Friday, May 04, 2007

Cinta Si Cilik

Suatu hari ketika bersarapan,
"Mak nak tahu, Ros bagi tahu yang anak dia suka Biha." kekanda sulung saya memulakan cerita. "Iye ke..wah Biha dah ada peminat," saya menyampuk menyakat Biha."Bukan Hilman aje, Faiz pun minat dia. Ros cerita lagi Hilman selalu gaduh dengan Faiz sebab Biha," sambung kekanda lagi. Semua yang ada di meja itu angkat gelak.

Biha tersipu-sipu malu sambil menepuk dahinya. "Betul ke Nabihah," mak bertanya lembut. "Ala...mana ada," Nabihah masih lagi mengcontrol ayu. Semua yang ada di meja masih giat menyakat Nabihah. "Roti canai ini beli dekat mana Ma," Nabihah menyambung. "Eleh..pandai ya tukar topik," saya berkata sambil mencuit pinggangnya. "Alahh...," jawap Biha sambil menepuk dahinya lagi sambil tertunduk malu.

Suatu malam ketika duduk menonton,
Entah macam mana kekanda kedua saya membuka cerita. "Aishah ni ada peminat dekat school," sambil menjeling anaknya. "A'ah, budak tu sama kelas dengan Shah. Nama dia Aqil," sampuk Abang Man anak sulung kekanda saya. Semua orang tergelak. Aishah mengetap bibirnya geram. "Bapak dia sendiri tahu anak dia suka Shah. Anak dia kata Shah baik," sambung kekanda saya. "Iye Shah, Shah ada boyfriend ya," tanya saya. Kegeraman Aishah tidak dapat dikawal lansung dia menjawab dengan suara nyaringnya "Mana ada, dia yang nak kawan dengan kita. Kita tak suka dia." Semua orang gelak lagi. Aishah yang pada mulanya marah lansung tergelak sama.

Budak-budak sekarang sudah pandai mengerti akan cinta. Fatimah Nabihah baru berumur 5 tahun dan Aishah Hadhirah 6 tahun. Kedua-duanya bersahabat baik lantaran perbezaan umur yang hanya 3 bulan. Pasti ada keletah-keletah mereka yang mencuit hati tatkala menyakat kedua-duanya.

11 comments:

hakim dirani said...

Say tumpang senyum.

Pa'chik said...

err... budak yang dah tak berapa remaja tu pulak macam mana?


hehe...

khairyn said...

pssssssst iman,

ada orang 'tanya' tu? Jawab jangan tak jawab hihihi

BaYu SenJa said...

setuju !!
pa'chik dah tanya, khairyn pun tumpang sekaki, bayu plak saja nak menyokong :)

bayu dulu orng dah mengorat masa pakai lampin lagi...
sungguh. hehe

akirasuri said...

ehem! pokcik merisik kak iman [gosip liar :p]

ehem! psssttt macam kak khairyn, bayu dan pokcik, saya pun menanti jawabannya :)

Iman Mawaddah said...

Hakim,
Mereka tu mempunyai dua perwatakan berbeza mungkin sebab itu mereka baik berdua.

Pa'chik ,
Budak yang mana satu eh?

Khairyn,
Psstt..orang yang mana satu ni?

Bayu,
Bayu sokong apa? Pilihan raya ijok dah seminggu abis :P

Akira,
Gosip jinak tak de ke? haha


***Konpius ni.. saya silap tulis entri ke? Apa-apa pun, bak kata Hakim Dirani Saya tumpang senyum

13may said...

hoh! Gossip apa plak nih???

hehhe;)

Pa'chik said...

***Konpius ni.. Aku silap tulis komen ke? Apa-apa pun, bak kata Hakim Dirani aku tumpang senyum

hahah...

Achik_Sufi said...

senyum...senyum...hebat juga penanga cinta, budak2 pun dah terkena...bile yang tua2 nie nak pekena...?

Iman Mawaddah said...

May
Gossip May nak ajak kami semua makan sempena birthday tak lama lagi..haha

Pa'chik
haha..tu bukan senyum lagi dah.. tu ketawa namanya.

Achik Sufi
Jom pekena teh tarik hahaha

achik said...

wah2 ada gusip liar.. hahaha ;p