Thursday, April 19, 2007

Telefon Tangan

Semalam, ada tiga panggilan tidak dijawab muncul di skrin telefon tangan saya. Saya tahu itu panggilan dari dia kerana awalan nombor-nombor telefon talian tetap tersebut menunjukkan kawasan Putrajaya. Hari ini dia telefon lagi. Tetapi kali ini saya sempat menekan tetapi dia terlebih dahulu meletakkan panggilan. Entah apa yang dia hendaknya..macam penting sahaja, lalu saya cuba menghubungi balik tetapi dia tak dapat dikesan. Saya rasa dia sedia maklum yang saya bukan jenis yang suka jawab telefon tangan ketika saya di pejabat.

Saya tahu dia pernah mengomel pada kawan saya yang seorang itu tentang saya yang susah hendak jawab telefon. Saya sedia maklum yang dia suka menggunakan telefon pejabat sebab tidak perlu bayar (tidak amanah sungguh :P ...hehe). Dan saya juga sudah tahu yang dia sudah tahu tentang iman mawaddah ini saya yang punya juga dari kawan saya itu. Oleh kerana dia pembaca senyap iman mawaddah, saya hendak tulis tentang ketidak fahaman bahasa dia hari ini...hehe

Sememangnya telefon tangan saya jarang berada dekat dengan saya ketika saya bekerja. Kawan itu bukan orang yang pertama komplen. Kakak angkat saya dan arwah Lee juga pernah komplen benda yang sama. Bukanlah bermakna saya sombong tidak mahu menghargai panggilan kawan-kawan. Tetapi saya memang kurang gemar berbual-bual kosong di telefon tangan di kala orang lain sedang sibuk buat kerja. Lagipun saya sedar yang saya ini bila dah bercakap telefon terutamanya kena dengan kawan-kawan yang satu kepala memang susah hendak berhenti. Jadi dari saya bercakap secara formal acuh tidak acuh..baik saya tidak jawab telefon tersebut hehe. Itu sebab saya lebih selesa jika kawan-kawan menelefon saya di luar waktu pejabat. InsyaAllah saya jawab..jika tidak jawab itu maknanya saya telah ditembak komunis - istilah yang biasa saya gunakan di kalangan kawan-kawan sebagai tanda saya telah berada di alam mimpi ZZzzZZZzz :) Walau bagaimanapun, kadang-kadang saya angkat juga. Manalah tahu jika ada perkara-perkara penting yang hendak dibincangkan. Tetapi nada suara saya formal sehinggakan ada yang tidak percaya bahawa saya lah yang mejawab panggilan tersebut..hehe

Entri senggang ini hanya sekadar suka-suka. Sorry kawan Putrajaya...gurau-gurau sahaja. Jangan marah haa hehehe

=============================================
Nota Kaki Bangku
Dalam metro hari ini ada seorang wanita membuat laporan polis kerana gangguan sms berunsur 18sx yang diterimanya. Kenapalah dia cerdik sangat bubuh nombor telefon di blognya suatu ketika dahulu. Tidak ke sekarang ini dirinya sendiri yang merana.

18 comments:

Pa'chik said...

kamu tido mati ye..

Iman Mawaddah said...

tapi tak de lah sampai kena letak signage

Pa'chik said...

haha..
aku kalau panggilan dari nombor yang takde dalam buku telipon, memang takkan dijawab.

Iman Mawaddah said...

hehe samo la kito.Bak kata orang terengganu layang ke mung la..
tapi macam kawan tu, dah kenai la nombor2 telefon opis dia. Saje je la tak mo jawap hehe

achik said...

saya pun sama x bape suka jawab personal call masa keje w/p x sibuk masa tu... kalau kakak saya call pun suara jadi serius giler.. hehe ;p

Izariza said...

errr akak pun kat putrajaya jugak .. kirim salam kat kawan tu ye hehe :)

Iman Mawaddah said...

Achik,
ye..ye.betul2.. hehe..formal bangat. Mak saya pun dah tahu pe'el saya.

izariza,
lahai iye ke..akak keje gomen eh? waalaikumsalam bg pihak hehe

INDERA KENCANA said...

Saya teringin hendak mengganggu Iman di saat Iman sedang ditembak komunis..

blackpurple @ jowopinter said...

Orang Purajaya (baca=orang gomen)memang selalu macam tu kot...

