Jika aku jatuh cinta...
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.
Semasa aku menulis entri ini, sambil mengamati bait2 puisi di atas, hati masih lagi berbekam rasa terkilan. Fikiran menerawang jauh pada seseorang yang ku kenal hampir 3 tahun yang lalu. Kasih yang bersemi hanya dalam dunia maya. Sebutir permata yang lahir di tengah2 kelompok adam. Kehadiran yang dinanti penyeri ayah bonda. Manis sekali gadis bernama A itu. Dia telah mengangkat martabat aku sebagai seorang kakak di alam maya lantaran keserasian yang wujud antara kami. Walaupun tidak pernah bersua muka, hanya bertemankan suara dan gambar kaku, antara kami bagai tiada rahsia.Walau sesibuk mana pun ku cuba luangkan sedikit waktu untuknya. Begitu juga dengan dia.
Awal tahun 2006..aku dikhabarkan berita gembira. Dia telah temui penawar lara hatinya. Seorang jejaka dari tanah kelahiran Dato' Bahaman, dikatakan seorang yang bertanggungjawab, menjadi tunggak keluarga setelah kematian ayahanda tercinta. TETAPI ada sedikit kegusaran dihati A. Dikhabarkan kepadaku bahawa si jejaka pilihan hati ini seorang yang "kurang menyembah" (dalam istilah melayu, dalam erti kata lain tidak menunaikan solat). Dia memohon pertolonganku. Aku terdiam seketika. Lama dia menanti jawapan aku. Akhirnya aku bertanya
"A sayangkan dia?".
"Sayang kak, dia baik. A beruntung dapat dia".
Aku diam lagi. Macam2 persoalan berlegar dalam kepala ketika itu.
"Kalau A sayangkan dia, didiklah dia, bimbinglah dia mengerjakan solat".
"Tapi kak, A dah cuba, dia degil. Macam2 alasan dia bagi".
Dalam hatiku, hendak saja aku suruh dia tinggalkan lelaki itu. Tapi aku tak sanggup mencalari hatinya.
"A cuba la lagi, Insyallah pintu hatinya terbuka. Kalau dia sayang A, dia mesti ikut cakap A", jawabku. A hanya diam. Selepas detik itu lama aku tidak ketemu A di alam maya.
Beberapa bulan selepas itu, kami "bertemu" lagi.
"Kak, A dah bertunang".
"Alhamdulillah, dengan yang hari tu ke?"
"A'a kak, dengan dia la".
"Dia dah ok?", soal aku merujuk kepada ibadah solatnya.
"Alhamdulillah kak, dia dah ok".
"Alhamdulillah, tahniah A. Akak doakan kebahagian A".
Aku tumpang gembira. Aku yakin bahagia menjadi miliknya setelah dia diuji Allah dengan cinta pertamanya dulu.
Kesibukan tugas antara aku dan dia membataskan pergaulan kami. Sekali sekala bertemu di alam maya dan bergayut di telefon tapi tidak berkesempatan berbual lama seperti dahulu. Sehinggalah beberapa bulan sebelum Ramadhan menyampaikan salam pertemuan, A menunjukkan gambar dia dan tunangnya kepadaku.
"A ke tu?"
"A,a A dengan tunang la kak."
"Bukan A pakai tudung ke? "
Dia tergelak..Aku celaru...
"Gambar tu masa konvo tunang A kak. Dia minta permission A dan family untuk membenarkan A tidak pakai tudung masa pi tengok konvo dia".
Astaghfirullahal'azim kata hatiku.
"Untuk apa dia suruh A buka tudung?"
"Ntah la kak, may be hendak tunjukkan A pada ex-gf dia kot"
Terkedu aku jadinya. Benarlah kata orang, akal perempuan senipis rambutnya. Jika tidak dibimbing dengan betul, rosaklah dia. Memang tidak dinafikan A dikurniakan Allah rupa paras yang cantik. Tapi sayang kerana cinta dia sanggup mengetepikan pegangannya selama ini.
"A ikut je la ya? Mak ayah tak membantah?" tanyaku lagi.
"Dia pandai ambil hati mak ayah. Tu yang dorang pun setuju."
