Saturday, March 03, 2007

Keluh si hati kecil

Malam tadi saya pulang lewat. Jarum jam sudah menginjak ke pukul 1.00 pagi. Orang lain sedang enak dibuai mimpi.. dan saya baru sahaja pulang ke rumah dengan pakaian kerja yang seharian tidak tukar-tukar. Saya tahu mak dan abah pasti risau kerana saya tidak pernah pulang selewat ini. Ya Allah.. saya sangat menyesal tatkala melihat wajah-wajah kesayangan saya tidak tidur menanti kepulangan saya.

Mengapalah kali ini saya terpedaya dengan ajakan kawan. Selalunya saya berupaya mengelak. Tapi kali ini saya gagal...gagal untuk mengelak...gagal dengan kata-kata manis seorang kawan. Benarlah kata orang, sekuat mana hati kita, syaitan pasti akan membisikkan. Anda..jangan salah faham. Saya tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama. Saya hanya terpedaya dengan plan pemasaran sebuah jualan lansung.

Asalnya saya sudah menolak terang-terangan. Tetapi dua orang kawan mengajak saya. Lantaran sedikit teruja untuk melihat seorang jutawan berjaya menjalankan strategi jualan lansungnya, akhirnya saya mengalah. Hebat memang hebat. Dalam masa setahun pendapatan bulanan sudah mencapai puluhan ribu sebulan. Dan dalam masa empat tahun pendapatan bulanannya sudah mencecah ratusan ribu sebulan. Kereta mewah sudah banyak yang dimenanginya. Memang amat mengagumkan melihat seorang wanita beragama Islam gah berucap sebagai seorang jutawan.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Saya sudah gelisah. Akhirnya bagai terpukau saya dihampiri untuk menjadi ahli. Puas memujuk..akhirnya saya bersetuju. Setelah dipujuk menjadi ahli, saya dipujuk secara halus untuk membeli produk keluaran syarikat tersebut. Lebih menyakitkan, rantai tangan pemberian emak yang sudah lama tidak saya tanggalkan di"pujuk" untuk di tolak dan diganti dengan pembelian barang-barang syarikat tersebut. Mujur saya berkeras. Sempat saya meninggikan suara menentang perbuatan mereka. Tapi entah macam mana..akhirnya saya terpedaya juga dengan menghulurkan kad kredit yang jarang saya gunakan.

Apa yang saya buat ini. Entahlah..keluh si hati kecil. Saya akui memang saya mengagumi wanita-wanita yang berjaya mencapai pendapatan bulanan puluhan ribu dan ratusan ribu. Juga mampu memiliki kereta-kereta mewah hasil pendapatan mereka. Tetapi saya bukan jenis itu..tahap materialistik saya tidak sampai ke situ. Saya tidak impikan pendapatan sebegitu banyak kerana saya tahu ada harga yang perlu dibayar untuk memiliki pendapatan segitu rupa. Dalam Al-Quran dan Al-Hadith telah menyatakan, orang yang kaya adalah orang yang paling lambat masuk ke syurga kerana mereka perlu dihisab satu persatu dari mana sumber kekayaan yang mereka miliki dan ke mana aliran harta yang mereka miliki seperti sahabat nabi Abdul Rahman bin Auf dan juga Nabi Allah Sulaiman (maaf jika saya tersilap fakta, adik-adik saya di Damsyik jika silap betulkan saya).

