Ini dia projek saya sempena cuti malas 2 hari...
Jaja, sepupu rapat saya bakal melahirkan cahayamata sulungnya InsyaAllah bulan Mei akan datang. Sudah menjadi kewajipan mak setiap kali kelahiran cucunya pasti sibuk menyiapkan sarung tilam dan bantal si kecil dengan sentuhan seni sulaman tangannya. Dan saya pastinya akan menolong mana yang patut walaupun tahap kecekapan menyulam masih berada di "bawah paras laut" berbanding dengan mak.
Memandangkan Jaja sudah kematian ibu semenjak berada di tingkatan tiga, mak merasa simpati lansung ingin menghadiahkan Jaja seni sulaman tangannya sebagai tribute kepada Allahyarhamah Mak Lang saya. Dan sekali lagi saya tidak terkecuali terlibat dalam projek khas ini.Walaupun mak hanya mengamanahkan saya tugasan yang sedikit untuk disulam (sebab mak tahu tahap kecekapan saya masih belum dipercayai sepenuhnya hehe), saya tetap berpuas hati kerana dapat menghadiahkan sesuatu yang istimewa untuk sepupu merangkap sahabat akrab saya.
Dan gambar yang ini pula adalah antara projek sulaman saya di awal penglibatan saya dalam seni sulaman. Kalau anda hendak tahu, sulaman kusyen di atas saya ambil masa 2 tahun untuk menyiapkannya. Itupun ketika saya terlontar jauh di pantai timur. Kalau saya berada di Kuala Lumpur entah berapa tahun la agaknya masa yang diambil untuk menyiapkannya.
Ada sesiapa berminat untuk memilikinya? Silalah buat tempahan sekarang jika anda mahu menggunakannya di tahun 2009 hehehe
Monday, March 12, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
aku, sebenarnya masih lagi sangsi, betul ke kau yang buat semua sulaman tu.. haha...
tapi kan, kenapa beza sangat kaler ros dalam gambar last tu.
kalau 2009, maknanya bayu akan dapat free la hasil sulaman iman.. kan?kan?kan? mana tau, rasanya 2009 tu dah sampai masa bayu layak terima hadiah tu kot ;)
Pa'chik,
Demo bukan orang pertama yang tak percaya...pakcik, makcik dan sepupu saya sendiri tak percaya pada mulanya hehe..tapi saya ada saksi..bonda, ayahanda, adik beradik, kawan-kawan yang pernah tinggal bersama dulu tahu aktiviti saya yang satu ini.
kaler ros berbeza ..itulah seni..sebab kalau satu kaler nampak macam satu blok je..tiada serinya.
Bayu,
Bayu hendak terima baby ke 2009 nanti? Bayu punya pasal boleh aje saya buatkan..janji ongkosnya menarik hehehe..mata duitan betul saya ni.
Ok.. satu set berapa harga... xder diskaun ka?
jahit baju kurung tau la, sulam langsung tak tau..x de masa la nak blajar sulam2 ni..(malas sebenornya)..:)
takla, takde kaler yang nampak tak banyak sangat beza dia. macam merah muda ngan merah tua. itu lebih kepada pink.
owh berminat.. tapi saya nak pree hehe juz kiddin :P
cantiknyerrrr....ingatkan 2 bulan, nak gak menempahnya, rupa 2 tahun...hehehehe...takperlaa...
fuaaaahhh..lawa giler! sukela benda2 seni gini..tp nak buat tak reti
wah2 iman pandai menyulam... selalu cam minat gak tgk org buat sulaman, cross stich dan sewaktu dgnnya tapi tangan keras hehehe...
Salam,
Iman, lama tak jengah ke sini. Bz.
Cantik sulaman tu....akak pun macam bayu la...nak minta free :-)
Lama2, iman terpaksa la tutp kedai angkara kawan2 :-)
dulu masa kekecik ada la menyulam ni tapi lepas tu banyak menyelam dari menyulam! hehehhe
you're gifted, dear. continue. bukan senang nak dapat skil macam ni dan tak ramai juga yang ada kesabaran untuk mengunggulinya. :)
Cantiknya sulaman tangan. Patut harganya mahal..
sy pnh blaja..sy pnh blaja...wat bunga gak..yg guna benang sulan n satu jenis jarum..yg kita just cucuk tarik cucuk tarik tuu..yaaa
Sunan,
Hendak tempah untuk anak jugak ke? Tengok catalog dulu..pilih design..harga boleh dirunding hehehe
Zwit,
Kira ok la tu pandai jahit baju kurung. Saya pun bukannya rajin..cuma kesian tengok mak bersemangat seorang diri...so saya pun joint venture la.
Pa'chik,
Mungkin quality gambar kurang jelas kot..Di luar ni tak de warna pink pun.
