Sunday, March 25, 2007

Mukjizat terulung Rasulullah



Siti Fatimah Mukhtar tiba-tiba muncul sebagai pelajar terbaik SPM 2006 mengalahkan Nadiah Amirah Jamil, calon yang dijangkakan terpilih sebagai pelajar terbaik sekaligus memadamkan rekod yang dipegang oleh Nur Amalina Che Bakri. Berita kejayaan pelajar-pelajar SPM sebelum ini bagi saya hanya berita semasa yang hanya "mencuri" perhatian saya untuk seketika. Tetapi berlainan pula dengan kejayaan Siti Fatimah, ada sesuatu yang menarik perhatian saya mengenai rahsia di sebalik kejayaannya adalah tekadnya untuk menghafaz Al-Quran. “Setiap hari saya mengulang kaji pelajaran dan masa selebihnya menghafaz al-Quran. Ibu bapa dan guru sering menasihatkan saya menghafaz al-Quran kerana memudahkan ingatan terhadap pelajaran,” kata pelajar Sekolah Agama Mahaad Muhammadi Perempuan, Siti Fatimah Mukhtar, 17 . Sehingga kini beliau telah menghafaz sebanyak 13 juz Al-Quran. Subhanallah...hebat bukan?

Terlintas di fikiran saya akan didikan bonda yang tidak jemu-jemu menasihati supaya membaca kalam Allah tersebut saban hari. Pesan bonda, Al-Quran itu bukan sahaja pengubat jiwa tetapi penuh hikmah yang tersembuyi. Mengimbau kenangan lalu, semasa zaman persekolahan saya, ustazah dan ustaz juga menggalakkan kami membaca Al-Quran ketika menghadapi peperiksaan besar. Jika tidak berupaya menghafal, cukup sekadar membacanya setiap hari. Sebab apa? Sebab di situ ada ketenangan dan semangat ke atas pembawakan rohani kita. Apabila jiwa dan rohani kita kuat, insyaAllah kita mampu menghadapi apa jua rintangan di hadapan.

Membaca Al-Quran dapat membersihkan hati kita dari segala kotoran kejahatan. Bagaimana hendak membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: "Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi." Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkannya?" Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati." Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang di datangkan syaitan mengikut saluran darah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran. Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya." Baginda bersabda lagi: "Yang terbaik daripada kamu ialah yang mempelajari
al-Quran dan mengajarkannya".

Sabda Rasulullah: "Jantung Al-Quran adalah surah Yassin. Tidaklah dibaca akan dia oleh seseorang melainkan menghendaki keredaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya." Ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi. Hadis Nabi: "Sebesar-besar ayat di kitab Allah ialah ayat Kursi. "Ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat. "Jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu. "Ayat itu ialah ayat Kursi." (Hadis riwayat Tirmizi). Firman Allah bermaksud: "Tidak akan diseksa hati yang terbendung dalamnya ayat-ayat suci al-Quran pada akhirat nanti."


Memang benar Al-Quran adalah sumber pembersihan hati dan ketenangan jiwa. Apabila hati telah bersih InsyaAllah otak tidak mudah dikuasai oleh akal dan nafsu. Apabila kita dirundung masalah dan ujian Allah yang bertimpa-timpa jangan dikesali. Tingkatkan usaha mendekatiNya dan antaranya adalah dengan membaca Al-Quran. InsyaAllah ilham Allah akan sampai kepada kita. Apa yang terjadi ke atas Siti Fatimah adalah hikmah Allah ke atas dirinya yang berusaha menghafal Al-Quran. Di samping keistimewaan Allah ke atas kecerdikan akalnya. Tetapi sayangnya, orang Islam hari ini banyak yang tidak pandai membaca Al-Quran dengan betul. Apa yang lebih menyedihkan lagi kebanyakkannya masih tidak mengenal huruf walaupun usia sudah dewasa. Hairan bukan? Kita percaya pada Al-Quran sebagai rukun iman tetapi kita tidak beramal dengannya. Bagaimana kita hendak peroleh syafaatnya di akhirat kelak? Oleh itu kawan-kawan, mulakanlah dari sekarang. Didik diri kita, keluarga kita dan orang-orang yang berhampiran dengan kita untuk mencintai Al-Quran. Carilah peluang sementara umur masih bersisa. Jangan malu untuk memulakan sesuatu yang mulia. Janji Allah itu adalah benar. Jangan biarkan usia berlalu tanpa kita merebut peluang untuk mendekatiNya.

=============================================
Nota kaki bangku :
Hairan dengan sikap manusia hari ini yang suka buat benda-benda pelik dengan menanam kitab suci Al-Quran. Mujur ada sebutir permata di kalangan kaca yang berani melarang tindakan tidak masuk akal manusia itu.

"Sekadar berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran..wallahualam". Entri ini sepatutnya dipublishkan minggu lepas ketika pengumuman keputusan SPM masih hangat diperkatakan. Tetapi disebabkan peristiwa dengan teman Ahad lepas, lansung terlupa hendak publish walaupun draftnya telah tersedia.

19 comments:

khairyn said...

salam iman,

terfikir juga kenapalah nak tanam Al-Quran? Ish.

Sekarang ni disebabkan bonda tak ada untuk membetulkan nahu dan tajwid membaca al-Quran ni, terpaksalah saya bergantung pada Internet.

Siapa kata Internet ni banyak keburukan dari kebaikan? Saya gunakan recitatation dari Shiekh Mohammad Ayyoub dari link ini http://www.al-quran.ca

Iman Mawaddah said...

