Sunday, April 15, 2007

Akhirnya Yin ditemui

Alhamdulillah, akhirnya Yin bertemu semula dengan keluarganya setelah hilang selama 2 minggu. Berita gembira ini saya ketahui melalui Buletin Utama. Sepanjang kehilangannya, Yin dijaga oleh sepasang suami isteri berketurunan Myanmar. Sayu bercampur gembira melihat wajah anak comel itu di dalam dakapan ayahnya sambil menyalami dan mencium Ketua Polis Negara serta beberapa pegawai polis yang lain.

Pada hari kejadian, pasangan tersebut telah menjumpai Yin keseorangan dan terus membawanya ke rumah mereka. Mereka tidak tahu untuk menghubungi pihak tertentu sehinggalah mereka terjumpa risalah mengenai kehilangan Yin. Lantas menghubungi keluarga Yin dan dipulangkan Yin kepada mereka petang tadi di Balai Polis Dang Wangi.

Sedikit kemusykilan di hati kecil melihat penampilan Yin yang botak licin. Hairan jika benar ikhlas, mengapa mesti tunggu sampai 2 minggu untuk diserahkan. Alasan tiada tv di rumah macam tidak berapa logik. Walau apa pun syukur ke hadrat Allah berkat doa dan usaha berpanjangan dari semua pihak akhirnya Yin pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

15 comments:

khairyn said...

Alhamdulillah.

Berkat doa semua. Entah mengapa saya seperti 'melihat' sebuah 'mukjizat'. Berkali-kali sudah. Oh! I truly-truly believe in the power of doa!

Iman, saya rasa mereka tahu siapa Yin. Tapi Allah lembutkan hati mereka untuk pulangkan anak itu pada ibu bapanya. Alhamdulillah

zwitterion said...

takkan x baca langsung surat khabar kalau pun tak de tv..saya pun sedikit musykil..
Apapun Alhamdulillah, semuanya selamat.

Pa'chik said...

Alhamdulillah.

Berkat doa semua. Entah mengapa saya seperti 'melihat' sebuah 'mukjizat'. Berkali-kali sudah. Oh! I truly-truly believe in the power of doa!
takkan x baca langsung surat khabar kalau pun tak de tv..saya pun sedikit musykil..
Apapun Alhamdulillah, semuanya selamat.

banggugar said...

salam,
Alhamdulillah..

khairyn: ini truly Asia..

(",)

BaYu SenJa said...

bayu rasa menyerahkan semula anak kecil itu kepada ibu bapanya sudah terlalu besar rahmat.. tak manis rasanya dimusykilkan pula kerja baik orang :)

Alhamdulillah, yin sudah dikembalikan....

Iman Mawaddah said...

Khairyn,
Allah itu Maha Penyayang. Sejauh mana lalainya manusia jika ia berdoa dan percaya pada kekuasaanNya, DIA tetap akan menolong.

Zwit,
Tu la hairan. Jika tak baca paper pun, poster gambar Yin sangat2 meriah di kawasan kejadian. Gerakan sukarelawan2 yang memakai baju merah bergambar Yin pun banyak berkeliaran. Takan tak prihatin..musykil2.

Pa'chik,
Mud merayau lagi eh..tak mo dok diam Mud tu ya. Mujur ada peralatan fotostat.

Bang Gugar,
Syukur Alhamdulillah.

Bayu,
Kedudukan geografi yang jauh pasti membataskan Bayu. Bukan hendak menuduh tapi bila tengok berita tersebut di tv malam tadi rasa macam ada yang tidak kena.

Dan dalam paper hari ini, pasangan Myanmar itu menyatakan Yin dibotakkan kerana mengalami demam cacar/demam campak selama 2 hari. Tapi yang menghairankan demam tersebut mana mungkin boleh berlaku selama 2 hari sahaja.

Si isteri bekerja di ibu kota berhampiran kawasan kejadian..takan tak nampak poster Yin.

Pasangan tersebut sudah 20 tahun duduk di Malaysia..takan masih keliru untuk report kepada pihak tertentu jika sesuatu kejadian berlaku.

Rasanya kalau benar ikhlas takan tunggu sehingga 15 hari. Sehingga wang tawaran meningkat dari RM 2000 ke RM 15 000. Sehingga pihak ATM memberi jaminan untuk menyekat sempadan negara di kawasan belantara.

Jika manusia yang ikhlas, esoknya pasti dia berusaha memulangkan kanak2 terbabit setidak2nya jika tak tahu berita pun pasti akan di reportkan ke balai polis berhampiran.

Entahlah wallahuallam mungkin ini hanya telahan saya dan mereka yang rapat dengan saya. Untuk pengetahuan Bayu pasangan tersebut telah di tahan polis untuk siasatan lanjut tengah hari tadi.

Anonymous said...

apapun syukur alhamdulillah...
akhirnya anak itu dapat pulang ke pangkuan ayah bondanya yg tersayang..

Unknown said...

yeah.. alhamdulillah yin telah ditemui.. ade kemusykilan gak dah dua minggu baru nak pulangkan.. tapi nak pk bukan2 pon cam tak elok gak.. mebi sbb org myanmar tu terasa sayang nak lepaskan yin.. erk dunno lah..

Pa'chik said...

hehe...
saja malas.. dah isi lebih kurang saja.. baik salin tampal je la..

akirasuri said...

Salam.

saya sebenarnya lebih musykil dengan yin tu. saya dan kakak ipar saya cuba menyimpulkan yang yin itu seperti kanak-kanak kurang normal [maaf], sebab perlakuannya tidak menunjukkan dia seperti kanak-kanak kebiasaan. kalau kanak-kanak kebiasaan, saya pasti mesti menangis kalau kehilangan ibubapanya dalam masa sejam. tapi yin, sudah 15 hari masih mampu tersengeh seperti tidak ada apa-apa. kebiasaannya budak seusia dia sudah boleh berfikir. hmm entahlah.

dan. pasangan mynmar tu, saya sendiri tiada komeng. entahlah. mahu membaca orang ni sukar :)

RaFFLeSiA MeRaH said...

alhamdulillah, syukur...jadikan iktibar utk semua ibu bapa kat malaysia ni....time gi shopping, jgn lupa diri...hehehehe...

izinni said...

akira san,
yin hiperactive. dia memang ada masalah pembelajaran. dia masih tidak boleh bercakap macam kanak2 biasa.

dalam akhbar hari ni banyak kisah yin. rosmah even suggest parents yang ada anak hiperactive supaya diikat pada parents bila kemana2 ... hmmmmm .. macam anak2 omputih .. jadi macam anak anjing la plak.

achik said...

apa2 pun syukur sgt Yin dah dikembalikan dgn selamat...

BaYu SenJa said...

iman dan semua rakan,
bayu pun sudah mula memusykilkan keadaan....
paper pun dah baca :)

Iman Mawaddah said...

Indah Sakura,
Ya betul..itu yang lebih utama..alhamdulillah.

Lindosh,
Kita tunggu dan lihat aje :)

Pa'chik,
Mujur salin tampal tak malas eh :)

Akira,
Sila rujuk jawapan akak reporter kita di bawah hehehe.

RM,
Ya betul..rambang mata bershopping sampai terlupakan anak. Ada hikmah kejadian Yin ni.

Izinni,
Terima kasih jadi P.A saya hehehe

Achik,
Syukur alhamdulillah.

Bayu Senja,
Hehe ntah lah..