Memang tidak dinafikan, dunia hari ini semuanya memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur ini. Dengan kos sara hidup yang serba meningkat pasti amat menyeksakan golongan-golongan tertentu. Memang benar apabila ada wang urusan pembelian kereta, rumah dan lain-lain asset mudah dilakukan tanpa memeningkan kepala.Tetapi bagi saya kebahagiaan seseorang insan itu tidak bergantung kepada banyak atau sedikitnya wang yang mereka miliki. Kebahagiaan itu datangnya dari hati. Jika kita meletakkan Allah di dalam hati pasti kebahagiaan itu kita miliki tidak kira kita seorang yang miskin atau pun kaya. Saya sangat-sangat tidak setuju apabila jutawan itu mengatakan apabila ada wang maka hidup pun aman damai. Ibaratnya wang adalah punca ketenangan hati. Si dia menyatakan yang dia tidak pernah bergaduh dengan suaminya sejak bergelar jutawan. Boleh percaya ke? Ibarat kata pak ramlee sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Bahagiakah sang suami dan anak-anak apabila si isteri sibuk menguruskan perniagaan yang bukan sahaja tertumpu di Kuala Lumpur malahan di serata pelosok negeri juga di Brunei dan Singapura? Ah..tidak..semua ini karut...keluh si hati kecil lagi. Tertunaikah tanggungjawab seorang isteri dan seorang ibu apabila hampir setiap malam sibuk melatih downliner hingga hampir larut malam? Maniskah seorang wanita yang belum berkahwin bekerja dan ke hulu hilir menghantar dan mengambil kumpulan sasaran hingga larut malam? Itu belum ditambah dengan aktiviti syarikat di setiap hujung minggu...ah karut!

Lagi satu perkara saya tidak puas hati...Sesungguhnya manusia hari ini menjadi terlampau materialistik! Sanggup mengejar kekayaan tanpa mengambil kira asal usul sumber kekayaan atau pekerjaan yang diperolehi. Malam tadi, setelah mendaftar sebagai ahli, baru saya terperasan yang pengarahnya adalah seorang yang berbangsa lain dari melayu. Ah!..saya terperangkap!..keluh si hati kecil. Saya kurang senang apabila melihat bangsa sendiri yang beragama Islam bersungguh-sungguh memperjuangkan sebuah syarikat milik bangsa lain yang bukan beragama Islam. Selama ini saya cukup berhati-hati dengan ajakan rayuan seumpama ini samada yang nyata atau yang tidak nyata seperti swiss cash, abb fund dan em-pay. Tapi kali ini saya benar-benar terkena. Duit dan kekayaan bagi saya adalah ujian Allah pada seseorang. Berhati-hatilah bila melibatkan diri dengan perkara-perkara yang berkaitan pendapatan. Bukan mudah untuk menguruskan dan jangan biarkan darah yang mengalir di tubuh anda dan keluarga anda terjebak dengan unsur-unsur yang diragui. Lagipun perniagaan seumpama ini bukan mudah untuk dijaga kerana saya sendiri pernah mengikuti kisah kegemilangan seseorang. Namun akibat tersilap langkah, duit hilang entah ke mana, keluarga berpecah entah ke mana dan diri akhirnya tinggal sebatang kara.

Untuk pengetahuan (sekali lagi saya mohon jika tersilap fakta betulkan saya), di dalam Islam ada empat tahap kepengunaan
1. Daruriyyat - keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian
2. Hajjiat - keperluan yang melengkapi keperluaan asas contohnya kereta untuk memudahkan bergerak dari satu ke tempat ke tempat lain
3. Kamaliat - keperluan yang lebih baik dari hajjiat contohnya jika sebelum ini pakai kereta Perodua Kancil kini pakai kereta Toyota Vios.
4. Tarafiyyat - Barangan yang melampaui batas umpamanya gelas dari emas.

Tahap tarafiyyat adalah haram dalam Islam. Apabila seseorang Islam itu sampai ke tahap Kamaliat, maka berhati-hatilah kerana ujian demi ujian akan datang ke atas anda. Ujian yang paling hebat adalah perasaan riak dalam diri seseorang itu.

Tidak salah untuk menjalankan sebuah perniagaan..tetapi pastikan sumbernya halal dan tidak terlibat dengan sebarang unsur yang mencurigakan. Sirah telah membuktikan bahawasanya Saiditina Khadijah juga seorang peniagawati yang hebat. Tidak salah untuk menjadi mata duitan. Tetapi berpada-padalah kerana pada saya apa gunanya berpendapatan puluhan ribu dan ratusan ribu jika hubungan dengan DIA semakin berkurangan.. Apa guna menjadi jutawan jika sinar kebahagiaan sebenar tidak terpancar di sebuah wajah mulus sekalipun ianya dihiasi indah dengan lapisan warna-warna pelangi bergemelapan. Yang kita kejar adalah akhirat sana yang kekal abadi. Islam tidak menggalakkan kekayaan yang melampau. Islam itu serba sederhana merangkumi kejayaan seluruh ummah.

