Tuesday, May 08, 2007

Jangan Mengeluh

Kita selalu bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Jika hendak mengeluh lagi bawa-bawalah mengaji.

***Sesi salin dan tampal.

14 comments:

Pa'chik said...

tima kasih.
susah la takleh salin tampal ni...

achik said...

makasih..

tgh 'jiwa kacau' skang ni.. lepas baca ok skit.. :)

IFFAH said...

Salam,

satu motivation yang bagus...alfu syukrin ya ukhti....

blackpurple @ jowopinter said...

Ya, ya.

Al-Quran itu satu terapi jiwa yang tiada bandingnya.

Terima kasih kerana berkongsi :)

CerminDiri said...

salam kehidupan....
memang seorang pengkaji ke?....
terima kasih berkongsi...

Pa'chik said...

Salam,

satu motivation yang bagus...alfu syukrin ya ukhti....
(mujur ada iffah.. terima kasih ye...)

Bunga Rampai said...

Salam Iman,

Terima kasih entri ini.

Moga dalam sihat ceria :)

Achik_Sufi said...

setiap manusia apabila semakin tinggi imannya maka akan lebih tinggilah ujian yg akan dihadapinya...buatlah persiapan yg secukupnya...sykrn ingatkan kami semua.

akirasuri said...

Terima kaseh.
lepas ni nak pergi mengajilah :)

RaFFLeSiA MeRaH said...

macih...sesi print dah baca cukup lerrr....hehehehe...

Izariza said...

Iman,
rasanya rugi sesiapa yang tak baca entri ni. sungguh tepat dan menjawab segala yang sering berlingkar di kotak fikir manusia.
Maha Suci Allah, Maha Pengasihnya Dia!

13may said...

:)

Iman Mawaddah said...

Pa'chik,
Klik kanan tikus rosak ya?

Achik,
Kalau pulut kacau best juga dibuat makan hehe.

Iffah,
Salam kak,
Afwan..Syukran ala mukalamatiki al jamilah alayya.

BP,
Ya benar, mukjizat istimewa untuk baginda Rasulullah.

Cermin diri,
Saya belum sampai ke tahap itu. Tapi siapa tahu..insyaAllah suatu hari nanti. Sekarang ini sekadar berkongsi ilmu.

Pa'chik,
Afwan..Syukran ala mukalamatika al jamilah alayya. Mujur ada komen untuk sis Iffah :)

BR,
Salam kembali. Saya sihat alhamdulillah :)

Achik Sufi,
Hanya mereka yang beriman sahaja berjaya mengatasi ujian2 yang mendatang.

Akira,
Sila2..mudah2an beroleh ketenangan :)

RM,
Hehe sesi perabis dakwat pencetak ya.

Kak Iza,
Sebab itu saya kongsi di sini sebagai terapi pada jiwa yang lemah.

May,
Happy birthday in advance May :)

***Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat keberkatanNya

Anonymous said...

alhamdulillah..syukran diatas note yg sgt2 brguna utk semua muslim yg sejati...mohon utk salin dan tampal