Tuesday, June 05, 2007

Beijing 2007


Lorong basikal dan polis trafiknya


Tempat letak basikal


Sungai yang bersih di tengah-tengah kota



Bangunan unik



Stadium bola untuk Beijing 2008



Terlena dalam bas



Stadium utama untuk Olympic-Beijing 2008. Katanya ala sangkar burung, tapi tengok macam sarang burung je



Sebahagian tinggalan tembok yang melingkari kota Beijing



Salah sebuah masjid di Beijing

26 comments:

- G O R O - said...

Salam perkenalan;

Saya tertarik dgn post2 sedari sebagai santapan rohani saya, izinkan saya untk link...

Iman Mawaddah said...

Goro,
Salam kenal. Permohonan anda diluluskan :)

- G O R O - said...

terima Kasih; Lawat2 selalu

BaYu SenJa said...

wahwah..
sampai beijing nun iman berkelana :)

hmm.. kalau di mesia orang malu nak berbasikal masuk pekan.. maka kalau buat lorong basikal, nanti yang penuhnya ialah basikal2 bangla

achik said...

gi beijing rupanya.. :)

Pa'chik said...

gi beijing rupanya.. :)

Iman Mawaddah said...

Goro,
InsyaAllah..jangan lupa sediakan tempoyaknya sekali ya hehe.

Bayu Senja,
Terpanggil untuk melihat sendiri kalimah syahadah berkembang di sana. Lagipun teruja dengan musim bunga..macam yang saya tanyakan pada Bayu tengah hari tadi hehe.

Achik,
Ya achik..ikut hadith Nabi. "Menuntut ilmu biar sampai ke negeri China" :)

Pa'chik,
Bawa2lah rajin mengomen dengan idea sendiri. Ni dok salin tampal je kejenya hehe

banggugar said...

salam,

saman untuk penunggang basikal apabila melakukan kesalahan ada jugak ke?..

(",)

zwitterion said...

wah pi beijing tak ajak pun..;)

Izariza said...

Ho ho ..! Akak dah tahu ke mana Iman pergi hehe ... (baru duk tanya kat blog akak tadi :)

Tentunya best, kan .. ingat hujung tahun ni nak ke sana juga, jika diberi keizinan-Nya.

Butaseni@Wan Raja said...

salam
patutlah lama menghilang,
kat sana suhunya macam mana?

Iman Mawaddah said...

Bang Gugar,
Itu saya tak check la pula. Nanti minta tolong Kak Iza check ya. Dia hendak ke sana akhir tahun ni hehe.

Zwit,
Kapal terbang tak muat la nak ajak zwit :P hehe..gurau saje.

Kak Iza,
Best..memang best. Highly recommended. Duit dia rendah separuh dari duit kita. Cuma saya kurang gemar Chinese food sebab tak pedas. Jadi kita orang prepare serunding, sambal ikan bilis, maggie kari, 3 in 1 nescafe, oats, biskut askar2 saya untuk cover seminggu. Penuh satu beg dengan makanan aje haha.

Tapi masa akak pergi tu rasanya musim sejuk. Tu je la bezanya dengan saya. Kalau minat dengan table cloth sulam tangan, cadar yang bersulam dan sarung bantal patchwork, jangan lupa bagi tahu saya. Saya dah ada kawan di sana yang boleh "kawtim" haha. Nanti saya kasi address dan nama dia. Dia muslim Beijing. Oh ya..jangan lupa bargain 1/3 dari harga yang dia letak. Mulakan dengan harga rendah. Then baru naik sket2..hingga capai persetujuan. Dorang berlakon je banyaknya tu..kita pun berlakon sama la hehe.

Panjang pula celoteh saya ni. Apa2 hal pun kalau sudi hendak tahu pengalaman saya dengan lebih lanjut email saya di iman_mawaddah@yahoo.com

Buta Seni,
Masa saya pergi dah penghujung Spring dan nak masuk Summer. Sempat la tengok musim bunga sket2. Siang panjang, malam pendek. Suhu lebih kurang kita juga cuma sana panas kering. Habis bibir pecah dan kulit muka kering kalau tak pakai lotion.

blackpurple @ jowopinter said...

