Sunday, November 05, 2006

Sindrom Raya

Sepanjang minggu selepas raya merupakan minggu yang sangat2 sibuk bagiku. Kebetulan pula hujung bulan, sememangnya tanggungjawab aku bertambah bila setiap hujung bulan tiba. Tidak cukup dengan itu, PC di pejabat pun turut buat hal akibat tuannya cuti raya seminggu. Agaknya "dia" kempunan lemang kot. Tunggu doktor dia datang merawat, doktornya pun cuti jugak.. ermm nampak gayanya terpaksa ku teruskan kerja secara manual. Barulah sedar diri, selama ini bergantung sangat pada keupayaan teknologi. Sekarang nah..rasakan ambil..Allah bagi "cash". Mujur lah setakat dua hari je..kalau tidak, mau pening aku dibuatnya.

Hari Sabtu pula, mak menjemput adik beradik dua2 belah pihak datang. Jadinya rumah aku ibarat rumah terbuka tapi terhad kepada VVIP sahaja. Seawal 6.30 pagi tanggungjawab merendang mak dah serahkan pada aku. Tapi nama je aku ni masak rendang walhal mak dah sediakan semua bahan2nya. Selain merendang pelbagai lagi aksi kung fu, karate, silat jenis kuali dan periuk yang mak dan aku adik beradik sediakan. Sehingga akhirnya, aku dan kakak menyambut tetamu yang pertama datang dengan pakaian ala bibik. Mujur lah deme datang berperingkat2 jadinya sempatlah kami bergilir2 bersiap memperkemaskan diri. Penat memang penat tapi cukup puas hati. Alhamdulillah..ternyata hubungan yang erat antara kami mewujudkan mawaddah dalam diri masing2.

Ahad pula, giliran abang buat open house..kebanyakkannya muka2 yang sama datang ke rumah semalam berjumpa lagi hari ni. Bergelak tawa bermesra lagi macam la bertahun tak jumpa. Riuh rendah dibuatnya. Pulang sahaja dari rumah abang, aku selesai tunaikan tanggungjawab seorang muslim..lansung tertidur kepenatan. Dan bila aku tersedar, aku singgah untuk meninggalkan jejak di laman iman mawaddah.

Episod kepenatan aku tak berakhir di sini kerana esok...aku kena mengadap kerja2 aku yang tertangguh angkara PC ku yang mabuk lemang. Sebenarnya otak masih beku untuk update blog..tapi ku cuba juga sedaya mungkin sebab seorang sahabat komplen tiada cerita baru dalam iman mawaddah. Dan seorang yang lain boleh tanya aku hidup lagi ke tidak..hehe..alhamdulillah hidup lagi cuma terkena sindrom raya saja.

5 comments:

AKMA said...

biasakan diri dengan penat jerih untuk orang lain...abaikanlah kepentingan diri. Suatu hari nanti...ganjaran yang sepatutnya dilihat di dunia sana...akan tergambar-gambar di mata. Ketika itu...tunduk dan syukurlah kepada DIA.

Iman Mawaddah said...

AKMA..
Betul kata bro tu.Walaupun kadang2 timbul perasaan bosan. Bila difikirkan tentang amanah yang akan dihisab satu persatu..hati menjadi lembut kembali.Namun begitu..aduhai..manusia biasa..mudah sangat lupanya..

INDERA KENCANA said...

Bestnya mengunjungi rumah terbuka. Yang menganjurkan rumah terbuka pun bersuka ria. Cuma part memasak itu agak melecehkan.

Saya suka lebih menolong isteri di dapur ketika tetamu datang berkunjung. Isteri saya memasak, saya pula membasuh pinggan.
Saya agak kurang pandai melayan tetamu. Mungkin sebab saya pendiam barangkali.

Iman Mawaddah said...

Indera..

Tika tamu datang berkunjung..isteri memasak..saudara membasuh pinggan..abis tu siapa yang melayan tetamu ya?..anak2 mungkin.Part memasak memang agak melecehkan tp bila tengok wajah tetamu makan hilang segala penat. indera kencana..pendiam?? biar betul..tengok gaya macam tak je :)

Anonymous said...

masih menanti tunggakkan duit raya :)