Monday, March 19, 2007

Bicara sepi buat teman

Teman,
Hampir setahun lamanya kita tidak berjumpa,
Ketika kau menyatakan hasrat untuk bertemu dengan ku semalam,
Hatiku berbunga riang,
Pasti banyak kenangan lama yang akan kita coretkan semula.

Teman,
Pertemuan yang dinanti tiba jua,
Indahnya persahabatan kita dapat ku rasakan,
Jarak tidak memisahkan kita,
Kemesraan yang terjalin masih tidak berubah.

Teman,
Hadirmu membawa pengkhabaran,
Kau bakal berhijrah mengikut suamimu ke luar negara,
Kita bakal terpisah lama,
Tiga tahun bakal mencatat sejarah.

Teman,
Ku sangkakan itu sahaja pengkhabaran yang kau bawa,
Rupa-rupanya hadirmu membongkar satu rahsia,
Satu rahsia yang lama kau pendam,
Rahsia yang memusnahkan erti persahabatan,
Rahsia yang mencemari kejujuran dan keikhlasan yang ku hulurkan.

Teman,
Aku terpempan saat kau menceritakan,
Tergamak kau melakukan sedemikian rupa,
Menikam sahabatmu dari belakang,
Aku benar-benar kecewa.

Teman,
Entah mengapa hati ini begitu tegar,
Saat kau menangis memohon maaf,
Tiada sedikit pun kata yang mampu ku lafazkan,
Tiada setitis pun air mata yang mampu ku alirkan.

Teman,
Aku jadi keliru dengan kejujuran yang kau berikan selama ini,
Aku jadi bingung memikir satu demi satu lakonan yang kau tonjolkan,
Aku jadi hampa dengan setiap tindakan yang kau ambil,
Aku jadi kalut dengan warna hitam yang kau palitkan pada warna-warna indah persahabatan kita.

Teman,
Maafkan aku kerana meninggalkanmu sendirian,
Aku terpaksa pergi kerana aku bimbang,
Hati yang tegar akan rapuh di depan mata mu,
Aku tidak izinkan kau menjadi penonton kekalahan ku.

Teman,
Ternyata kau tersilap percaturan,
Aku bukan seperti yang kau sangkakan,
Andai kau berterus terang dahulu,
Aku sedia mengalah dan menerima,
Tidak perlu kau aturkan konspirasi menjadikan aku boneka,
Pasti persahabatan kita menjadi lebih indah.

Teman,
Berilah walau seribu alasan,
Masa tidak dapat diundur,
Apa yang terjadi sudah terjadi,
Kau yang memilih mencoret garisan duka pada persahabatan ini.

Teman,
Maafkan aku,
Aku perlu masa untuk memaafkan,
Aku perlu masa untuk memulihkan kepercayaanku terhadapmu,
Aku sedar sebagai orang Islam aku tidak berhak menghukum,
Apatah lagi untuk berdendam ke atas apa yang kau lakukan,
Kerana aku tahu ada yang Maha Berkuasa,
Yang lebih berhak ke atas segala-segalanya.

Teman,
Terima kasih atas persahabatan yang kau hulurkan,
Terima kasih kerana meletakkan aku di tempat yang “terlalu istimewa”,
Terima kasih kerana mengajar aku bahawa penilaian mata hati tidak semestinya tepat,
Terima kasih kerana berjaya menikamku dalam senyap,
Terima kasih menjadikan aku boneka di pentas lakonan mu.

Teman,
Mungkin juga ada khilafku,
Aku diuji dengan kehadiran mu,
Menghulur kasih sayangku sebagai seorang sahabat,
Pada manusia yang bertopengkan kejujuran dan keikhlasan,
Aku pasrah jika ini adalah ketentuanNya ke atas diriku.

Teman,
Walau apa pun aku tetap bersyukur,
Akhirnya aku temui kebenaran,
Atas pengakuan ikhlas mu,
Walaupun ia sudah menjadi luka parah dalam jiwa ku.

Teman,
Cukuplah aku seorang menjadi mangsa ketidak jujuran mu,
Jangan diulangi lagi perkara yang sama,
Mohonlah keampunan dari Allah Yang Maha Esa,
Insaflah di atas segala kesilapan diri,
Ingatlah jika kita pernah buat orang tidak mustahil orang lain akan buat kita,
Allah itu Maha Adil ke atas umatnya,
Jadilah seorang sahabat yang berpaksi atas landasan kejujuran dan keikhlasan.