Ke Beijing ekk..

Lamanya tak berbasikal. Di KL ni kalau berbasikal, mau basah berpeluh-peluh badan.....he he

Anonymous said...

Salam Iman,

Rupanya kamu ke Beijing.
Pastinya seronok.

Alhamdulillah, selamat kembali :)

HEMY said...

Bestnya..jeles la..sume blogs sy gi sume tunjuk gambar melancong luar negara..sedey mengenang nasib diri ini..huwa huwaaaaa

banggugar said...

salam,

susah2 gi je pekan cina kat mana2 dimalaysia..

huhuuhu

pasti suasana tidak sama lansung..

betul tak iman?..

(",)

13may said...

salam;)

pegi China rupanya....ada belajar kungfu tak kat sana;)

Bunga Rampai said...

Salam Iman,

Tak tertinggal hati di Beijing?
:)

khairyn said...

salam

wah ke Beijing rupanya Iman. Ke mana lagi atau shopping saja? Tak melawat tugu(Laksamana) Cheng Hze? hehehe

Saya tak suka bawa meggi kalau kembara. Suka rasa makanan tempatan (halal) atau makan tuna sandwich je. Cuma kalau tak pedas saya mintak cili hehehe

Iman Mawaddah said...

BP,
Tu la pasal.Mujur cuaca dorang panas kering. Peluh pun kurang. Jadi, tiada masalah macam kisah dalam "Cerita ini tiada tajuk yang sesuai" hehe.

Indah Sakura,
Salam Sakura.
Alhamdulillah. Lepas seketika "lelah" kehidupan di sini :)

Anul,
Saya pun tak sangka saya boleh pergi. Sebab tugasan saya amat menyesakkan ketika itu. Apabila melihat wajah suram bonda ketika saya mahu menarik diri dari percutian ini. Saya tidak sampai hati jadinya lansung bersetuju untuk turut serta.

Bang Gugar,
Ye kot..tapi ada satu tempat shopping tu orang2 Malaysia kata sebijik macam Petaling Street. Saya pun tak pasti..dah lama tak menjejak kaki ke PS.

13 May,
Belajar tengok kung fu adalah haha.

BR,
Salam.
Ada tertinggal..tapi hanya bekas je la :)

Khairyn,
Akak pernah ke sana juga ya? Macam biasa tempat2 sejarah mereka forbidden city, great wall, summer palace, tiananmen square, world park dan tentunya tempat2 shopping dia hehe. Tugu tu di Beijing ke? Kalau ya tidak kesampaian rasanya.

Makanan yang disediakan memang Muslim Beijing yang masak. Tapi tekak tempoyak ni tak boleh terima sangat masakan mereka yang penuh bawang putih. Kalau ada pedas pun hanya pedas capsicum. Hanya ada satu bangsa Sichuan (kalau tak silap) yang masakannya pedas2.

khairyn said...

hahaha tidak lagi menjejakkan kaki ke China. InsyaAllah nak jejak laluan Islam di sana.

Tugu beliau bukan di Beijing, tak ingat nama tempatnya.

Yep makanan cina banyak bawang putih dan halia. Buang angin hahaha

cita-cita : selain laluan terbantut ke Mekah buat masa ni, nak melawat Bosnia pula, InsyaAllah.

Iman Mawaddah said...

Kak Khairyn,
Ceh gaya pertanyaan tu macam pernah pergi je..hehe. Islam sudah berkembang di sana. Cuma masih banyak yang perlu diperbaiki.

Tetapi pada pandangan mata kasar saya, jika dibandingkan dengan kota Jakarta saya lebih tenang di sana kerana segala kebajikan dan kemudahan solat kami diambil berat sepenuhnya.

tegezoot said...

Tumpang gembira :)

Iman Mawaddah said...

Tegezoot,
Terima kasih.

Anonymous said...

;(..sedih kena tinggal tak abis lg nie..huhu

izinni said...

sungguh ironi. sebuah negara komunis boleh membangunkan negara mereka dengan begitu pesat sekali. lebih pesat dari sebuah negara yang mengaku Islam dan turut mengaku mengamalkan demokrasi.