Allah merahsiakan saat kematian kita adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya.
Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah s.w.t. . Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah swt di akhirat kelak.
Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatulmaut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi bersabda, maksudnya :
“ Bahawa Rasulullah saw mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang.”
Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan. Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkan dahaganya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.
Antaranya :-
Sebelum tidur :
1) Bacalah Surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi s.a.w.
3) Membaca Tasbih
Amalan Harian :
1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardhu
3) Menghormati waktu azan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi :
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Buang air kecil berdiri -
Sabda Rasullulah saw yang bermaksud :-
“Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”
Pada suatu hari malaikatulmaut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris a.s. lalu Nabi Idris a.s. mengetahui kesakitan sakaratulmaut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah s.a.w. memberikan wahyu kepada malakaitulmaut supaya mencabut nyawa Nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatulmaut menangis dan memohon kepada Allah s.a.w. supaya Dia (Allah s.a.w. ) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah didapati Nabi Idris a.s. sudah hidup kembali, malaikutul maut bertanya :-
“Ya saudaraku bagaimana rasanya kesakitan maut?”
Jawab Nabi Idris a.s. :-
“Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya. “
Kata malakatulmaut : -
“Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”
Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa a.s. telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah s.w.t.
Maka sebahagian orang kafir berkata :
“Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman awal dulu.”
Kata Nabi Isa a.s. : -
“Cubalah kamu pilihkan...”
Mereka berkata :-
“Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh a.s. (Saam bin Nuh).”
Maka Nabi Isa a.s. pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah s.w.t. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa a.s. hairan kenapa jadi begitu.
Berkata Sam bin Nuh:
“Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat.
Berkata Nabi Isa a.s. :- “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?”
Kata Sam : - “Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”
***lagi-lagi salin dan tampal

13 comments:
Pernah dengar cerita bagaimana Hassan Al-Basri mula cenderung kepada keimanan? Atas sebab bila dia menyedari bahwa kematian yg datang tetap akan datang walau dihalang dengan apa saja kehebatan didunia ni.
salam kenal:)
Ermm tak pernah..boleh ceritakan? Saya tunggu kisahnya di blog tegezoot, ok.
salam
hari ahad lepas, pesakit di wad saya bertugas, meninggal dunia. Anak-anak datang melawat sambil menangis-nangis.
saya terfikir, bagaimana sakitnya tatkala sakratul maut bertandang?
saya terfikir, di manakah kubur saya sekiranya saya dijemput tatkala berada di bumi agama katholik ini??
Khairyn,
Salam.
Dulu semasa kekanda sulung saya menuntut di bumi asing, bonda cukup risaukan dia. Sama seperti apa yang akak fikirkan sekarang. Itu semua di luar kawalan kita. Sebagai hambaNya kita hanya mampu doa dan berserah agar penghujung perjalanan hidup kita nanti berakhir dalam rahmat dan kasih sayangNya...amin
Selamat kembali bertugas wahai wirawati :)
kematian hanyalah ditakuti oleh orang yang terlalu cintakan dunia ini...moga kita semua berada para nabi, anbiya' dan solehin di syurga nanti.amin...
Achik,
Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa ingat akan kematian :)
salam,
mengingati mati juga adalah satu ibadah..
(",)
mati? alahaiiii....sikit sgt rasanya amalan dlm diri aku nihhh...huhuhuhu....
terima kasih utk ingatan tu.. :)
Ya Allah...insafnya baca ni..harapnya lama la rasa insaf ni dalam diri..
Terima kasih kerna berkongsi :)
Bang Gugar,
Benar. Rugi sekali bagi mereka yang alpa tentangnya.
RM,
:) kelu..menilai diri sendiri juga
Achik,
Sama-sama kasih.
Anul,
Bila kita letakkan DIA di hati kita InsyaAllah ia berkekalan lama.
Indah Sakura,
Saya tiada harta berjuta untuk dikongsi. Ini sahaja mampu saya lakukan demi mawaddah sesama muslim dan juga pelaburan di akhirat sana :)
bak kata suami saya ...
panas sikit dah mengeluh bukak kipas kuat2, kat akhirat nanti?
sakit sikit dah nangis. masa dijemput nanti lagi berganda2 sakitnya.
hmmmm ... bila dah ditulis macam ni .. sarcastic juga suami saya ya. patutlah kawin dengan saya yang sama sarcastic juga hehehhe ...
Post a Comment