(komen ini hanya gurauan, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia :))

izinni said...

telefon tangan tak pernah off .. sentiasa dijawab, sebab kerja aku memang perlu jawab semua panggilan. tengah malam boss tepon pun aku jawab. subuh dapat sms pun aku balas.

adehhhhh ....

iman jangan risau .. aku takan tepon ko time ko tengah mode formal .. sebab aku takde no tepon ko! hahahaha

Anonymous said...

kalau saya, tika tidur, dan diganggu orang, dan bila diangkat telefon itu semestinya akan cakap entah apa-apa aja. jadi kalau tidur selalunya, saya letak telefon jauh jauh jauh dari saya supaya saya tidak bercakap di telefon dalam mata terpejam :p

13may said...

Salam tuan umah,

telefon....

satu peralatan yg menjadi satu kebiasaan di dunia hari ini...

tadak sapa nak peduli seberapa byk kita ada tepon...
jenis apa tepon kita....
atau berapa byk duit kita habih kat tepon....

telefon di gunakan untuk komunikasi 2 hala....
tetapi sekarang tepon juga buleh digunakan untuk berkomunikasi lebih drpada 2 hala....
tetapi kebyakan digunakan untuk berkomunikasi jenis tak tentu hala....
saja saja kacau org tgh malam...
hantar msj mengarut mengarut....
tadak keja la tuh....

kengkadang, penggunaan telefon adalah satu ketagihan....
ada org tak buleh hidup jika tiada panggilan atau sms yg masuk ke dlm teponnya...
tapi dia takmau plak tepon atau sms org....
kedekut betoi....

telefon buleh mengeratkan hubungan...
mendekatkan yg jauh...
serta membuat panggilan palsu....

walaupun begitu...jgn kita sesekali lupa pada public phone....
kerana jasa public phone yg begitu byk terhadap manusia ....
kerana public phone telah mendidik mereka menjadi manusia yg kreatif....
di mana melalui public phone,
manusia sentiasa mempunyai kaedah atau cara cara yg efisien untuk membuat panggilan percuma....

Conclusion:
Errr....mintak number tepon???

hehhe;)

*sekadar bergurau di petang jumaat*

Iman Mawaddah said...

Indera,
Hehe tengok nasib la..kadang2 terjaga kadang2 tak..tp kalau terjaga pun mamai je lebih hehe

BP,
Uitt..marah orang gomen kang hehe

Izinni,
Haha aku dah pernah merasa..pernah sekali tensen sangat baru sampai rumah, bos dah call..aku pi bebel dekat bos. Dia lak pi on speaker..dengan bini dia sekali dengar bebelan aku hahaha.

Tak risau pun :P

Akirasuri,
Haha..saya dulu ada sekali tu pernah angkat telefon kawan yang nak mengadu masalah. Masa tu pukul 3.00 pagi..member siap nangis2..tapi saya mula2 layan lepas tu..sambung mimpi..tensen je member dok cerita sorang2 hehe.

May,
Hang buat entri baru untuk cheq ka? Punya la panjang mukadimah..hehe..nak nombor telefon sape? Ramai ada ni..cuba bagi tahu betul2.. biaq terang... hehe.

khairyn said...

dulu..

telepon bimbit tak pernah off. Sejak zaman telefon baling anjing mati sampai la tipon yng nipis ni. Walau apa waktu pun kena jawab juga hp tu. Hailah! Kalau tak sebab keja, tak de kuasa nak angkat tipon.

kini...
rindu la kalau tipon tu tak berdering. Tak de call tak de sms. Hailah! Dah jauh. Orang (yg ada no tel saya) semua sayang duit dari sayang kawan kan kan kan????

debish!!

BaYu SenJa said...

telepon itu dulu sibuk selalu. tetapi akhir-akhir ni, rasa macam dah tak mau pakai je..

kalau orang miskol, jarang nak balas balik.. takut termasuk perangkap nak perhabiskan kredit kita :)

Iman Mawaddah said...

Khairyn,
Macam sedih je bunyi komeng tu. Haha siap nak debik orang lagi tu. Yang penting saya tak termasuk dalam list sayang duit dari sayang kawan sebab bak kata kak izinni saya tak de no telefon akak hehe.

Bayu,
Masih tidak dapat menyahtinjaankan kenangan lama ke? Sampai telefon pun dah tak mau pakai hehe. Zaman saya student dulu pun suka gak tembak2 (miscalled)..nak2 time orang sedang ZZZzzzZZ hehehe..nakal betul zaman tu.

hakim dirani said...

Sesetengah perkara yang terjadi di sini ialah tengah belajar di kuliah juga ada yang sanggup menjawab pangilan. nasib baik saya tak ada hp, mudah sikit.

Iman Mawaddah said...

Hakim,
Betul2..kadang tu orang sampai hilang sivik semata2 hendak jawab telefon. Dalam kelas tu kira ok la lagi. Tapi kalau dalam masjid time orang solat..ramai yang tak reti2 nak silent or off hp.