Maafkan saya andai ada yang terasa dengan bicara tanpa suara dalam rentak irama yang agak keras ini. Bukan kerana saya ingin menunjuk pandai tapi kerana kekesalan yang terdetik di hati kecil. Kesal kerana termakan pujukan kawan dan kesal membiarkan wajah-wajah kesayangan saya menanti penuh kerisauan. Saya juga manusia biasa yang mudah tersilap dan sentiasa dalam proses membetulkan kesilapan. Kebahagiaan, kekayaan dan ketenangan adalah terletak pada jiwa dan rohani yang bersih bukan pada kekayaan duniawi…itu yang saya cuba kejar sebenarnya..ah hati kecil ini mengeluh lagi…

34 comments:

Pa'chik said...

dulu, sorang kawan pernah digempur selama setengah bulan oleh sekumpulan agen jualan ni, bayaran masuk kena dalam 1k++. Bila saya tau, memang terasa lawak pasal, mamat tu kerja kat kedai makan, mana logiknya dia nak dapatkan duit tu dalam masa yang singkat.

Sanggup mereka gunakan budak-budak perempuan untuk memujuk hingga ke pagi, yang terlintas di benak fikir masa tu, perempuan tu sanggup keluar sampai jam 2 pagi untuk memujuk orang, bagaimana kalau ada yang ajak balik untuk amek duit, konon-kononnya la, lepas tu dikendurikan beramai-ramai, sia-sia saja.

Sorang kenalan yang sudah berjaya dalam bidang ni kata, untuk berjaya, kita perlu cari 'robot-robot yang sanggup berkhidmat' yang sanggup menghabiskan masa untuk carik orang baru setiap saat dan ketika.

Iman Mawaddah said...

Pa'chik
Betul kadang-kadang kumpulan sasaran mereka ada yang tidak logik.

Tentang perempuan..memang banyak yang bahayanya. Malam tadi hampir 98% orang yang hadir adalah wanita. Untuk satu part saya faham niat mereka baik untuk membantu kaum wanita berdikari mencari pendapatan tambahan tidak kira status wanita tersebut. Tapi apa yang buat saya terfikir seorang wanita bekerja hingga lewat tengah malam memancing undi untuk mengukuhkan rangkaian adalah sesuatu yang perkara yang tidak masuk akal. Kerana pelbagai unsur-unsur fitnah dan unsur-unsur kejahatan mudah sangat wujud dalam kepekatan malam.

Ya, memang benar jika ingin berjaya dalam MLM, kena pandai pilih robot dan pastikan robot2 itu berfungsi. Tapi sampai bila? Saya rasa macam tiada life hampir 24 jam dok monitor robot2 supaya income bulanan tidak terjejas. Bagi saya baik buat business yang kita sendiri menjadi initiatornya lagi puas hati. Nak2 bila ia berkembang atas trademark kita. Cakap macam best je ya hehe..pa'chik jom kita buat partnership..target customer sudah semestinya dua reporter kecoh kita..hehe sape tu? sendiri mau ingatlah.

Ermm ntahlah, terpulanglah pada individu masing-masing.

Pa'chik said...

dua reporter tu? haha.. mereka dah sibuk dengan kerja harian, memang tak jalan punya bisnes. Sorang nak jaga sepital, sorang lagi nak kena pantau pekerja bawahan yang tak berwibawa.. hahaha...

Anonymous said...

Iman mawaddah...

Dikatakan semasa Abd Rahman bin Auf membawa masuk unta2 yg membawa hartanya ke mekah, habis berdebu seluruh ruang angkasa di Mekah dek kerana banyaknya unta yang membawa hartanya sehingga seluruh masyarakat mekah terkejut...walaupun banyak hartanya di infakkan ke jalan Allah namun beliaulah sahabat terakhir yang masuk ke syurga..itupun sambil merangkak...

Saya juga terpedaya melabur sebanyak US 50 dollar sebagai permulaan dalam ABB Fund baru2 ini walaupun dah diingta bayak kali oleh suami...ntahlah...bila tengok kawan2 ambil keuntungan pelaburan terkesan juga...

