Tuesday, April 10, 2007

Dakwah itu perlu berhikmah

Yaletown, Canada

Seorang pelajar, ustaz Azhari namanya pergi ke Canada utk menyambung pelajaran. Dia diminta memperkenalkan dirinya. Seorang Canada bertanya adakah dia seorang muslim. Ustaz itu mengiyakan sebelum orang Canada itu berkata, "I hate muslim, I really hate muslim!". (Bayangkan kali pertama anda memperkenalkan diri, orang berkata begitu pada anda,terkejut bukan?

Namun ustaz Azhari tetap berbaik dengan orang Canada itu, mengajak ke rumah, makan bersama hingga mereka jadi kawan yang baik. Ketika orang Canada itu menerima jemputan dinner di rumah ustaz Azhari dia minta satu kaset & lagu tradisional dari ustaz Azhari. Ustaz Azhari akhirnya memberi satu kaset dan mengenakan syarat, kaset ini mesti didengari 15 minit sebelum tidur.

Malam itu, selepas 5 minit mendengar kaset, Canada itu menelefon ustaz Azhari, "Azhari, why this song there is no music instruments, but it really nice," Ustaz Azhari suruh dia mendengar kaset tersebut sehingga akhirnya Canada itu tertidur. Keesokkannya orang Canada tersebut datang berjumpa ustaz Azhari dan memberitahu dia bermimpi satu mimpi yang aneh dan menceritakan mimpi tersebut. Ustaz Azhari terkejut, mengurut dadanya, pantas mulutnya terucap kalimah "MasyaAllah!". Tuhan itu Maha Pemberi Hidayah.

Rupa-rupanya orang Canada itu mimpi kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dan yang ajaibnya kaset yang diberi olehnya ialah bacaan ayat Quran surah Yusuf. Dan akhirnya Canada tersebut memeluk islam. Selepas itu, dia berjumpa lagi dengan ustaz Azhari, menceritakan yang dia punya 3 kesukaan, arak, perempuan dan malas nak mengerjakan solat. Ustaz Azhari berkata kepadanya yang dia boleh minum arak, bergaul dengan perempuan dan tidak mengerjakan solat, dengan syarat ketika dia hendak minum arak, dia hendaklah berkata, "Ya Allah, aku tahu arak ini kau larang, tapi aku suka amat akan arak ini,aku tak dapat nak tinggal, oleh itu ampunlah aku".

Perbuatan yang sama untuk perkara-perkara yang lain. "That's easy, islam is easy kata Canada itu". Tapi seminggu selepas itu, Canada itu datang jumpa Ustaz Azhari dan menyatakan dia malu kepada Allah, minum arak, bergaul dengan perempuan,tidak mengerjakan solat, dalam diri memohon ampun pada Allah.
Dipendekkan cerita akhirnya, orang Canada itu menjadi muslim yang menghambakan dirinya pada Allah. Bayangkan apa yang terjadi andai ustaz Azhari menyuruh dia meninggalkan kebiasaannya yang dulu, pada saat ketika dia mula-mula memeluk islam? Apa yang akan berlaku? Begitulah pentingnya kemahiran dalam berdakwah.


Cerita ini saya terima dari email yang diforwardkan oleh seorang sahabat saya. Mudah-mudahan dapat memberi pengajaran kepada kita. Membaca kisah ini membuatkan saya terkenang akan persahabatan saya dengan seorang pemuda berbangsa tiong hua. Dia seorang free thinker tetapi menunjukkan minat tentang Islam. Sehinggakan tesis masternya ia menulis tentang salah satu konsep berteraskan Islam. Tetapi persahabatan kami tidak lama kerana dia pulang ke negeri kelahirannya dan saya juga bertukar ke tempat lain. Kini, apabila menerima sms darinya soalan yang sering saya tanyakan "Sudah masuk Islam?" dan dia dengan selamba menjawab "InsyaAllah..". Jauh di hati kecil, saya berdoa mudah-mudahan nur Islam menyinari dirinya...bukan hanya omongan kosong semata-mata.

19 comments:

~inilah saya~ said...

Jalan dakwah panjang dan penuh berliku...

BaYu SenJa said...

ramai muslim tidak faham metod dakwah..
kadang-kadang sikap mendesak dalam dakwah amat merugikan..

hakim dirani said...

Cara berdakwah memang penting. terkadang masalah orang islam terlalu semangat untuk berdakwah tetapi caranya salah. itu yang merunsingkan.

Izariza said...

Alhamdulillah, tidak semua antara kita mempunyai kebolehan dan ilmu untuk membawa insan lain mengenali Allah.. Moga sinar iman terus menerangi hati kita :)

Pa'chik said...

Alhamdulillah...

semalam aku dengar ceramah dari ustaz harun din al-hafiz, pasal sufi mekah, ngan sufi baghdad... sayang tak leh nak upload la..

zwitterion said...

moga dibukakan pintu hatinya menerima Islam

achik said...

Alhamdulillah... suka baca kisah mereka2 yg diberi hidayah Islam ni... :)

Sang Perba said...

kisahnya sama seperti kisah rasul kita semasa berdakwah...pasal arak juga cuma kata nabi kena bercakap benar...itu sahaja...moga-moga aku senttiasa dianugerahi perasaan rindu pada Mu dan RasulMu...

Iman Mawaddah said...

Inilah saya,
Sebab itu Rasullullah diutuskan ke muka bumi ini.

