Tuesday, April 03, 2007

Lahirnya bawa cahaya

Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W saya paparkan sebahagian kisah baginda untuk kita renung dan fikir-fikirkan.

Kisah Rasulullah SAW dengan seorang pengemis Yahudi
Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah, seorang pengemis Yahudi buta yang hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya, dia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah saw melakukanya hingga baginda wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah saw, suatu hari Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku Rasulullah saw yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r.a." Setiap pagi Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha. Keesokan harinya, Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a.mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r.a. menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" jawab si pengemis itu. Apabila dia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyahnya. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan itu", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw". Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak perrnah memarahiku sedikitpun, dia tetap mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia. Akhirnya pengemis Yahudi buta itu melafazkan Syahadad di hadapan Abu Bakar r.a.

============================================
Wahai umat Muhammad,
Apakah engkau terfikir,
Rasulmu contoh pekerti mulia,
Tetapi kamu masih lagi alpa,
Alpa dengan godaan dunia.

Ah!!..dia Rasullullah bersifat ma'asum,
Terpelihara dari sifat keji,
Kita?.. hanya insan biasa,
Itulah jawapan selamba,
Yang sering keluar bila berbicara,
Tanpa setitis pun rasa insaf,
Untuk memperbaiki diri,
Di sisi DIA yang Maha Esa.

Saya bermonolog sendirian. Renung diri saya sendiri..masih jauh.Ya, masih terlalu jauh.

Dalam keadaan yatim anak mulia. Lahirnya bawa cahaya lengkap dengan bercelak, sudah dikhatankan, terputus tali pusatnya, badan berminyak, disambut bidadari dan dalam keadaan suci bersih. Dialah Muhammad, Rasul terakhir pembawa risalah umat di akhir zaman.

19 comments:

Pa'chik said...

menarik, dan selalu dibaca.

Err.. kalau nak baca yang lain, cuba kat sini

Iman Mawaddah said...

pa'chik,
Terima kasih. Semoga perkongsian ilmu yang bermanfaat antara kita semua dirahmatiNya.

MYA MARJA said...

Terima kasih..
Terima kasih kembali.

Saya baru mengenali apa itu blog. Dan sunnah...? Semakin kabur.. semoga iman ini semakin kuat..

banggugar said...

salam,
sentiasa mengingati perjuangan baginda,sungguh berjasa kepada kita..
(",)

BaYu SenJa said...

benarlah dakwah itu lebih penting dengan akhlak berbanding kata....
Allahumma solli ala saidina an-Nabi..

zwitterion said...

tq..;)

Sang Perba said...

Ya Allah jangan sekali kau palingkan hati kami dari kebesaranmu dan cahaya keimanan dan berikanlah kami cahaya kerinduan kepadaMu dan kepada RasulMu Muhammad S.A.W semoga kami kekal mecintaiMu dan RasulMU....amin

izinni said...

iman,
terima kasih.

mya, kenapa makin kabur? doaku untuk anda juga.

13may said...

salam Iman,
Jom pegi makan makan;)

blackpurple @ jowopinter said...

Cerita yang amat mengesankan bagi yang membacanya dengan mata hati..

Cuma bersyukur mempunyai nama serupa di depan... :)

akirasuri said...

menarik :)

achik said...

iman, terima kasih :)

Pa'chik said...

purp, kao yang nama Muhammad Pelik tu kan?

Anonymous said...

terima kasih untuk perkongsian ini..

Iman Mawaddah said...

Mya Marja,
Sunnah itu ada..tidak kabur malah jelas kelihatan. Cuma hati yang sengaja membutakannya.

Bang Gugar,
Iye benar.

Bayu Senja,
Memang benar tapi kita sering bertindak ikut perasaan..bukan ikut akal fikiran yang waras.

Zwit,
My pleasure :)

Jerangkung,
Amin. Mudah2an kita semua hidup dan mati dalam keadaan beriman.

Izinni,
Sama2 kasih :)

May,
Salam. Ermm silap komen ke? hehe

BP,
Mudah2an nama yang dibawa dapat melindungi diri dari melakukan perkara2 yang dilarangNya :)

Akirasuri,
Tertarik..kau memang debommm :)

Achik,
Sama2 kasih :)

Pa'chik,
Ye la sape lagi..dia lah orangnya hehe.

Indah Sakura,
Sama-sama..sekadar mencari rahmatNya di samping ukhuwah di dunia maya.

izinni said...

tapi masih ada yang ngaku Islam tapi tidak percaya pada sunnah baginda malah begitu celupar mengatakan baginda bukan ma'asum, bukan kekasih Allah, tidak layak disebut didalam kalimah syahadah, tidak perlu diingati dan diikuti sunnahnya. kononnya perbuatan itu satu perbuatan menduakan Allah ...
Nauzubillah ...

BaYu SenJa said...

celaka manusia anti hadis itu izinni..
bukan hadis yang menjadi panduan ke dua agama itu saja dibenci, malah peribadi maksum tidak berdosa juga dicaci...
lebih dahsyat dari abu jahal laknatullah..

Iman Mawaddah said...

Izinni dan Bayu,
Manusia hari ni semua fikir nak mudah. Solat tak perlu rukun cukup hanya niat. Itu pasal sampai sanggup menolak kenabian. Kununnya diri sudah begitu hebat. Hingga tak tahu malu dan mengaku dirinya Nabi di kalangan orang Melayu. Nauzubillah.

Manusia-manusia macam ini eloknya dijalankan sahaja hukum Islam ke atasnya. Bijak berkata tapi merapu entah ke mana.

izinni said...

bayu + iman,
manusia celaka tu sekarang dah ada blognya sendiri .. menghebahkan pemikiran sesatnya kepada manusia lain.