Thursday, May 24, 2007

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa :
"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum
membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tetapi tidak menutup aurat.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan
yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Fikir-fikirkan adakah kita termasuk dalam 10 golongan di atas. Saya? muhasabah diri sendiri.

7 comments:

tegezoot said...

saya dengar dan saya cuba sedaya- upaya utk taat. Semoga Allah memberikan saya dan kita semua kekuatan dan menerima amalan kita.

Pa'chik said...

iman...

aku ada benda nak tanya kamu nih...
dah dua tiga hari nak tanya... asik lupa...





err... mana beli mesin potostet nih? besar jugak ye....


hahahah... asik entri potostet je la ni...

Iman Mawaddah said...

Tegezoot,
Amin ya rabbalamin. Sama-samalah kita beringat dan amalkan.

Pa'chik,
Hahaha tu laa..ni advance punya mesin :P ...saja je buat entri2 salin tampal ni. Sebagai perkongsian ilmu..juga sebagai mengatasi masalah ketepuan minda yang amat sangat hehe.

izinni said...

yang nombor 6 tu kan terkesan jugak. tapi selalunya dia tak marah lama .. cepat sejuk. itu menunjukkan saya selalu buat suami marah! hahahahahaha ...

Purpleheart said...

Semoga semua pembaca disini tidak tergolong dalam 10 golongan orang yang solatnya tidak diterima seperti yang disebutkan disini.

Anonymous said...

boleh tolong bgth hadis tu ambik dari mane?

hamba Allah said...

Assalamualaikum

Boleh tahu dari mana sumber rujukan hadith tersebut?

Adakah ia himpunan pelbagai hadith dihimpunkan jadi satu atau selainnya?

Sebab setakat ni cuba check kitab2 hadith x jumpa lagi. kalau memang ada sumbernya, insya-Allah nak sebar2kan hadith tersebut kepada rakan2 yg lain...