Pa'chik said...

dalam satu riwayat mengenai saiyidina abdul rahman bin auf r.a tu, dikatakan saidatina aishah yang memberitahu beliau tentang hal ini yang mana kemudian saiyidina abdul rahman telah mensedekahkan keseluruhan hartanya itu. dikatakan ini telah membebaskan beliau dari terpaksa merangkak untuk memasuki syurga itu. Lupa sudah kat mana baca riwayat ni.

Iman Mawaddah said...

pa'chik
Sorang tu kita sogok kan dengan unsur2 kucing..kita buat business hospital veterinar kucing bagi dia jaga. Dan yang seorang lagi kita sogokkan dengan unsur-unsur ikan keli..suruh dia masak masakan berunsur ikan keli. Untung dari mereka kita share berdua guna konsep mudharabah (perkongsian untung) amacam? hehe

Hani Sumayyah dan Pa'chik
Adanya sirah umat terdahulu bertujuan memberi panduan kepada umat Islam akan datang. Allah berhak untuk memberi dan menarik balik daripada mereka-mereka yang terpilih. Maka beruntunglah bagi mereka yang beringat akan harta itu hanya pinjaman. Dan rugi lah bagi mereka yang takabbur dengan harta yang dipinjamkan.

Abdul Rahman bin Auf insan terpilih di kalangan sahabat yang juga termasuk dalam golongan ahli sunnah wal jamaah. Seseorang yang menginfaqkan hartanya ke jalan Allah lantaran menyedari harta itu hanya pinjaman untuknya. Berlainan pula dengan Qarun yang diuji dengan kekayaan akhirnya mati tertimbus dengan kekayaan nya sendiri lantaran terlampau tamak dan takabbur dengan harta pinjaman Allah.

Kita tergolong dalam golongan mana? Tepuk dada tanya iman di hati..bukannya "iman mawaddah" :)

Kak Hani,
Berkenaan dengan abb fund terdapat unsur-unsur gharar (ketidakpastian) dan maisir (gambling). Untuk maklumat lanjut boleh layari catatan Bro Ku Keng di http://keraskeng.blogspot.com yang bertajuk Tuan Mufti...wallahuallam.

hakim dirani said...

Saya juga pernah dengar tapi masih tak tahu kekuatan hadis itu. nanti saya rujuk insyaAllah.

BaYu SenJa said...

kan sikap manusia itu senang suka kepada kebendaan?
tetapi bagaimana nak melatih mata supaya tidak terliur dengan keindahan kebendaan.. itu yang difikir bayu:)

jangan balik lewat dah tau..;)

Iman Mawaddah said...

Hakim Dirani
Terima kasih..nanti update saya ok.

Bayu Senja
Bukan sikap..tu lebih berbentuk kepada nafsu kan?

Tak pernah balik lewat pun selama ni..taubat dah.. janji tak buat lagi!!!..InsyaAllah :)

Anonymous said...

dulu pernah juga diperdaya oleh kawan dengan pelbagai tektik untuk turut sama dgr ceramah pasal MLM, tapi alhamdulillah setakat ini belum lagi terpedaya untuk melabur dalam sistem sebegini...

izinni said...

hmmm ada yang "mengumpat" rupanya .. takpe, takpe. :-P

MLM ... hmmmm susah saya nak percaya. pernah kena sekali. RM500 terbang melayang. Tobat tak nak join lagi. sekarang kat opis ramai yang dok pujuk untuk masuk em-pay la pulak. tak nak terlibat. biarlah diaorang dapat apa yang diaorang nak. walaupun gaji ujung bulan cukup2 makan je .. alhamdulillah sangat2.

Iman Mawaddah said...

Indah Sakura
Alhamdulillah anda terselamat. Tak salah untuk terlibat tapi saya rasa komitmennya terlampau tinggi. Sedangkan saya ada tanggungjawab yang lebih utama. Ada insan-insan yang perlu saya beri perihatian untuk dijaga perasaan mereka tatkala melihat anak perempuan mereka melakukan pekerjaan di luar batas norma kehidupan seharian.

Iman Mawaddah said...

izinni
Mengumpat dalam terang secara depan2..tak mengapa hehe. A'ahh kalau yang seumpama labu peram tu, em-pay yang terbaru.