Teman,
Walau apa terjadi kau tetap ku anggap sahabat,
Sahabat yang berjaya melakar kenangan pahit dalam hidup ku,
Sahabat yang berjaya mengugat kepercayaanku,
Selamat jalan sahabatku,
Semoga kau tidak mengalami peristiwa pahit dalam persahabatan sepertiku.

Teman,
Sekali lagi maafkan aku,
Coretan duka ini ku lakarkan di sini,
Buat pedoman insan yang membaca,
Agar berhati-berhati dalam menilai erti kejujuran dan keikhlasan dalam sebuah persahabatan,
Agar menjadi seorang sahabat yang tidak mengharap balasan yang setimpal.

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
.....berhenti berharap

42 comments:

Pa'chik said...

sajak/puisi kau ni kan...

memang....































panjang!! tak terbaca aku yang jenih malaih baca puisi ni.. haha..

Iman Mawaddah said...

pa'chik,
Tidak perlu baca jika tidak suka..ini sekadar melepaskan apa yang terbuku di hati.

Pa'chik said...

haha.. macam mana buleh timbul lagu silaOnseben tu?

aku. memang malap sikit kalau bab puisi ni. sungguh.

Iman Mawaddah said...

Tak mengapa pa'chik, saya tak marah pa'chik pun :)

Sila atas tujuh tu timbul tanpa diundang..auto pops up :P

~inilah saya~ said...

Semoga iman terus tabah. Begitulah lumrah manusia ni. Selalu mengambil kesempatan selagi boleh.

Tabahkan hatimu...

izinni said...

pa'chik ni aku rasa cam nak luku jer hidung tuh! tak sensitip langsung! :-P

iman,
faham sangat perasaan tu. pernah terkena. sakit sangat. sampai sekarang sukar untuk menyulami rasa yang sama walaupun "sahabat" itu cuba mendekati. lagi dia dekat lagi aku lari jauh. hehehhe ... sabar je la. ada hikmah tu.
ni bukan nak ngajor jadi tak ikhlas .. tapi dalam satu2 perhubungan kalau boleh jangan bagi 100% hati tu. reserve sikit untuk diri sendiri. Ya. walaupun dalam hubungan persahabatan.

just my few cents. :)

Pa'chik said...

oit oit, ada ka nak luku aku.

aku lebih sensitip berbanding alarm keta buatan malaysia la.
cuma kalau luahan dalam bentuk puisi ni, aku tak rajin nak baca.

kalau aku terjauh hati dengan orang, memang takkan baik macam sebelum tu la. ye la, kalau pun rasa tu hilang, tapi bekas tetap ada jugak.

sori ye iman, takde duit kecil macam izi tu nak kasik.

khairyn said...

duit besar pun boleh, apa salahnya.

nyway,
iman.

hati-hati pilih kawan, hati-hati jaga keikhlasan. Entahlah, mungkin kita boleh maafkan dia tapi nak lupa tak senang.

Amalkan petua ni. Kalau berkawan, tunjukkan diri kita yang sebenar. Kalau tak suka kata tak suka, kalau tak boleh kata tak boleh. Kena ada tolak ansur. Kalau ikhlas harus benar-benar ikhlas. InsyaAllah persahabatan takkan terputus.

Betul tak izinni? ;)
Berapa tawun? 10?

izinni said...

errr pa'chik, ko jauh hati ngan aku ke sebab nak luku? ahakss ..

khairyn,
betuiiii .. dari aku practical tahun 1995 sampai sekarang. lama tu.

aku tak suka kau, khairyn! sebab dah elok duduk tenggong atas pagar buleh tengok dari atas apa yang tak kena, ko nak julur kaki masuk belah nun! huhuhuhuhu .. aku tak suka! auuwww! hehehhee

Pa'chik said...

kalau berkawan kena ikhlas ye khairyn? tapi kalau nak lompat ke seberang, kena ikhlas jugak ke? haha...

achik said...

aduss kawan makan kawan... mmg sukar nak lupakan bila sekali kepercayaan digugat... sabar ye iman :)

Purpleheart said...

