Tuesday, May 22, 2007

Ayam dan Itik

Di satu sudut kawasan Masjidil Haram saya duduk berteleku di kelilingi muslimat Turki dan Pakistan. Malam itu malam Jumaat. Alunan surah yassin, al-kahfi dan al-sajadah silih berganti. Tanpa saya sedari ada mata yang memandang, ada telinga yang merapat dengar. Tidak senang menjadi perhatian, mata melihat pada empunya mata yang melihat dan mendengar. Senyuman berbalas. Dia menanti sehingga saya selesai mengaji. Usai mengaji dia menegur.
Dia: Indonesi?
Saya: La', Malizia.
Dia: Mesr?
Saya: Malizia (sambil menunjukkan bendera yang tertera pada kad nama).
Dia mengangguk-angguk.
Saya: Turk?
Dia mengangguk sambil bercakap Turki.
Saya tersengeh...tidak faham.
Saya : Angkara?
Dia bercakap-cakap mengunakan bahasa dia lagi.
Saya sengeh lagi. Dia membalas sengehan saya.

Dia bertanya dalam bahasa Turki sambil menunjuk kitab suci Al-Quran.
Saya: English?
Dia menggeleng.
Saya: Arabic? (macam pandai cakap arab sangat..)
Dia menggeleng.
Dia: Turk..Turk... (seterusnya bertanya lagi dalam bahasa Turki.)
Saya: Saya tak faham bahasa Turki (sambil menunjukkan bahasa isyarat ciptaan sendiri).
Dia menunjukkan Al-Qurannya dalam bahasa Turki sambil menunjukkan isyarat yang dia tidak pandai membaca Al-Quran dalam bahasa Arab.
Saya: Oooo macam tu ke. Kami orang Malaysia baca Al-Quran bahasa Arab. Walaupun kebanyakkan kami tidak faham arabic.
Dia menunjukkan isyarat bagus. Saya ketawa kecil. Dia turut ketawa seolah-olah dia faham apa yang saya kata.

Tidak lama kemudian sulaman telekung saya, kad nama saya, gelang tangan saya dibeleknya. Dia berkata-kata lagi dalam bahasa Turki.
Saya: Awak cakaplah apa-apa saja..saya tak faham sambil mengangkat bahu.
Dia cuba menerangkan lagi. Saya hanya mampu mengangkat bahu lagi sambil tertawa kecil. Dia turut ketawa sama. Akhirnya kami berbicara menggunakan bahasa isyarat.
Saya: Apa nak buat..ayam dan itik berborak..ketawa je la ya..faham tak faham belakang kira.
Dia ketawa lagi..sambil mencuit-cuit dagu saya persis seorang ibu. Saya turut gelihati dengan gelagatnya.

Setelah solat isyak dan beriktikaf seketika, saya mohon izin untuk pulang. Salam bertaut, kedua-dua belah pipi saya dikucupnya mengikut budaya orang Turki. Saya terkejut. Lantas saya memeluknya sambil memberi isyarat "Saya Malaysia...awak Turki..tapi Tuhan kita tetap sama..La'illa haillallah Muhammadur Rasulullah" Dia turut mengucap bersama-sama saya. Gengaman tangan kami terasa betapa kuatnya ukhuwah yang baru sebentar terjalin.

11 comments:

akirasuri said...

Rasanya makcik tu berkenan dekat kak imanlah ;)

Achik_Sufi said...

erm...walaupun kita berbeza bangsa tapi kita semua bertuhankan dengan satu tuhan.
p/s: iman biase belajar bahasa arabke...?

zwitterion said...

sweet memory..w/pun pertemuan ayam dan itik..;)

INDERA KENCANA said...

Itulah yang menghairankan tentang orang Islam. Saudaranya banyak tidak terbilang. Panjangnya tidak terukur dek zaman...

achik said...

betul kata zwitt tu.. kenangan manis.. ;)

blackpurple @ jowopinter said...

[Bila teringat Turki, teringat pulak Kamal Artartuk...]

Itulah dia. Agama juga yang nampak menyatukan bangsa...

izinni said...

beautiful memory.
kasihan ... disebab kemal, sampai Quran terpaksa baca dalam bahasa Turki.

RaFFLeSiA MeRaH said...

mcm org kata, walaupun kita berjauhan beribu batu, tapi kita tetap pandang bulan yg satu...huhuhuhu, ader kena mengena ke ngan entry ni yerk...hehehehe...

tegezoot said...

saya bangga dan syukur dilahirkan Islam.

salam kenal:)

Iman Mawaddah said...

Akira,
Betul gak kan..mana tau kot2 bermertuakan orang Turki haha...tak delah sebenarnya dia hairan sebab orang Malaysia boleh baca Al-Quran dalam bahasa Arab. Orang Arab sendiri pun hairan..sebab lidah orang melayu boleh ikut lenggok bahasa mereka.

Achik,
Itulah bukti kasih sayang Allah.
Saya tak pandai berbahasa arab. Berlagak je lebih tu...hehe

Zwit dan achik,
Setiap kali saya ke sana pasti ada kenangan manis bersama orang Turki yang saya bawa balik :)

Indera,
Bukan ke manusia itu datangnya dari ayah dan ibu yang sama. Alkisahnya anak-anak Adam dan Hawa terdiri dari pelbagai rupa bentuk dan warna kulit.

BP dan Izinni,
Angkara si Kemal itulah mereka jadi begitu. Syukur negara kita tiada orang macam Kemal dan penjajah kita tidak mengacau soal agama dan adat. Tapi di masa hadapan..entahlah risau kalau tengok2 keadaan sekarang ni.

RM,
Hehehe..ya..ya..ada kena mengena. Tepat sekali..walau jauh beribu batu kita tetap berpaksi pada kiblat yang satu :)

Tegezot,
Terkejut saya..ingat dah reply semua komen hehe..

Syukur alhamdulillah kita terpilih untuk menerima hidayahnya sejak kita dilahirkan. Cuma kita kena lipat gandakan usaha untuk mencarinya lagi agar sebati dalam diri kita. Salam ukhuwah.

izinni said...

iman,
insan seperti kemal ada dikalangan kita cuma kita je yang tak peka dan tak peduli. "penjajah" yang nak kacau agama dan adat kita pun dah lama ada. mereka sedang perlahan2 nak menodai apa yang kita ada. kalau tidak masakan desakan2 dari kumpulan2 seperti artikel 11, islam liberal, yang cabar wibawa mahkamah syariah, IFC dan macam2 lagi makin kuat momentum mereka. yang diatas pun tidak menunjukkan apa2 usaha untuk menentang mereka2 ini.