Seriau darahku membacanya. Mana hilangnya gadis sopan pantai timur yang akak kenal dulu dik. Lelaki yang baik tidak akan minta sedemikian rupa.
"Tapikan akak tengok macam rupa nenek tua je", kataku sinis.
Dia hanya tergelak besar. Entah paham entahkan tidak dengan kenyataanku itu. Ataupun buat-buat tidak faham.
Semenjak dari itu, dia tidak lagi kutemui di alam maya. Cuma kiriman sms selepas umat Islam menyambut aidilfitri yang ku terima darinya. Aku tahu dia telah selamat diijabkabulkan kerana dia membahasakan dirinya sebagai "kami" bukan lagi "A" seperti selalu yang dia ucapkan. Tahniah dik. Akak doakan Allah beri petunjuk pada adik berdua.
Aku sedia maklum jodoh pertemuan di tangan Allah. Salah satu perjanjian antara roh dengan Pencipta sebelum roh ditiupkan ke jasad. Sehebat mana pun tentangan jika Allah dah tentukan, kita tidak mungkin dapat mengelak yang dia tercipta untuk kita dan dia tercipta untuk kita. Cumanya aku berharap ..jika aku jatuh cinta, aku tidak "tergelincir" seperti adikku, A. Ku akui godaan syaitan sememangnya kuat. Sedangkan nabi Allah, Adam dan isterinya Hawa pun boleh tersilap langkah, inikan pula kita manusia biasa. Seandainya aku tergelincir juga dari landasan suci, aku bermohon kepada Allah supaya segera sedarkan aku.
Saturday, November 11, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
42 comments:
beruntunglah kiranya perempuan dapat membimbing lelaki..terus terang sy kurang yakin akan hal ini.Apapun jika dikehendaki Allah, tetap berlaku kan..
Doakan semoga A dan pasangannya serta kita semua beroleh petunjuk & hidayahNya.
Salam zwitterion,
Selamat kembali ke dunia blog. Itulah sudah tertulis jodoh A dengan suaminya.Walaupun dari awal saya nampak pincangnya.Tetapi penilaian saya sebagai manusia biasa mungkin ada silapnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Saya juga berdoa agar mereka beroleh petunjuk oleh Allah.
Kisah yang menyedarkan.
Assalamualaikum... hehehhe ooo singgah kejap... wargh... en3 yang menarik tertarik dan memg da bom... kebabom... erm sy nie ader 2 personality ker.. erm.. sy pikir kejap... bak kata org tua2x.. umpama.. ati manusia umpama tasik ...tenang diatas... dibawah belum tentu.. ( betul ke tak aku bedal sjjla..) anyway.. sorry la gnaggu blog ko.. heheh lepas nie da bomm. la huargh..2x!
Hakim,
Insyallah mudah2an. Terima kasih doakan adik angkat saya.Memang niat saya memaparkan kisah dia sebagai panduan dan pengajaran semua yang membaca bukan untuk memburuk2an dia.
Waalaikumsalam Sunan Jati,
Selamat datang wahai manusia dua alam..hehe umpama tasik tenang di atas tp di dalam penuh buaya. Persoalannya..adakah Sunan itu buaya? atau adakah buaya itu Sunan? hehe..Tak kisah la nak ganggu asal jahanam kan blog ni udah la..
hehehhe erm.. aiseh mana mai boya plak cek.., apala hampeh.. maksud sy... begelora air.. atas tasik mungking tgk tenang atau lenang jer gelora nya tapi dlm plak.. mungking bergelora.. kuat... erm...erm.. kalu boya tuh mmg la sy boya.. heheheheh mmg jht sgt. tahla semenjak dua ni.,. bukanla jht mana pun cuma lps member baik atau best friend bertunang ish dan2x terus timbul rasa atau keinginan atau yang sama waktu dgnnya... teringin jugak nk ader teman hehehe dan mesra,,. huargh... nk kena carik juga...la..
