Friday, March 30, 2007

11 Rabiulawal 1428

Hari ini genaplah setahun Atuk Y pergi mengadap Illahi. Masih segar di ingatan saya betapa kelam kabutnya saya di pejabat apabila mendapat panggilan telefon dari abah untuk pulang segera tengah hari itu. Atuk Y adalah adik kepada opah saya sebelah mak. Satu-satunya atuk yang saya ada setelah saya kehilangan kedua-dua belah atuk sejak berumur 12 tahun. Atuk Y dan isterinya Opah S adalah sumber rujukan agama keluarga. Mak pula merupakan anak saudara kesayangan atuk.

Atuk Y mengidap penyakit angin ahmar. Dia telah terbaring selama 10 tahun lamanya. Isteri atuk, Opah S adalah insan yang paling banyak berjasa sepanjang atuk sakit. Saya memang “tabik spring” melihat ketabahan Opah S. Sesiapa yang pernah menziarahi arwah atuk semasa hayatnya pasti kagum dengan cara Opah S menjaga atuk. Ibarat menjaga seorang bayi begitulah kasih dan setianya opah menjaga atuk. Tidak ada sedikit pun kudis akibat pembaringan yang lama terlekat di badan arwah atuk.

Hari itu, ketika saya sampai di rumah arwah, opah masih tenang memimpin tangan saya melihat wajah arwah atuk di pembaringan. Maha suci Allah, wajah atuk sangat cantik. Sepanjang pengurusan jenazah, opah tidak sedikit pun menangis mahupun meraung. Hujan yang turun lewat petang itu bagaikan berkongsi kesedihan dengan kami. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Tiada lagi insan yang bergelar atuk dalam hidup saya. Al-Fatihah.

9 comments:

Pa'chik said...

al-fatihah untuk atuk y tu. Semoga rohnya, dan roh seluruh kaum muslimin yang telah meninggal dirahmati Allah selalu, dan dilindungi dari siksaan dan fitnah kubur, dan ditempatkan di kalangan meraka yang dikasihi-Nya. Amiin.

izinni said...

AL-FATIHAH.
Sesungguhnya semua yang hidup akan mati juga.

akirasuri said...

:)
Al-Fatihah [sedang membaca di dalam hati]

banggugar said...

salam,
rahimahullah.. al-fatihah,
tabik tu nnati saya mnta gnti ngn spring saya,ok?

(",)

~inilah saya~ said...

Semoga atuk y ditempatkan diantara orang-orang yang mendapat lindung kasih-NYA

blackpurple @ jowopinter said...

AlFatihah untuk almarhum atuk kamu.

SAesungguhnya kesungguhan dan ketabahan orang-orang dulu memang mengkagumkan.. :)

Iman Mawaddah said...

Semua,
Amin ya rab..setiap yang bernyawa pastikan mati jua..setiap yang bertemu pasti akan terpisah jua.

BaYu SenJa said...

rahimahullah...
(sambil baca fatihah untuk atuk)

atuk y, opah s...
wah dah macam majalah hiburan la plak :)

datuk K?!

Anonymous said...

i want to write a composition like your atuk y story. its great. i need tips to writing these kind of stories. can you give me some tips to writing an introduction for a composition? and a conclusion similar to yours. thanks.