Sunday, May 13, 2007

Kau Anugerah Istimewa

Lunak suara mendamai rasa,
Lembut sentuhan penenang jiwa,
Halus sungguh budi bahasa,
Anugerah istimewa yang Maha Esa.

Mutiara berharga yang malap sinarnya,
Kerana rentetan peradaban lama,
Sepandai mana seorang wanita,
Layaknya hanya di dapur sahaja.

Akur nasihat bonda tercinta,
Cita-cita tinggi terpaksa dilupa,
Dalam hati membungkam rasa,
Ketidak samaan antara jantina.

Lamaran sang arjuna telah diterima,
Merapatkan jurang sesama saudara,
Tinggallah ayahanda dan juga bonda,
Ke Kota Lumpur destinasi ia.

Semangat srikandi tersemai di jiwa,
Tekad dan azam dibawa bersama,
Mengharungi badai hidup di kota,
Cita-cita terabai pasti dilaksana.

Permata anugerah Allah tidak dipersia,
Di gilap di jaga penuh sempurna,
Ilmu dunia dan akhirat sama adanya,
Penyambung cita yang tergendala.

******************************************
Duhai Bonda,
Aku bersyukur kerana terpilih menjadi anakmu. Aku berdoa supaya di hari kebangkitan nanti, aku tidak menyalahkanmu kerana gagal mendidikku. Bagiku kau telah menjalankan tanggungjawabmu dengan sempurna. Segala khilaf yang berlaku dalam hidupku adalah kerana diriku sendiri. Bukan kerana kesilapan didikan ayahanda dan bonda. Sememangnya kau anugerah istimewa. Aku berdoa semoga kau jua akan dianugerahkan tempat yang istimewa disisiNya yang Maha Esa. Selamat hari ibu buatmu yang ku sayang.

17 comments:

Achik_Sufi said...

selamat hari ibu buat semua ibu2 di dunia ini.kasihmu akan ku kenang selalu...

Pa'chik said...

err...mesin rosak ah...

Iman Mawaddah said...

Achik Sufi,
Semoga kita menjadi anak yang tahu menilai kasih ibu :)

Pa'chik,
Anta la baiki apa susah :)

BaYu SenJa said...

ibu..
ibu..
engkaulah ratu hati ku..

lagu susu tu sedap la :)

Semoga semua hawa berusaha menjadi ibu terbaik.

Bila rasul ditanya siapakah yang paling layak dihormati,lalu dijawabnya ibu.. ibu.. ibu.. kemudian bapa
alangkah tingginya kedudukan seorang ibu untuk seorang manusia..

Pa'chik said...

bayu, tu bukan lagu susula. tu lagu piramli dalam cerita ibu. tajuk pun ibu gak. hari kamis baru ni tibi semilan tayang.

Iman Mawaddah said...

Bayu Senja,
Allah itu maha adil. Kedudukan seorang wanita yang bersusah payah mengandung dan melahirkan manusia ke dunia diangkat ke tempat yang istimewa. Mudahnya menjadi seorang wanita kan? Tapi sayang, wamita jugalah yang banyak menghuni neraka.

p/s: Itu lagu iklan susu laaa hehe

Pa'chik,
Hehehe..Itulah konpius juga mula2nya.

Pa'chik said...

iklan susu yang guna lagu ni jadik jinggel tak ingat apa, everyday ke hapa tak ingat. budak ramai-ramai nyanyi lagu tu.
Tapi lagu asal, memang lagu piramli.
Ibu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

mp3.. ada kat blog sapa tah... yang aku ingat, dia tu baik macam... hehe...

Anonymous said...

kasih ibu tiada nilainya...tidak termampu tuk diluah dengan kata2.. :)

moga kita sama2 menjadi anak yang sentiasa menghargai jasa ayah bonda..

zwitterion said...

sy pun tgk cite Ibu baru2 ni kat tv..

Anonymous said...

selamat hari ibu kepada semua ibu..susu pon dah naik harga,tapi pengorbanan ibu takkan terbayar sampai bila2..

achik said...

selamat hari ibu..

13may said...

hehhe....

selamat hari ibu!

izinni said...

Lamaran sang arjuna telah diterima,
Merapatkan jurang sesama saudara,
Tinggallah ayahanda dan juga bonda,
Ke Kota Lumpur destinasi ia.

... hmmmm tersirat apa ya. :)

selamat hari ibu hari2

Iman Mawaddah said...

Pa'chik,
Tahula tu lagu pak ramlee..dari pilem ibu. Neng yatimah jadi ibunya..sadis sungguh tengok pilem tu. Apa2 hal tq sebab me"yumbang"kan tulisan suara di sini hehe.

Indah Sakura,
Amin..mudah2an urusan kita dipermudahkan Allah.

Zwit,
Tengok tak cerekarama malam minggu lepas? seram wooo siap ada scene anak derhaka kena telan bumi lagi tu.

Dawai,
Hahaha akhirnya...terkomen juga hang kat sini dengan sendirinya.

Moral of d story dawai..penuhilah permintaan mak hang tu cepat2 tak de lah menyusahkan dia lagi dah hehehe.

Achik,
Selamat hari ibu tekak untuk achik juga :P

13 May,
Selamat hari ibu halkum untuk May juga :P

Izinni,
Apa yang tersiratnya? konpius neh..(sambil garu dagu yang tak gatal)

Purpleheart said...

Salam hari ibu, syukur kita kerana masih ada ibu untuk kita berkongsi kasih sayang..

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Assalamu'alaikum,

Saya sedang berjalan2 di alam siber dan bertemu blog ini. Salam perkenalan :)

Iman Mawaddah said...

PH,
Semoga masa yang ada bersama ibu dimanfaatkan sebaik mungkin.

zm,
Waalaikumsalam,
Salam kenal. Selamat bertamu ke iman mawaddah :)