Lin,
Kalau nak free copy paste je gambar tu..dah tentu FOC nya hehehe
RM,
Hehehe..ntah ada umur ke tidak saya ni masa tu nanti ya hehe
Dayah,
Belum tahap gile lagi..masih waras ni :P hahaha
Achik,
Tidak lah pandai mana pun, ni pun bila mak dah "paksa" baru lah terkial2 belajar.
Iffah Humaira,
Salam kak, itulah tengok blog akak dah bersawang dah. Tak perlu tunggu tutup..belum buka kedai lagi dah habis modal bagi kawan-kawan hehe.
Izinni,
InsyaAllah..doa2kanlah kemalasan saya tidak berada di tahap kritikal.
Indera,
Harganya mahal kerana pemerhatiannya kena lebih.
Trudgealongmynothingness,
Mak aii panjangnya nama hehe..pernah belajar ya..wahh cayalah..orang kata bila orang laki buat kerja perempuan selalunya lebih menarik. Betul la tu guna benang sulam dan jarum khas. Setengah orang guna ram, tapi saya tak pandai guna ram. Nama je cucuk tarik..skillnya banyak. Saya baru belajar dua jenis skill sulam.
"Pa'chik,
Mungkin quality gambar kurang jelas kot..Di luar ni tak de warna pink pun."
bunyik cam tak tahu menari dikatakan lantai tinggi rendah.. haha...
tak pe, cantik dah tu.
Memang tak tahu menari pung :P :P :P ...fire pa'chik..hehe
Seronoknya kalau boleh belajar sulaman nie, tapi semua sedara tak tau. Yang taunya cross stich aje. Kalau belajar cemana pulak bayarannya?? :-)
salam kenal iman,
Wah.. kamu berseni sekali ye? Baguslah, sifat keperempuanan itu harus dikekalkan walau dunia beredar. Sayangnya saya tidak mendapat pendedahan awal untuk sulam-sulaman, sekadar menjahit crossstitch seadanya. Itupun kala masih bujang :)
Eh! Mana saya punya.
Bukankah saya juga 'sepupu' merangkap 'kawan baik' Iman? hahahaha.
p/s : Pernah dulu buat cross-stitch. Di depan cantik la di belakang hahaha.. berselirat benang!
PH,
Nak belajar ya..hehe saya belum layak untuk bergelar guru dalam bidang ini. Tau cross stitch pun dah cukup baik. Saya tak pandai cross stitch.
Izariza,
Salam kenal akak. Saya pasti hembusan Bayu membawa akak ke mari kan? Saya ni kalau tidak kerana desakan bonda yang cintakan seni sulaman tangan jangan harap la saya hendak belajar hehehe. Itupun jahitan2 biasa macam baju kurung semua tu masih failed lagi hehe.
Khairyn,
Oh ya..lupa pula..sepupu sepusat sepusing..atuk lain-lain nenek asing-asing hehe. Jujurnya, saya tidak suka dan tidak pandai jahit cross stitch..sebab hendak kena plan betul-betul dan bilang silang pangkahnya. Silap plan tu yang berselirat belakangnya tu hehe. Tetapi saya suka tengok hasil kerja tangan cross stitch orang lain.
Berbanding dengan sulam macam ini saya bebas bermain dengan warna..sampai ada yang begitu prihatin terhadap tarian warna yang saya gunakan hahaha.
weh, bila nak ada entri baru nya? atau ko masih sibuk menyulam ni? haha..
salam buat penyulam,
bila ada buat lelong saya yang terakhir sekali meletakkan harga.
cantik.. sungguh!..
(",)
pa'chik,
Tempahan banyak tak siap lagi ni..customer pulak dah makin ramai sejak promote kat sini haha.
bang_gugar,
Salam buat penengok sulam,
Terima kasih datang berkunjung. Nak lelong? Rasanya belum sampai tahap layak dilelong. Kualitinya belum capai ISO tertentu :)..Tapi kalau capai pun saya tidak lelong rasanya..simpan di muzium sendiri untuk tatapan generasi akan datang...cheewaahh macam bagus je ya..hehe
gugar tu panggel ko penyulam, teringat pulak leftenan penyulam dalam katun alam perwira. lama tak baca.. haha..
pa'chik jeles kaa tak dipanggil penyulam hehe..katun alam perwira?? tak baca..pendekar laut baca..tu pun sebab ada orga hehe
ni bukan takat keyboard terbakar, sulam pun hangus sama ... hhehehe
lamanya kena tunggu. sampai 2009.
SUDAH LA MENYULAM TU, KANG AKU RAMPAS BENANG SAMA JARUM TU BARU TAU!!!
izinni,
Bukan tu je..mata pun dah terbakar dah ni hehe
Inilah saya,
biasalah tu nak jamin kualiti yang baik.
pa'chik,
Cakap je la pa'chik pun nak belajar nyulam sama haha..tak yah rampas..saya kasi satu set untuk pa'chik belajar...resit claim kemudian haha
Post a Comment