Friday, April 13, 2007

Sudut rezeki

Setiap hari Jumaat, sudut tu pasti dipenuhi dengan pelbagai jenis kerepek. Ada seorang mak cik tua yang agak daif menjualnya. Sesiapa yang lalu di sudut itu pasti akan disapa untuk diajak beli kerepek-kerepeknya.

Suatu hari saya dan kawan saya disapa oleh makcik tersebut. Lalu kami membeli beberapa jenis kerepek darinya. Wajahnya sayu sekali. Bila kami bertanya samada dia sudah makan tengah hari atau belum. Dia hanya mampu menggeleng perlahan sambil menahan air matanya. Atas dasar simpati kami membayar lebih sedikit supaya dia dapat membeli makanan tengah hari dengan duit tersebut.

Hari Jumaat yang lainnya, saya melintasi kawasan perniagaan makcik tersebut seorang diri. "Beli kerepek nak." Saya hanya tersenyum memandangnya sambil mengeleng kepala. "Kenapa sombong benar? Suh beli kerepek barang sebungkus pun tak mo." Saya terpempan memandang wajah tua yang sama tetapi berlainan pula sikapnya hari ini. Mata kami bertentangan. Belum sempat dia membuka mulut untuk meneruskan bicara, saya pergi meninggalkannya mengomel seorang diri. Dari kejauhan kedengaran suaranya yang masih lagi mengomel. Dalam hati saya terdetik, ada juga orang macam ini. Boleh pula main paksa-paksa dan marah-marah. Tapi fikir positif aja, mungkin dia tertekan agaknya.

7 comments:

Pa'chik said...

angin dia kurang elok kot hari tu...

Iman Mawaddah said...

Ehh dah bangun dah pa'chik? hehe

blackpurple @ jowopinter said...

Tapi walau apapun itu mungkin jauh lebih baik kalau dibandingkan dengan makcik separuh usia yang hanya menadah tangan di depan masjid setiap kali hari jumaat... :)

Ku Keng said...

Itu branding namanya. Terukir pada ingatan sekarang dan hingga ke bila-bila tentang Makcik itu. Tapi saya yakin tak ada perkaitan antara Makcik dan Pa'chik kita!

Iman Mawaddah said...

BP,
Dari sumber2 tertentu makcik tu hanya "kosmetik" untuk menarik simpati orang ramai untuk membeli kerepek tersebut..ntahlah..wallahuallam.

Bro Ku Keng,
Branding? Makcik tu ingat kerepek terus ingat saya ke atau sebaliknya? hehe. Tentu sekali antara makcik dan pa'chik kita tiada perkaitan. Makcik tu jual kerepek..pa'chik tu jual apa ya..jual minyak kot :)

Purpleheart said...

Dulu pernah beli kipas daripada sorang pakcik, memula ingat nak tolong- beli satu. Satu rm3, dua rm5. Maka belilah 2. Entah rasa sayu dalam ati masa tu lebih sikit, lagipun masa tu duit ada 'lebih' sikit.

Iman Mawaddah said...

Sue,
Duit boleh dicari tetapi berkat menyukakan hati orang lain sukar cari. Mudah2an kita beroleh keberkatan dari apa yang kita lakukan.