Monday, April 30, 2007

Fikir-fikir



Cuba perhatikan kedua-dua gambar di atas dengan teliti. Apa yang dapat anda fikirkan tentang gambar-gambar tersebut?


Gambar-gambar di atas diambil oleh seorang jurugambar wanita tidak bertauliah semasa orang lain sedang sibuk mengerjakan solat Jumaat. Sehinggakan tarikh yang di set pada buah hatinya pun boleh tersilap hehe. Insiden ini berlaku di salah sebuah masjid di Tanjung Karang. Rasa kesal di hati tatkala melihat remaja-remaja ini duduk selamba sambil menghisap rokok tanpa sedikit pun rasa bersalah. Solat Jumaat yang seminggu sekali pun susah hendak dilakukan, apatah lagi solat 5 waktu sehari semalam...wallahualam.


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)


Nota Kaki Bangku
Terima kasih kerana sudi meneka. Menarik juga idea-idea yang dilontarkan. Sebenarnya mood untuk menulis ketika itu tidak ada. Sebab itu saya membiarkan kawan-kawan meneka dahulu :)

19 comments:

hayad said...

kete tu tak leh nak kuar disbbkan moto tu kan?

Iman Mawaddah said...

hehehe ngeh3x

Pa'chik said...

kusyen seat motor merah tu kena tukar, dah koyak banyak tu.. kalau ujan nanti basah...

Anonymous said...

atas ada 6 motor. bawah ada 5 motor :D

*ni gambar orang ponteng jumaat ke :)

Pa'chik said...

gaki, kalau ikut tarikh, tu hari kamis punya gambar... orang tak semayang jemaat ari kamis

Iman Mawaddah said...

hehehehe..kui3x

Anonymous said...

kalau gitu gambar orang makan daging busuk ke? hahak.

atau.

lelaki sejenis? auw!! hahak.

Sunan_Jati said...

Kadang kala

ketika kita menangis

tiada orang nampak tangisan kita



Kadang kala

ketika kita sedang menderita

tiada orang nampak derita kita


Kadang kala

ketika kita risau

tiada org nampak kerisauan kita


Kadang kala

ketika kita gembira

tiada org nampak kegembiraan kita

-

-

-

-

-

-

-

-

-

tapi KENTUT !! Sekali je cukup....



Semua orang tau!!

Hahahaha!!

blackpurple @ jowopinter said...

Tau..tau..ada dua orang tengah duduk-duduk kan..? :D

Mat rempit manalah yang block kereta itu ek..?

BaYu SenJa said...

wah.. entry berat ni?! tak larat nak pikir la :)

mungkin nak iklankan adik kak iman kot !!! mana tau kot2 ada aweks berkenan tengok pemuda tu dari belakang.. hehe

adik iman ka tu?!!!

CerminDiri said...

tangkap gambar curi ke?.....takleh tau....lainlah kalau gambar tu orang teristimewa kita.itu cerita lain..

Achik_Sufi said...

erm...apeye, rasenye tue gambar seorang artis yang sedang mencium bau longkan di belakang masjid,betulke...?

RaFFLeSiA MeRaH said...

berat kepala nak pikir nihhh, camane tuan punyer van tu nak angkat motor tu yerk kalo dia nak gerak van dia...undur jer laaa bagi langgar jer motor x paham bahasa melayu tuuuhhh...hehehehe, tu ler yg RM pikirkan skrg...tapi maybe tuan punyer motor pakai yg pakai baju kaler biru tua, yg tuan punya van tu yg pakai baju kaler biru muda...

13may said...

takkan gambaq boyfriend kot???

hahha:P

achik said...

pokok pisang kat belakang tu nanti kena tebang la... lepas dah amik buahnya.. :D

13may said...

gambaq tersebut di ambil pada 26th April....

err...birthday ker????

hepi besday la camtu:)

Iman Mawaddah said...

Akira ,
Iye ke laki auww tu hehehe

Sunan ,
Kot ye pun dah terkentut jangan la kasi tau orang hehe.

BP ,
Ya betul ada dua orang tengah duduk2 sambil menghembuskan udara macam mulut naga.

Bayu,
Erkk..kalau akak ada adik macam ni dah lama dah akak piat2 telinga dia. BTW, akak tak de adik :P

Cermin diri,
Ya betul gambar curi..teruja sangat tengok dorang tu...istimewa ke? mungkin la istimewa dari sudut negatif hehe.

Achik Sufi,
Salam kenal.
Haha..tak masuk akal lansung :P

RM
Tahniah!!!..satu teori pemikiran yang hebat...ngeh3x

13 May,
Takan boyfriend sampai dua orang kot.

Achik,
Jauhnya pandangan..teliti sungguh ni hehe.

May,
Tahu la birthday hang dah dekat...Saja la tu nak kasi hint.

BaYu SenJa said...

nak try sekali lagi...
kalau klunya berbau negatif maknanya depa mesti tengah buat onar...
takkan la plak kaum sejenis?? pelik untuk meneka sebegitu.

rasanya nak teka macam akira, cuma bukan solat jumaat..
tapi budak sekolah asrama curi keluar time orang sembahyang !! dengan erti kata lain tinggalkan solat...
dok melepak atas motor orang..
betul tak?!!!

Iman Mawaddah said...

Hehe..bayu..dah bagi jawapan mana boleh teka lagi..masa dah tamat hehe