Bagaimana pemilihan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Sabda baginda: Maksudnya:- "Kahwinlah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat
La...Sunan ni lelaki ke? Ingat kan perempuan. Sebab tgk entri "Berapa ramai lelaki boleh imam?" mcm perempuan je gayanya.Oooo kire buaya alim la ni. Cari jangan tak cari..guna akal dan nilai dengan mata hati, jangan biarkan nafsu menguasai penilaian. Susah sangat advertise je kat paper. Kalau nak saya advertise kat sini pun boleh juga. Tapi charge tinggi laa..maklumla nk advertisekan buaya...hehe..anyway..semoga ketemu apa yang dicari..
erm. yerla cik buya dah dtg nie nk member komen ngehehehehe!
wargh.. patuala duk rasa tulang rusuk kiri x cukup satu berdenyut 2x! jugak ngehehehehh! aik hang pun berdenyut ngeheheheheheh...2x!
Aum... (bunyi boya yg mengaum kerna mencari tulang rusuk yang ilang dan tgh bergetar... ngehheheheh!)
p/s": sorry kacau blog.. ngehhehe!
Salam,
Itulah manusia, punya jiwa punya rasa. Mata hati arah ke mana?
aa eh.. mata hati arah kemana erh... habaq sat..
Salam untukmu Iman,
Saya pernah memberikan tips kepada seorang teman (perempuan). Jika dia ingin mencari calon suami di akhir-akhir ini, carilah yang tidak meninggalkan sembahyang. Jika keluar bersama, ajaklah dia ke masjid. Jika dia memberi kata pelbagai alasan, dia sebenarnya belum cukup syarat.
kami tertawa. Teman saya berkata, "masih adakah lagi lelaki yang sempurna solatnya di waktu sebegini?? Jika adapun mungkin di kalangan Pak Imam sahaja".
Kami tertawa lagi. Lelaki itu wujud di alam nyata namun untuk mencarinya seumpama mencari intan di dalam taburan jutaan kaca. Sempurna solatnya, sempurnalah segala-galanya. Bukan tugas isteri mendidik suami. Apa gunanya dilahirkan sebagai lelaki jika gagal memimpin keluarga.
A mempamerkan contoh terdekat. Isteri jarang dapat menarik suami melainkan isteri yang tertarik ke kemelut suami. CARILAH YANG SEMPURNA SOLATNYA ATAU TINGGALKAN SAHAJA.
Salam bunga rampai,
Ermm kalau dari mata turun ke hati,dari hati turun ke usus barangkali hehe..Sukar sekali menjawap persoalan ini tp perlu diingat begitu istimewa hati ciptaan Allah yang tidak terungkai oleh manusia. Biarpun kecil namun ia diberi penghormatan diletakkan di tengah2 tubuh badan manusia. Kesannya memberi impak kepada jiwa, perasaan dan pembawakan insan. Jika tidak masakan Allah memerintahkan Jibrail mencuci hati Rasulullah sebelum dibawa ke langit sempena peristiwa israk mikraj. Jika tidak, masakan Rasulullah pernah bersabda barangsiapa tidak menuntut/mendapatkan ilmu selama 40 hari, hatinya akan gelap.
Sunan,
Jawapan saya kepada bunga rampai adalah berkenaan hati manusia. Hati buaya maaf, saya tidak arif :) ..ermm kalau tulang rusuk kiri buaya hilang rasanya ada pengantinya dekat muzium Sarawak sana..hehe..kemain lagi dia penuhkan ruang komen ni ya..
p/s: tak salah hendak kacau blog..tpkan bukan ke lebih baik kalau kacauan itu diserikan dengan ilmu2 yang bermanfaat, idea2 yang membina. Saya tahu Sunan bukan org sebarangan (kasi kipas speed lima sikit) :)
Salam Indera,
Benar kata saudara, SOLAT tunggak utama dan susah sekali mencari intan di kalangan kaca bertaburan.Solat kewajipan sendiri pun tidak dilaksana apatah lagi untuk menjadi seorang "imam"-tunggak keluarga. Itu yang saya terkilan sangat dengan apa yang terjadi pada A.Apa2 pun saya percaya kepada takdir Jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Saya pernah melihat seorang kawan wanita yang jenis sosial bertemu jodoh dengan seorang laki yang sosial juga..tp Allah bukakan pintu hati kedua2nya untuk kembali kepada jalan Allah.Apabila terserempak dengannya suatu ketika dahulu, menitis air mata saya tanda kesyukuran bertemu kembali dan melihat perubahannya... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
samalah sy = aku,....
hampeh...