Bila hayati lirik lagu ni macam terkena pada diri sendiri pula.. pandainya IM tulis sajak.

kakLuna said...

take this positively..
mmg kita manusia tak layak menghukum..kita pun tak sempurna, begitu juga orang lain..

mmg sakit bila dikhianati, akak pun penah merasainya..dan org tu bukan sekadar sahabat..malahan lebih dr itu..lagilah pedihnya..

kdg2 kita tak diuji sebegitu,tp kita diuji sebegini, asalkan kita sabar dan bersangka baik dgn apa yg Allah tetapkan, kelak pasti akan muncul hikmah sebaliknya.

Rasullullah bersabda: "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". (HR Bukhari dan Muslim)

IFFAH said...

Iman,
Indah sungguh kalam-kalam tu.Kagum sekali.

Jemputlah bertandang ke blog akak, sawang dan dibersihkan....tapi masih ada baki :-)

khairyn said...

izinni,

penatlah tinggung atas pagar, sesekali boleh gak turun ke tanah hehehehe.

pa'chik,
tak semestinya saya lompat pagar saya 'kawan' dengan dorang. Kawan ada makna tau! Dah dapat, tinggallah. lalalalala ... kepala dah tak mengong lagi dah.

Iman Mawaddah said...

Inilah saya,
Terima kasih. Biasalah ibarat kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain

Izinni,
Terima kasih dengan syiling2 berharga tu. Kenapa nak luku pa'chik kesian dia. Tapi kalau nak luku juga jangan lupa ajak saya sekali hahaha.

Pa'chik,
Tak de duit kecil boleh bagi duit besar. Tak de duit besar boleh pakai credit card..saya boleh tolong swap kan..tak de masalah.

Khairyn,
InsyaAllah dalam bersahabat saya sentiasa berterus terang..tapi sudah terkena hendak buat macam mana...pasrah atas ketentuan Allah :)

Iman Mawaddah said...

Izinni,
Pa'chik takan jauh hatinya..malah bertambah suka lagi adalah hehehe.

Khairyn tak nak dok tenggong atas pagar sebab tak manis orang perempuan dok tenggong situ.


pa'chik,
Khairyn tu dok kejar jejaka jerman..tak paham2 lagi ke? tu yang sanggup lari ke seberang sana..hehe


achik,
Terima kasih..memang susah nak percaya lagi bila sekali kita dikhianati.

Sue Purple,
Maafkan saya andai ada yang terguris. Saya tidaklah pandai mana. Bahasa pun tunggang langgang. Terima kasih atas entri sahabat di blog akak. Saya hayati tiap bait kata2nya.

Kak Luna,
Ya, saya banyak ambil ikhtibar dari pengalaman ini. Sekurang-kurangnya saya kenali siapa yang boleh dibuat sahabat dan siapa yang tidak. Terima kasih atas titipan nasihat di atas.

Iffah Humaira,
Tiada yang terindah melainkan kalam-kalam Allah. Mungkin bila hati merintih pilu..Allah mendatangkan ilham kepada saya..lalu terhasil lah apa yang akak baca itu. InsyaAllah nanti saya ziarah blog akak ok.

Khairyn,
Gayat ehh dok atas lama2? hehe

Pa'chik said...

oit, ko tau ke khairyn tu nak ke seberang mana? Bukan seberang takir la.
err.. nak tulung swap buleh, tulung bayar outstanding belen dulu la.

Iman Mawaddah said...

Erkkk Khairyn nak ke seberang mana? Kalau tak seberang takir ..seberang prai ke? Kalau macam tu, bak sini nombor akaun, saya zerorize kan outstanding balance yang ada dalam tu hehe

khairyn said...

Syyyy.... jangan bising-bising. Kang tak jadi lompat kang.

izinni said...

uiksss penat tenggong ek? takpe laa .. dapat apa2 kongsi ngan aku ek? especially part2 rahasia tuh! hehhehe

Iman Mawaddah said...

Adeh..share la sama ..tak aci la macam ni

Anonymous said...

teman sejati..takkan membeku dikala musim sejuk, takkan layu dikala panas tiba..takkan gugur dikala musim luruh..tapi ia akan sentiasa utuh dan mekar tak kira musim..

Pa'chik said...

teman,
ahh.. malu rasanya
sudikah.. kamu
teman,
aku...
pi bilik ayaq?

sekian satu puisi pendek dari aku.

Iman Mawaddah said...

