Friday, May 25, 2007

Terlupa

Dalam hidup ini kita sering terlupa,
Untuk belajar menghargai apa yang ada,
Samada kita sedar atau tidak sedar,
Samada kita tahu atau tidak tahu,
Kita kadang-kadang terlupa mengsyukuri nikmat Tuhan.

Kita lalui hidup kita, Ikut acuan kita,
Ikut kata hati kita, Sehingga kita terlupa,
Menjaga hati mereka yang di sekeliling kita,
Menghargai kenikmatan hidup yang diberi pada kita.

Sehingga tiba satu masa, Apabila musibah datang menduga,
Apabila kita pergi meninggalkan, Atau ditinggalkan,
Baru kita tersedar, Yang kita telah kehilangan.

Sebelum terlewat, Belajarlah menjadi insan yang menghargai,
Ingat lima perkara sebelum datangnya lima perkara,
Sihat sebelum sakit, Hidup sebelum mati, Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin, Lapang sebelum sempit,
Mudah-mudah kita tidak tergolong,
Dalam golongan orang yang menyesal di kemudian hari.


*** Saya akan berehat seketika. Saya tinggalkan Zikir Munajat dari Dr Badrul Amin untuk dihayati bersama. "Mesin fotostat" saya kini boleh salin tampal video lagi tu :)



...doakan..doakan yang baik-baik saja. Mudah-mudahan kita bertemu lagi. Salam mawaddah dari saya.


P/s: Pa'chik, karya di atas sekali tu karya saya sendiri..bukan salin tampal ya :P

19 comments:

Izariza said...

Salam Iman,

Subhanallah.. zikir munajat itu sering saja membuat diri merasa begitu kerdil dan mengharapkan maghfirah-Nya.

Semoga ceria selalu :)

Pa'chik said...

selalu bila lima yang pertama tu... lupa la lima yang kendian tu.. sungguh..

tegezoot said...

Kita manusiakan!

Jadi jom! kita sama-sama baca surah Al-Ashr sambil fahami dan menghayatinya!

khairyn said...

ya,
kita sering mengeluh dengan apa yang kita tak ada sampai kita terlupa untuk bersyukur dengan banyak perkara yang Allah kurniakan pada kita.

Butaseni@Wan Raja said...

saya tersedar,
trima kaseh.
salam

Achik_Sufi said...

melayu mudah lupa kata DR M...
tapi achik rase semua makhluk di dunia nie mudah lupa...
membuat kerosakan bagaikan tiada tuhan yang memerhatikannya...

p/s: terlupa mungkin boleh dimaafkan lagi....

banggugar said...

salam,

mudah-mudahan iman kembali lagi dan dapat bersua dengan entri2 yg lebih baru dan penuh dengan peringatan kepada NYA..

Amin..

(",)

Ku Keng said...

Nak ke mana?

CerminDiri said...

salam kehidupan,

nak tau tak?.....
manusia itu dari perkataan "maun" bermaksud air dan "nusia" bermaksud dilupakan @bersifat lupa.
sesungguhnya itulah kejadian dan tabiat kita.

Anonymous said...

Salam Iman,

Mudah-mudahan kita tidak
terus leka dengan
segala jenis karenah dunia.

Moga cepat kembali :)

BaYu SenJa said...

lupa merupakan satu penyakit. Lupa juga kadang-kadang menjadi ubat...

tapi bila lupa akan tuhan, pasti parah jadinya :)

13may said...

err....nak komen apa tadi hah??
aiseh...terlupa plak..

Salam,
pandai Iman tulis entri nih:)

achik said...

semoga sentiasa ada yang sudi mengingatkan bila kita terlupa... makasih utk ingatan itu :)

Pa'chik said...

semoga sentiasa ada yang sudi mengingatkan bila kita terlupa... makasih utk ingatan itu :)

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat.....

Sama-sama kita bermuhasabah diri.

zwitterion said...

ingat-mengingati..;)

Anonymous said...

selamat bercuti..

Unknown said...

ingat2 lupa hehe

Iman Mawaddah said...

Kak Iza ,
Zikir munajat itu sering saya gunakan setiap kali saya diujiNya.
Alhamdulillah memang berkesan.

Pa'chik,
Ya betul..sungguh!

Tegezoot ,
Berpesan2 pada kesabaran dan kebenaran :)

Khairyn ,
Manusiakan mudah lupa :)

ButaSeni ,
Salam kenal. Saya juga baru tersedar. Entri ini saya garap setelah saya merasa kehilangan seorang sahabat yang pulang ke negara asalnya. Saya gagal menghargai keikhlasan beliau dalam persahabatan kami.

Achik Sufi ,
Kalau kita letak Allah dalam hati kita, pasti kita akan takut melakukan perkara2 yang tidak baik. Tapi malangnya sekarang ini manusia lebih takut pada manusia berbanding dengan Allah.

Bang Gugar
Terima kasih atas doa dan sokongan awak.

Bro Ku Keng
Rujuk entri baru ok.. :)

Cermin diri
O ye ke..ini baru saya tahu. Terima kasih.

Indah Sakura
Mudah2an Allah melindungi kita.

Bayu Senja
Lupa boleh jadi ubat? Macam mana tu?

13 May
Tu la merokok kuat sangat sampai terlupa hehe. Tak de la pandai mana sekadar tribute untuk seorang sahabat yang banyak menyedarkan saya untuk mendekatkan diri pada yang Maha Esa dan berbuat baik sesama insan.

achik
Sekadar menyedarkan diri sendiri dan mengingatkan yang lain jangan jadi macam saya.

pa'chik
Bawa2lah berehat mesin fotostat tu.

BP
Ya..insyallah.

zwit
...sesama muslim.

dawai
Terima kasih..selamat untuk hang juga hehe

lindosh
Jangan sampai nyanyuk udah la ya :)