Pagi tadi, abah menerima panggilan telefon yang menyatakan Pakcik A telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Tamatlah sudah kisah kehidupan pakcik A. Abah banyak termenung. Dia kesal kerana tidak sempat melawat pakcik A di saat-saat penghujung usianya. Ajal maut tiada siapa yang boleh menetapkan.
Baru sahaja beberapa minggu lepas, abah mendengar berita daripada kawan-kawannya yang keadaan Pakcik A tidak menentu. Tambah menyedihkan rumah yang didiami oleh Pakcik A sekarang telah ditukar kunci oleh anak tirinya. Pakcik A tidak dibenarkan pulang ke rumah tersebut. Oleh sebab itu Pakcik A meminta jika dia meninggal dunia, jenazahnya dibawa ke surau taman perumahan kami untuk diuruskan oleh sahabat-sahabatnya.
Namun begitu, apabila tika saat ajalnya sampai Pakcik A sememangnya seorang yang sangat bertuah. Anak-anak yang dinafikan haknya selama ini datang menguruskan jenazah arwah ayahanda mereka. Air yang dicincang tidak akan putus. Darah yang mengalir dari tubuh yang sama pasti berkongsi naluri yang serupa.
Kisah mengenai Pakcik A pernah saya ceritakan disini. Al-Fatihah untuk Pakcik A. Semoga Allah menerima segala taubatnya. Mudah-mudahan menjadi pedoman buat semua yang masih bernyawa.
Saturday, April 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Al-fatihah arwah.
sedihnya kesah pokcik A ni. kadang-kadang kita tak boleh nak jangka apa akan jadikan. mujur anak-anak dia masih ada rasa tanggungjawab.
moga arwah dicucuri rahmat dan diampunkan dosanya. amin.
Al-Fatihah untuk Pakcik A dan juga semua muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia. Semoga Allah menerima segala taubatnya dan taubat semua muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia. Amiin.
Mudah-mudahan menjadi pedoman buat semua yang masih bernyawa.
Al - fatihah.
Mcm bermusim pula kita mendengar berita kematian.
Semoga kita yang masih bernyawa ni sempat bertaubat dan memohon maaf dan memaafkan sesama kita.
Akira,
Perjalanan hidup kita antara satu sama lain tidak sama. Pelbagai ujian harus ditempuh. Hanya iman sahaja yang dapat menolong kita mengatasi segalanya.
Pa'chik,
Sampai ke Glasgow pa'chik cari ayat untuk ditampalkan disini :)
May,
cuma jangan nanti cuma tulis al-fatihah saja.. baca dan niatkan sekali... ;) Jangan marah May ni salin tampal je dari ucapan presiden parti ayam brand.
Khairyn,
Mudah-mudahan amin. Tu la dunia akhir zaman ni banyak yang bermusim. Kematian, kehilangan, kes-kes jenayah semuanya bagai berjangkit-jangkit.
mana ada ke glasgow, aku amek ayat kamu jugak, cuma tambah untuk muslimin dan muslimat yang telah meniggal dunia je..
o iye ke. Macam ala2 komeng bakal cik puan Jerman la pulak.
Al-Fatihah
salam,
Al-Fatihah.. dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.. amin ya rabb...
Al fatihah utk arwah..
insyaAllah, taubatnya diterima.. kan Allah itu MAha menerima Taubat :)
bagi yang hidup, jadikan kisah itu sebagai pengajaran....
alfatihah..
Alfatihah...
Terus menitip garapan perjalanan dan pengalaman Iman di sini.
Walau AKMA masih berlari di celah hujan amanah....di bumi tercinta ini.
Mohon izin menitip salam buat Bayu dan sahabat lain.
Kota Lumpur
23 April 2006
nak tumpang baca fatihah gak...mudah mudahan rohnya dicucuri rahmat...
AlFatihah. Semoga roh almarhum Pakcik A dirahmati Allah.
Begitulah hidup dan mati. Bila sampai masanya, sesaat tak cepat , sedetik tak lambat. :)
AlFatihah buatnya..
Izinni, Bang Gugar, Lindosh, Achik dan Indah Sakura
Amin.
Bayu ,
Kisahnya unik. Pengajaran yang amat bermakna bagi kita.
Bro Akma
Terima kasih kerana menitip garapan yang tidak seberapa ini.
Hujan amanah di bumi sendiri pasti lebih tenang dengan adanya keluarga di sisi :)
Saya juga sedang berkejar2an menyelesaikan amanah saya.
Moga Bayu,Khairyn, Hakim dan yang lain-lain membaca titipan salam tersebut.
RM,
Dipersilakan :)
BP,
Itu sebab kena ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara :)
Bila nak updet nih????
May..dah recover ya hehe
Post a Comment