Friday, March 16, 2007

Kudrat Si Kecil

“Akak hendak beli surah yassin ni,” tanya si kecil.
“Tak pe dik,” jawab akak pertama sambil menggeleng.

Si kecil beralih pandang ke arah akak yang seorang lagi.

“Akak mau?,” tanya sekecil pada akak yang kedua.
Mata bertemu mata. Ada sinar harapan pada mata si kecil.
“Adik dah makan? " tanya akak tersebut tanpa menjawab soalan si kecil itu.
“Kalau belum mari makan sekali, mau? " akak itu terus bertanya.

Kelu. Pandangan mata bertemu lagi. Akhirnya sekecil menggeleng lalu berlari pergi. Mata akak kedua menyoroti tiap langkah si kecil comel itu.

“Awak jangan berani-berani, dia ada yang memerhati tu,” akak pertama memberitahu seolah-olah memberi peringatan kepada akak kedua.
“Saya bukan buat apa-apa, saya cuma ajak dia makan sekali,” akak kedua menjawab.
“Memanglah, tapi nanti kalau dia makan dia yang kena.”
“Kalau macam tu, nak elakkan dia dari terkena, saya bagilah duit kat dia sekali.”
“Dia tetap terkena. Yelah jualan tak de, alih-alih dapat duit. Dorang pun ada target sales jugak. Lagipun duit tu bukannya dapat kat dia pun.”
“Ooohooo dia pun ada rangkaian network macam buat MLM juga lah ya.”

Ketawa… diam sambil isi perut.

“Awak, awak rasa umur dia berapa” tanya akak kedua kepada akak yang pertama memecah sepi.
“Rasa-rasanya belum pun sampai 7 tahun”
“Kesian kan..kalau tengok wajahnya, wajah orang kita kan. Bukan orang luarkan?”
“A’ahh saya rasa memang orang kita.”

Menung..

Adik,
Di sini bukan tempat mu
Tempatmu di rumah bersama kasih ayah bonda
Bukan di tengah-tengah kota yang penuh pancaroba ini

Adik,
Kesian sungguh nasib dirimu
Di saat kanak-kanak lain sebayamu riang bermain
Kau membelah langit tengah hari
Mencari rezeki tanpa erti segan dan juga silu
Mengharap simpati tetamu yang hadir untuk memenuhi irama perut

Terfikir…
Apakah suatu hari nanti bumi bertuah ini
Akan hilang serinya lantaran jurang sosio ekonomi yang berbeza?
Yang kaya semakin kaya dan semakin senang
Yang miskin semakin miskin dan semakin tertindas

Apakah nanti akan wujud suasana yang sama seperti di Jakarta dan Delhi?
Di mana kudrat si kecil terpaksa diguna pakai demi untuk menagih kehidupan sempurna..

Sayu.


16 comments:

izinni said...

sering nampak. sering pandang. sering sayu.

Pa'chik said...

lama dah tak nampak. tapi bukan orang sini.


err.. buat apa la dibayar gaji polis tu semua. Atau jenayah di negara ni kalau hanya membahayakan pemimpin saja.

Iman Mawaddah said...

izinni
Sugguh terharu..

pa'chik,
Kawasan sana lagi ramai orang seberang sana kan. Ntahlah..mungkin semuanya kerana kertas bernilai itu, biarlah buta dalam celik...tak mengapa..janji masyuk.

khairyn said...

Saya sering merasa dalam dilemma bila diletakkan dalam situasi seperti 2 akak tadi.

jika negara kita benar2 kaya, mengapa masih ada lagi insan yang meminta sedekah??

Pa'chik said...

kadang bukan juga butakan duit, tapi membuta. amek mudah semuanya. bukan ikhlas nak kerja.

blackpurple @ jowopinter said...

Mungkin sesetengahnya sindiket juga. Macam-macam cara orang 'mencari rezeki' sekarang...

cutenya gambar anak cilik itu :)

Iman Mawaddah said...

Khairyn
Hairan kan? Jangan terkejut jika suatu hari nanti sistem ekonomi kita tiba-tiba bertukar ke sistem kapitalis.

Pa'chik,
Sifat amanah yang diajar Rasulullah tidak ada dalam diri sebenarnya.

BP,
Bukan mungkin lagi..kebanyakkannya begitu yang jadi mangsa orang yang tidak berupaya.

Anak cilik tu memang cute. Ada macam-macam lagi aksi dia yang saya terima dari kiriman email seorang kawan.

Unknown said...

kat sini masih ramai.. kesian kat bebudak tu

INDERA KENCANA said...

Kasihan.. kadang-kadang hati merintih melihat penderitaan mereka..

kakLuna said...

lindosh : betui tu..dah merayap mai tempat akak pulak..dulu2 x de..sejak2 thn 2006 ni pulak makin melambak..

achik said...

kesian sungguh...

Iman Mawaddah said...

Lin dan Kak Luna,
Itulah petanda negara membangun.

Indera,
Hati hanya mampu merintih.

Achik,
:)

Anonymous said...

ermm...

Anonymous said...

dawai..takan ermmm je kot

Anonymous said...

ermm..hati sayu,mata menahan air..nak plak tgk anak yatim wat jualan amal bawah terik mentari..

Anonymous said...

dawai..not bad..so impressive hehehe