Wednesday, March 07, 2007

Renung-renungkan

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakhbar

Pernah suatu ketika Sayidatina Fatimah yang amat keletihan keperitan hidupnya mengadu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah SAW merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya. Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan.

Saya sedang bermarathon dengan masa menyiapkan tugasan-tugasan saya. Mujur ada yang sudi memberi pinjam keyboardnya kepada saya menggantikan keyboard saya yang "terbakar" dan juga buat yang sudi menunjukkan butang "new post" pada saya..hehe..hanya saya dan mereka itu yang memahami. Pa'chik terima kasih mp3 tu..kalau ada yang best lagi jangan lupa attachkan sekali.

Wanita

Wajah selembut bayu
Lenggang dan lenggokmu
Keperibadian wanita
Ayu

Di dalam keayuan
Ada kekuatan
Engkaulah racun
Kau penawar
Insan

Bagai dermaga di pelabuhan
Diri gagah sendirian
Hadapi gelora kehidupan
Kau memberi
Menerima
Menempuhi segala dengan rela

Tapi ada masanya
Engkau api panas membakar
Ada ketikanya
Kau penawar bisa
Kaum wanita ciptaan istemewa

Suka duka berganti
Rahsia tersembunyi di hati
Tabahnya hatimu
Beriman berilmu
Wanita sumber ilham selalu

Wanita...
Engkau bulan, engkau juga suria
Wanita
Kerana keistimewaanmu
Terpikul segala amanah di bahumu..Selamat Hari Wanita


Hanya Suatu Kebetulan...

25 comments:

BaYu SenJa said...

alahai, simpatinya :)

semoga susah itu bertukar senang nanti. macam kisah yang iman bawa..
hehe

Iman Mawaddah said...

izinni,
Sekadar memenuhi ruang new entry

Bayu,
Syukran..saya terpaksa bermarathon dengan tugasan kerana saya ingin bercuti minggu depan hehe :)

Pa'chik said...

hmm...
ada satu ceramah pasal ni, tapi, takut tak paham pulak, kuliah dari TG Nik Aziz.

Iman Mawaddah said...

Pa'chik..kasi saja..saya dah biasa dengan loghat pantai timur ni..cuma tak reti nak sampuk je :)

khairyn said...

salam iman,

entahlah, apa yang saya dapat baca dari cerita ni cuma tentang pengorbanan wanita itu terlalu besar sehingga Rasulullah ajarkan zikir, tahmid dan takbir istimewa untuk menjadi santapan jiwa.

AKMA said...

Salam buat Iman. Maaf lama tidak bertamu. Alhamdulillah, thesis defense selesai tadi. Bakal pulang ke bumi Malaysia 11 Mac 2007.

Iman Mawaddah said...

Khairyn,
Memang benar pengorbanannya terlampau besar. Rasa cinta kepada Allah dan juga Rasulullah juga saat besar. Sehinggakan dia mengkafankan dirinya sendiri semata-mata kerana cintanya.

Akma,
Tidak mengapa saya faham. Pasti sedang membilang hari detik gemilang untuk menatap wajah isteri tersayang dan anak2 tercinta. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik. Selamat pulang saya ucapkan. Sampaikan salam saya buat Kak Linda dan anak2.

RaFFLeSiA MeRaH said...

baru pagi tadi dengar kat radio IKIM pasal zikir, tahmid dan takbir nihhhh...rasa insaf betul bila ustaz tu kata, utk sesiapa yg benar2 insaf, ketika itu baru kita terasa kasih syg Allah pada kita....

achik said...

wah byk sgt keje sampai terbakar keyboard... ;p

zwitterion said...

:)

Bunga Rampai said...

Salam Iman,

Terima kasih entri ini.

p/s keyboard terbakar? Banyak sangat blogging kut? :D ... gurau!
Saya sebenarnya mencari ruang untuk bergurau-gurau lepaskan tekanan masa yang menghambat :)

INDERA KENCANA said...

Ingatkan bermarathon naik tangga KL Tower...

Iman Mawaddah said...

RM,
Allah memang sentiasa mengasihi hambaNya..cuma kita sahaja kadang ingat kadang lupa akan DIA.

Achik,
Keyboard terbakar adalah gelaran yang diberi oleh seorang senior reporter yang teruja apabila melihat keyboard saya dok diam tanpa "berkata sesuatu" di iman mawaddah je hehehe

Zwit
:) juga

BR,
Salam..erkk banyak blogging ke? hehe...ni pun dah kena perli sebab itu la wujud entri ini. Tiada hal untuk bergurau..dari dok mencuka je pressure juga :)

Indera,
Ini marathon sel-sel otak..tak memerlukan tenaga tp masih meletihkan :)

Pa'chik said...

kalau paham tak pe la, nanti aku muatnaik.

BaYu SenJa said...

nak ucap selamat berangkat pulang pada akma di sini.. boleh?!
wokeh...
SELAMAT HARI WANITA !!!

Iman Mawaddah said...

Pa'chik,
ok..terima kasih..jangan tangkap muat udahla ya hehe

Bayu,
Dipersilakan..mudah2an Bro Akma membacanya.

izinni said...

Bagai dermaga di pelabuhan
Diri gagah sendirian
Hadapi gelora kehidupan
Kau memberi
Menerima
Menempuhi segala dengan rela

huh! ko dah mengolah lagu kegemaranku sesuka rasa jiwa. hehhe

bukan "Diri" tapi "Berdiri"

bukan "gelora" tapi "gelombang"

Iman Mawaddah said...

hehehe izinni iye kaa..tak pelahh saje nak test awak ingat tak ingat lirik ni hehehe

Unknown said...

selamat hari wanita :)

Iman Mawaddah said...

lindosh
selamat hari wanita juga :) ..

p/s: kenapa saya tak boleh tinggal komen dekat kotak anda?

hakim dirani said...

Allah akan memudahkan urusan anda, insyaAllah.

Anonymous said...

wanita itu ciptaan istimewa...
tak terlambat kan..untuk ucapkan selamat hari wanita untuk semua wanita di sini...

iman...anda telah di tag :)

Sang Perba said...

selamat hari wanita

Iman Mawaddah said...

Hakim,
Terima kasih.

Indah Sakura,
Alamak..tag lagi..hehe selamat hari wanita untuk Indah Sakura juga.

13 May,
:)

jerangkung,
Terima kasih

Anonymous said...

boleh email mp3 wanita ni? ke kantoidotcom@hotmail.com
tq