Friday, April 06, 2007

Hilang


Semasa membeli belah di Jusco semalam, ramai juga ibu bapa membawa anak-anak kecil mereka shopping bersama. Sudah menjadi perangai kanak-kanak, ibu bapa sibuk memilih mereka pun sibuk juga tidak mahu duduk diam. Fikiran saya lansung teringat kepada adik Muhammad Nazrin (gambar di atas), 5 tahun yang masih belum ditemui lagi sehingga kini. Berita tentang kehilangannya telah tersebar luas di ibu kota sepanjang minggu ini.

Nazrin telah hilang ketika dia dan keluarganya pergi membeli belah di Sogo hari Sabtu yang lepas. Esok, genaplah seminggu kehilangan Nazrin. Pasti kedua ibu bapanya tidak lena tidur memikirkan nasib anak sulung kesayangan mereka. Jika kita kehilangan barang-barang kesayangan pasti kita sudah mengeluh dan mengelabah. Inikan pula kehilangan permata hati yang dikandung selama 9 bulan dan dibesarkan dengan sempurna. Jika mati sekalipun pasti kita tahu di mana kuburnya. Ini tidak. Mereka tidak tahu nasib Nazrin sepanjang seminggu kehilangannya.

Dari pembacaan saya, ada ustaz yang menyatakan Nazrin sekarang sedang dijaga oleh seseorang yang berketurunan Melayu. Jika ya benar, saya berdoa agar orang Melayu tersebut tidak mengapa-apakan Nazrin dan memulangkan Nazrin ke pangkuan ibu bapanya dalam keadaan selamat. Dunia sekarang ini terlampau banyak jenayah yang kita tidak sangkakan. Bimbang sekali jika anak ini menjadi mangsa sindiket-sindiket yang tidak bertanggungjawab yang memeras tenaga kanak-kanak kecil. Juga amat dibimbangkan jika ada yang cuba ambil kesempatan untuk memesongkan akidah kanak-kanak ini.

Apa yang terjadi kepada Nazrin adalah satu ujian yang hebat buat ibu bapanya. Jadi, ambillah ikhtibar. Jangan biarkan anak-anak lepas bebas semasa membeli belah. Antara berita tentang kehilangan Nazrin boleh di baca di sini dan di sini.
=============================================
Nota kaki bangku
Maklumat ringkas :
Muhammad Nazrin bin Shamsul (4 tahun 10 bulan)
Hilang pada 31/3/2007, jam 2.00 petang di Sogo
Sewaktu hilang berkemeja kelabu berkotak dan berjeans biru.
Sekiranya ada maklumat hubungi:
En Shamsul (012-5090451)
Puan Noramizah (012-3749647)
Atau mana-mana balai polis berhampiran.

12 comments:

Pa'chik said...

alahai.. semuga budak tu dalam keadaan baik, dan dilindungi Allah.

pernah dengar lagu halim yazid, cerita pasal anak dia hilang dalam subang parade ke mana tak ingat dah.

Iman Mawaddah said...

Tu la mudah2an dia tak diapa2kan. Tadi pun dah keluar berita di tv pasal kehilangan budak ni.

Halim yazid tu sape ek?

izinni said...

lebih kurang baya syabil iman ...

Sang Perba said...

itulah pasal aku mesti pegang tangan anak aku biar dia mengelupur nak berlari..takut oiii...

Anonymous said...

Salam.

kesian bonda dan ayahanda budak tu. moga budak tu tak diapa-apakan.

banggugar said...

salam,
sama2 kita mendoakan semoga kanak2 tersebut dalam keadaan baik..
Amin ya Rabb..

Pa'chik said...

dia nyanyi dikir barat sebenarnya, yang nyanyi lagu tupai tu..

achik said...

kesiannya.. semoga anak kecil itu selamat kembali pada ibubapanya semula... insya-Allah...

khairyn said...

Semoga dia selamat.

blackpurple @ jowopinter said...

Cerita tentang kehilangan Yin ini boleh dijadikan iktibar untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang lain di masa-masa akan datang bila membawa anak-anak ke tempat seperti itu. Itu mungkin hikmahnya.

Semoga pencarian anak kecil itu akan dipermudahkan Allah..

Ilham Purnama said...

"wahai Yang Menghimpunkan manusia bagi suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, kembalikan pada kami akan kehilangan ini"

Iman Mawaddah said...

Izinni,
Sebaya dengan salah seorang anak saudara saya juga.

Jerangkung,
Betul2..biar dia mengelupur kena pegang. Dari kita mengelupur cari dia.

Akirasuri,
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Bang Gugar,
Mudah2an doa kita semua dimakbulkan.

Pa'chik,
Ooo iye ke.

Achik,
InsyaAllah.

Khairyn,
Sama2 kita berdoa.

BP,
Memang benar, iktibar kepada yang lain supaya berhati-hati.

Ilham purnama,
Amin ya rabbal'alamin. Selamat bertamu ke iman mawaddah.