Bayu Senja,
Zaman sekarang lebih banyak yang bermuka2. Berdakwah untuk kepentingan sendiri.

Hakim,
Ya benar..ada yang tidak kena cara. Contohnya seorang imam/pendakwah menyeru orang ramai kepada Islam tetapi sayang anak sendiri tidak mengamalkan Islam sebagai cara hidup, berpakaian tidak menutup aurat. Memanglah iman seseorang itu tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Tapi kalau dah semua anak imam tersebut berpakaian tidak senonoh, something wrong somewhere dengan didikan ayahnya. Tu sebab kena mulakan dakwah dengan diri sendiri dan keluarga sebelum berdakwah kepada orang lain.

Kak Iza,
InsyaAllah..sama2 kita doa agar hati dan akal kita tidak dipalingkan dari terus mengingati Allah.

Pa'chik,
Lahai sayangnya..tak pe nanti kalau dah boleh upload jangan lupa kasi sini. Kalau ada mana2 ceramah yang best pun kasi sama ekk..

Zwit,
Saya juga berharap begitu.

Achik,
Betul..kadang2 saya malu dengan mualaf yang benar2 zuhud dengan hidayah Allah. Amalan mereka mengalahkan kita yang telah sedia lahir sebagai orang Islam.

Jerangkung,
Rasullullah memang berhikmah. Sungguhpun kita tidak setandingnya sekurang2nya marilah kita cuba mencontohi baginda.

Seorang sahabat saya pernah berpesan..setiap kali dalam doa mohon pada Allah supaya wujudkan rasa rindu terhadap kebesaran Allah dan Rasulullah dalam hati kita mengatasi rasa rindu terhadap kebesaran makhluk yang lain. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang kuat dan tegar dalam menghadapi ujian dunia.

akirasuri said...

Salam.

hamdallah. mudah-mudahan dibuka hatinya untuk menerima islam.

saya sendiri. punya satu masalah. mahu menarik keluarga bonda saya menganut islam. satu tugasan yang sangat sukar. tambah lagi saya jarang-jarang bersua dengan mereka. saya kasihan dengan mereka. di dunia kami bersaudara, di sana nanti kami terpisah jauh.

moga ALlah memberi petunjuk kepada keluarga bonda saya. amin.

Salam.

khairyn said...

Salam iman,

Di sini orang suka berfikiran secara logic maka setiap yang mereka tanya harus dijawab secara logic juga. Alhamdulillah, bab2 Feqah senang untuk kita terangkan tapi bab Tauhid, wah! agak sukar juga. Tapi yang seronok mereka suka bertanya dan ini buatkan kita ingin belajar dan belajar lagi tentang ilmu Allah ini.

khairyn said...

ops tertinggal

Allah memberi hidayah pada sesiapa yang dikehendakiNya.

Semoga kita termasuk dalam golongan 'istimewa' ini

RaFFLeSiA MeRaH said...

alhamdulillah...mudah mudahan cahaya iman sentiasa memancar pada diri kita semua....

INDERA KENCANA said...

Dakwah itu adalah penyampaian. Sampai dariku walau satu ayat, mafhumnya.

Iman Mawaddah said...

Akirasuri,
Ohh..rupa2nya awak mixed blood..sure cun ni hehe. Saya doakan keluarga bonda awak mendapat hidayahNya. Ingat pada Abi Talib? Bapa saudara Rasulullah yang tidak memeluk Islam tetapi menyokong perjuangan Islam. Kasihnya Rasulullah sehingga dia bersedih akan nasib yang menimpa ayahanda saudaranya di akhirat kelak. Tetapi Allah telah memberi jaminan supaya Rasulullah tidak bersedih. Bagaimana bentuk jaminannya wallahuallam hanya Allah yang tahu jika dia berkehendakkan sesuatu :)

Khairyn,
Saya teringat entri akak berkenaan seorang wanita Inggeris yang memeluk Islam di awal perkenalan kita. Apa khabar dia sekarang? Masih dengan Islamnya?

Memang benar kata akak, bab tauhid keEsaan Allah paling payah diterangkan. Kawan saya yang berbangsa tiong hua juga begitu. Banyak bertanya. Tetapi yang menariknya secara tidak lansung kita dapat meningkatkan ilmu dalam diri kita juga. :)

RM,
InsyaAllah.. :)

May,
Allah akhbar :)

Indera,
Benar..berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran tanggungjawab semua yang bergelar muslim :)

banggugar said...

salam,
terasa teringin sngt mmbawa seorang yg bkan Islam ke agama kita dgn Dakwah yg cantik uslubnya..
tp xtercapai lgi..

(",)

blackpurple @ jowopinter said...

Menarik cerita ini. Penyampaian dakwah yang beralas dan berlandas mampu mengubah persepsi buruk orang bukan Islam. Alhamdulillah kerana hidayah itu sampai akhirnya.

Islam itu indah, kalau penyampaiannya secara indah InsyaAllah, keindahan juga hasilnya.

:)

Iman Mawaddah said...

Bang Gugar,
InsyaAllah bila pulang ke tanah air nanti..awak berkesempatan :)

BP,
Benar..penyampaian dakwah itu yang penting. Sebab bukan mudah hendak mengubah kepercayaan yang diwarisi sejak lahir.

HEMY said...

yelaaa...dakwah bukannya senang..hebat ustaz ni..