Sunday, June 10, 2007

Biarkan aku dengan agamaku

Di dalam kawasan bilik air di sebuah restoran yang menyediakan kemudahan beribadat untuk orang Islam, dia sibuk mengambil wudhu' di ruang yang disediakan tanpa menghiraukan minah-minah salleh yang beratur menanti giliran ke bilik-bilik kecil.

Dalam keadaan begitu, wudhu' diambil dengan begitu berhati-hati agar aurat tidak diperlihatkan di hadapan mata minah-minah salleh tersebut. Dia tahu hukum aurat antara wanita muslim dengan wanita kafir adalah sama dengan hukum aurat antara wanita muslim dengan lelaki ajnabi.

Tanpa sedar, ada yang asyik memerhati setiap perlakuan dia ketika mengambil wudhu'. Selesai berwudhu' dia perkemaskan pakaiannya. Terdengar satu suara, "Excuse me, are you in line? " tanya minah salleh yang di belakang kepada minah salleh yang di hadapannya. Bagaikan tersedar dari lamunan, minah salleh yang di hadapan sekali terkejut lalu berjalan melintasi dia dan menuju ke bilik kecil yang telah dikosongkan. Sebuah senyuman dan anggukan hormat dihulurkan kepada dia. Dia membalas senyuman tersebut.

"Katakanlah: Wahai orang-orang yang menyangkal kebenaran (kafir)!. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah, Dan aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu pun tidak akan menyembah apa yang aku sembah. Untukmu agamamu dan untukku agamaku! "- Surah Al-Kafirun

"Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, (Yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang Kau murkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." - Surah Al-Fatihah ayat 5 -7

12 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Kadang-kadang melihat orang berwuduk pun boleh membuka pintu hati.

Mereka membasuh muka mungkin sekali-dua dalam sehari. Kita membasuhnya sekurang-kurangnya lima kali sehari. Alangkah manisnya jika terbuka pintu petunjuk dan hidayah minah salleh itu suatu hari nanti untuk membasuhnya sekurang-kurangnya lima kali juga.

tegezoot said...

dalam wuduk ada nur.

HEMY said...

Owkh..baru tau..pompuan ngan pompuan aurat sama..kecuali muka dan tapak tangan..ingatkan pusat ke lutut.
bukan ah?

Iman Mawaddah said...

BP,
Itu juga yang terdetik di hati kecil tatkala terperasan diri menjadi perhatiannya.

13 May,
:)

Tegezoot,
Dalam nur ada apa pula? :)

Anul,
Baca betul2. Cerita tersebut bukan cerita Minah bt Salleh :) tapi cerita "Minah Salleh"
Yang saya ceritakan adalah aurat antara wanita Islam dan wanita bukan Islam.

Butaseni@Wan Raja said...

salam,
terpegun minah tu hehehe,
kekadang ramai juga org islam yang malu nak tunjukkan cara kita kepada org bukan islam.
kita patut bangga dan tunjukkan.

Anonymous said...

he he he.
ni nak buat 'dia' tu jadi menantu :p

salam.

Iman Mawaddah said...

Buta Seni,
Betul..betul. Ramai orang Islam sekarang ini lebih gemar terikut cara bukan Islam yang kononnya lebih up to date. Sedih juga bila tengok Islam hanya pengakuan kosong di bibir mereka sahaja.

Akira,
Owh! akira ada anak lelaki rupanya. Baru saya tahu. hehe.

izinni said...

bila baca entri iman ni terasa ingin mengajukan soalan kepada azalina yang bangga menganjurkan sukan wanita itu. apakah aurat antara wanita muslim dengan wanita muslim lain dan wanita muslim dan wanita bukan muslim? pasti menarik jawapannya nanti.

walaupun kita kata biarkan aku dengan agamaku dan kamu dengan agamamu namun hakikatnya sekarang agamaku sudah mahu diusik dan diceroboh. kononnya mereka lebih tahu akan agama kita dari kita sendiri.

banggugar said...

salam,

diakhirat ada golongan yang muka mereka sentiasa bercahaya..

kenapa?..

kerana mereka didunia sentiasa berwudhuk..

(",)

Iman Mawaddah said...

Izinni,
Kuasa pena/keyboard di tangan akak. Tanya jangan tak tanya. Saya pun teringin juga hendak tahu jawapannya :)

Macam mana lah agama kita tidak diusik dan diceroboh. Kita sendiri kebanyakkannya tidak memelihara kesucian agama kita. Bahkan semakin bangga lagi dengan cara hidup orang kafir.

Bang Gugar,
Itulah yang membezakan orang Islam dan orang kafir :)

tegezoot said...

dalam nur ada... apa yek??? ada iman kut!

Iman Mawaddah said...

Tegezoot,
Ya benar..dan itulah matlamat kita :)