Hitam: Aku hitam, kau putih. Kau nak ke kawan dengan aku?
Putih: Oklah la tu kita ibarat taik cicak. Bila orang tengok aku, dia mesti nampak kau.
Hitam: Ceh! ada ke taik cicak kau jadikan perbandingan…hahaha
Putih : Hehe betul la. Kalau taik cicak tak kaler macam tu, susah la siak surau.
Hitam: Asal lak? Apa kaitan dengan siak surau.
Putih: Siak surau banyaknya bukan ke warga emas.
Hitam: So?
Putih: So, pandangan kurang jelas. Kalau nampak seketul benda berwarna hitam dan putih atas carpet surau..confirm benda tu taik cicak. Senang la dia nak bersihkan.
Hitam: Ye tak ye jugak. Macam-macam la kau ni.
Hitam dan Putih..hahaha..
p/s: Penjual cendol, gambar ni ada tak macam rupa momok kekenyangan?..hehe
14 comments:
rindu la nak tengok cicak dan taiknya... sini cicak tak pernah nampak !!!
sesungguhnya taik cicak itu terkandung memori di setiap hati insan bernama melayu :)
betul tak?!
chi.....cak!! heheheeeee
~true friends bring out the best in each other~ :)
comelnya kucing itu..
Bayu,
Kadang2 saya terfikir di bumi anbiya cicak tidak ada mungkin disebabkan Allah melarang spesis tu hinggap di sana. Bukan ke cicak adalah musuh Rasulullah? Binatang yang membocorkan rahsia persembunyian baginda dan Saidina Abu Bakar di Gua Thur. Mungkin lah ..walluallam.
Taik cicak ada memory eh? hehe
Pa'chik,
Takut cicak eh? hehe
Achik,
..and accept the weakness of each other :) ..kerja ya hari ni..kesian dia hehe
cicak akan memutuskan ekornya apabila sedang diekori oleh binatang lain....
kerana ia berfikir, kiranya ia tidak berekor...sudah tentu ia tidak akan diekori....
Salam;)
tak ah.. cicak takut ngan aku, pasai selalu kena te'ghebei.. haha.. kira shapshuter la..
May,
Amboi2..sekarang ni kaya dengan falsafah eh. Karatss betul hehe.
Pa'chik,
Kire pa'chik ni sama spesis dengan Prof Klon la eh..haha
taek cicak kat surau ada banyak. tok siak tak nampak agaknya. huhu.
tok siak kne beli ubat racun cicak atau guna khidmat pembasmi cicak.. yelah, susah jugak kalau hari2 nak kne bersihkan taik cicak
rasanya semua orang melayu akan sakit hati dengan cicak. kerana selalu sangat tinggalkan taik dia di tempat2 yang penting...
mungkin itu memori kita...
Saya kalau tengok gambar saja saya buat andaian kata yang hatam tu tak mau berkawan dengan si kuning.
salam,
itu baru dua warna,kalaulah kan banyak lagi warna yang kita bincangkan,tentu banyak lagi topik mampu kita sentuh.x gitu?....
kalo tgk bende itam putih berkibar kat tiang sebatang, tu namenyer bendera negeri pahang, negeri tumpah darah ku...hehehehe...
Akira,
Tok siak buta warna kot :P
Kemat,
Alat pembasmi cicak? Idea menarik tu..boleh buat business hehe.
Bayu,
Rindu nak balik Malaysia eh?
Hakim,
Ye tak ya jugak...kalau tak tulis mungkin orang tak tahu.
Cermin diri,
Ya betul..seronok sebenarnya kalau dibincangkan bab warna dari sudut psikologi :)
RM,
Kalau tambah warna kuning antara putih dan hitam...tu namanya negeri Perak..hehehe...negeri asal usul keturunan ku. Perak dan Pahang asal keturunannya kan bersaudara..tu pasal loghat bahasa dia hampir sama.
Post a Comment