Sunan, sabar tu separuh dr iman. Gurau penghibur suasana.
erm.. aik terasa aku marah ka? aperla.. hehhehehe...betui2x! saboyer.,. hehe
.. erm ader bergurau ngan aku ka?
Dah tu dok hampeh kelapa je..ingatkan marah laa..kalau tak marah ok la.
mana ader marah... syg sesgt kat hang.. nie iman amwaddah,,, huargh... ...2x!
Dah tu dok hampeh kelapa je..ingatkan marah laa..kalau tak marah ok la.
wah terharunyer kalu 13mei tgk mesti jeleous yg amat.. ngeheheheh.. good work ... keep it up.. k!
Sunan, dah la tu. Pi komen blog org lain pulak. Penuh nama dia je ni.
erm.. apsal nk berkwn x sudika? mcm halau sj... marahka kat kiternie... oo ganggu dier ker? xperla bawka diri la ngehehehheheh!
erm.. apsal nk berkwn x sudika? mcm halau sj... marahka kat kiternie... oo ganggu dier ker? xperla bawka diri la ngehehehheheh!
ello.. senyapjer cbukka cik iman mawadddah,....ngehehheehhe!
erm tgh cbukk kacau blog lain la ka? ngeuhauhauahau!
Sunan,
Saje diam nak kasi awak komen sampai 100 kali :P ..Udah la Sunan, kot ye pun nak komen, tunggu la entri baru.
Salam tuan umah...
tetiba sesat kat sini....hehhe...
oit! Sunan dok ada kat sini rupanya....
Salam crocodile hunter,
Selamat bertamu ke iman mawaddah. Cari Sunan buaya sampai ke sini ya. Anyway, jangan gaduh2 dgn bapak Sunan kat sini.Nanti tercemar matlamat asal blog ni :) Nak gaduh.."gaduh"lah perkara2 yang berguna.. yang mendatangkan ilmu dan manfaat untuk tetamu iman mawaddah.
Iman,
Sabar yea....jgn putus asa menulis. Teruskan menulis...
Even saya merapu, tapi tulisan Iman tetap saya amati...
hi.. iman darling..
activate jer word verification... spam jer nie.. kot2x! tryla yer..
13 May,
Terima kasih atas nasihat. Saje je saya tulis tu...adat berkawan, selain bergurau menceriakan ukhuwah tak salah rasanya kalau saling ingat-mengingatikan?
Sunan,
Berjuta2 lemon tenkiu. Terkejut jugak masa tengok ruang comment ni tadi.Kalau ada apa2 ilmu lagi nanti ajarla ya. Jangan ajar ilmu boya udah la :)
erm okiesla dah darling mau mcm tuh abg Sunan turut jerla.. ops silap kanjeng SUnan turut jherla yer darling gnehehehehheeh!
ops updet200x!
Kanjeng tu apa maksudnya?
Assalamualaikum tuan rumah..
teman nak datang raye
ade ke kodap2nye lagi...
Waalaikumsalam Kak Luna,
Selamat dtg ke laman iman mawaddah.Kodap2 tak mandang dah, tinggai sordak je.Ate mike dtg lambat bebenor..hehe..kak luna..saya tak berapa pandai ckp perak ni.Bkn berlagak..tp mmg tak ngeti. Kadang2 bunyi mcm Siam je...kena bantai gelak dgn sepupu2 yang dok sana je.Nak lawan ckp perak ajak Indera..dia mmg purely made in sana.
oit aku pun bukan org perak gak samerla kiter iman sehati sejiwa ngehehehehe.... apa kak luna potong lline ngehehhehe!
oit updetla jgn maleh sgt... anak dara xbleh baloq2x! sgt tahu ngehehehhe.. cepat UPDET
Mana samanya Sunan.. saya lebih berbangga mengaku orang Perak walaupun saya lahir dan membesar di KL.Nak update nanti2 laa..otak tgh beku ni..idea tak mai..bukan mcm hang boleh copy paste je :P ..tak original sungguh hehe
wah! ramai geng Perak kat sini naa....
Hi Sunan:)...IC kosong berapa????
13 May,
Sunan ada ic ke? Bukan ic dia lain dr kite ke?
ngeh ngeh ngehhhhehehehhe....
Post a Comment