Zwit,
Macam-macam ada.
Buta Seni,
ye..apa sahaja lah.
RM,
Macam Salimah AF tu ya. Tu pun satu hal. Pelik sungguh.
Mak Su,
Jadi semua serba susah.
Macam-macam botak sekarang.. :)
bile cite pasal botak, terbayang achik betapa ramainya orang arab di sini yang botak tenga rambutnye...memang tren kot.
BP,
Tu la pasal, botak BP skopnya lebih luas.
Achik Sufi,
Orang arab pun dah mudah terpengaruh ya.
Post a Comment