Sunday, April 08, 2007

Etika warna

Seorang rakan sejawat bertanyakan sesuatu melalui email. Memandangkan saya bercuti Khamis lepas, saya menjawab pertanyaannya lewat sehari. Seterusnya dia membalas dengan ucapan terima kasih sambil menforwardkan apa yang saya jawap ke staff beliau. Apa yang menyakitkan hati saya jawapan yang saya berikan telah di warnakan dengan warna merah dan font size nya telah dibesarkan dari font size biasa. Jika orang yang menerima email tersebut faham akan etika berurusan secara rasmi pasti saya akan teruk dihentam.

Setahu saya dalam etika kerjaya, adalah pantang sama sekali menggunakan font warna merah dan bersaiz besar. Melainkan kerjaya sebagai seorang guru. Itu pun setakat menanda buku bagi pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja. Kalau tidak silap saya, seseorang yang terlibat dengan kerjaya di awan biru juga menggunakan pen merah untuk tanda tangan dokumen tertentu sekiranya berlaku sebarang kemungkinan sepanjang menjalankan tugas di awam biru. Untuk kerjaya lain, seseorang yang menggunakan font warna merah bermakna dia seorang yang sedang marah. Dan ia seolah-olah mencerminkan peribadi seseorang yang bersifat diktator.

Untuk menyedarkan rakan sejawat saya tentang apa yang dibuatnya, saya menggunakan reverse psychology. Email beliau saya balas dalam bahasa senggang supaya nampak lebih sempoi tapi bermakna.

"Encik S, sebentar tadi saya hantar email guna font color RED ke? Sorry, saya tak perasan saya terguna warna tu."

Setengah jam kemudian dia membalas.

"Tak lah. Saya yang tukar font color tu dan besarkan supaya orang lain boleh nampak dan faham. I'm sorry. Saya patut guna warna lain."

Ermm faham pun dia..puas hati saya. Niat saya hendak menegur dia bukan untuk melawan balik. Saya cuma teringat, bos saya dulu pernah teruk menjawab dari pihak atasan lantaran sikap seseorang menghantar email urusan kerja menggunakan font warna merah. Rasa hendak tergelak pun ada juga sebab soal yang kecil boleh diperbesarkan. Tapi itu lah manusia, kadang-kadang kita tidak ambil perhatian penggunaan warna dalam urusan-urusan rasmi kerjaya.

23 comments:

khairyn said...

salam iman.

bait bait tulisa. tanpa nada, tanpa ekspresi, boleh mengelirukan. Betul tak?

Pa'chik said...

aku guna font merah kalau untuk link ke blog/laman lain.

Iman Mawaddah said...

Khairyn,
Ya betul..nak2 pulak kena dekat orang yang skema..ikut garisan sangat.

Pa'chik,
Kalau link dalam blog..bukan urusan rasmi tak pe.

Pa'chik said...

oh.. ye ke.. haha..

Ilham Purnama said...

pendek kata, berhati-hati dlm semua gerak langkah kita, agar tidak tersilap. Tetapi jika "ter"silap, ingatlah tiada siapa yang sempurna.

banggugar said...

salam,
ada etika ye menulis utk benda2 rasmi ni, ingt ke main ikut suka je.. kena ambik perhatian la lepas ni.

(",)

blackpurple @ jowopinter said...

Guna warna merah dan huruf besar bila tengah geram ..tapi kadang-kadang untuk draf kertas kerja untuk point penting biar nampak lebih jelas.. :)

Purpleheart said...

alergik dengan warna merah dan tulisan beso, biasa nya marah cemana pun tulisan tetap maintain. biasa dalam blog, mana nak dihighlightkan suka buh warna purple..

zwitterion said...

kdg2 saya tulis nota utk 'things to do' kaler merah.utk ingatkan diri sendiri.