Betul kata akak biarlah sederhana. Gaji dapat, keluarga terjamin. Kalau masuk pun dok kalut mikir macam mana nak maintain income setiap bulan..tak tenang juga hidup.

khairyn said...

ewah ewah...

mentang2 kita dok diam, rupa-rupanya ada orang berangan nak buat komplot. Ingat senang ke nak kenakan 2 orang (1 ex reporter 1 lagi acting editor [acting-belakon je tu]).

Dulu pernah orang ajak masuk MLM, ajak dengar ceramah. Pergi. Ajak minum nak bincang2, pergi. Ajak daftar, pergi. Ajak bayarr. Tak moh. Sebab apa? RM3k untuk jadi ahli, gila apa?? Kawan sorang terpengaruh. Langsai hangus RM3k.

Kemudian orang ajak pi dengar ceramah MLM ke 2 kat PJ. Pergi. 3 kali pergi. Ajak jadi ahli. OK saja. Kena bayar RM300 eh eh.. tak pelah. Untuk jaga hati kawan, saya bayar je RM60. Ahli biasa. hehehehe.

Takpelah Iman & pa'chik. Cari mangsa lainlah. Saya nak pi jaga sepital. Mana tau tengah jalan nanti jumpa alley cats ke. Trima Kassseyyyyy.. hahahaha

Iman Mawaddah said...

Khairyn,
Hehehe jangan marah. Saje je cetuskan progranda mengarut..tak de la dull je..hidup kena ceria walaupun hati sedang gundah gelana hehehe

Ermm entahlah saya pun pelik macam mana saya boleh terikut. Selama ini saya berjaya menangkis tapi hantaran tanggung kali ini lebih tajam agaknya.

Pa'chik,
Ada orang tu siap buat entri khas tu menjawab komplot kita untuk jadikan dia target customer hehehe.

Izinni,
Saya gagal meninggalkan comment di blog akak ikan keli. Kena buat something pada setting comment tu. Melainkan lah puan punya blog memang tak bagi orang lain comment :)

zwitterion said...

ada jugak member yg ajak2 msk MLM ni..setakat ni tak termakan lagi pujuk rayu..
next time kena beringat

Pa'chik said...

rasanya blog akak ikan keli tu ada moderation, takleh nak jadikan bilik sembang dah kat ruang komen dia.

Iman Mawaddah said...

Zwit
bagus..betul tu kena beringat

pa'chik
Wartawan lagi bijak..kuasa pena di tangan dia..hehe

izinni said...

waaaaaa .... rasanya iman ni dah kena "pukau MLM" kali ni. tu yang termakan gak pujuk tu. musti power ayat ahkak-ahkak tu kan.

ooppppsss sorry kengkawan. ter-enable moderation mode pulak. tak sengaja, tangan gatal bega-bega. ekekekeke ... dah betuikan dah. jenuh gak carik mana yang tak kena.

dah-dah ... gi sembang2 sana balik. ekekekekke .. jangan maraaa aaaa po'chik

izinni said...

iman,

kuasa wartawan sekarang di papan kekunci komputer :)

achik said...

setakat ni tak penah tergoda nak join MLM ni sbb kakak saya dulu dah selalu 'kena'... baru2 ni ada gak member ajak tp awal saya dah tanya kalau MLM mmg xnak join... ada sorg member chat pun penah ajak 'bisnes' kunun tp maybe dia pun baru join so tak terer 'mengayat' lagi.. tipah tidak tertipu ;p

RaFFLeSiA MeRaH said...

oooo...RM angkat tgn dulu laa nak join benda2 nih sumer....jgn acu pistol sudah lerrr...hehehehehe...

blackpurple @ jowopinter said...

Saya pernah juga berkecimpung dalam Meniaga Larut Malam. Dulu-dulu. Ada juga pengalaman yang ingin dikongsi. Nantilah.

Tapi entri ini memang ada ilmu yang saya boleh pelajari, maksud saya dari segi islamiknya.... Tq.

Purpleheart said...