Indah Sakura,
Terima kasih atas kata-kata tersebut. Hikmah Allah, saya kecewa dengan seorang teman di dunia luar tetapi saya dikurniakan teman-teman blogger yang dapat saya rasakan keakrabannya walaupun hanya di dunia maya.

Pa'chik,
Teman,
Jika itu permintaan mu,
Aku sanggup,
tunggu depan bilik ayaq,
Sambil swap kad kredit mu...

Dah tua2 pun penakut nak pergi bilik ayaq ka? Pi ajak Syabil Iman..tak dela mama dia kelam kabut lagi dah.

Pa'chik said...

takat nak swap buleh saja. jangan nak swipe udah le.

p/s: aku tak pakai kad hutang sebenarnya.

zwitterion said...

sy pun penah ada kawan mcm tu, jauh di sudut hati sy dah maafkan dia,tapi tak boleh nak zahirkan depan dia..malas nak dikenang lagi..

Purpleheart said...

IM,
heheheh, kebetulan aje la lagu tu.. tak kecik ati pun.. bagi kekuatan sebenarnya..

13may said...

This is very good.

Thank you.

ps: Pandai Iman menulis:)

Unknown said...

yeah very gud wan.. kawan oh kawan..

Iman Mawaddah said...

pa'chik,
Nak swipe apa ek? Tak pakai kad hutang tak pe..kita boleh pakai buku tiga 5 hehe.

zwit,
Payahkan..sebab semuanya soal hati. Sekali terguris pasti terkenang walaupun lukanya dah sembuh.

PH,
Hehe..baguslah kalau macam..tok sah di kenang barang yang lepas.

13 May,
Tu dia penyakit David Santos mai jangkit dah :P

Lin,
Ni David Santos version perempuan ka? hehe

INDERA KENCANA said...

Lepas ni boleh karang puisi, Sahabat...
Selamat Tinggal!!

Lalui semua ini. Iman harus merasainya. Untuk menjadikan Iman lebih kuat. Seperti yang telah saya lalui...

RaFFLeSiA MeRaH said...

insafnyer baca entry ni...nak cuba sgt jadi teman yg sempurna di dunia dan akhirat...tapi x termampu dan x kan tercapai...alahai....

Iman Mawaddah said...

Indera,
Nanti lah saya ubah sikit2 lirik lagu selamat tinggal romeo untuk dijadikan puisi hehe

Ya..saya harus tabah laluinya...asam garam kehidupan semua orang pasti akan mengalaminya dalam acuan tersendiri.

Kak RM,
Tiada siapa yang sempurna. Jadi diri kita yang sebenar. Teman yang baik akan menerima baik dan buruk kita seadanya.

Pa'chik said...

selamat jalan romeo da...

Anonymous said...

iman..
tahniah! anda telah ditag sekali lagi..hehee

Iman Mawaddah said...

pa'chik,
Silap eh...sure ex-awek pa'chik pernah nyanyi lagu ni kat pa'chik ..tu pasal boleh ingat haha

Indah Sakura,
Erkss..jiwa tengah sedih dan kacau ni.. mana boleh jawap tag hehe

blackpurple @ jowopinter said...

Puisi ini ada...
Ada sukanya ada dukanya
Ada senyumnya ada tangisnya
Ada tersurat ada tersirat

:)

Pa'chik said...

cheh, mana ada aku kawan ngan minah dangdut.

oit, aku dengar jari-jemari kau pecah-pecah? betul ke? kenapa? sakit lagi ke jari kau tu?

Iman Mawaddah said...

BP,
Ada? ada apa ya? Ada apa dengan puisi hehe..

Pa'chik,
Hehe beria2 benar menafikan tu...

Adehh..dapat tau dari mana ni pa'chik. Cepat betul berita ni tersebar. Ingat nak rahsiakan. Terasa macam glamer la pulak...haha

Anonymous said...

hai iman..

hmm..sedih je sy baca sajak tu..penuh ngan isi tersirat..n pengajaran..buat seorang yang bergelar teman..tapi hati tertanya gak..apa yang c teman buat kat iman ye..hmm..

Anonymous said...

assalamualaikum
jgn sedih sangat nanti merana diri
kekadang kita ingat suatu bencana utk kita, tapi sebenarnya kerahmatan, cuma dia datangn selepas kita diuji. sabarlah sebaik baik perisai

abu muhammad