Friday, February 23, 2007

Virus apakah ini?

Bermula dengan si cilik Aishah dan Humaira, penyakit ini datang menyerang. Sehingga habis ikhtiar, dirujuk pula ke pakar kerana dikhuatiri serangan denggi. Syukur alhamdulillah, tiada jangkitan pada darah dan organ dalaman. Hanya demam biasa. Tetapi ngeri juga mendengar cerita emak tatkala jarum-jarum halus menyalurkan air menebusi badan si cilik anak-anak buah saya yang dua orang itu.

Selepas si cilik berdua itu, giliran abah pula. Kemudian giliran Yong. Tidak lama selepas itu tiba pula giliran emak. Kini, giliran saya pula. Virus apakah ini? Demam yang menyerang selepas asar dan berlarutan hingga ke maghrib. Tekak terasa sangat perit. Sehinggakan tidak mampu untuk meneruskan entri semalam walaupun ilham itu ada tapi tiada daya untuk mengolah. Akhirnya hanya mampu menyalin tampal.

Tetapi saya online juga dari saya bermalas-malasan, adalah lebih baik saya memerhati rakan-rakan maya saya berbual-bual di dunia tanpa sempadan. Sedikit sebanyak terhibur juga hati ini. Dua biji panadol actifast telah saya telan dalam tempoh kurang satu jam. Nasib baik tidak tidur selamanya. Menjelang malam kebah sekejap kemudian menyerang lagi. Esok paginya sihat seperti biasa. Abah, mak dan anak-anak buah saya juga seperti itu. Rakan-rakan pejabat juga menceritakan pengalaman yang serupa. Hairan..virus apakah ini?

Jangan biarkan masamu berlalu tanpa pengorbanan
Sepanjang roh masih setia menemani jasad
Kegembiraan tak selamanya menemani hari-harimu
Terkadang datangnya kesedihan
Tidak boleh kamu tolak
Sabar itu indah....La Tahzan

19 comments:

Unknown said...

hurm.. musim demam kot.. semoga cepat sembuh!

Pa'chik said...

musim kemarau baru nak bermula.. perubahan cuaca kot.

achik said...

semoga cepat sembuh...

Sunan_Jati said...

tulla kat umah aku pun samala...
memula mak pehtu ayah... demam skali ngan batuk..
pehtu aku.. seb baik batuk jer.. alhamdulillah... hehehehe!@

blackpurple @ jowopinter said...

Get well soon !

Ujian itu juga tanda disayangi Dia..

khairyn said...

salam iman,
viral fever agaknya tu.
Take care. saya juga dilanda 'cold'. Batuk yang tak hilang2 selama hampir 2 minggu ni.

Mungkin juga perubahan cuaca. Di sini putik-putik bunga sudah ada yang 'bangun' dari tidur yang panjang.....

AKMA said...

Virus tu...mungkin datang dari Extraterrestrial/alien/UFO.

The truth is out there.

Dah panggil Fox Mulder dan Dana Scully? he he he

Iman Mawaddah said...

Lindosh
Tq..ye la agaknya. Tapi tak la tahap kronik sangat.

Pa'chik
Mungkin juga panas dan hujan sering berganti.

achik
Terima kasih

Sunan
Batuk tu petanda awal syndrom tu..hehe

BP
Thanks..mudah-mudahan begitulah hendaknya

Khairyn
Tq. Nanti letakkan banyak-banyak gambar musim bunga di blog ya. Saya suka tengok musim bunga. Ntah bila la hendak merasa menikmatinya :)

Akma
Amboi2 kemain lagi dia ya menghitung detik gemilang. Tapi kesian..nampak sangat lama dah terasingnya...Fox Mulder dan Dana Scully dah lama pencen la bro.. hehe

Yang pasti bumi Malaysia akan menerima kembali alien Netherlands yang dah lama merantau :P

zwitterion said...

moga cepat sembuh

BaYu SenJa said...

kami pun akan mengalami perubahan cuaca dalam masa terdekat ni..
semoga iman sekeluarga cepat sembuh :)

hakim dirani said...

Ujian untuk menambahkan iman anda, berangkali.

RaFFLeSiA MeRaH said...

moga cepat sembuh, jgn lupa mkn ubat yer...bykkan berehat dan satu lagi minum lebih air suam...suka ngan mutiara kata kat bwh tu...selalu dengar buku La Tahzan, best ekk?? rasa nak beli jerrr...

izinni said...

sah viral fever. memang menyerang lepas asar atau maghrib. menjelang tengah malam, lagi bertambah panas. memang musim sekarang ni.

minum air banyak-banyak. rest.

Take care.

13may said...

take care:)

INDERA KENCANA said...

Harap-harap Iman cepat sembuh... Jangan lupa makan ubat..

~inilah saya~ said...

Banyak kan berehat dan jangan lupa berdoa.

Salam

Unknown said...

dah sihat ke?

Anonymous said...

moga iman dan kembali pulih..

Iman Mawaddah said...

Rakan-rakan
Terima kasih doakan saya..masih belum pulih sepenuhnya...tapi terkawal.

Kak RM,
Buku La Tahzan adalah sebuah buku motivasi jiwa. Saya suka membacanya kerana dapat membantu saya muhasabah diri saya.