Salam,
Ntah mana datang idea dia ntah. Kununnya menunjukkan orang Islam pernah datang ke sana. Terima kasih web site tu..satu info yang menarik.

Purpleheart said...

Alhamdulillah, bagusnya dia. Terang hatinya.. sejuk perut maknya.

Tapi tak boleh nafikan, bila baca Al-quran ni banyak fadilatnya. Bila hati tak tenang dan resah, memang selalu baca sejak akhir2 ni.. Alhamdulillah, terasa tenang hati ni.

RaFFLeSiA MeRaH said...

marilah kita amalkan kehidupan dengan menjinakkan diri dengan al-quran selalu...

13may said...

salam....
dah ada nota kaki bangku sekrg:)

izinni said...

Alhamdulillah .. Muhammad Irfan baca 2 muka lepas subuh dan 2 muka lepas maghrib.

Ibu Muhammad Irfan? ekekekkekeke .. hampeh!

achik said...

saya teringat dulu masa nak peksa je mesti saya jadi 'alim' skit... ish teruk sungguh cuma 'baik' masa nak mintak tolong dari Tuhan je...

Iman Mawaddah said...

PH,
Alhamdulillah..mudah2an sentiasa dalam keadaan tenang menghadapi kerenah si polan.

RM,
Jom..jom..bukan jom heboh..jom ikut seruan RM :)

May,
Biasalah dia pun nak tumpang glamer juga :P

Izinni,
Alhamdulillah..Muhammad Irfan tidak tercicir. Ibu Muhammad Irfan suka dengan hampeh kelapa ke? hehe

Achik,
Kita serupa...ingat bila kita dalam keadaan memerlukan sahaja. Lalai sungguh. Berusaha ke arahNya.

Pa'chik said...

ceramah tok guru tadi ada sentuh pasal ni sikit, pasal betapa tingginya sains milik Tuhan, dan diceritakan dalam al-Quran.

Iman Mawaddah said...

pa'chik,
Memang benar, sains hari ini sudah diceritakan terlebih dahulu dalam Al-Quran. Saya terlepas rancangan halaqah tv9, 3 minggu lepas rasanya..ada bercerita berkenaan kaitan alunan bacaan Al-Quran yang membentuk gelombang2 yang sama dengan gelombang cakerawala..MasyaAllah hebat sungguh.

banggugar said...

salam,
pesanan yg mmbawa kepada banyak pengajaran..

(",)

BaYu SenJa said...

iman, kalam Allah sememangnya menjadi ubat kepada sakit, menjadi penawar kepada minda dan menjadi teman di kala pilu...

tapi, bayu dah 3 minggu tak tasmie' quran.....
alahai :)

INDERA KENCANA said...

Dulu masa kecil, kalau malas baca Al-Quran, Mak akan rempit dengan selipar jepun.
Pedih ooo...

blackpurple @ jowopinter said...

Terima kasih kerana entri yang mengingatkan sesama manusia ini.

Dulu, teringin menghafal AlQuran, tapi tak mampu. Setakat ayat lazim dan surah Yassin, itupun merangkak-rangkak :)

Agaknya konsep Islam yang ada 'had' dan 'hari'nya itu berbangga dengan 'menanam' AlQuran di bumi dari 'menanam' isi AlQuran di sanubari. Bukan mengata , saya cuma kata 'agaknya'.. :)

Iman Mawaddah said...

Bang gugar,
Salam, mudah2an kita beroleh keberkatan.

Bayu Senja,
Hikmah dan rahmat Allah yang penuh dengan keasyikan.

p/s: Saya sedang pulun novel Ayat-ayat cinta karya penulis muda Indonesia berkelulusan Al-Azhar. Fikiran saya lansung teringat kepada Bayu, Bang Gugar, Hakim dan Anjang. Kalian bertuah menuntut ilmu di bumi Anbiya mendalami ilmu Al-Quran. Mudah2an ilmu yang di bawa menjadi penyuluh kepada insan yang masih berada di dalam kegelapan :)

Indera,
Wah..itu sudah bagus main baling selipar/tikam selipar dengan mak hehe.

BP,
Sekurang2nya anda mampu menghafal. Macam saya, kalau yassin memang saya tidak hafal. Tetapi bila mendengar orang membaca automatic saya boleh ikut mengalunkan tanpa melihat kepada surah berkenaan.

Tanam dalam hati sanubari mana ada orang nampak. Kita hendak bagi orang nampak..biar orang tahu dan kenal siapa kita..'agak' nya la kot :)

akirasuri said...

salam.
entah kenapa. saya kurang berkenan dengan amalina. heh~ wajar ke?

tapi sikap membelakangkan siti fatimah itu bukti wujud anak-anak tiri dalam sistem pendidikan kita. alahai.

Iman Mawaddah said...

Salam Akirasuri,

Amalina ermm ntah lah banyak juga dengar cerita-cerita negatifnya. Sejauh mana kebenarannya, saya kurang pasti.

Siti Fatimah kan bersekolah di Kelantan, Nadiah di Johor..memang patutlah Nadiah diglamerkan, dicanang habis2an sebelum keputusan diumumkan lagi hahaha..logiknya ada kan?

Anonymous said...

hmm..amalina pernah menjadi inspirasi saya dr segi pengurusan masanya,tapi ialah..setiap org ada kekurangan dan kelebihan yg t'sendiri,kita amik yg baik yek!

Iman Mawaddah said...

Ku,
Salam.
Ya betul..kita sendiri tidak sesempurna mana. Mana yang baik kita jadikan panduan, yang buruk kita jadikan sempadan.