Wednesday, June 27, 2007

Suatu kisah di masa lalu

Hari itu dia akan memulakan tugasnya di tempat baru. Memandangkan pejabatnya berhampiran dengan stesen sistem aliran transit ringan, dia memilih untuk menggunakan kemudahan tersebut. Ini kerana dia kurang gemar dengan kesesakan jalan raya di kota lumpur.

Manakala di pejabat barunya, persiapan untuk menyambutnya telah dilakukan. Bakal ketuanya sudah bersedia menunggu di pejabat. Pengawal keselamatan pula sudah bersedia di parkir menanti kehadirannya. Lif khas sudah dikosongkan untuk memudahkan dia naik ke pejabatnya. Semuanya hanya menunggu masa dia sampai sahaja.

Dia akhirnya sampai ke bangunan itu. Dia berjalan tenang masuk ke bangunan itu tanpa kawalan pengawal keselamatan dan tanpa menggunakan kemudahan lif khas. Tidak seorang pun mengenalinya. Di pejabat pula, bakal ketuanya resah menunggu dia yang tidak kunjung tiba. Ketuanya turun ke parkir khas untuk turut menanti. Akhirnya ketuanya mendapat panggilan telefon dari kakitangan pejabatnya memaklumkan yang dia sudah tiba dan bersedia untuk melaporkan diri di pejabatnya.

Kisah ini, sekali imbas ada lucunya. Namun apabila dihayati, terselit sifat zuhud dalam diri dia. Dia yang diceritakan bukan calang-calang orangnya. Tetapi semua itu tidak menjadikan dia alpa pada dzat yang memilikinya.

14 comments:

Bunga Rampai said...

Salam Iman,

Baca. Termenung. Renung.

Menarik.

achik said...

siapa 'dia'?

khairyn said...

Dia seorang ketua yang ikhlas bekerja.

mereka pekerja yang mahu protokol.

alahai

Iman Mawaddah said...

BR,
Salam BR,
Ianya tentu lebih menarik jika mendapat sentuhan garapan BR :)

Achik,
Dia bertitle "TS D"

Khairyn,
Nak buat macam tidak semua manusia punyai pandangan yang sama.

Butaseni@Wan Raja said...

salam,
siape tu?sungguh berjiwa rakyat.hehe

Achik_Sufi said...

bile membaca entri iman kali nie...terfikir akan adakah sifat itu dalam diri achik bila berada dalam keadaan itu...

ariapertama said...

tu bukan zuhud..tu hantu..haha.entiti dimensi metafizik.

akirasuri said...

huhu.
sungguh bagus dia tu.
susah nak cari orang macam tu sekarang.

RaFFLeSiA MeRaH said...

betul kata akirasuri, dlm sejuta tu sorg jer la kot yg mcm tuuu...

Pa'chik said...

kirim salam kat dia ye..
katakan.. kalau nanti partai aku berjaya memerintah, aku nak lantik dia jadi menteri... hehe...

BaYu SenJa said...

hehe.. pa'chik kena jumpa bayu dulu... mana tau kot2 masa tu bayu jadi menantu si ketua tu... hehehe

hebat betul kezuhudannya:)

izinni said...

Alhamdulillah .. masih ada yang sepertinya :)

iman,
anda telah diletak tanda harga .. sila ke rumah saya untuk menuntutnya :)

Iman Mawaddah said...

Buta Seni,
Dia manusia biasa yang tidak membezakan darjat dan pangkat :)

Achik Sufi,
Mulakan dari sekarang. InsyaAllah tinggi mana pun langit yang kita capai, kita tidak akan lupa tanah yang dipijak :D

Aria Pertama,
Ohh hantu macam tu ehh. Kalau bukan hantu macam mana pulak ya?

Akira,
Sebutir permata di tengah jutaan kaca yang bertaburan :)

RM,
Kalaulah manusia sentiasa fikir ada yang lebih Berkuasa..maka lebih ramai lah lagi orang sepertinya di bumi bertuah ini :)

Pa'chik,
Hehe..semoga berjaya pa'chik. Takbir!!

Bayu,
Amboi Bayu. Dia tak de anak perempuanlah. Dia ada anak lelaki je...hehe..*wink*..Saje je. Saya sendiri tak tahu kisah anak2nya.

Izinni,
Haiyaaa...ingatkan terselamat hehe. Tapi tak pe..nasib baik untuk charity.

NURAZZAH8 said...

salam perkenalan
moga2 diri ini juga mendapat mencapai tahap sebegitu...