RaFFLeSiA MeRaH said...

eh...font kaler merah memang aku nyer peberet tiap kali menghantar e-mail...hehehe, sape nak jwb tuhhh....

achik said...

org cina pun ada kepantangan menulis nama dgn warna merah... :)

Iman Mawaddah said...

pa'chik,
Saje dio jaa buat2 tak faham :)

ilham,
Ya betul. Kadang2 kita rasa betul tapi orang lain fikir sebaliknya.

Bang Gugar,
Mesti ada.. saya tak pasti samada kalian terlibat dengan tesis ataupun tidak. Jika terlibat bersiap sedialah kamu dalam etika penulisan.

BP,
Tu la mula2 saya fikir yang mamat tu marah kat saya. Tu sebab saya follow up balik. Kalau untuk draft tak de hal..dah nama pun draft.

PH,
Saya allergic tulisan warna merah dalam email urusan kerja je. Nak2 bila email tersebut di foward2kan.

Zwit,
Dari sudut tu tak jadi masalah..sebab warna terang especially merah memang cepat memberi ransangan kepada otak untuk mengingat. Tu sebab merah dipilih sebagai tanda isyarat berhenti. Tapi ada jugak yang tak reti bahasa main langgar je lampu merah. Rabun warna agaknya deme ni.

RM,
Haha tau dah..bukan aje di email..dalam blog pun selalu tengok guna kaler merah. Tapi tak kisah kalau tidak melibat urusan rasmi. Jangan email ke super big bos guna kaler merah udah lahh..

Achik,
Oh ya...saya ada terdengar juga. Itu tandanya soi bagi mereka.

BaYu SenJa said...

Bagusnya kalau semua yang faham...

di sini, Masyarakat masih ketinggalan dengan semua protokol itu...
berurusan rasmi juga masih gunakan pen merah :)

Iman Mawaddah said...

Bayu,
Minta maaf cakap, orang arab terutamanya yang otai memang tak de protokol. Ikut kepala dia sahaja. Mungkin itu juga sebabnya Allah turunkan nabi2 di negara belah sana. Untuk mendidik manusia yang keras kerikil menjadi baik dan contoh kepada manusia yang lain.

Pa'chik said...

oi oi.. ko asal cerita rokok je, mesti nak kaitkan dengan aku kan.. haha..

Iman Mawaddah said...

pa'chik,
hahaha cepat betul berita tersebar :P

Pa'chik said...

abih, dah ko komen masa aku tengah taip komen tu... haha...

BaYu SenJa said...

mungkin betul cakap iman..
tapi kalau iman nak tahu antara hikmah lain nabi dibangkitkan di Mekah, sila ikuti siri Fiqh Sirah di bicarabeta.blogspot.com :)

Iman Mawaddah said...

pa'chik,
hahaha..encik komeng kita bersinggung bahu la ehh..nasib saya komen pendek. Kire saya mencantas dulu laa..

Bayu,
O ye ke..lately saya agak kesuntukan masa untuk beraya. InsyaAllah nanti saya singgah. Terima kasih.

La ni nak pegi keje tak sempat beraya. Tapi sempat lagi mengkomen di rumah sendiri hehehe

Unknown said...

saya suka warna merah.. tp utk kerja rasmi tu mmg tak sesuai la sgt..

kakLuna said...

akak suka gak higlight dan guna kaler merah..

yang akak tau, org cina mmg pantang dpt surat tulisan dakwat merah..tu seolah2 mendoakan kematian pd penerima surat..

tang email rasmi tu taktau ler..sbb tak penah dapat yg kaler merah :)

biasanya email rasmi tak de org yg rajin nak modified :P

INDERA KENCANA said...

Aiyya... pasal warna pun mau gaduh ka..??

Iman Mawaddah said...

Lindosh,
Sama la kita hehe

Kak Luna,
Email rasmi yang melibatkan soal jawap urusan kerja memang dah jadi kebiasaan kami default pada warna yang lain dari yang sender guna. Senang nak bezakan. Tapi selalunya biru dan hitam je :)


Indera,
Bukan gaduh..tu mesra nama nya hahaha