Bagaikan lepas satu peperangan,
Kota itu jelas kelihatan,
Kesan lumpur yang ditinggalkan,
Debu-debu halus berterbangan,
Sesak, lelah sepanjang perjalanan.
Hello kawan..
Ini bukan jerebu dari negara jiran,
Bukan juga bahana dari terbukanya pembakaran,
Jadi, siapa dan apa yang harus disalahkan?
Senyuman pengantin hilang serta merta,
Tatkala menerima berita duka,
Laluan segak entah ke mana,
Kota lumpur menjadi mangsa.
Ah!! inikan bencana alam namanya,
Hadirnya tidak dapat diduga,
Sedialah hebat mana pun prasarana,
Di mana sahaja pasti boleh menimpa.
Adakah bumi ini sudah tidak mampu?
Menampung dosa yang dilakukan tanpa silu,
Atau adakah ini amaran Tuhanmu?
Kerana membelakangkan agama tanpa malu.
***Aku termenung sendirian.
Tuesday, June 12, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
kita hilang hormat pada Allah apabila kita hilang hormat pada alam juga.
siapakah gerangan pengantin itu? kak iman kah :D
oh oh. alam itu mesra. tapi bila dia di dera terusan. dia mulai memberontak. nah!
Khairyn,
Itu baru amaran kecil. Bagaimana pula dengan amaran yang besar ya? Allahuakhbar...tidak terjangkau akal dan fikiran.
Akira,
Amboi2 akira lately ni sibuk pasal nak kawin je ya. Tahulah awak tu sedang meniti hari bahagia. Apa-apa pun, saya bukan wanita pertama negara ;P
Ya alam itu mesra. Dia pun sudah tidak sanggup menanggung kerosakkan .
salam,
kota yang seperti namanya..
KUALA LUMPUR
penuh dengan lumpur..
sama2 kita lebih menjadikan pengajaran dalam hidup..
bahawa azab itu terlalu hampir dengan diri kita ketika ada segelintir yg melawan kekuasaanNYA..
Salam Iman,
Betapa besar kuasa Pencipta alam semesta. Moga kita semua tidak terus leka dari mengingatiNya.
jgn termenung lama lama yea;)
salam.
Sebagai Ujian dan dugaan
Iman,
Setiap yang terjadi itu sebenarnya peringatan, dan ia menjadi eringatan hanya bagi golongan yang berfikir dan merenung..
slalunya kita terus leka bila dpt peringatan kecik2 camtu.. tunggu kena tsunami baru nak insaf kot.. tu pun 2-3 thn pastu dah lupa dah.. isk isk..
muhasabah diri.. huhu..
teringat saya pada bait2 lirik sebuah lagu nyanyian Ebiet G. Ade penyanyi indonesia;
Mungkin Tuhan mulai bosan
melihat tingkah kita
yg selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada
rumput yg bergoyang
Barangkali di sana ada jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang - Abiet G Ade
Kita yang tidak menghormati sunah alam...begitulah. Itulah kesannya 'Bila Tuhan Berbicara'........
Bang Gugar,
Ya..kota itulah kota mana lagi. Kota tempat lahirnya insan di sebalik tabir iman mawaddah :)
Indah Sakura,
Salam, amin ya rabbalamin.
13 May,
Tak la sekejap je ni :D
Goro,
...Bagi insan yang bernyawa.
Kak Iza,
Tapi sayang masih ramai yang alpa.
Achik,
Begitulah manusia masih tak serik2 lagi. Insafnya hanya seketika.
Tegezoot dan BP,
Wah..wah berduet lagu nyanyian Ebiet G. Ade nampak. Ketika menulis entri ini, saya pun turut mendengar lagi itu. Tetapi lagu yang dinyanyikan semula oleh Akhil Hayy.
walau sehebat mana sekali pun ciptaan manusia,bencana yang sebesar kuku sudah memadai untuk membinasakannya....
masya allah
2 hari lepas ada tinggalkan komen tapi kenapa ya takde keluar kat tingkap iman?
tersalah tekan kot :D
assalamualaikum, mungkin juga bumi ini sudah tak mampu
apa yang nak dikisahkan...
bukankah negara kita sebuah negara islam...memang begitulah negara islam yang diimpikan pimpinan yang dipilih oleh rakyatnya!!!
betul ke bencana alam? istilah bencana alam yang ramai orang guna macam nak menolak je keimanan terhadap bala dan ujian dari Tuhan...
hehe, sori la noo.. baru habis periksa subjek aqidah :)
sekarang tgh rehat separuh masa pertama..
Buta Seni,
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya :)
Izinni,
Tingkap saya dinaiki air la kak hehe.
Mak Su,
Waalaikumsalam. Mungkin juga ada benarnya kata-kata itu lantaran dosa-dosa manusia yang bertimbun. Terima kasih kerana datang berkunjung.
Achik Sufi,
Bersemangat nampak..mentang2 lah dah habis imtihan hehehe
Bayu Senja,
Dah tu nak panggil apa ya? Ujian Allah ya. Tahu Bayu tengah rehat di sebalik tingkap tu. Malas hendak menegur takut menganggu :D
Post a Comment