Jumaat 9.00 malam
"Apa, Mazlin Nordin?"
"A'a Mazlin Nordin, wartawan penyiaran TV3 yang ala-ala tomboy tu."
"Yang mana satu?"
"Ala dalam bersamamu tu."
Saya gesel-gesel mata, tengok betul-betul. Ya..ya.. betul la dia. Dah bertudung. Comelnya...Alhamdulillah dia sudah berubah. Terbuka sudah pintu hati untuk menutup aurat dari pandangan mata lelaki ajnabi.
Sabtu 9.00 malam
Saya ternanti-nanti kemunculan Norzie Pak Wan Chek sekembalinya dari tanah suci di Majalah 3. Umum mengetahui TV3 dipilih oleh Kedutaan Arab Saudi untuk membuat liputan berkenaan dengan ibadat haji. Norzie dan suaminya, Aidid adalah wartawan yang bertanggungjawab memikul amanah tersebut. Alhamdulillah, dia muncul dengan imej bertudung.
Mudah-mudahan apa yang saya lihat berkekalan dan bukan hanya lakonan semata-mata. Semoga penghayatan mereka dalam menutup aurat meningkat dari masa ke semasa.
Hati masih ternanti-nanti perubahan 2 orang sahabat karib sepengajian dahulu dan seorang sahabat akrab cyber untuk menutup aurat. Ya Allah, kurniakanlah hidayah-Mu buat mereka.
Sunday, February 04, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Hidayah untuk semua dan saya juga.
Ameen...
alhamdulillah, sumer tu atas rahmat dan hidayah tuhan...moga2 ramai lagi yg akan berubah ke arah kebaikan....amin....
Alhamdulillah..moga berkekalan dan bertambah baik..kita dan mereka
mazlin nordin yg garang tu eh? huih.. terkejot gak neh.. tapi alhamdulillah la kan.. terbukak gak ati dia.. *pandang diri sendiri*
alhamdullillah. kita sendiri pun harus jugak berusaha mencari hidayah dan taufik itu. bukan dok melangut tunggu dia datang.
err.. bukan orang yang nama taufik atau hidayah ye...
Inilah saya
Ya..hidayah untuk semua. Amin.
RM
Insyaallah, mudah2an.
Zwit
Bersama2 kita doa untuk kebaikan semua.
lindosh
Dia garang ka? Saya tidak pasti pulak tentang itu. Oh..ya..tambah seorang lagi rakan cyber yang saya nantikan imej baru nya :)
P/s: Inilah saya yang akan atas tu, tengah cari calon. Kalau Lin pakai tudung sure dia berkenan punya hahaha..pepandai je saya jadi match maker..jangan marah ya. Gurau2 sahaja.
Pa'chik
Ya betul..taufik dan hidayah kena cari..Sedangkan durian yang dah luruh ke bumi pun kena cari..inikan pula hidayahNya.
doakanlah untuk dibuka hati sahabat imanmawaddah tu..
sebenarnya kan orang yang menutup aurat tu lebih manis berkali ganda.. tapi awat yang orang tak mau?
satu lagi, cantik seseorang bukan untuk dikongsi dengan orang ramai..betul tak?!
salam kembali dari bayu buat imanmawaddah..
Bayu Senja
Salam bayu,
Laman mawaddah kembali bersemi dengan hembusan sang bayu. Baru kembali dari "medan peperangan" ya?
Insyaallah, saya sentiasa doakan mereka.Bila bayu berkata begitu teringat seorang kawan lelaki pernah berkata "Bila perempuan pakai tudung, muka herot macam mana pun aku tengok cun" ..kami ketawa melihat gelagatnya berkata demikian.
Ya setuju..sesuatu yang cantik bukan untuk dikongsi tapi adalah satu anugerah bagi yang memilikinya.
Salam Iman,
teringat pesan seorang sahabat,
kita nak makan lauk yang disimpan dalam tudung saji ke atau yang terdedah?
Saya? Cuba muhasabah diri.
Saya punya imaginasi pelik-pelik. Saya selalu terfikir, jika saya ini wanita, apakah saya ini jenis bertudung....
Hiii.. seram kalau ingat lebih-lebih
seronok tengok ramai yang mula bertudung sejak akhir2 ni..sejuk mata memandang, kuranglah dosa mata yang memandang.
Khairyn
Salam Kak,
Saya juga begitu masih banyak perlu diperbaiki.
Indera
Teringin nak tukar imej jugak ke? Cubalah pakai tudung..jgn lupa cukur misai atau janggut(jika ada). Tengok cun ke tidak.. hehe..Nauzubillah
PH
Insyaallah, itu yang kita harap2kan.
Mazlin Nordin.....geng Misteri Nusantara gak kan????
Jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri.....
salam iman,
syukur alhamdulillah atas rahmatnya...semoga ramai lagi insan lain yg akan terbuka pintu hatinya...
salam ukhwah...
bila Allah bukakan pintu hati kita...maka masuklah kita dalam golongan mereka yang diberkati...!
13 May
Ye ka? Tak perasan la pulak.
Indah Sakura
Insyaallah sesama kita doakan.
Cikgu
Semoga kita tergolong di dalamnya.
Post a Comment