Mujurla tak diberinya rantai pusaka mak, cuma kad kredit aje jadi mangsa.. tak apalah, anggaplah yang ini suatu pengajaran buatmu. Lepas ini pastikan mak dan ayah diberitahu terlebih dahulu, kesian derang menunggu sampai lewat malam.

Iman Mawaddah said...

izinni
Ye la agaknya kot..pengajaran buat saya. Ohh ya..wartawan juga sudah selari dengan teknologi :)

achik
Oooo nama sebenar achik tipah ya..baru lah saya tau hehe..bagus..teruskan jangan tergoda melainkan anda sendiri owner/pengasas produk tersebut.

RM
Angkat tangan tu maknanya berminat atau tak berminat..konpius neh? Jangan angkat tangan tinggi-tinggi..nanti jadi macam iklan rexona white tu ..tak ke haru hehe

BP
Sengaja saya selitkan beberapa ilmiah untuk membuka mata celik yang buta. Ok, saya tunggu entri BP tentang Makan Larut Malam di Basil..opss silap..Meniaga Larut Malam :)

Purple Heart
Itu bukan gelang pusaka. Kalau pusaka bermakna ia turun temurun. Tetapi ini memang pemberian istimewa bonda di hari bersejarah saya :)

Ermm..ayah dan bonda saya telah dimaklumkan awal. Tetapi ye la hati mana yang tidak risau sebab terlampau lewat..lagipun bukan urusan kerja pulak tu. Saya tidak pernah pulang selewat itu.

kakLuna said...

akak pun penah jugak orang tawarkan peluang buat perniagaan..tp bukan MLM ler..sbuah butik, diminta akak menguruskan...gajinya...fuh juling mata memandang..mmg kakak tu adalah kenalan di internet, kemudiannya 'rapat' selepas bbrp minggu, bila akak cerita ttg nak cari keje yg lebih baik, terus dia bukakan peluang ni..

akak tanya suami, mcm mana kalau nak accept this offer, suami x kisah, tp last2 akak terpikir ttg perlu ke smua ni..tgk gaya hidup 'akak' tu...ke sana ke mari menguruskan bisnes, tinggal anak, suami (penah pula mengaku ada affair dgn pelanggan)..ah, karut..kita mencari rezeki setakat memenuhi keperluan, dan sepatutnya seiring dgn ibadah..

ini, kalau duit berjuta2..tp ibadah, tgjwb rtangga entah ke mana..apa gunanya..

mmg betul 9/10 sumber rezeki dr perniagaan tp, perniagaan yg mcm mana, itu yg kene titikberatkan..

bab MLM ni, memujuk bukan main, tapi bila kita tolak je terus mencemuh..kunun2 kita ni berpkiran ke belakang dan tak mau kejar peluang dan untung...

wallahualam..

13may said...

hehhe....

Iman Mawaddah said...

Kak Luna
Elok la kak..mencegah lebih baik dari merawat. Tidak semua yang dikejar akan dapat. Bukannya senang nak "balance" kan antara keperluan dan kehendak. Jadi biarlah sederhana.

13 May
Suka semacam je tu.. nak cari bini di kalangan business woman ke? hehe Senang pasang lebih ya..eh jangan buat macam tu, tak baik.

izinni said...

errr keyboard terbakor ke?

Iman Mawaddah said...

keyboard.. orang buta depan Globe pinjam ha ha ha...ishh x sayang jarik..

INDERA KENCANA said...

Rasanya lebih baik mendengar kaedah jualan langsung dari pergi main bowling...

Huiii... best, kitaorang main bowling ari tu. Dayah dapat gelaran Ratu. Nak tau Ratu apa, kena tanya dia.. hahahaha..

Iman Mawaddah said...

Huh perli :P

Sapa suh bagi tahu lambat.Kalau tak, boleh tengok saya jadi ratu..ratu gelakkan orang sebab nak cover diri sendiri yang tak pandai main hahaha..Tak pe, lain kali bagi tau awal ya..senang saya plan. Sian Dayah..hehe

Pa'chik said...

oit... tak jumpa butang new post ke?

ni FAIL yang kamu nak hari tu.

Iman Mawaddah said...

pa'chik..posmen tak bagi new post hehehe..

Tenkiu pa'chik fail tu...